FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Saturday, February 18, 2012

GEMPAR! RUMAH URUT & MAKSIAT DAPAT SIJIL HALAL DI NEGERI INI? ?


Islam melarang tegas perbuatan maksiat seperti membuka rumah urut, perbanyakan kelab-kelab malam dan mengembang biak rumah pelacuran. Perbuatan itu sangat bertentangan dengan agama Islam dan begitu juga dengan agama-agama lain di dunia.

Bagaimanapun, demi kelangsungan polirik dan kuasa, kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR, DAP dan PAS menyifatkan segala perbuatan maksiat yang berlaku dan berkembang di Selangor adalah hak asasi manusia yang perlu dipertahankan.

Ini diakui sendiri Dr Hassan Ali sepanjang menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor. Sepanjang tempoh 3 tahun memegang jawatan itu, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam, tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend.

Berbeza dengan keadaannya dalam urusan pembangunan dengan beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

"Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman Exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Atas sebab prinsip, beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat, tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja.

Bercakap mengenai Putrajaya, Dr Hassan Ali menyifatkan selagi golongan parasit itu berada dalam PAS, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

Hakikatnya, jika rakyat Selangor sekali lagi memilih Pakatan Pembangkang di Selangor dalam PRU-13 akan datang, nescaya rakyat Selangor menyokong dan menghalalkan perbuatan maksiat.

APA NAK JADI DENGAN MELAYU NI???


SERAMAI 3.7 juta rakyat kita masih belum tergerak hatinya untuk mendaftar sebagai pemilih.Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 60 peratus daripada kelompok tersebut ialah golongan muda iaitu berusia bawah 40 tahun.

Selari dengan komposisi kaum di negara ini, terdapat hampir 2.1 juta orang Melayu dan bumiputera paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi.Mengapa gejala tersebut berlaku?

Ada yang menganggap sikap tidak ambil peduli dan memandang remeh kepentingan mendaftar adalah puncanya.Jika diteliti dalam kita mencari akar masalah itu bukan punca sebenar.

Ada punca lebih besar lagi yang menyebabkan mereka tidak kisah untuk mendaftar seterusnya mengundi.Faktor paling dominan adalah sejauh mana proses sosialisasi orang Melayu segenap lapisan dalam "mengenali" politik.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Orang Melayu yang dapat mencerap makna sebenar politik memiliki sikap ambil berat dan memandang serius akan kepentingan mengundi, berbeza dengan hampir 2.1 juta orang Melayu yang liat mendaftar itu.Usah salahkan mereka seratus peratus kerana mereka ialah mangsa kepada proses sosialisasi dan budaya politik yang salah sedangkan bagaimana orang Melayu "diasuh" dalam melihat politik itulah yang mempengaruhi kesedaran mereka untuk bergelar pengundi.

Di pusat pengajian tinggi misalnya, ayat peringatan bahawa "masuk universiti belajar, bukan berpolitik" adalah satu bentuk sosialisasi yang tidak tepat apatah lagi jika dikaitkan peranan mereka sebagai agen perubahan masyarakat.Politik dipakejkan seperti lembaga menakutkan yang akan menjejaskan tumpuan mereka belajar meskipun pelajar Melayu yang konon tidak mahu "berpolitik" itu tidak pula mampu menandingi pelajar bukan Melayu yang ramai mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih cemerlang.

Tanggapan terhadap politik jadi begitu jumud. Akibatnya, mereka tidak minat untuk bergerak aktif dalam persatuan pelajar di dalam kampus, apa lagi di luar sedangkan pada masa sama majoriti pelajar bukan Melayu begitu aktif bergiat dalam pelbagai kelab dan persatuan di universiti dan luar berorientasikan kepentingan dan kebudayaan mereka.

Jika suara pelajar Melayu berbeza daripada kelaziman massa akan cepat dicap sebagai "hanya tahu membangkang" sekalipun atas hujah akademik yang rasional dengan pendekatan yang berbudi bahasa.

Pendek kata, apabila disebut "politik", imej yang terpampang adalah melawan cakap, demonstrasi dan lebih jauh lagi politik kepartian sehingga dalam beberapa keadaan coretan di laman sosial Facebook pun boleh dianggap sebagai ancaman.

Walhal, interaksi dan komunikasi kita dengan persekitaran sosial setiap hari dan setiap detik itu jelas lagi nyata berkaitan dengan politik!Akibat daripada makna dan praktis politik yang beku tidak hairanlah diperhatikan pelajar Melayu kurang berbaris berbanding pelajar Cina di kaunter pendaftaran pemilih yang secara berkala dibuka oleh SPR di universiti sebelum ini.

