Wednesday, February 29, 2012

Pengakuan Saksi :Tiada Paksaan Tapi Merayu Dalam Kes Khalwat Badrul Amin...


Laporan di bawah tentu mengejutkan kita. Anda baca dulu laporan di bawah kerana ada kejutan terbaru :
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.


Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan seterusnya
MiM difahamkan bahawa terdapat foto dan video yang dirakam semasa kejadian penangkapan ostad PKR Badrul Amin di hotel 5 bintang tersebut.

Jika foto dan video itu disebarkan, MiM percaya ostad PKR itu akan lebih teruk lagi tercemar.

Tetapi MiM lebih memikirkan maruah keluarga Badrul Amin yang turut tercemar dek kes ini. Bayangkan jika foto dan video tersebut tersebar luas, di manakah mereka mahu menyembunyikan diri?

Segalanya ini terpaksa ditanggung disebabkan oleh tindakan Badrul Amin yang masih mahu berpaut kepada politik beliau. Beliau masih mahu berteka-teki, bercuti sebulan dan sebagainya.

Di sini MiM sarankan kepada Badrul Amin supaya tidak perlu berfikir panjang lagi. Tindakan seterus dan terakhir beliau ialah dengan meletakkan semua jawatan politik dengan kadar segera.

Jauhkan diri daripada limelight politik once and for all yang bakal memakan diri dan keluarga. Itulah yang terbaik untuk isteri-isteri dan anak-anak beliau!

DEDAH : Jutawan Enggan Sponsor RM300 Juta Kepada Anwar Ibrahim.


AIDCNews – 29/02/12 – Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM600 juta untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13

RPK, yang juga bekas pengendali Free Anwar Campaign (FAC) merumuskan hanya dengan faktor dana sahaja Ketua Umum PKR itu mampu merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7.

“Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan DAP atau PAS akan muncul sebagai taiko dalam pilihan raya akan datang (bergantung kepada parti mana) yang memiliki bilangan kerusi (parlimen) paling banyak.

“PKR pula akan diturunkan pangkat sebagai saudara muda dalam Pakatan Rakyat dengan kerusi yang hampir tidak cukup untuk menuntut jawatan Ketua Pembangkang, (dan) melupakan sahaja hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam kolumnya, The Corridors of Power, dengan tajuk “EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2)”

Dalam laporan yang ditulis berdasarkan pengalaman peribadi bersama PKR dan Anwar itu, RPK merumuskan seorang individu yang bernama Datuk John Soh Chee Wen merupakan key person di sebalik kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

“Dia (Soh) telah membelanjakan RM20-RM30 juta untuk menaja Anwar, dan kemudian PKR, sejak dari tahun 1998″, katanya.

Menurut RPK, peranan John Soh itu tidak diketahui umum, kecuali di kalangan inner circle Anwar, bahawa pemain di sebalik tabir itu bukan setakat penaja kewangan PKR, malah beliau juga merupakan ‘master strategist’ yang memikirkan kaedah untuk merampas Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat tentang pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

“John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan berakhir impian 16 September untuk memasuki Putrajaya”, katanya.

Katanya lagi, selama beberapa minggu, Anwar enggan bercakap dengan John Soh dan Ketua Umum PKR itu meletakkan kegagalan 16 September di atas bahu pembiaya dan pakar strategi itu.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”

Menurut RPK, apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk mereka berbaik-baik semula, John Soh dan Anwar telah ‘berpisah’, kemuncaknya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu seterusnya

TERBARU : Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Kes Khalwat Badrul Amin?


Memang ada benarnya. Dek kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin, Anwar Ibrahim mampu 'bernafas semula' setelah dikritik hebat akibat kenyataan beliau menyokong keselamatan negara Israel.

Anwar Ibrahim bukan sahaja dikecam oleh parti lawan tetapi rakan-rakan politik termasuk media alternatif mereka.

Malah, wakil Palestin turut menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan putar belit yang digunakan untuk menutup malu Anwar Ibrahim. Daripada penafian, memperalat-alatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi dan pelbagai lagi.

Yang terakhir kita dengar ialah kenyataan Nik Aziz selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberikan jawapan yang sudah diramalkan sebelum mereka berjumpa iaitu 'terpulang kepada Anwar Ibrahim'.

Jika jawapannya 'terpulang kepada kepada Anwar Ibrahim', maka tindakan Majlis Syura PAS yang 'berpendirian tegas' mengecam kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar gimik politik murahan yang amat memualkan. Baca Sini

Walaubagaimana pun, kes Israel tersebut tergantung tanpa respons dari Majlis Syura apabila kes khalwat Badrul Amin meletup di dalam media. Jika sebelum ini isu Israel, sekarang skandal khalwat ustaz PKR Badrul Amin menjadi perbualan hangat orang ramai.

Saban hari kita berbicara tentang khalwat Badrul Amin. Ianya menjadi lebih hangat apabila Badrul Amin menimbulkan pelbagai keraguan yang menambahkan banyak persoalan tentang kejujuran beliau.

Lebih-lebih lagi apabila beliau dengan mudah menuduh parti lawan yang 'memerangkap' atau pun kononnya dibelasah oleh suami si isteri dan 20 orang. Tetapi semasa membuat sidang akhbar selepas keluar bangunag JAIP, ustaz PKR mulut celupar itu nampak biasa sahaja.

Segala keraguan, persoalan, persepsi dan versi cerita ustaz PKR itu telah berjaya menenggelamkan isu Anwar Ibrahim dan negara Israel. Kehangatan isu negara Israel menjadi sejuk dan hilang begitu sahaja tanpa perlu lagi dipertahankan oleh jentera parti pembangkang.

