CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, February 26, 2012

FOTO : NIK AZIZ TENTU MELENTING DENGAN DEMO TERBARU INI!


Pada jam 10.00 pagi bertarikh 25.2.2012, hampir 4,000 rakyat Kelantan berhimpun di Lembah Sireh (dekat Tesco KB) meluahkan kesengsaraan mereka terhadap masalah bekalan air bersih yang terpaksa dihadapi sejak sekian lama.


Perihal tuntutan penyelesaian terhadap krisis ini ada terkandung dalam TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN sebagaimana berikut : SETERUSNYA

LAPORAN TENTANG KES KHALWAT USTAZ PKR BADRUL AMIN.


Laporan Pahang Daily :

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam.

Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau.

Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.

ANWAR SENGAJA NAK NAIKKAN DARAH KAUM MELAYU??


Sebelum ini MiM telah menulis kenyataan Anwar Ibrahim di dalam majalah Tempo yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong homoseksualiti.

Sila baca sepenuhnya : KLIK SINI

Kenyataan di atas sungguh mengejutkan, begitu juga dengan isu Anwar menyokong leselamatan negara Israel.

Tetapi apabila MiM telah kembali tulisan di dalam Tempo itu, terdapat satu lagi kenyataan Anwar Ibrahim yang bakal mendatangkan kontroversi terbaru, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kaum Melayu di Malaysia!

MiM telah berulang-kali membaca entri di bawah wah, mungkin MiM tersilap atau tak nampak but correct me if i'm wrong.

Anda baca dulu kenyataan di bawah :


Anda baca sekali lagi di bawah :


Ada 4 perkara penting di dalam artikel di atas,

1. Soalannya tentang kebebasan beragama kerana kaum Melayu di Malaysia 'harus' orang Islam.

2. Seperti sekarang, automatically, orang Melayu itu beragama Islam. Melayu itu Islam kerana termaktub di dalam konstitusi dan perlembagaan negara Malaysia.

3. Soalan seterusnya ialah kenapakah Anwar Ibrahim tidak berbuat sesuatu terhadap konstitusi yang tidak selaras dengan hak asasi tersebut?

4. Jika kita baca dan rujuk kepada turutan artikal tersebut, konstitusi itu termasuklah Melayu 'harus' Islam dan hak asasi yang dimaksudkan ialah kebebasan beragama.

Daripada 4 perkara di atas, timbul persoalan seterusnya

MAKLUMAT TERKINI : Ustaz PKR Badrul Amin Mengaku Keseorangan Setelah Suami Bawa Isteri Balik..


Media melaporkan :
Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom kena cekup khalwat dengan isteri orang.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.

Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
 Di bawah pula ialah kenyataan Ustaz Badrul Amin :
25 Februari 2012.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng inii berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron.
Jabatan Agama mengesahkan bahawa Ustaz Badrul Amin dicekup atas tuduhan berdua-duaan dengan isteri orang tetapi Ustaz mulut celupar itu mendakwa keseorangan di dalam bilik.

Ustaz tersebut mendakwa mendapatkan bilik untuk isteri orang itu tetapi beliau tidak menyatakan sama ada wanita tersebut bersama beliau ketika suami wanita itu 'menyerbu dan menyerang' beliau.

Dilaporkan bahawa suami wanita itu yang membuat laporan khalwat tersebut. Badrul Amin mendakwa seorang di dalam bilik hotel kerana suami wanita itu membawa wanita dan anak secara paksa.

Persoalannya, dimanakah wanita tersebut apabila suami beliau menyerbu hotel tersebut? Di bilik Badrul Amin atau bilik hotel yang lain? Atau pun connecting room?

Logikkah jika suami wanita itu melenting dan memukul ustaz Badrul Amin jika beliau seorang di dalam bilik dan isteri beliau dibilik yang lain serta 'tidak disentuh' oleh ustaz mulut celupar itu?

Kes khalwat ini semakin menarik. Kita tunggu siasatan pihak berkuasa.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED