Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, June 30, 2012

LIVE! NALLAKARUPAN ADA 18 VIDEO AKSI ANWAR! - UMMI HAFILDA.


Malam ini Permatang Pauh, parlimen Anwar Ibrahim digegarkan dengan ceramah Ummi Hafilda bertempat di Taman Janggus.

Ummi Hafilda mendedahkan bahawa Nallakaruppan mempunyai 18 video aksi Anwar Ibrahim dengan pelbagai individu termasuk Shamsidar. Video yang diberikan kepada hakim baru-baru ini hanyalah 1 daripada 18 video tersebut.


Ummi Hafilda juha mendedahkan aksi Anwar Ibrahim masuk keluar Tivoli Villa yang beliau rakam.


Untuk bacaan lanjut : KLIK SINI

GEMPAR DI PARLIMEN ANWAR IBRAHIM!


Malam ini (30/6/2012), Permatang Pauh, kawasan parlimen Anwar Ibrahim akan digegarkan dengan ceramah Ummi Hafilda bertempat di Taman Janggus, Permatang Pauh.

Lihat di bawah :


Sebelum ini, Ummi Hafilda telah membuat beberapa pendedahan di siri ceramah beliau termasuk di Pulau Pinang.

Di antaranya ialah pendedahan tentang Anwar berambut palsu dan juga kaki rasuah! Lihat 2 video di bawah :


Video : Anwar berambut palsu.



Video : Anwar rasuah.

Friday, June 29, 2012

GEMPAR! TWITTER JABATAN PENERANGAN KENA HACK!

Twitter Jabatan Penerangan kena hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

Sila baca di bawah :


Di bawah adalah mesej yang dihantar oleh pihak tersebut :


Untuk bacaan seterusnya : KLIK SINI

EKSKLUSIF! FOTO PALSU ALTANTUYA DI PARIS? cc @NajibRazak

Satu lagi pendedahan tentang keraguan foto Altantuya yang berada di Paris!

Di bawah adalah foto yang menunjukkan Altantuya berada di depan bangunan Louis Vuitton, Paris.

Jika kita perhatikan, gambar Altantuya yang sangat pelik jika dibandingkan dengan orang lain yang berada di dalam gambar tersebut.


Kita akan lihat, horizontal line waist Altantuya yang tidak sama dengan lelaki-lelaki yang berada di sekitar bangunan tersebut!

Padahal, jika kita perhatikan foto sekumpulan manusia, sama ada dekat atau jauh daripada kamera, kita akan lihat horizontal line di level waist akan hampir sama sesama mereka di dalam foto itu kecuali jika objek itu sedang duduk atau angle pengambil gambar yang tidak sama level dengan objek yang diambil gambar itu.

Akan tetapi, jika kita lihat foto di bawah, sangat jelas menunjukkan bahawa sekeliling bangunan Louis Vuitton itu adalah rata!




Sebelum ini pula kita dikejutkan dengan foto kononnya Najib Razak duduk di sebelah Altantuya! Sungguh memalukan! - seterusnya

Any comment?

Lihat juha video di bawah :

Thursday, June 28, 2012

PANAS! NASIB KHATIB PAS BACA DOA GULINGKAN KERAJAAN...


Sebelum ini MiM telah menulis artikel beserta video tentang seorang pemimpin PAS yang mempolitikkan doa khutbah Jumaat. BACA SINI

Dibawah adalah perkembangan terbaru tentang isu ini :

PULAU PINANG 27 Jun - Nasib khatib yang didakwa membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada Jumaat lalu akan diketahui 10 Julai ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.Menurut Sazali, pihaknya sendiri sudah mendengar rakaman serta membaca skrip khutbah itu dan menemuramah beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan daripada siasatan awal itu.

"Biar mesyuarat MAIPP pada 10 Julai nanti menentukan sama ada terdapat kes atau tidak dalam isu ini.

"Ini kerana sekarang sudah ada dua kumpulan yang membuat tafsiran berbeza mengenai isu ini. Ada pihak mengakui perkara itu berlaku, manakala ada mengatakan ia hanya fitnah dan sudah membuat laporan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, beberapa ahli kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq menyerahkan memorandum kepada JHEAIPP berhubung dakwaan seorang khatib membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di masjid itu Jumaat lalu.