Sebelum ini mereka meroyan cuba menghalalkan pengikitrafan Anwar kepada negara Israel dengan kononnya berjaya menggaitkan kerajaan dengan Israel tetapi backfired dan memalukan mereka balik.

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim tidak perlu lagi membuat sebarang kenyataan tentang negara Israel kerana jika terus didesak, beliau mungkin slipped of the tongue atau terlajak cakap hingga terpaksa 'menghadap' rakan-rakan zionis beliau untuk memperjelaskan isu atau 'meminta maaf'.

Anwar Ibrahim dapat menarik nafas yang panjang dan sangat lega dek kes khalwat tersebut.


Seriously, Anwar Ibrahim patut berterima kasih kepada ustaz PKR!

Maka timbul satu persoalan besar, jika kes khalwat Badrul Amin berhasil menutup kes 'Anwar dan sokongan kepada negara Israel' dengan jayanya, maka timbul satu persepsi yang mengatakan bahwa kes khalwat ini adalah konspirasi Anwar dan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu negara Israel?

Yang manambahkeraguan rakyat ialah kes khalwat itu terjadi semasa retreat kepimpinan PKR. Sudah pasti terdapat ramai kepimpinan PKR di sana dan berlaku brainstorming dan strategi politik. Mungkin salah satu topiknya ialah 'bagaimana untuk divert isu kenyataan Anwar tentang negara Israel'?

Menarik! Bacaan seterusnya : Klik Sini

TERBARU : BUKTI CCTV KES KHALWAT USTAZ PKR BADRUL AMIN...


 Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden - Sungai Rapat Online.

VIDEO : RAHSIA BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT.


Lihat video di bawah :


Video : rakyat memang patut buang buku jingga dalam sampah.

Tuesday, February 28, 2012

MELAMPAU ! Ostad PKR Badrul Amin Langgar Batasan Sekali Lagi !!


Jika sebelum ini ostad PKR, Badrul Amin melanggari batasan agama kerana didakwa berkhalwat, sekarang beliau melanggar satu lagi batasan iaitu menghina Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Tuduhan dan penghinaan terhadap jabatan di bawah Sultan Pahang itu telah dimurkai oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah!

Baca di bawah :

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, murka terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.

Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.

JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain - Rapat Setia On-line

VIDEO KES KHALWAT BADRUL AMIN PKR TERSEBAR...


Di bawah adalah kenyataan penuh dan soalan-soalan panas yang ditanyakan kepada Ustaz PKR Badrulamin sejurus selepas keluar daripada bangunan JAIP.

Badrulamin ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dan kejadian itu telah menjatuhkan imej ustaz PKR dan parti PKR keseluruhannya.


Di antaranya ialah alasan lawak Badrul Amin yang tidak mahu membuat laporan polis kerana diri beliau yang pemaaf dan bergelar ustaz!

Ahli politik PKR ini sebelum ini terkenal dengan mulut celupar dan kurang ajar semasa berceramah.

Beliau juga didakwa memukul isteri di depan anak sendiri sebelum ini. Inikah yang dipanggil pemaaf?

Yang lebih kelakarnya ialah apabila peguam Badrulamin mahu pihak hotel pula yang membuat laporan polis! Jika benar 'Badrulamin seorang pemaaf', beliau sepatutnya menasihatkan pihak hotel supaya tidak memanjangkan kes dengan membuat laporan polis! Tetapi tidak!

Lihat video di bawah :


Video : Badrulamin pusing merry-go-round.

DAN Anwar Ibrahim juga pasti berdesing telinganya mendengar kenyataan Badrulamin yang mengatakan bahawa dalam masyarakat bertamadun, seseorang itu perlu berundur jika perkara yang disebabkan oleh orang itu memudaratkan jemaah. (3:40)

TERBARU : Dokumen Perakuan Berkanun Tentang Ustaz PKR Badrul Amin Didedahkan !!

Sebelum ini tersebar laporan polis terhadap Badrulamin yang didakwa memukul isteri di depan anak mereka. BACA SINI.

Satu lagi pendedahan tentang Ustaz PKR Badrulamin! Di antara pendedahan terbaru itu :
Aishah adalah juga isteri Badrul yang telah dinikah pada tahun 2003. Kemungkinan Aishah adalah isteri kedua sebenar Badrul sebelum Inafiona yang dikahwini baru-baru ini pada tahun 2011. Ada kebenaran Badrul ini ku sangka dua rupanya tiga.

Bawah ini adalah kad pengenalan, surat akuan berkanun dan salinan surat akuan dari Aishah berkenaan pernikahannya dengan Badrul:


Pendedahan seterusnya : Baca Sini


Sebelum ini Ustaz PKR tersebut telah membuat pengakuan tentang kes khalwat tersebut : Baca Sini

Monday, February 27, 2012

GEMPAR! Laporan Polis Terhadap Ustaz PKR Badrul Amiin Kerana Pukul Perempuan...


Kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin menjadi gempar apabila terdedahnya surat laporan polis ke atas tindakan beliau memukul isteri di depan anak sendiri.

Laporan polis itu menyatakan bahawa isteri Badrul Amin telah dipukul di bahagian muka dan badan wanita yang sifatnya lemah!

Baca pendedahan tersebut : Klik Sini

Perlakuan Badrul Amin itu sungguh mengejutkan. Tambahan pula beliau bergelar ustaz PKR, lebih-lebih lagi perlakuan tersebut dilakukan kepada seorang wanita yang sudah tentu tidak terdaya untuk melawan atau mempertahankan diri sendiri.