Kegagalan memahami makna politik dalam kalangan golongan muda Melayu ini bukan setakat terhenti impaknya kepada kelompongan di peti undi tetapi lebih dahsyat daripada itu menghakis jati diri dan rasa bangga sebagai orang Melayu.

Golongan muda Melayu yang tidak lagi secara praktis memiliki pengalaman berdepan dengan belenggu penjajahan atau hidup dalam zaman yang penuh kesukaran akan terus rapuh pegangan dan jati dirinya.Mereka bukan lagi rendah diri tetapi jadi kerdil diri dan tidak lagi punya deria yang peka terhadap kepentingan bangsanya kerana tidak mahu dilabel rasis.

Rantaian kepada psikologi Melayu yang kacau itu kemudiannya diterjemah dalam bentuk tindakan. Mereka hanya cenderung bercerita isu remeh berkepentingan jangka pendek kerana mahu berada dalam zon selamat.Orang Melayu yang telah dilunturkan pemahaman mereka terhadap makna politik tidak tahu lagi memberi keutamaan kepada hal yang mendatangkan manfaat kepada bangsanya.

Buktinya jelas. Jika mendaftar sebagai pemilih dan seterusnya nanti keluar untuk mengundi pun tidak peduli, apakah yang boleh kita harapkan kepada kelompok 2.1 juta itu untuk memperjuangkan diri dan bangsanya sendiri jika suatu masa nanti ditindas? - Arif Atan, UM.

ANWAR SOKONG ISRAEL, DIA PUNYA PASAL TAK APA - NIK AZIZ


KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat menn rundingan serta kerjasama dengan Israel - UM.

Friday, February 17, 2012

PKR Kancing Gigi Kerana Anwar Ibrahim!!


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini dilihat masih tidak berani menyatakan pendirian terhadap kenyataan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ), akhir bulan lalu.Presiden

Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, parti itu bimbang kehilangan sokongan umat Islam di negara ini sekiranya mereka menyokong kenyataan Anwar.

"Jika PKR mempertahankan Anwar, saya percaya ramai pengundi Islam yang berada di atas pagar akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.

"Sebaliknya, perpecahan dalam parti dan pakatan pembangkang bakal berlaku sekiranya PKR mengambil pendirian membantah kenyataan pemimpin tertinggi mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, pendekatan berdiam diri tidak akan menyelamatkan PKR memandangkan rakyat ingin tahu pendirian sebenar mereka terhadap isu yang melibatkan konflik di Palestin.

Dalam pada itu, kata Razali, pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar dalam masa terdekat dianggap hanya satu gimik untuk mengaburi mata rakyat lebih-lebih lagi penyokong pakatan pembangkang.Jelasnya, desakan Nik Abdul Aziz agar Anwar menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ telah meletakkan Ketua Pembangkang itu dalam dilema.

"Kita tunggu dan lihat sama ada Nik Abdul Aziz akan berubah pendiriannya atau mengambil sikap berlembut dengan Anwar selepas perjumpaan tersebut."Selaku pemimpin parti politik yang mendakwa berjuang menegakkan Islam, Nik Abdul Aziz sepatutnya bersikap lebih tegas. Namun, kata duanya kepada Anwar sebelum ini seperti melepas batuk di tangga," katanya - UM.

Thursday, February 16, 2012

MALU BESAR ! ANWAR IBRAHIM DITANGKAP BERBOHONG DI DALAM KENYATAAN RASMI TENTANG ISU ISRAEL!!!


Sungguh melampau dan memalukan!

Tatkala Anwar Ibrahim kantoi dan cuba menyalahkan UMNO kononnya hanya menyiarkan sebahagian daripada kenyataan kontroversi beliau di dalam Wall Strret Journal, beliau terang-terangan telah menipu rakyat di dalam kenyataan terbaru beliau!

Di antara kenyataan pembohong besar, Anwar Ibrahim itu :
16hb Februari 2012
KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin - seterusnya

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.
Pembohongan Anwar yang sangat nyata ialah perenggan ini -

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Anda baca kembali perenggan tersebut :
Yang pastinya, ayat selepas 'I support all the efforts to protect the security of Israel' BUKAN “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” seperti yang ditipu oleh Anwar Ibrahim!

Jika kita lihat perenggan asal, ayat selepas 'I support all the efforts to protect the security of Israel' ialah 'he would open diplomatic ties with the Jewish state'!

Dan 'a step' atau satu langkah yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim di dalam perenggan itu hanya merujuk kepada 'diplomatic ties with the Jewish'!
Terdapat 2 langkah yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim,

1. Menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

2. Membuka talian diplomasi dengan negara Israel.

Yang menimbulkan kontroversi dan persepsinya ialah perkataan ' a step' atau pun 'satu langkah'. KLIK SINI

'A step' is singular word not plural.