Penyerahan memorandum itu bertujuan memohon dijalankan siasatan terhadap khatib jemputan terbabit kerana tindakannya menyinggung perasaan umat Islam di kawasan terbabit. - UM.

Wednesday, June 27, 2012

TERBARU! PELAJAR BERBAJU KUNING BERSELUAR PENDEK MENYAMBUT @NajibRazak Di Kolej TARC.

Portal pro-pembangkang yang terkenal dengan putar belit dan pembohongan mereka, MalaysiaKini telah menyiarkan laporan tentang '20 orang' pelajar TARC yang berpakaian kuning semasa DS Najib Razak melawat kolej tersebut tadi.

Sudah tentu Malaysiakini sekadar mahu mensensasikan segelintir pelajar kolej yang tidak mahu bersama sebahagian besar pelajar kolej TARC yang sepakat memakai baju merah sempena lawatan Najib Razak ke kolej tersebut.

Kumpulan-kumpulan minoriti yang berlawan arus dengan sepakatan majoriti ini berlaku di mana-mana tetapi biarkanlah mereka dengan kecelaruan mereka.

Selain daeipada mensensasikan yang minoriti dan tidak signifikan, Malaysiakini seperti berwayang kulit dengan gambar-gambar yang tidak menceritakan yang sebenarnya.

Anda lihat 3 foto di bawah dan kita akan lihat angle foto yang seolah-olah menunjukkan yang kuning sama ramai dengan yang merah!


Dan anda lihat sendiri, apakah benar terdapat '20 orang' yang memakai baju kuning? Apakah wartawan Malaysiakini perlu belajar matematik sekali lagi?


Dan tidak kisahlah sama ada kuning atau merah, pelajar-pelajar itu kelihatan sangat gembira dengan kedatangan Najib Razak.


Tahniah Najib Razak!

PANAS! BUKTI VIDEO USTAZ PAS BERPOLITIK DALAM DOA KHUTBAH JUMAAT!

Banyak pihak bangkit mempersoalkan tindakan seorang pemimpin PAS yang mempolitikkan doa khutbah beliau di Masjid Taman Guar Perahu baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada umat Islam negara juga kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang terlalu taksub berpolitik hingga terbawa-bawa di khutbah Jumaat.

Dalam masa yang sama, ada segelintir manusia yang masih mahu menegakkan benang yang basah dengan pelbagai alasan yang sukar untuk diterima.

Golongan inilah yang bakal merosakkan institusi masjid yang suci dan tidak boleh dijadikan alat untuk berpolitik.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang 'ustaz' yang mendoakan pemimpin bukan Islam dan sekarang, pemimpin PAS mempolitikkan doa khutbah Jumaat.

Dan jika dirujuk dengan pelbagai isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, doa itu mungkin ditujukan kepada parti tersebut?

Sila lihat video yang MiM lihat dalam blog Generasi Pejuang Bangsa :


Video : apa nak jadi dengan institusi masjid kita?

PANAS! ISU YANG MEMALUKAN DAP & PAKATAN PEMBANGKANG!


Kerajaan DAP Pulau Pulau semakin terdesak sekarang dan Abdul Malik Kassim yang memegang potfolio Exco Agama Islam bakal berdepan dengan krisis yang memalukan diri beliau dan Pakatan Rakyat.

Isu pertauliahan 300 peguam syarie Pulau Pinang yang tertangguh dek keengganan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menjadi tenat apabila dakwaan resit pembayaran boleh digunakan sebagai mengesahkan jawatan peguam syarie rupa-rupanya melanggar undang-undang!
Menurut Seksyen 14 Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri Pulau Pinang, tiap-tiap orang yang dilantik menjadi peguam syarie hendaklah memiliki sijil peguam syarie yang akan dikeluarkan oleh MAIPP setelah membayar yuran.
Seksyen di atas jelas menunjukkan bahawa sijil oleh MAIPP perlu dikeluarkan untuk membolehkan 300 peguam syarie bekerja!