Jika benar, pendedahan terbaru ini sudah pasti akan menjatuhkan imej Ustaz PKR Badrul Amin once and for all!

Dan bagus juga jika PKR menerima dengan sebulat suara jika Ustaz PKR itu mahu mengundur diri daripada politik.

Sila baca laporan di bawah :

KUANTAN 27 Feb. - “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Dr. Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr. Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pukul 6.20 petang.

Dr. Badrulamin berkata, beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr. Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah. - BERNAMA.

Wanita Misteri Berbaju Jingga Bersama Ustaz PKR Badrul Amiin Di JAIP?



AIDCNews – 27/02/12 – Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi UMNO - seterusnya


Dakwaan isteri orang bersama Badrul Amin selama 3 hari! Klik Sini

Maklumat Terbaru Tentang Kes Khalwat Ustaz PKR Badrul Amin.

ilustrasi foto.


Ostad PKR Badrulamin semakin tertekan. Sebelum ini beliau cuba menegakkan benang yang basah untuk melepaskan diri beliau daripada dakwaan khalwat. Kelmarin JAIP telah menjawab tuduhan Ostad PKR itu. Di antaranya :
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan.
Yang terbaru ialah pendedahan bahawa isteri orang itu sudah 3 hari bersama Ostad PKR tersebut!

Dan pendedahan itu dibuat oleh blogger pro-pembangkang sendiri! Lihat di bawah :


Sila baca di sini : Klik Sini

Walaubagaimana pun, MiM setuju bahawa kes ini perlukan jawapannya dan MiM pasti pihak yang bertanggungjawab sedang menyiasat dengan telus.

Dalam masa yang sama, tindakan Ostad PKR yang begitu cepat menunding jari kepada JAIP dan parti lawan akan menyebabkan rakyat berasa curiga dengan kebenaran versi Badrul Amin.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat versi 'isteri orang sudah berada 3 hari' bersama Ostad mulut celupar tersebut! Betulkah?

HOT : Tun Dr Mahathir Dedahkan Hubungan Israel & Malaysia.


Di bawah adalah kenyataan Tun M mengenai usaha pembangkang yang cuba mengaitkan negara in dengan Israel. Seperti yang diketahui, parti pembangkang cuba mengalihkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Tetapi mereka gagal dan rakyat tidak akan lupa!

Di antara kenyataan Tun Dr Mahathir :

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dalam isu berkaitan, Dr. Mahathir berkata, walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar dalam isu Israel, Mursyidul Am Pas itu tetap menyokong Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, kalau kita sokong seseorang dengan pendapat tertentu, jadi kita sokong pendapat itu juga," katanya.

Sunday, February 26, 2012

FOTO : NIK AZIZ TENTU MELENTING DENGAN DEMO TERBARU INI!


Pada jam 10.00 pagi bertarikh 25.2.2012, hampir 4,000 rakyat Kelantan berhimpun di Lembah Sireh (dekat Tesco KB) meluahkan kesengsaraan mereka terhadap masalah bekalan air bersih yang terpaksa dihadapi sejak sekian lama.


Perihal tuntutan penyelesaian terhadap krisis ini ada terkandung dalam TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN sebagaimana berikut : SETERUSNYA

LAPORAN TENTANG KES KHALWAT USTAZ PKR BADRUL AMIN.


Laporan Pahang Daily :

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam.

Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau.

Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.

ANWAR SENGAJA NAK NAIKKAN DARAH KAUM MELAYU??


Sebelum ini MiM telah menulis kenyataan Anwar Ibrahim di dalam majalah Tempo yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong homoseksualiti.

Sila baca sepenuhnya : KLIK SINI

Kenyataan di atas sungguh mengejutkan, begitu juga dengan isu Anwar menyokong leselamatan negara Israel.

Tetapi apabila MiM telah kembali tulisan di dalam Tempo itu, terdapat satu lagi kenyataan Anwar Ibrahim yang bakal mendatangkan kontroversi terbaru, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kaum Melayu di Malaysia!

MiM telah berulang-kali membaca entri di bawah wah, mungkin MiM tersilap atau tak nampak but correct me if i'm wrong.

Anda baca dulu kenyataan di bawah :


Anda baca sekali lagi di bawah :


Ada 4 perkara penting di dalam artikel di atas,

1. Soalannya tentang kebebasan beragama kerana kaum Melayu di Malaysia 'harus' orang Islam.

2. Seperti sekarang, automatically, orang Melayu itu beragama Islam. Melayu itu Islam kerana termaktub di dalam konstitusi dan perlembagaan negara Malaysia.

3. Soalan seterusnya ialah kenapakah Anwar Ibrahim tidak berbuat sesuatu terhadap konstitusi yang tidak selaras dengan hak asasi tersebut?

4. Jika kita baca dan rujuk kepada turutan artikal tersebut, konstitusi itu termasuklah Melayu 'harus' Islam dan hak asasi yang dimaksudkan ialah kebebasan beragama.

Daripada 4 perkara di atas, timbul persoalan seterusnya

MAKLUMAT TERKINI : Ustaz PKR Badrul Amin Mengaku Keseorangan Setelah Suami Bawa Isteri Balik..


Media melaporkan :
Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.

Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
 Di bawah pula ialah kenyataan Ustaz Badrul Amin :
25 Februari 2012.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng inii berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron.
Jabatan Agama mengesahkan bahawa Ustaz Badrul Amin dicekup atas tuduhan berdua-duaan dengan isteri orang tetapi Ustaz mulut celupar itu mendakwa keseorangan di dalam bilik.

