
Anwar Ibrahim sekali lagi kantoi berbohong tentang isu sokongan beliau kepada negara Israel. Pembohongan beliau dilakukan di depan rakyat Pahang.
Baca dulu laporan di bawah :
Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.Kenyataan Anwar Ibrahim kali ini ternyata bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini. Dahulu beliau menyalahkan parti UMNO kerana menabur fitnah dan menyiarkan sekerat sahaja kenyataan beliau di dalam WSJ.
"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.
"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi - UM.
Tetapi kini, Anwar Ibrahim menyerang WSJ pula kerana didakwa memanipulasikan kenyataan beliau. Ternyata beliau telah mengencing rakyat yang mendengar ceramah beliau itu!
Jika benarlah seperti yang beliau nyatakan, Anwar Ibrahim dicabar menyaman Wall Street Journal kerana telah memutarbelitkan kenyataan beliau. Apakah Anwar berani?
Jika beliau tidak berani, maka jelas bahawa Anwar Ibrahim memang menyokong negara Israel tetapi tidak menyokong negara Palestin, hanya `aspirasi` Palestin sahaja!