Resit sahaja tidak cukup seperti yang didakwa oleh Malik Kassim!

Dan sudah tentu umat Islam terutamanya rakyat Pulau Pinang akan mempersoalkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah mempermainkan kepentingan Islam.

Segalanya ini berlaku kerana isu YDP MAIPP yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Malik Kassim disarankan supaya menjawab dengan kadar segera dan telus!

Monday, June 25, 2012

PANAS ! HARAKAH, MEDIA RASMI PAS FITNAH LAGI ! SPR BUAT LAPORAN POLIS!


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012).

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Akhbar itu menyiarkan laporan mengenai pengakuan Zulkifli Ismail yang mendakwa satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi dan mendakwa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.

Laporan itu turut memuatkan kononnya pada pilihan raya umum tahun 2008, tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.

Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.

Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.

Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China. – BERNAMA

HASUT! USTAZ PAS SALAHGUNA KHUTBAH JUMAAT!


MiM terkejut dengan pendedahan rakan blogger Generasi Pejuang Bangsa seperti di bawah :
Tak habis-habis masjid dijadikan pentas politik PAS bagi menghasut para jemaah kariah membenci kerajaan.Terbaru berlaku lagi  di negeri P.Pinang yang diperintah regim DAP di mana kelmarin dekat  masjid Taman Guar Perahu ketika khutbah Jumaat , seorang khatib ( PAS )  ketika berdoa semasa khutbah seolah-olah  menyeru  jemaah mengulingkan / menumbangkan kerajaan yang zalim ( BN ) pada PRU 13 .

Ustaz PAS yang dikenali Abdullah Khairi  berkenaan bukannya imam masjid berkenaan sebaliknya adalah khatib jemputan yang dijemput oleh Pengerusi Kariah berkenaan iaitu Ustaz Abu Bakar Bakilani iaitu pemimpin PAS dari Parlimen Sik .seterusnya

Saturday, June 23, 2012

SINGAPURA BUSYBODY HAL MALAYSIA!


KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.Dalam pertemuannya itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik Asean kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan Asean di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata, beliau turut menegaskan kepada Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.

Anifah berkata, beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Keng Yong itu.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Anifah berkata, kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.

"Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut," katanya dipetik Bernama.

Friday, June 22, 2012

TARIAN TIANG MENJOLOK MATA DI NEGERI KERAJAAN PAS!


Marah sungguh blogger pro-pembangkang terhadap kepimpinan kerajaan PAS di Kedah. Dalam masa yang sama, MiM menyokong penuh luahan hati blogger pro-pembangkang tersebut.

Walau pun ideologi politik yang berbeza tetapi perkara-perkara 'amar makruh nahi mungkar' seperti pusat-pusat maksiat yang tumbuh seperti cendawan di Kedah itu perlu ditegur keras oleh kita semua.

Anda baca entri blog pro-pembangkang itu :
PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil megapa kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan pas yg menperjuangan islam..diman pemimpin2 pas yg mahu mencegah amar'makruh nahi mungkar...!!! 

Siapa sangka kerajaan yg memerintah kedah menbiarkan pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar alor setar dan bandar-bandar besar dan kecik di kedah, sakit mata memanndang sakit hati lagi kita yg berugama islam yg memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara islam dan kedah sejahtera kini.

Kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan,di sekitar TESCO mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!!

Di sekitar alor setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam. 

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Dimana exco kerajaan tempatan,ahli-ahli majlis yg memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi,bila di tanya kepada exco dan ahli majlis ..jawapan yg sama kita tak boleh buat apa-apa ? siapa yg berkuasa ..!!! jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi...?

Yg meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar alor setar..? siapa DO alor setar dan siapa Dato Bandar Alor setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yg memerintah, jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar,mereka bukan saja jadi pengkianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yg berugama islam di kedah ini... 

Rakyat bukan mahu jawabpan yg berbelit-belit tapi rakyat mahu kerajaan yg sedia ada tunai janji sebagai pemerintah yg memerintah negeri seperti negeri yg pemerintahnya berugama Islam,jangan cemarkan nama islam jika kita tak manpu mengikut islam.... - Kedahkita.net

Thursday, June 21, 2012

PANAS ! RUPA-RUPANYA ANWAR IBRAHIM TAKUT !


PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah.

Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah. - Abdul Razak Idris, Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa ‘tiada kes’ terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

“Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media.

“Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu,” katanya.

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: “Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda," - BH

VIDEO PANAS! ANWAR TENTU BENGANG DENGAN TRANSGENDER INI!


Lihat video di bawah :

Wednesday, June 20, 2012

PANAS! ANWAR IBRAHIM POPULAR DI WEB GAY?


MiM tertarik dengan entri terbaru AIDC yang mendedahkan portal gay antarabangsa yang 'sangat berminat' untuk menyiarkan berita perkembangan Anwar Ibrahim.


Kita tentu hairan dengan minat yang ditunjukkan oleh portal yang menyuburkan seks songsang sesama lelaki itu terhadap Anwar Ibrahim.

Dan sudah tentu portal itu akan menyiarkan berita yang menyebelahi mereka pengamal seks songsang. Dan Anwar Ibrahim seolah-olah dijadikan subjek berita yang menyebelahi mereka yang dilaknati oleh Allah swt!

Anda baca entri AIDC : klik sini

FOTO TERBARU @NajibRazak MENUNAIKAN UMRAH.



Untuk laporan seterusnya : baca sini

BONGKAR! KONSPIRASI ANWAR BURUKKAN @NajibRazak GAGAL!


Suaram, juga dikenali sebagai pembangkang telah menjalankan kerja yang baik dengan menipu rakyat bagi memenuhi objektif mereka untuk merosakkan imej Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka berkata bahawa PM telah mengambil rasuah sebanyak EURO 114 juta melalui syarikat Perimekar bagi perkhidmatan yang mereka sediakan untuk krew-krew Scorpene seramai 213 orang untuk tempoh masa enam tahun.

Dengan memberi rasuah kepada PM sebanyak EURO 114 juta, Perimekar mampu memberikan perkhidmatan secara percuma? Tak masuk akal langsung.

Kemudian, Suaram menyatakan bahawa ianya bukan EURO 114 juta. Mereka mengatakan bahawa PM telah menghantar faks kepada DCNS untuk meminta rasuah sebanyak RM3.8 billion.

Membuat kenyataan seperti itu sudah cukup untuk menunjukkan bertapa bodohnya Suaram dalam membuat penipuan.Fakta sebenarnya, jumlah RM3.8 billion tersebut adalah jumlah keseluruhan bagi proses pembelian kapal selam dan juga perkhidmatan bagi krew-krew yang terlibat.

Jika bayaran tersebut diberikan kepada PM, seperti yang dinyatakan oleh Suaram, ini bermakna bahawa Malaysia menerima kapal selam tersebut secara percuma? Tak masuk akal.

Bagi ‘menghangatkan’ lagi keadaan, Suaram berkata bahawa PM atau ‘kemungkinan’ pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan bersama seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah bagi transaksi tersebut, kemudiannya dibunuh oleh isteri PM.

Namun, segala urusan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah diperlukan.Isteri PM ketika kejadian pembunuhan tersebut sedang berada di Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai alibi beliau.

PM pula tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Gambar yang di-superimposed oleh pihak pembangkang bagi menunjukkan bahawa PM pernah bersama dengan Altantuya hanya menunjukkan bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak.

Kini, Suaram telah mengemukakan satu lagi kenyataan,”orang kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, adalah rakyat Malaysia pertama yang diberi sepina oleh Mahkamah Perancis sebagai saksi bagi kes Scorpene.

"Namun, apabila Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur ditanyakan mengenai perkara ini, mereka terkejut dan menyatakan bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perkara tersebut. Menurut kedutaan tersebut, menurut prosedur, Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu dahulu terhadap sebarang sepina yang dikeluarkan by orang luar, bagi keadaan ini, rakyat Malaysia.

Kementerian tersebut kemudiannya akan menghubungi Wisma Putra untuk mengambil tindakan selanjutnya. Tiada sepina yang akan dikenakan secara menerus kepada rakyat di negara ini tanpa pengetahuan pihak-pihak tersebut.Dengan ini, terbuktilah bahawa Suaram hanyalah menipu.