Maka 'satu langkah' yang dirujuk sebagai 'contigent Israel respecting the aspiration of Palestinians' hanyalah membuka talian diplomasi dengan negara Israel.

Kemana perginya ayat 'menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Palestin'?

Anwar kantoi lagi!

Yang menimbul tandatanya ialah keengganan Anwar Ibrahim meminta WSJ menarik balik artikel tersebut. Maklumat yang MiM dapat ialah beliau enggan kerana takut WSJ akan mengeluarkan keseluruhan transkrip asal temuramah tersebut!

Nik Aziz Percaya Dengan Alasan Anwar Ibrahim Tentang Isu Israel...


Kita tentu tergelak besar dengan kenyataan terbaru yang cuba mengalih perhatian rakyat terhadap keceluparan beliau menyokong keselamatan negara Israel.

Lebih sopan? Berhemah?

Di antara laporan Harprakah :
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.

Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.“Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

“Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” tegasnya.
MiM hairan, sejak bila UMNO `memadamkan kenyataan Anwar mengenai Palestin`?

Apakah rakyat mahu mempercayai kenyataan beliau ini sedangkan rakyat mempunyai segala akses untuk membaca keseluruhan artikel kontroversi di dalam Wall Street Journal?

Maka, kurang cerdiklah jika ada yang mahu 'memadamkan kenyataan Anwar'. Malah, jika Anwar Ibrahim mahu, kenyataan beliau di dalam artikel WSJ hanya merujuk kepada 'aspirasi' rakyat Palestin sahaja! Kenapa beliau tidak berlaku dan menyatakan perkara yang sama tentang Israel?

Kenapa Anwar tidak menyebut 'menyokong penuh keselamatan negara Palestin'?

Malah, tindakan WSJ mengeluarkan artikel kedua dan seperti menokoktambahnya jika dibandingkan dengan artikel pertama yang menjadi perbualan hangat rakyat, menunjukkan bahawa terdapat keraguan di dalam artikel pertama.

Baca sini : Klik Sini

Tetapi WSJ tidak meminta maaf. Begitu juga Anwar yang tidak menuntut WSJ supaya menarik balik artikel tersebut.

DAN yang paling penting sekali ialah jika media pro-kerajaan tidak mendedahkan isu ini, rakyat, Nik Aziz dan Majlis Syura PAS tidak mungkin akan tahu! Manakala Anwar semakin dipuji oleh counterpart Zionis beliau kerana berani menyatakan sokongan kepada negara Israel secara terbuka.

Yang kesihannya ialah Nik Aziz,Majlis Syura dan rakyat yang selama ini tergoda dengan lakonan Anwar Ibrahim!

Malah selama ini pun, kita mahukan penjelasan daripada beliau sama seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz tetapi sering ditepis dengan mengatakan ianya hanya fitnah! Pathetic old man!

Anwar semakin ligat terlajak kata!

ADA YANG MARAH & KATA 'ANWAR IBRAHIM LEMPAR BABI DI JALAN'!


Semakin ramai pihak di dalam Pakatan Rakyat yang sangat kecewa dengan percaturan politik Anwar Ibrahim yang semakin bercelaru dan menggugat kepercayaan mereka terhadap penyokong negara Israel dan parti beliau.

Kekecewaan itu begitu jelas ditunjukkan di alam media baru ini dengan banyak penulisan yang sangat meluat dengan sikap buruk Anwar Ibrahim.

Dan bagi mereka, yang menambahburuk keadaan ialah kebangangan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil jalan mudah iaitu mencari salah parti UMNO supaya kesalahan mereka sendiri dikira OK sebab parti UMNO buat perkara yang sama!

Malah ada yang menulis Anwar Ibrahim ibarat 'melontar babi di jalan rakyat untuk lawan UMNO'!

Kekecewaan dan metafora yang dinyatakan itu sangat jelas, Anwar Ibrahim semakin menyusahkan jentera parti dengan isu-isu yang sepatutnya tidak wujud ji
ka Anwar Ibrahim tidak bangang sangat.

Di antara artikel pro-pembangkang yang menghentam Anwar Ibrahim :
Sehari dua ni aku dok rasa nak guna babi ja sebagai misalan atau objek penceritaan. Kali ni cerita "bukan aku ja yang makan babi, hampa pun makan babi jugak!" Cerita itu la yang saya teringat bila baca berita bertajuk "Malaysia juga tak iktiraf kerajaan Palestin, kata PKR".

Saya cukup menyampah apabila puak lawan Umno kata, "bukan kami ja yang buat lagu tu, Umno lagi teruk". Awat? Bila Umno tutuh duit, hampa pun nak tutuh duit jugak ka? Bila puak Umno berzina, hampa pun nak berzina jugak ka? Bila Umno jadi pecacai Israel, hampa pun nak jadi macai Israel?

Dah bertahun dah saya kata, puak yang lawan Umno bukan sahaja mesti bersih, tetapi mesti dipandang bersih. Bukan sahaja mesti cerdik, tetapi mesti dipandang cerdik. Hampa buta dan tuli sangat ka bila ada yang dipandang kotor dan ada yang dipandang bodoh?


Aku tak nak ulas panjang-panjang. Satgi puak 'asabiyyah dalam Pakatan Rakyat (PR) menggelejat satu badan. Ada akai, pakai!


bakaq tak perlu ada ijazah linguistik atau sarjana Bahasa Inggeris untuk memahami kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bakaq tak perlu otak sehebat otak rocket scientist untuk memahami kenyataan bodoh dan bangang dari semua aspek itu. Dari awal lagi, aku dah agak dah wak yet Anwar akan kata kat aku supaya tengok dalam konteks apa Anwar bercakap. Memang ada komen lagu tu masuk dalam ruang komen blog ni.

Yang semakin menyusahkan usaha orang yang nak lawan Umn ialah apabila Anwar buat perangai kepala batu dan buat-buat tak tau bahawa orang yang nak lawan Umno jadi susah dengan statement sial "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".

La ni musim puak-puak la'nat lempaq bangkai babi kat masjid-masjid. Puak-puak la'nat tu buat lagu tu untuk mencetuskan perkauman dengan tujuan nak mempertahankan kuasa tuhan-tuhan sembahan mereka yang dok rasuah duit kat depa.

Aku tak terkejut puak la'nat tu buat lagu tu. Puak la'nat memang lagu tu. Yang aku sakit hati sangat ialah bila Anwar pun dok lempaq bangkai babi atas jalan rakyat yang nak lawan Umno. Hoi Anwar, berapa ekoq lagi babi hang nak lempaq atas jalan rakyat yang lawan Umno? Utusan Malaysia dan beronggeng sakan. Tengok imej di bawah.

Dalam pada tu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dah kata dia sedia nak jumpa Anwar fasal statement bodoh dan bangang Ketua Umum PKR tu. Masalahnya, orang banyak dok risau - lepas ni Anwar yang tarik balik kenyataan dia atau Musyidul Am PAS itu pulak yang tarik balik kenyataan dia di bawah ni (Eeeeee! Ada tulis pulak perkataan "bentara setia". Sangat eeeeee! Terlalu eeeee!) - seterusnya

VIDEO! PENDEDAHAN SKANDAL ANWAR IBRAHIM DENGAN KEKASIH VIP YAHUDI!!


Pendedahan yang amat mengejutkan! Anwar Ibrahim dan rakan karib beliau, Paul Wolfowitz, Yahudi Zionis, mastermind pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Iraq!

Dan juga kaitan Anwar Ibrahim dengan Shaha Riza, kekasih Yahudi Zionis itu.

Lihat video di bawah :


Video : terbongkarnya rahsia Anwar & rakan karib Zionis, Wolfowitz


p/s : Baca juga related posts di bawah :

Wednesday, February 15, 2012

GEMPAR! NIK AZIZ BOLEH PENGSAN TENGOK GAMBAR TERBARU ANWAR IBRAHIM INI!!


Sebelum ini kepimpinan PAS beria-ia menghentam Najib Razak kerana hadir ke Hari Thaipusam di Batu Caves.

Begitu juga dengan media pro-pembangkang terutamanya bloggers pembangkang yang turut sama menghentam Najib.

Soalan mudah, apakah pandangan mereka dengan gambar-gambar di bawah?

Pemimpin PAS dan media mereka janganlah tutup mata dan buat-buat tidak nampak dengan tanda merah di dahi Anwar Ibrahim!

Jawab jangan tak jawab!!






Bacaan seterusnya : Klik Sini

MESTI BACA!: KENYATAAN PANASI TERBARU ANWAR IBRAHIM YANG PASTI MENGEJUTKAN BANGSA MELAYU!!!


Sebelum ini MiM telah nemuliskenyataan Anwar Ibrahim di dalam majalah Tempo yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong homoseksualiti.

Sila baca sepenuhnya : KLIK SINI

Kenyataan di atas sungguh mengejutkan, begitu juga dengan isu Anwar menyokong leselamatan negara Israel.

Tetapi apabila MiM telah kembali tulisan di dalam Tempo itu, terdapat satu lagi kenyataan Anwar Ibrahim yang bakal mendatangkan kontroversi terbaru, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kaum Melayu di Malaysia!

MiM telah berulang-kali membaca entri di bawah wah, mungkin MiM tersilap atau tak nampak but correct me if i'm wrong.

