Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, May 31, 2012

PANAS! GILIRAN TUN MAHATHIR DEDAHKAN SALAH LAKU ANWAR!


Sebenarnya, tiada yang mengejutkan apabila terdapat dakwaan bahawa Anwar Ibrahim telah masuk campur dalam penyiasatan ke atas harta Azmin Ali sebelum ini.

Anwar sendiri menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Baca Sini

Tindakan bekas banduan yang menjalani hukuman penjara itu turut didedahkan oleh Tun Dr Mahahthir!

Sila baca di bawah :

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

"Dia (Anwar) suruh polis ‘gempaq’ (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah,” katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh. - Utusan.

Bacaan seterusnya : KLIK SINI

KAJIAN ANTARABANGSA YANG PASTI MENGECEWAKAN ANWAR IBRAHIM!


Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, yang dalam pada itu menewaskan beberapa negara maju, lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu memetik Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland bahawa Malaysia memperoleh skor tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan malahan Jepun.    

Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lepas, kata IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara-negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia mereka untuk meningkatkan kemajuan.     

Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).     

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada US$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.    

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.      

IMD berkata rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain dari Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22).

"Penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.    

"Langkah-langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.     

Mustapa berkata daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.     

Kaji selidik IMD itu menilai negara-negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.     

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan (kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lepas) dan kategori kecekapan kerajaan (ke-13 daripada ke-17).     

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial. seterusnya.

Tuesday, May 29, 2012

MELETUP ! VIDEO TERBARU 'KOTOR 3.0' YANG BELUM PERNAH KITA TENGOK LAGI!


Video terbaru anti-Bersih 3.0 yang banyak sindiran dan pengajaran kepada kita semua!

Lihat di bawah :


Video : Anti-Bersih 3.0

Apa pun, Bersih 3.0 telah berjaya memburuk-burukkan imej Ambiga, Anwar dan pembangkang secara keseluruhannya.

Yang memburukkan lagi ialah sikap dictatorship DAP terhadap Tunku Aziz yang menjadi mangsa keadaan dalam parti DAP itu.

Malah, kebangkitan rakyat yang selama ini sekadar the silent majority juga jelas menunjukkan penolakkan mereka terhadap agenda songsang Bersih 3.0 dan tindakan pembangkang yang sabotaj dan seterusnya menghuru-harakan perhimpunan tersebut.

TERBARU! DOKUMEN-DOKUMEN SULIT AZMIN & ANWAR DIDEDAHKAN!

AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Kenyataan pegawai BPR yang asal :

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku.

Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia.

Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.

Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR.

Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset?

Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.

Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami.

Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu.

Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim.

Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed.

Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya.

Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih.

Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.

Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995.

Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.

Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini??

Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.

Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man.

Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin.

TEETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung?

Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya. seterusnya







PANAS ! SISWA YANG CELUPAR MULUT KATA SULTAN JOHOR 'BODOH' DIDEDAHKAN!

Satu lagi pendedahan tentang seorang siswa yang tanpa usul periksa telah menghina Sultan Johor!



Anda baca kenyataan siswa kurang ajar itu di bawah :
Jika anda baca kenyataan siswa tersebut, terbukti bahawa beliau telah menabur fitnah dan tidak tahu apa-apa pun tentang kekayaan Kesultanan Johor.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor telah memberi kenyataan yang sangat jelas tentang status kewangan Kesultanan Johor yang tidak menggunakan wang rakyat. BACA SINI

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang siswa yang celupar mulut itu : KLIK SINI

Monday, May 28, 2012

PANAS! KENYATAAN TENGKU MAHKOTA JOHOR BUAT PENGKRITIK PLAT WWW TERKEDU MALU BESAR!

Bidaan nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor telah diputarbelitkan oleh anasir-anasir yang terlalu bodoh tidak tahu kekayaan yang dimiliki oleh Kesultanan Johor.

Untuk mengelakkan mereka itu terus hanyut dengan anggapan serong yang tiada sumber yang sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau.

Sila baca di bawah :

Klik foto untuk lebih jelas

Manakala Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim pula telah banyak berjasa kepada rakyat sebelum ini. Dan wang yang digunakan oleh Sultan Ibrahim adalah milik baginda bukannya wang rakyat seperti yang difitnah oleh sesetengah pihak.

Yang lebih memalukan mereka itu ialah plat-plat nombor istimewa seperti WWW1 adalah merupakan satu pelaburan yang tidak mungkin akan susut harganya. Malah, harga plat tersebut biasanya akan bertambah mahal dari setahun ke setahun.

Bagi MiM, pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik baginda sendiri.

Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan World Wide Web (WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.


Sila baca juga entri ini : KLIK SINI

DS @NajibRazak BUAT ANWAR & PEMBANGKANG PENING KEPALA!

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Beliau Berkata Demikian Semasa Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja & Peniaga Kecil 1 Malaysia di Dataran Merdeka pada 27 Mei 2012.

Lihat video di bawah :

Sunday, May 27, 2012

12 FOTO EKSKLUSIF! RADHI KUMPULAN OAG MASUK UMNO DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012! #HBN2012 #BeeAntBlues

Semasa MiM ronda Himpunan Agung Belia 2012 hari ini, MiM terserempak dengan Radhi OAG dikaunter UMNO luar negeri. Beliau sedang mengisi borang keahlian UMNO!


Radhi OAG sedang mengisi borang keahlian.




Di bawah adalah beberapa lagi foto di Himpunan Jutaan Belia 2012.

















The Beautiful People In Himpunan Jutaan Belia Putrajaya (2) #HBN2012 #BeeAntBlues

Hari ini adalah hari terakhir Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Semakin ramai yang hadir menyaksikan program-program dan gerai-gerai yang disediakan.

Rugi jika anda tidak datang dan menyaksikan sendiri program Belia Terbesar ini. Di bawah adalah beberapa foto yang MiM ambil di hari ini. MiM akan siarkan lebih banyak foto lagi selepas ini.


























FOTO EKSKLUSIF - THE BEAUTIFUL PEOPLE IN HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA! #HBN2012 #BeeAntBlues

Hari ini adalah hari terakhir Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Seperti kelmarin, hari ini Putrajaya akan diserbu lagi ratus ribuan pengunjung.

Banyak program di susun untuk hari ini. Dan di sepanjang berada di sini, MiM sentiasa teruja dengan program-program di sepanjang Himpunan Jutaan Belia ini.

Jangan lupa penuhi Putrajaya hari ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan program setahun sekali ini!

Di bawah adalah beberapa foto yang MiM ambil kelmarin. Sungguh meriah dengan pertunjukan dan juga aksi pengunjung yang sporting.























FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.