Di sini kita dapat lihat bertapa terdesaknya pihak pembangkang, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya yang semakin hampir.Bagi rakyat pula, marilah kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka akan menipu. Kita tidak perlu risau kerana PM telah menjalankan tugas dengan berkesan dalam menjaga negara ini.

Suaram (pembangkang) boleh menipu sebanyak mana yang mereka mahu, tetapi rakyat tidak akan memilih golongan yang selalu menipu semata-mata untuk mendapatkan kuasa. - Mynewshub.

Monday, June 18, 2012

TOLONG SIASAT! SULTAN JOHOR DI HINA LAGI!

Anda baca sendiri twitter manusia kurang ajar bernama Shukri_Rembau. Semakin menjadi-jadi pula pihak yang celupar mulut menghina Sultan Johor!

Lihat di bawah :


Untuk bacaan lanjut : klik sini

Friday, June 15, 2012

DS @NajibRazak Berpaling Tadah ??

Minggu ini kita bersekang mata tidur lewat menonton Euro Cup 2012. Pasukan pilihan MiM ialah Germany.

Dek demam Euro Cup 2012, entri kali ini pasal bolasepak.

Kita semua tahu sikap sporting DS Najib Razak yang selalu bersama-sama rakyat sama ada di kampung atau pun di bandar. Banyak aktiviti telah disertai oleh beliau sama ada program kerohanian, gotong-royong, keramaian, santai dan sebagainya.

Kerana itu, rakyat begitu selesa dengan pemimpin negara ini hinggakan jentera perang saraf parti lawan gagal mencari formula untuk memburuk-burukkan nama baik Najib Razak.

Selain daripada pasukan Harimau Malaya, kita juga tahu bahawa Najib Razak
merupakan penyokong kuat pasukan Manchester United.

Ianya terbukti apabila beliau pernah bersama-sama rakyat memakai jersi MU semasa Manchester United berlawan dengan Manchester City tidak lama dulu.


Foto : DS Najib Razak berpakaian MU dan isteri bersama rakyat.

Hari ini peminat MU termasuk MiM 'dikejutkan' dengan foto di bawah apabila Najib Razak menerima jersi Real Mardid daripada jurulatihnya, Jose Mourinho !


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menerima jersi Real Madrid daripada jurulatih kelab itu Jose Mourinho (kiri) selepas menerima kunjungan jurulatih itu di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya, Jumaat.


Najib meluangkan masa kira-kira sejam bersama jurulatih tersebut. - 
Foto BERNAMA
Najib Razak menerima kunjung hormat jurulatih Real Mardid tetapi MiM yakin, beliau tetap penyokong kuat kelab Manchester United !

Tiada 'paling tadah', MiM is very sure! :)

Datuk Seri, any comment?

TERKINI ! SISWA PRO-ANWAR IBRAHIM YANG MENGHINA SULTAN JOHOR DI SOAL SIASAT?

Di bawah adalah aktiviti yang telah diikuti oleh pelajar yang menghina Sultan Johor dalam twitter beliau.


Dan MiM yakin ibubapa dan keluarga pelajar ini pun akan berasa sangat malu dengan pelajar tersebut.

Rakyat juga tentu marah dengan kenyataan pelajar pro-pembangkang ini. Inikah jenis generasi muda yang mahu kita bela dan sokong?

Yang hairannya ialah keceluparan tahap melampau pelajar tersebut yang tidak mempedulikan Rukun Negara dan undang-undang. Apakah kerana beliau tahu ada pihak yang berada di belakang beliau? Anwar Ibrahim?

Gambar :




Untuk bacaan lanjut tentang biodata pelajar biaDAP pro-pembangkang ini : KLIK SINI

GEMPAR ! SATU LAGI PENDEDAHAN PRO-PEMBANGKANG HINA SULTAN JOHOR !


Sebelum ini MiM telah menyiarkan artikel tentang kebiaDAPan seorang lelaki yang menghina Sultan Johor di dalam twitter beliau.