Anda baca dulu kenyataan di bawah :


Anda baca sekali lagi di bawah :


Ada 4 perkara penting di dalam artikel di atas,

1. Soalannya tentang kebebasan beragama kerana kaum Melayu di Malaysia 'harus' orang Islam.

2. Seperti sekarang, automatically, orang Melayu itu beragama Islam. Melayu itu Islam kerana termaktub di dalam konstitusi dan perlembagaan negara Malaysia.

3. Soalan seterusnya ialah kenapakah Anwar Ibrahim tidak berbuat sesuatu terhadap konstitusi yang tidak selaras dengan hak asasi tersebut?

4. Jika kita baca dan rujuk kepada turutan artikal tersebut, konstitusi itu termasuklah Melayu 'harus' Islam dan hak asasi yang dimaksudkan ialah kebebasan beragama.

Daripada 4 perkara di atas, timbul persoalan,

1. Apakah Anwar Ibrahim setuju untuk meminda sebarang konstitusi negara kononnya demi hak asasi kebebasan beragama?

2. Apakah selepas ini keturunan Melayu tidak 'harus' lagi beragama Islam kerana bebas beragama demi hak asasi?

3. Apakah maksud 'tafsirnya sudah keterlaluan' seperti yang dinyatakan oleh Anwar? Apakah yang dimaksudkan ialah identiti Melayu, kebebasan beragama, hak asasi atau konstitusi negara itu sendiri?

Realitinya, tidak ada 'yang keterlaluan' mengatakan bahwa Melayu itu beragama Islam. Begitu juga dengan konstitusi negara yang dipertahankan oleh setiap rakyat Malaysia!

Yang selalu mendatangkan tafsiran yang keterlaluan ialah kebebasan beragama dan hak asasi, lebih-lebih lagi kedua-dua perkara ini selalu dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Anwar Ibrahim sendiri!

Maka timbul isu sokongan secara terbuka kepada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) yang sebelum ini begitu janggal kepada umat Islam dan rakyat di Malaysia. Semuanya itu kononnya di atas nama hak asasi. Sehinggakan Hamza Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah saw pun dijadikan platform atas nama hak asasi!

Mungkin selepas ini, Salman Rushdie pun akan datang ke Malaysia kerana ada malaun yang mahu membela beliau!!

Ironinya, Anwar Ibrahim mengaku bahawa parti UMNO sahaja yang protect atau melindungi umat bukan PAS atau PKR atau beliau sendiri!

Nampaknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang semakin ligat terlajak kata!

TERBARU : ANWAR IBRAHIM DISINDIR DI BANGKOK, THAILAND



Kehadiran Anwar Ibrahim di Bangkok kelmarin telah disindir oleh salah seorang daripada pengikut twitter beliau!
Lihat bawah :


Sindiran itu begitu pedas sekali memandangkan didakwa terdapat satu lagi video aksi akrobatik beliau di sana.

Kali ini Anwar berjumpa dengan Gabenor Bangkok berbincang tentang program kesihatan dan traffic. Anwar bincang tentang program kesihatan dan traffic?? Kelakar!


Dan yang hairannya ialah Anwar Ibrahim masih tidak respons kepada kenyataan Nik Aziz dan PAS yang secara rasminya tidak menyokong kenyataan Anwar Ibrahim tentang negara Israel.

Anwar semakin tertekan!

PANAS! MAHFUZ BONGKAR SKANDAL TONG SAMPAH...


Mahfuz Omar PAS buat apa tu? Tunjuk tong sampah apa tu?

Bukan tong sampah yang digunakan oleh Ahmad Maslan untuk buang jinggay?



Tuesday, February 14, 2012

GEMPAR! BUKTI FOTO & VIDEO ANWAR DI HALAU DI GADEK! MELAKA!!

Anwar Ibrahim bukan sahaja ditolak oleh parti PAS dek keceluparan menyokong negara Israel, tetapi beliau juga mendapat tentangan daripada penduduk setempat DUN Gadek, Melaka!

Lihat foto dan video di bawah. MiM juga difahamkan bahawa di antara yang terlibat ialah penyokong-penyokong PAS.




Sambutan dingin menanti Anwar Ibrahim!


video : anwar dapat tentangan dari penduduk setempat


KENAPA MAJALAH INI PILIH GAMBAR ANWAR IBRAHIM YANG PALING HODOH?

Majalah negara asing telah menyiarkan gambar-gambar Anwar Ibrahim seperti di bawah. Anda tentu setuju dengan MiM bahawa Anwar nampak hodoh.


MiM tidak pasti kenapa majalah tersebut memilih gambar-gambar ini. MiM pasti jurugambar majalah tersebut mengambil banyak lagi gambar Anwar yang lebih elok.

Tambahan pula, majalah itu menulis yang baik-baik sahaja tentang Anwar! Hairan!


Gambar di atas ini pula di ambil semasa Anwar berada di dalam kereta Alphard semasa perjalanan ke lokasi ceramah.