Ustaz tersebut mendakwa mendapatkan bilik untuk isteri orang itu tetapi beliau tidak menyatakan sama ada wanita tersebut bersama beliau ketika suami wanita itu 'menyerbu dan menyerang' beliau.

Dilaporkan bahawa suami wanita itu yang membuat laporan khalwat tersebut. Badrul Amin mendakwa seorang di dalam bilik hotel kerana suami wanita itu membawa wanita dan anak secara paksa.

Persoalannya, dimanakah wanita tersebut apabila suami beliau menyerbu hotel tersebut? Di bilik Badrul Amin atau bilik hotel yang lain? Atau pun connecting room?

Logikkah jika suami wanita itu melenting dan memukul ustaz Badrul Amin jika beliau seorang di dalam bilik dan isteri beliau dibilik yang lain serta 'tidak disentuh' oleh ustaz mulut celupar itu?

Kes khalwat ini semakin menarik. Kita tunggu siasatan pihak berkuasa.

Saturday, February 25, 2012

Maklumat Terkini ! Bukti SMS & Cerita Di Sebalik Kes Ostad Badrul Amin Pakai Tuala Khalwat..

Beginikah suasananya semasa penangkapan dilakukan?

Maklumat terbaru tentang kes Khalwat Ustaz PKR Badrul Amin. Rupa-rupanya beliau didakwa telah cuba menghalalkan khalwat beliau dengan menghantar SMS kepada rakan-rakan beliau!

Di bawah adalah SMS yang didakwa ditulis oleh ustaz PKR mulut celupar kurang ajar tersebut :



Pendedahan selanjutnya, sila baca artikel bro Double-Y : KLIK SINI

Oh...rupanya isteri orang yang bertandang ke bilik Ustaz Badrul Amin kerana mahu melarikan diri daripada suami beliau.

Patutlah Ustaz Badrul Amin begitu perihatin dengan wanita tersebut sehingga sanggup membiarkan isteri orang itu menginap di bilik hotel.

Lagi pun, semasa retreat PKR itu mungkin tidak ada pemimpin wanita PKR maka isteri orang itu terpaksa berada dipangkuan Ustaz Badrul Amin. Gangster dan suami wanita itu mungkin akan mengapa-apakan beliau.

Maka sebagai seorang ustaz PKR, Badrul Amin mungkin sanggup bersilat demi mempertahankan isteri orang itu.

MiM tidak pasti kepakaran atau jenis rentak silat Ustaz PKR tersebut apabila berdepan dengan wanita yang ada konflik seperti isteri orang tersebut.

MiM juga tidak tahu gelanggang mana yang ditunjukkan jenis silat tersebut di dalam bilik hotel tersebut, tepi katil atau atas katil?

Yang paling memusykilkan ialah mungkin semasa memberi nasihat dan menenangkan hati wanita tersebut, air-cond bilik rosak dan kerana itu Ustaz PKR Badrul Amin itu hanya memakai tuala sahaja semasa dicekup berkhalwat.

Hebat sungguh kaedah ustaz PKR ini memberikan nasihat!


Maklumat Terkini! Ostad Badrul Amiin Hanya Pakai Tuala Bila 'Ditangkap Khalwat.'.


Laporan terbaru daripada Rapat Setia Online :

Maklumat terkini berkenaan kes tangkapan ustaz PKR badrul Amin. Difahamkan pihak Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menanti hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.

Apabila disiasat didapati Badrul Amin yang hanya bertuala bersama pasangannya isteri orang yang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin. 

Difahamkan kejadian ini dilaporkan oleh suami wanita tersebut yang bernama Fazli Pungut.

Berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuna merasuah pegawai penguatkuasa supaya kes khalwat ini didiamkan demi parti mereka.

Namun Pegawai penguatkuasa tidak menghiraukan rayuan beberapa pemimpin PKR itu - Sungai Rapat Online.


Video : Penjelasan tentang imam mahdi.

TERBARU : OSTAD MULUT CELUPAR IKTIRAF ANWAR 'IMAM MAHDI' DI TANGKAP KHALWAT!

Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang!

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti.


Video : Penjelasan tentang imam mahdi.

MUTAKHIR : Restu Hadi Awang Presiden PAS Lebih Murah Daripada 1 Sen ?


Sebelim ini MiM telah menulis pendirian Azizan Razak PAS, MB Kedah yang pernah berkata bahawa beliau tidak percaya kepada exco kerajaan beliau sendiri!

MiM juga mendedahkan bahwa Hadi Awang sendiri 'takut' kepada pakcik rabun berkahwin dua tapi sudah 'tidak boleh kayuh basikal' itu! BACA SINI

Metafor dan kenyataan di atas ada seperti ada kebenarannya apabila Azizan Razak menunjukkan kuasa beliau sebagai MB Kedah. Baca laporan di bawah :
ALOR SETAR 25 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini. — BERNAMA.
Memang benar Azizan Razak mempunyai kuasa eksekutif di Kedah tetapi kenyataan 'hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS' merupakan satu kenyataan yang sangat keras dan seolah-olah memperkecil-kecilkan Hadi Awang.

Sebagai veteran politik, Azizan Razak sepatutnya turut menjaga kredibiliti Hadi Awang dengan mengeluarkan kenyataan yang lebih selamat seperri 'saya turut mendapatkan pandangan Hadi Awang memandangkan beliau adalah Presiden parti saya'. Bagi mukalah kepada Hadi Awang itu!