Anda baca di sini : KLIK SINI


Beliau ini adalah seorang pelajar daripada Universiti Malaya. yang memegang beberapa jawatan dan condong kepada parti pembangkang!

Lihat facebook di bawah :



Pelajar mulut celupar itu ialah Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan juga Setiausaha Agung Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Seperti yang kita sedia maklum, SMM telah melahirkan beberapa individu bergelar 'siswa' yang bukan sahaja kurang cerdik tetapi kurang ajar dan biaDAP. Di antaranya ialah Safwan Anang yang mengetuai SMM dan Adam Adli sebagai Bendahari SMM.


Mereka ini telah memalukan warga siswa seluruh negara dengan aksi murahan dan memperbodoh-bodohkan diri mereka sendiri seperti peristiwa berdemo tengah malam di depan UPSI semasa tahun baru.

MiM berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan segera kerana ianya berbau penghinaan yang melampau. Dan MiM yakin pihak berkuasa tiada masaalah untuk mencari pelajar pro-pembangkang ini.

TOLONG SIASAT ! TWITTER MENGUTUK SULTAN JOHOR TERSEBAR !

MiM menerima info dari pembaca blog ini tentang entri dalam http://mendonanz.blogspot.com/2012/06/kes-cabul-aksi-panas-di-twitter.html

Ianya mengenai keceluparan seorang pelajar yang mengutuk dan menghina Sultan Johor!


MiM sertakan di sini twitter pelajar UM tersebut.




Jika merujuk twitter di atas, Pelajar tersebut bukan sahaja biaDAP tetapi hanya serkap jarang menyamakan isu Sultan Johor dengan Queen Elizabeth.

Yang dibahaskan di dalam parlimen England ialah upacara Queen Elizabeth yang menggunakan dana kerajaan dan cukai rakyat.

Tetapi dalam pembidaan plat WWW 1, wang tersebut adalah milik Sultan Johor sendiri.

Inilah masaalahnya apabila ada yang berlagak pandai yang menggunakan kepala lutut untuk berfikir.



MiM berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan kadar segera. Kita tidak mahu spesis yang biaDAP dan kurang ajar kepada Raja Melayu di negara ini.

Dalam masa yang sama, MiM berharap agar lelaki di atas tampil ke hadapan untuk membersihkan nama beliau dengan segera.

Tuesday, June 12, 2012

HANCUR! IBADAT HAJI TAK PENTING, PRU13 LAGI PENTING! - PEMIMPIN PAS. cc @NajibRazak


Rakan blogger RBF telah mendedahkan sikap melampau kepimpinan PAS yang mahukan semua ahli PAS yang terlibat dalam pilihanraya untuk menangguh ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Di antara entri RBF :
Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji. 

Namun lain pula bagi Pas....

Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. seterusnya
Sikap pemimpin PAS yang menyekat orang Islam untuk mengerjakan rukun Islam itu bukan sahaja menyerlahkan sikap mereka yang gila kuasa tetapi memperbodoh-bodohkan diri mereka juga.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim menunding jari kepada DS Najib Razak kerana tidak menetapkan lebih awal tarikh PRU13 tetapi yang malunya ialah negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan haram pembangkang sendiri tidak menetapkan tarikh pembubaran DUN!

Tuan Ibrahim, ketua penerangan PAS ini pula telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebelum ini. baca sini

Dan benarlah kata-kata ini, satu jari menunding ke orang lain, 4 jari yang lain menunjuk ke diri sendiri! Kepimpinan PAS semakin hanyut dalam kerakusan mengejar politik.

Apa pun, MiM yakin DS Najib Razak tidak akan sesekali menyusahkan umat Islam negara untuk menunaikan rukun Islam itu. Tambahan pula, Perdana Menteri masih mempunyai banyak masa lagi dan tidak perlu termakan dengan propaganda parti pembangkang yang sebenarnya mahukan PRU13 diadakan seawal yang mungkin.

Propaganda tersebut dicanang-canangkan kerana kita tahu kepimpinan pakatan pembangkang semakin hilang modal dan bertambah lesu jika PRU13 diadakan lebih lama daripada yang mereka inginkan,

Bak kata, you can fool them once but not every time.