Tetapi ada lagi kenyataan majalah tersebut yang sangat mengejutkan tentang Anwar Ibrahim! MiM akan dedahkan di artikel seterusnya.

TERKINI : ANWAR IBRAHIM TERIMA KEJUTAN PALING BESAR!!!


Anwar Ibrahim mendapat kejutan besar apabila kenyataan kontroversi beliau di Wall Street Journal akhirnya telah dibidas oleh rakan politik iaitu PAS!

Di antara kenyataan Nik Aziz yang terbaru,
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Walau pun agak terlambat, kenyataan Nik Aziz ini sekali gus telah menyebabkan Anwar Ibrahim keseorangan di dalam isu menyokong keselamatan negara Israel.

Kali ini parti PAS telah bersuara!

Sebelum ini MiM telah mendedahkan bahawa kenyataan Anwsr Ibrahim di dalam WSJ merupakan satu kenyataan bahasa Inggeris yang mudah dan straight forward. Cuma Anwar Ibrahim sahaja yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau.

Di antara artikel MiM,

Nampaknya Anwar Ibrahim masih mahu mempertahankan kenyataan awal di dalam Wall Street Journal. Hairan tapi tidak terkejut!

Kita baca kembali perenggan kontroversi itu :


Terdapat 2 langkah yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim,

1. Menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

2. Membuka talian diplomasi dengan negara Israel.

Yang menimbulkan kontroversi dan persepsinya ialah perkataan ' a step' atau pun 'satu langkah'.KLIK SINI

'A step' is singular word not plural.

Maka 'satu langkah' yang dirujuk sebagai 'contigent Israel respecting the aspiration of Palestinians' hanyalah membuka talian diplomasi dengan negara Israel.

Kemana perginya ayat 'menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Palestin'?

The Wall Street Journal juga bertindak mengeluarkan satu lagi artikel terbaru untuk 'menerangkan' perkara yang sebenarnya tentang temuramah tersebut!

Tetapi malangnya, akhbar antarabangsa yang dimiliki oleh News Corp dan Rupert Murdoch itu mengambil jalan dengan memutarbelit dan seperti terdapat unsur pembohongan di dalam artikel terbaru mereka!

Di antara artikel terbaru WSJ. Sila baca di bawah :


Jika dibandingkan kedua-dua artikel itu, ternyata WSJ telah menambah ayat 'while at the same time backing the 'legitimate rights of the Palestinians' sebelum perkataan 'he stopped short of saying...'!

Tindakan WSJ menokok tambah ayat menimbulkan soalan besar iaitu apakah akhbar antarabangsa itu yang bersalah? KLIK SINI

Sila baca related posts di bawah yang menerangkan dengan terperinci isu Wall Street Journal dan Anwar Inrahim:

Monday, February 13, 2012

PEDIH! Dr Hasan Ali KANTOIkan Hadi Awang!!


Rupa-rupanya Dr Hassan Ali memang pernah berjumpa dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008!

Tetapi yang menariknya ialah perjumpaan tersebut telah mendapat restu Hadi Awang, Presiden PAS!

Lihat video di bawah :


Video : pengakuan Hasan Ali
“Selepas pilihanraya (ke 12)..memang betul saya jumpa dengan Khir Toyo..nak bercerita tentang penyatuan umat..nak cerita tentang akidah..nak cerita tentang syariah..nak cerita tentang akhlak seluruhnya..tanpa saya bersembunyi..tiap-tiap satunya dalam pengetahuan Presiden PAS.

“Bahkan Presiden PAS memberitahu saya..kalau ada orang tanya..dr tak payah jawab..suruh dia telefon saya sendiri”, katanya dalam ceramah ‘Selamatkan Akidah Umat Islam’ di Kampung Pengkalan Peguh, Lahat, Ipoh Perak, 10 Feb - AIDC
Persoalannya ialah kenapa kepimpinan PAS yang mendedahkan isu ini tidak berterus-terang tentang Hadi Awang yang merestui perjumpaan tersebut?

Apakah Hadi Awang mahu menjawab isu ini dan mempertahankan maruah beiiau?

Nampaknya, isu yang didedahkan untuk memalukan Hasan Ali terpalik balik ke muka mereka! Hasan Ali yang 'tidak memberi kesan kepada PAS' sebenarnya membuatkan kepimpinan PAS tertekan dan bertambah rimas!

Tun Dr Mahathir Bidas & Jawab Fitnah Terbaru!!


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian,  Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi - MI

4 Mesej Twitter Hamza Kashgari Yang Hina Rasulullah saw & Kaum Wanita.


'Wanita Arab Saudi tidak akan masuk neraka kerana mustahil masuk neraka dua kali' merupakan salah satu daripada mesej twitter Hamza Kashgari, warga Arab Saudi yang turut menghina Rasulullah saw.