Dek kenyataan tegas Azizan Razak itu, Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin tertinggi PAS yang tiada taring dan tidak mampu melakukan apa-apa pun bila merujuk kepada isu Azizan Razak.

TETAPI Azizan Razak mungkin lupa bahawa kewujudan beliau menjadi calon dan bertanding di Kedah adalah di atas ehsan serta sokongan Presiden PAS. Malah, beliau boleh hilang kerusi MB jika Presiden PAS mahukan beliau dinyahkan daripada jawatan beliau itu.

Akal logik mengatakan bahawa Hadi Awang mampu berbuat demikian memandangkan beliau adalah Presiden PAS. Azizan Razak hanya orang bawahan beliau sahaja di dalam parti tersebut!

Persoalan besar, apakah Hadi Awang tidak rasa tercabar dengan kenyataan 'Hadi Awang tak perlu dirujuk' oleh Azizan Razak itu?

Takkan Hadi Awang monyok diam diri sahaja setelah diperkecil-kecilkan oleh orang bawahan beliau?

BUKTI FOTO CERAMAH PAS YANG PASTI MENGGERUNKAN UMNO SELANGOR!!

Rakan blogger GAP melaporkan ceramah Khalid Samat yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di Selangor baru-baru ini.

Kehadiran penuh sesak hingga tidak cukup kerusi dan hadirin terpaksa mendengar di luar dewan kerana dewan terlalu penuh dengan orangramai.

Jika dibandingkan dengan kehadiran ceramah Dr Hasan Ali yang biasanya sekitar 5,000 orang ke atas, kita boleh kira sendiri kehadiran ceramah Khalid PAS yang menjangkau puluhan ribu orang!

UMNO Selangor tentu risau dengan perkembangan terbaru ini.

Lihat foto di bawah bukti kehadiran puluhan ribu mendengar ceramah PAS :

Friday, February 24, 2012

PANAS! VIDEO MAKSIAT GRO THAI DOLL DEKAT RUMAH PEMIMPIN TERTINGGI PAS PUSAT!!


Pendedahan panas! :
DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya. Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.

Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.



Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan.

Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Beberapa hari lepas Nik Aziz berkata, jika BN berjaya menawan Negeri Kelantan di dalam PRU ke 13 kelak, akan membiaklah riba dan judi di Kelantan.

Bagaimana pula di bawah pentadbiran Nik Aziz sendiri? Apakah kerana BN berjaya menjadi Pembangkang di Kelantan selama lebih 21 tahun menyebabkan kegagalan Nik Aziz membanteras judi dan maksiat di Kelantan? - seterusnya

TERKINI : Yusuf Al-Qaradawi Setuju Dengan Anwar Ibrahim Tentang Isu Sokong Negara Israel..


Sebelum ini YB Zulkifli Noordin yang juga bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) telah mengakui melakukan penipuan terhadap ulama Yusuf Al-Qaradawi semata-mata untuk menyelamatkan imej Anwar Ibrahim.

Yusuf Al-Qaradawi tidak diceritakan sepenuhnya tentang kaitan intim Anwar dengan Saiful Bukhari dan tidak diberitahu bahawa Saiful yang membuat laporan diliwat.

Untuk video dan artikel seterusnya : KLIK SINI


Yang terbaru ialah kenyataan Pengerusi Biro Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty yang turut mengaitkan nama Yusuf Al-Qaradawi demi mempertahankan boss beliau, Anwar Ibrahim :
Muhammad Nur juga menjelaskan kupasan ulama terkenal, Syeikh Yusof Al Qardhawi, mengenai rakyat negara Arab yang tidak memusuhi Israel kerana agama, tetapi berharap rundingan dengan Israel dapat membebaskan Palestin kerana bumi Palestin terlalu lama menderita sejak dijajah pada tahun 1948 lagi.

Beliau mendakwa Yusof Qardhawi juga berpendapat tidak salah bagi negara Arab berunding dengan Israel kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW pun terdapat rundingan antara orang Islam dan orang Yahudi untuk berdamai, tetapi mereka melanggar syarat perjanjian - SH
Kenyataan Dr Muhamad Nur Manuty itu bercanggah dengan pendirian Ulama terkenal tersebut! Sebagai contoh :
He (Qaradawi) regards all of “Palestine” as Muslim territory (according to Muslim Brotherhood and Hamas ideology), strongly opposes the existence of the State of Israel and rejects the peace treaties signed with it, and opposes the Palestinian Authority. (In the past, he called for the stoning of Mahmoud Abbas) more
Selain daripada itu, terdapat artikel lain seperti di bawah :
Qaradawi similarly expressed his desire to see a "conquered" Jerusalem in a January 24, 2011, fatwa in which he negated Jewish attachment to Jerusalem and stated that it is the duty of Muslims to "defend" Jerusalem with "their lives, their money and all they possess, or else they will be subject to Allah's punishment."

This fatwa is part of Qaradawi's long record of inciting violence against Jews and Israel. During a sermon that aired on the Arabic satellite channel Al-Jazeera TV on January 28, 2009, Qaradawi told his audience, "I will shoot Allah's enemies, the Jews, and they will throw a bomb at me, and thus I will seal my life with martyrdom." In another sermon on January 9, 2009, Qaradawi lashed out at Jews, including calling on God to "kill them, down to the very last one."

He has also refused to dialogue with Jews. Qaradawi declined to participate in the 8th annual conference organized by the Doha International Center for Interfaith Dialogue because of the participation of Jews.