PANAS! LIM CHEE WEE, PRESIDEN BAR COUNCIL KENA SOUND LAGI!!


Presiden Bar Council, Lim Chee Wee diberi peringatan hari ini oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir memperingatkan Presiden Majlis Peguam (Bar Council) itu supaya menghormati sensitiviti umat Islam dengan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam!

Sebelum ini MiM telah menyiarkan laporan kenyataan Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini yang dipertikaikan oleh seorang peguam.

Peguam itu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires. BACA SINI

Kenyataan Jamil Khir itu ada asasnya dan sangat bertepatan. Lebih-lebih lagi apabila kita turut berdepan dengan pemimpin-pemimpin Islam dalam PKR dan parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi diam membisu apabila ada pihak bukan Islam yang dikatakan mencampuri hal ehwal agama Islam.

Sikap membisu kepimpinan pakatan haram pembangkang itu sudah pasti akan mengecewakan umat Islam di negara ini terutamanya penyokong PAS yang sangat mengharapkan kepimpinan PAS untuk menjuarai isu agama Islam. Malangnya, harapan tersebut berkecai dan sudah pasti akan memudahkan mereka untuk tidak menyokong PAS dan pembangkang lagi.

Sila baca laporan di bawah :

MALACCA, June 11 — Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom today reminded Bar Council president Lim Chee Wee to respect the sensitivities of Muslims by not interfering in Islamic religious affairs.

"The issues of Islam are too sensitive to be discussed by the non-Muslims and this is a common understanding among the multi-racial and multi-religious people in Malaysia.

"I cannot understand when somebody who understands this ‘unwritten’ regulation (but) still [tries] to interfere in matters concerning the mufti institution and Islamic affairs.

"He said this to reporters after attending the seminar on Understanding Wassatiyah and the Concept of 1 Malaysia launched by Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam here today.

He was commenting on Lim’s recent statement that the amendment to Kedah Mufti and Fatwa Committee Enactment 2008, which barred all fatwa (edicts) from being challenged in court, was unconstitutional.

In another development, Jamil Khir also reminded Malaysians not to hold any more gatherings at the Nabawi Mosque in Medina and Masjidil Haram (the Grand Mosque) in Mecca as organised by certain quarters on April 26.

He said the message was conveyed to him by the Saudi Arabian Ambassador to Malaysia following their concern over the security issues in the two locations.

Jamil Khir said the decision concerning the quota for Malaysian hajj pilgrims would also be known through a letter from the Saudi government next month. — Bernama

Monday, June 11, 2012

Kaitan Di Antara DS @NajibRazak Dengan Tindakan Bodoh Bersih 3.0!


Kebimbangan mengenai kemungkinan kuota Haji Malaysia terjejas akibat tindakan bodoh penyokong pembangkang adakan perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini agak terlerai sikit dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau memberitahu wartawan di Kota Kinabalu Sabtu malam hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas.

Beliau berkata pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

"Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

"Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lepas.

Beliau berkata pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

"Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

"Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam bersama pesara kerajaan di kawasan Parlimen Kimanis di sini, Sabtu malam.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lepas.- Agenda Daily 10/6/2012

Sunday, June 10, 2012

TERBARU! PENGHORMATAN KEPADA TUN DR MAHATHIR YANG PASTI DICEMBURUI ANWAR & PEMBANGKANG!


KUDOS TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. – BERNAMA

TOLONG SIASAT! PENYOKONG ANWAR IBRAHIM TUTUP PAGAR MASJID! ORANG ISLAM DIUSIR KE MASJID LAIN!


Kita pasti terkejut dan marah dengan laporan di bawah yang mengatakan bahawa penyokong Pakatan haram pembangkang telah menutup sebuah masjid dan hanya mereka sahaja yang dibenarkan masuk!

MiM berharap agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan di bawah dengan kadar segera.

Sila baca :
9/6/12 - Sebentar tadi difahamkan umat Islam dilarang bersembahyang di Masjid Raja Muda Musa Semenyih kerana Masjid itu ditutup untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya memberi tazkirah politik.