Di bawah adalah di antara mesej-mesej (dan translation) twitter beliau.




Video : twitter Hamza Kashgari.



Semoga kita semua dapat pengajaran daripada isu ini!

Laporan AL-JAZEERA Tentang Isu Hamza Kashgari, Warga Arab Saudi Hina Rasulullah SAW.


Di bawah adalah laporan Al-Jazeera tentang isu Hamza Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah SAW.


Video : laporan Al-Jazeera

Cerita Wanita Melayu Bertudung Di Sebalik Isu Hamza Kashgari, Warga Arab Saudi Yang Hina Rasulullah..


Isu Hamza Kashgari atau Mohamad Najeeb A. Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah saw di dalam twitter beliau telah selesai apabila beliau dihantar balik ke Arab Saudi daripada KLIA.

Seperti biasa, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertahankan lelaki tersebut di atas nama hak asasi dan prinsip kebebasan. Dan mereka adalah bukan Islam yang tidak tahu menahu dengan ajaran Islam.

Tetapi terdapat satu gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam isu menghina Rasulullah saw. Beliau seorang Islam bernama Fadiah Nadwa Fitri, orang kuat PKR!

Lihat di bawah :

Seperti yang kita semua sedia maklum, laporan berita MalaysiaKini penuh dengan putar belit dan bohongnya.

Maka apabila MiM membaca laporan di atas, apakah benar wanita bertudung tersebut salah seorang daripada aktivis hak asasi yang bergegas ke Subang (walau pun mereka tahu lelaki warganegara itu di tahan diKLIA!) dan kemudiannya ke KLIA kononnya mahu 'menyelamatkan penghina Rasulullah itu?

Atau MalaysiaKini hanya sekadar rujuk twitter wanita bertudung bernama Fadiah Nadwa Fitri sahaja tetapi beliau tidak berada bersama-sama aktivis tersebut?

Wanita bertudung itu disarankan supaya tampil ke depan dan menjawab soalan ini dengan kadar segera! Ianya kerana melibatkan sama ada manipulasi berita MalaysiaKini atau seorang Muslim yang menyokong orang yang menghina Nabi beliau sendiri!

Jawab jangan tak jawab!

Sunday, February 12, 2012

Azizan Razak PAS KANTOI Lagi...


Apa cerita dengan Azizan Razak, MB Kedah?

Yang terbaru ialah pendedahan yang mengatakan kerjaan negeri beliau mahu NGO pulangkan peratusan duit NGO kepada kerajaan belaiu?

Selama ini kerajaan BN telah banyak membantu NGO untuk menggerakkan aktiviti mereka tetapi lain pula ceritanya apabila parti pembangkang yang berkuasa!

Sudah miskin sangatkah kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran beliau?

Baca di bawah :

MCA Kedah mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan penjelasan mengenai isu badan bukan kerajaan (NGO) perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik atau rebet antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Katanya, perkara itu didedahkan oleh NGO yang menyertai dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani dua hari lalu dan isu rebet itu dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina hari ini.
.
Beliau berkata, laporan itu juga memetik kenyataan anggota Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang mengaku setiap NGO yang bersetuju menerima sumbangan daripada peruntukan kerajaan, Exco atau wakil rakyat hendaklah memulang balik 30 peratus kepada pihak-pihak tertentu.

“Jika benar kenyataan Chow Kang ini, saya minta Menteri Besar jelaskan. Jika dia enggan, saya akan minta Chow Kang pula (beri penjelasan), jika Chow Kang juga diam, tahulah kami apa nak buat,” katanya kepada pemberita di Alor Setar, hari ini - BERNAMA

TERKINI : PEMIMPIN DAP BIADAP TUDUH WARTAWAN ADALAH 'PELACUR' !!


Rupa-rupanya, DAP bukan sahaja dilabelkan rasis tetapi sangat biadap kurang ajar langsi menghina wartawan!

Hew Kuan Yau, Ketua Publisiti Pilihanraya DAP telah membuat kenyataan biadap tersebut apabila mendakwa para wartawan adalah 'pelacur'!

Kebiadapan pemimpin DAP itu telah dibidas oleh oleh NUJ dan menuntut agar kepimpinan DAP yang lain supaya mengambil tindakan tegas terhadap Hew Kuan Yau.

Tetapi macam mana caranya pemimpin mulut biadap itu mahu dihadapkan ke lembaga disiplin DAP?

Ianya kerana Tan Kok Wai, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pun turut menyokong kenyataan biadap pemimpin DAP itu. 2 x 5 sahaja!

MiM setuju bahawa minta maaf sahaja tidak cukup. Kedua-duanya memang patut dikenakan tindakan seperti saranan NUJ.