In a statement released by Qaradawi's office, he reportedly said, "How can we conduct a dialogue in a time when they seize lands, shed blood, burn farms, and demolish houses? Palestine's conundrum has to be resolved first before we sit together at the same table."
JikaYusuf Al-Qardawi begitu tegas menolak negara Israel, di manakah buktinya yang mengatakan sebaliknya? Pengerusi Agama PKR itu dituntut untuk memberikan bukti-buktinya.

Jika gagal, beliau telah mencorengkan nama baik ulama tersebut sama seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini!

Seterusnya : BACA SINI

SAH ! Tun M Mengaku Tulis Surat Kepada 2 Presiden Israel Tapi...


Tajuk artikel ini sudah tentu menyebabkan pro-pembangkang meroyan seronok kerana ada satu lagi 'pendedahan' yang boleh digunakan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap keceluparan mulut Anwar Ibrahim yang menyokong negara Israel.

Tun M memang pernah menulis surat kepada 2 Perdana Menteri Israel tetapi perincian di dalam surat itu sudah pasti menyebabkan pro-pembangkang sangat kecewa.

Isi kandungannya menyatakan pendirian tegas Tun M tidak akan mengadakan hubungan diplomatik.

Sila baca di bawah :

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya- Utusan.
Selain daripada itu,

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dan jika kita lihat perkembangan tentang konflik Israel-Palestin ini, tidak mungkin Israel akan berlembut dan 'tidak ganas'. Tidak mungkin Malaysia akan mengiktiraf Israel seperti yang dikatakan oleh Tun M.

MiM percaya Tun M tahu sangat tentang sikap pemimpin Israel memandangkan Tun M merupakan salah satu pemimpin Islam dunia yang sangat vokal mempertahankan hak rakyat Palestin.

Allahyarham Yaseer Arafat, Father of Palestine, turut mengakui sumbangan besar Tun M.

Bacaan seterusnya : Klik : Anwar Berjaya Malukan Tun M.

Yang terbaru ialah perjanjian perkongsian kerajaan perpaduan Hamas-Fatah terpaksa ditangguhkan.

AFP melaporkan bahawa Hamas berkeras mahu menghalang suruhanjaya pilihan raya daripada mendaftar nama pengundi di Gaza.

Hamas masih belum mengumumkan persetujuan rasmi untuk membentuk kerajaan yang mampu mengakhiri perbalahan dengan Fatah!

Malah, PM Gaza Hamas sendiri mengaku tidak mungkin akan menyokong negara Israel! Baca Sini


p/s : Sekarang sudah ada ahli politik pembangkang hingusan yang berlagak pandai tentang hubungan Malaysia, Palestin dan Israel. Pathetic!

Tun Dr Mahathir Dedahkan Lagi Strategi Sulit Anwar Ibrahim & Pembangkang..


Pertama, MiM setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pembangkang sedang menyusun strategi mengalih tumpuan rakyat tentang isu Anwar menyokong keselamatan negara Israel.

Kedua, kenyataan Westports Malaysia telah memalukan parti pembangkang yang sebelum ini meroyan gembira kononnya dapat mengaitkan kerajaan dengan Israel.

Sebelum ini pun, Chegubard yang kononnya ada dokumen 2 syarikat Malaysia di Johor yang berurusan secara terus dengan negara Israel. Tetapi 'pendedahan' itu senyap begitu sahaja berkemungkinan besar pemegang saham terbesar syarikat tersebut bukan warga Malaysia!

Sila baca kenyataan Tun M :
Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis. Klik Sini

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan. Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

“Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.

“Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini,” katanya.

Anwar berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun. (cerita di sebalik pertemuan Anwar dan Nik Aziz : Klik Sini)

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.

“Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

“Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

“Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu,” katanya – Antarapos.

GEMPAR! Exco PAS Kedah Kosongkan Pejabat & Letak Jawatan Tanda Protes Kepada Azizan Razak, MB Kedah...


ALOR SETAR 23 Feb. - Kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Empat Exco yang dikaitkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Sejak September tahun lalu, Azizan menghadapi pelbagai tekanan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas alasan beliau tidak mempunyai keupayaan mentadbir Kedah dan menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, satu sumber mendedahkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco sudah mengosongkan bilik masing-masing dan seorang daripadanya dilaporkan sudah sah menghantar surat peletakan jawatan kepada Azizan.

Sumber itu mendakwa, kesemua mereka bertindak demikian sebagai bantahan kepada gaya pentadbiran Azizan yang dikatakan tidak efisien.

Krisis terbaru politik Kedah itu bermula apabila tersebar khabar angin terdapat tiga Exco negeri berkenaan telah menghantar surat kepada Azizan menyatakan mereka tidak mahu dilantik semula ke jawatan tersebut dan salinannya dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber memberitahu, langkah yang dibuat oleh mereka bertujuan memberi tekanan kepada Azizan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tindakan itu sekali gus akan membolehkan Azizan tidak dilantik semula ke jawatan tersebut jika pakatan pembangkang terus memerintah Kedah.

Sementara itu, Exco yang terlibat ketika dihubungi Utusan Malaysia tidak mengesahkan atau menafikan sama ada mereka akan menghadiri majlis pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Dua daripada empat Exco yang dikatakan terlibat seolah-olah berdolak-dalik dalam memberikan pengesahan.

Phahrolrazi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga berkata, belum masanya beliau membuat sebarang kenyataan tetapi jika perlu, satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut akan diadakannya dalam tempoh terdekat.

"Bagi buah masak cukup dahulu, baru boleh buat kenyataan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Sementara itu, Dr. Ismail juga enggan membuat sebarang kenyataan dengan mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Ditanya sama ada beliau telah menghantar surat tidak mahu dilantik semula sebagai Exco, Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri itu berkata: "Tanya MB (Menteri Besar), beliau tahulah kot. Saya tidak tahu apa-apa, jadi tak mahu kata apa-apa lagi."

Dr. Hamdan yang memegang portfolio Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan negeri pula gagal dihubungi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Azizan selaku Menteri Besar berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana Exco kerana ia proses biasa dalam pentadbiran.

"Hak negeri untuk pilih siapa yang layak. Lantik orang baru atau gugur juga perkara biasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena malam tadi.

Justeru, Abdul Hadi berkata, orang ramai tidak sewajarnya mempercayai khabar angin kerana ia bukan sumber rasmi.

Kerajaan Negeri Kedah melakukan rombakan barisan Exconya setahun sekali. - UM.

Thursday, February 23, 2012

Komplot Pecahkan Kereta Anwar Di Kluang, Johor..


Sebelum ini MiM telah menulis mengenai insiden yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Kluang, Johor : Klik Sini

MiM difahamkan bahawa insiden tersebut masih di dalam siasatan pihak polis.

Tetapi yang kelakarnya, sudah ada blogger pro-pembangkang yang membuat andaian sendiri dengan menyalahkan Putera UMNO pula!

Sebelum ini blogger pro-pembangkang itu pernah terkantoi malu isu 'hantu baling tisu' di dalam video kontroversi China doll.

Yang lebih memalukan ialah blogger pro-pembangkang itu turut memfitnah anak perempuan DS Najib Razak yang kononnya belanja besar di Australia tidak berapa lama dulu.

Baca di bawah :


Alasan yang diberi ialah hanya berdasarkan kepada kenyataan yang tertuduh di dalam FB beliau. Sila baca di bawah :


Dengan membaca kenyataan lelaki itu, apakah kita boleh membuat tuduhan beliau yang menyerang ceramah Anwar? Apakah beliau terlibat menyerang merosakkan kenderaan Anwar?

Terdapat satu lagi versi cerita iaitu pencacai-pencacai Anwar sendiri yang sengaja merosakkan kereta Anwar. Jika mereka benar-benar mahu mencederakan Anwar, kenapakah Anwar boleh ke tempat ceramah tanpa tercedera atau dirosakkan motorsikal tersebut?

Dan saksikanlah sendiri keganasan penyokong PAS :

Halimi Hazimin Malik Menangis Bila Foto Lucah Elizabeth Wong PKR tersebar??


KUALA LUMPUR – Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.

Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).

“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.Hilmi, 37, membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.

Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.

“Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth,” katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak - Kosmo

MELAYU WAJIB TENGOK VIDEO INI!!

Artikel bro Jinggo-footpages




Video : Mufti Perak.

Wednesday, February 22, 2012

VIDEO PANAS : DAP KENA KAW-KAW!!




Video : ketua pemuda umno penang balun guan eng.


MALU BESAR! Kenyataan Pemimpin Hamas PM Gaza Sahkan Pembohongan Terbaru Anwar Ibrahim...

Satu lagi putar belit Anwar Ibrahim dan kali ini mangsanya ialah Nik Aziz dan anda sekalian!


Di antara kenyataan Anwar pro-Israel :
Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

“Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan,” kata Anwar.“Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu.
Persoalannya sekarang, apakah benar pendirian Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel itu `selari` dengan pandangan Hamas dan Fatah?

Apakah Hamas atau pun Fatah menyokong negara Israel?

Realitinya, kenyataan Anwar Ibrahim itu sebenarnya satu pembohongan besar! Yes...pembohongan besar yang menipu Nik Aziz dan kita semua!

Di bawah adalah kenyataan terbaru, Ismail Haneyih, pemimpin Hamas yang juga merupakan PM Gaza, Palestin!



Ismail Haniyeh dengan jelasnya mengatakan bahawa Hamas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel!

Pemimpin Hamas itu menyatakan pendirian beliau ketika memberi ucapan sempena majlis merayakan 33 tahun Revolusi Islam di Tehran's Azadi Square pada 11 Februari lepas.

Kenyataan tersebut di siarkan di portal Al Arabiya News

Di antara ketegasan pemimpin Hamas itu :
Hamas “will never recognize Israel,” its Gaza prime minister said Saturday in a speech in Iran that is likely to complicate Palestinian efforts to form a unity government in the teeth of opposition from the Jewish state.

“They want us to recognize the Israeli occupation and cease resistance but, as the representative of the Palestinian people and in the name of all the world’s freedom seekers, I am announcing from Azadi Square in Tehran that we will never recognize Israel,” Ismail Haniyeh said.
Persoalanya sekarang, jika Hamas begitu jelas tidak akan mengiktiraf Israel, kenapa Anwar Ibrahim mengiktiraf negara tersebut?

Dan jika Hamas begitu tegas tidak akan mengiktiraf negara Israel, mana mungkin konsep `dua negara` yang kerap dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim, akan dipersetujui di Doha? Mana buktinya?

Jika pendirian Anwar selari dan tunduk dengan Hamas, Anwar Ibrahim sepatutnya turut tidak menyokong negara Israel!

Anwar berbohong lagi! Memang dasar kaki putarbelit dan pembohongan besar!

KENYATAAN PENUH NIK AZIZ TENTANG PERJUMPAAN DENGAN ANWAR IBRAHIM..


Di bawah adalah kenyataan Mursyidul Am PAS tentang pertemuan beliau dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini:
Pagi semalam, sekitar pukul 9.30, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lalu yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat.

Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Komen MiM

Nik Aziz sendiri berkata haram bersekongkol dengan pihak Israel tetapi dalam masa yang sama mengatakan 'terserah' kepada Anwar Ibrahim yang sokong Israel. Ianya ibarat, haram melanggan pelacur China Doll tetapi 'terserah' nak balun...it's OK!

Anybody can explain kenyataan merepek Nik Aziz ini??

Anwar Ibrahim Putarbelit Perjanjian Fatah-Hamas..


Komentar daripada pembaca MiM,

Anwar kata kenyataannya adalah selaras dengan persetujuan diantara Fatah-Hamas di Doha minggu lalu. Pendiriannya adalah menyokong penyelesaian 'dua-negara" Israel dan Palestin.

Pertama sekali: Hamas tidak pernah bersetuju dengan penyelesaian "dua-negara". Sila lihat Malaysian Insider, Feb 17 2012, "Anwar's explanation and the stand that Hamas never took" oleh Abdar Rahman Koya.


Kedua: Persetujuan yang dicapai di Doha pada Feb 07,2012 diantara Presiden Mahmud Abbas dan Khaled Meshaal (Ketua Biro Politik Hamas) ialah bagi Abbas mengetuai kerajaan sementara (unity government) yang akan terdiri daripada teknokrat bebas.

"The reconciliation deal between Fatah and Hamas can create a united front against Israel".

Kerana itu Perdana Menteri Israel, Netanyahu dengan pantas mengutuk persetujuan tersebut dan mengingatkan Abbas ,"It is either peace with Hamas or peace with Israel. You can't have both."

Tidak terdapat sebarang kenyataan di Doha ini mengenai keselamatan dan persetujuan "dua-negara" oleh Hamas dan Fatah seperti yang dinyatakan oleh Anwar!!

Ketiga: Nasharuddin juga ada bertemu dengan pemimpin Hamas. Nasharuddin dilapurkan sebagai berkata bahawa pemimpin Hamas terperanjat dan kesal terhadap kenyataan Anwar mendahulukan keselamatan Israel!! ANWAR NAK KENCING LAGIII!!!

HOT : Anwar Ibrahim Sokong & Lulus Dagangan Israel!!


Satu lagi perkara yang kantoikan Anwar Ibrahim!

Sila baca di bawah :

PARIT 21 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataaNnya mengenai Israel menerusi Wall Street Journal (WSJ ) yang dianggap sama dengan pendirian kerajaan Malaysia.

Menurut beliau walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata kelonggaran untuk syarikat-syarikat lain yang ada di Israel dibuat pada 1996 oleh jemaah menteri.

Katanya lagi kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi.

Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut,” katanya. -MediaUMNO

Tuesday, February 21, 2012

TERBARU : ANWAR IBRAHIM SANGGUP BERSARA DARI POLITIK JIKA BERBOHONG ISU ISRAEL...


Kenyataan Anwar Ibrahim di bawah jelas menunjukkan bahawa terdapat pembohongan terbaru di dalam isu sokongan beliau kepada negara Israel!


Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.

"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.
WHAT?? "Media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat"?

Come on la Anwar. Janganlah kelentong seteruk demikian!

Media disini tidak pernah 'gunakan bahagian pertama bla..bla..bla' tetapi sekadar merujuk kepada kenyataan WSJ.

Media yang 'tidak letak kontinjen dan prasyarat' ialah WSJ sendiri bukannya media di sini!


REALITINYA, 2 artikal telah dikeluarkan oleh WSJ tentang isu ini tidak pernah menyebutkan 'kenyataan' Anwar Ibrahim tentang 'undurkan tentera Israel dari negara Palestin' atau 'hentikan kepungan di Gaza'.


Seriously folks! Tak ada langsung!

Anda baca sendiri 2 artikel yang dikeluarkan oleh WSJ dan anda tentu akan bersetuju dengan MiM

Artikel pertama : Malaysia's Anwar Presses Despite Appeal


Artikel WSJ yang kedua : Israel Dominates The Debate In Malaysia - Again


Persoalan besar sekarang ialah a
pakah WSJ begitu low class dan sangat bodoh untuk tersalah quote kenyataan Anwar Ibrahim untuk 2 kali berturut-turut??

Bukan sekali tetapi dua kali! Logikkah??

Maka sekarang, siapakah yang benar? Anwar Ibrahim atau Wall Street Journal?

Persoalan ini menuntut satu jawapan dengan kadar segera kerana apakah rakyat mahu mempercayai kenyataan Anwar Ibrahim yang sudah terkenal dengan pembohongan demi pembohongan kepada kita semua.

Berlainan pula dengan Wall Street Journal, media antarabangsa yang sangat terkenal dengan intergriti di dalam laporan mereka, jika dibandingkan dengan media tabloid Australia yang menabur fitnah keluarga Najib Razak.

Mana mungkin rakyat mahu menelan begitu sahaja kenyataan terbaru Awnar Ibrahim tanpa bukti yang sah untuk menyakinkan rakyat? Tidak mungkin.

Hanya satu sahaja yang Anwar Ibrahim mampu lakukan untuk membersihkan nama beliau, jika masih bersih, iaitu menuntut agar WSJ mengeluarkan transkrip keseluruhan temuramah tersebut.

Itu sahaja yang mesti dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan jika beliau masih berdolak-dalih, Anwar Ibrahim memang bersalah dan beliau patut bersara dari arena politik!

FACEBOOK DR MiM

My Blogger Tricks

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.