Selain daripada itu, MiM sarankan kepada para wartawan supaya boikot sahaja sidang akhbar DAP mulai daeipada sekarang. Baru mereka tahu tinggi rendah langit ini.

Dan dengan sedikit kuasa yang mereka ada sekarang, pemimpin DAP sudah kurang ajar. Cuba bayangkan jika mereka ada kuasa yang lebih daripada itu!

Baca laporan di bawah :
KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- The National Union of Journalists (NUJ) is disappointed with DAP election publicity chief Hew Kuan Yau for making a sweeping statement that journalists were "prostitutes".

NUJ general secretary V. Anbalagan said the union was equally appalled by DAP disciplinary committee chairman Tan Kok Wai's stand for giving tacit support, saying that Hew was merely stating a fact.

He said Hew's statement had tarnished the image of journalists working in the print, electronic and on-line media.

"This is unfair as he has cast aspersions on journalists, a special category of people to serve the public and raise issues of public interest," he said in a statement.

An English newspaper Sunday reported that Hew had apologised for the controversy caused by his remarks. Anbalagan said, Hew should have backed the statement with a specific case like, who the person was, and which organisation he/she worked in.

"Hew should have complained to the organisation so that action could be taken, irrespective whether the journalist was an executive, bargainable employee, most of whom are NUJ members, contract employees or stringers.

"We demand that the DAP leadership take action against Hew and Tan as truth or fact must be supported with evidence.

"Anything short, is baseless and unfounded allegation against journalists and the profession," he noted - BERNAMA.

GEMPAR! Jurufoto Peribadi Anwar Di bunuh???

Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan, sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.


Baca seterusnya : KLIK SINI

Akhirnya Hadi Awang PAS Mengaku Tidak Setuju Dengan Anwar Ibrahim...


Setelah sekian lama membisu dalam isu kontroversi mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka mulut.Melalui blog http://presiden.pas.org.my,

Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.

Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel."Haram menerima kewujudan negara haram (Israel).

Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak," kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.

Menurut Abdul Hadi, walaupun banyak negara Arab menerima penyelesaian secara dua negara, tetapi Palestin bukan hak orang Arab sahaja sebaliknya, negara bumi anbiya itu adalah hak umat Islam keseluruhannya.

"Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya."Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin.

Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).

"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat," tegasnya - UM.

TERBARU : LUAHAN HATI TUN DR MAHATHIR TENTANG ISU PERKAUMAN.


Apabila isu pelanggan bangsa Cina bergaduh dengan pekerja KFC I-City, ada yang melabelkannya sebagai isu perkauman. Walau pun ianya isolated case, isu ini menjadi out of proportion dan panas.

Ada yang mengatakan bahawa isunya sengaja digembar-gemburkan dan bermotif politik apabila DAP masuk campur dan sidang akhbar diadakan oleh Danny Ng, pelanggan bangsa Cina tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa isu ini hanya diversion parti pembangkang mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang lebih besar seperti Anwar Ibrahim menyokong negara Israel atau skandal foto ngeri Elizabeth Wong terkangkang manja, nampak ketiak dan tidur sambil pakai kaca mata.

Ada yang menyindir tindakan DAP membesar-besarkan isu dan beria-ia menyediakan 2 peguam untuk bertemu pengurusan KFC sebagai satu cara mudah untuk mendapatkan pampasan wang ganti rugi daripada syarikat makanan segera itu.

Daripada banyak andaian tersebut, 'konflik perkauman' adalah paling dikhuatiri. Tetapi MiM percaya rakyat Malaysia mahukan keamanan.

Semasa MiM lepak di Kedai Buku Borders tadi, MiM tertarik dengan satu majalah bahasa Inggeris 'Esquire : The State Of The Vision' keluaran terbaru.

Dan sudah tentu yang menyebabkan ianya menarik kerana gambar Tun Dr Mahathir!


Terdapat temuramah di antara pihak majalah dengan Tun M. Dan oleh kerana kita sedang panas bercakap tentang perkauman, maka MiM ingin berkongsi pandangan Tun M tentang isu itu seperti yang disiarkan di dalam majalah tersebut.

Lihat di bawah :


Tun M menerangkan bahawa pengasas-pengasas negara telah mencapai kata sepakat untuk berkongsi kuasa demi memastikan keamanan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tun M juga menegaskan berulang kali bahawa di dalam masyarakat majmuk, konsep berkongsi ini bermaksud tiada pihak yang boleh membolot segalanya.

Jika ada pihak atau kaum berfikiran demikian, maka akan berlaku ketegangan kaum.

Kenyataan negarawan itu memang ada asasnya. Negara majmuk seperti Malaysia perlu senantiasa menjaga solidariti dan keamanan untuk terus maju di masa hadapan.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.