Masjid itu ditutup sebelum masuk waktu Maghrib dan umat Islam yang ingin bersembahyang di Masjid tersebut diarahkan ke Masjid lain.

Hanya penyokong PKR,Pas dan DAP sahaja yang dibenarkan masuk. - Sungai Rapat Online
Jika benar, tindakan penyokong Anwar Ibrahim itu sangat melampau dan kurang ajar. Dan yang lebih memalukan ialah tindakan Anwar Ibrahim yang membiarkan kejadian ini berlaku.

Sekali lagi MiM sarankan agar pihak berkuasa dapat menyiasat kesahihan laporan ini dengan kadar segera.

Saturday, June 09, 2012

TARIKH PRU 13 !


1. Spekulasi tarikh PRU13 begitu hebat dibincang, diramal dan didebatkan. Bermula dengan bulan Mei, sekarang sudah masuk awal bulan Jun.

2. 9hb Jun hingga ke 21hb Julai depan adalah satu tempoh yang semakin singkat (40 hari) untuk menyusun langkah membubar, penamaan calon, berkempen dan hari mengundi. Dalam tempoh ini,

a. Israk dan Mikraj jatuh pada 17hb Jun.
b. Ulang Tahun TYT Pulau Pinang pada 14hb Julai.
c. Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 20hb Julai.

3. 21hb Julai adalah Awal Muharram dan umat Islam mengerjakan ibadah puasa sehingga 20hb Ogos.

4. Hari Raya Puasa menyusul dan kemudiannya diikuti dengan Hari Kebangsaan pada 31hb Ogos 2012.


5. PRU13 pada bulan September turut menjadi bualan ramai. Ketika itu hanya ada 2 hari keramaian iaitu Ulangtahun TYT Negeri Sarawak pada 8hb September dan Hari Malaysia pada 16hb September.

6. Tetapi terdapat satu lagi tarikh yang sangat penting iaitu 28hb September 2012 iaitu hari pembentangan Bajet 2013.

7. PRU13 pada bulan September? MiM tidak nampak ada keperluan untuk DS Najib Razak mengadakannya pada bulan itu. MiM rasa perlaksaanaan Bajet 2013 itu yang lebih penting.

8. MiM menjangka hujung bulan September hingga pertengahan Oktober sebagai tempoh Pakatan haram pembangkang untuk menggunakan 2 tektik lapok dan murahan mereka iaitu 'Bajet 2013 adalah bajet atau gula-gula pilihanraya' dan 'Najib Razak 'cilok atau tiru' bajet pembangkang.

9. Pembentangan dan perlaksanaan Bajet 2013 sekaligus akan membuktikan pembohongan serta memalukan kepimpinan Pakatan haram pembangkang yang sebelum ini terpekik melolong kononnya Bajet 2012 adalah 'bajet pilihanraya'.

10. Bulan Oktober pula terdapat :

a. Ulangtahun TYT Negeri Sabah pada 6hb.
b. Hari Keputeraan TYT Negeri Melaka pada 13hb.
c. Ulangtahun Sultan Pahang pada 24hb.
d. Hari Raya Haji pada 26 - 27hb.

11. Bagi MiM, Perdana Menteri juga tiada keperluan untuk mengadakan PRU13 pada bulan Oktober.

12. Jika begitu, bilakah bulan yang sesuai untuk PRU13? MiM akan sambung di artikel seterusnya.

13. Apa pun, yang penting ialah jentera dan seluruh kepimpinan parti mesti sentiasa bekerja keras serta buktikan bahawa parti BN adalah yang terbaik.

14. Satu perkara yang ingin MiM kongsi dengan kepimpinan UMNO/BN dan anda semua.
Pengundi berumur :


a. 21 hingga 29 tahun - 2.3 juta orang.

b. 30 hingga 39 tahun - 2.8 juta orang.

c. 40 hingga 49 tahun - 2.8 juta orang.

d. 50 hingga 59 tahun - 2.3 juta orang

15. Daripada keempat-empat golongan ini, pengundi berumur 50 hingga 59 tahun merupakan golongan yang majoritinya sudah sudah membuat keputusan tentang parti politik.

16. Daripada sini, kita sudah tentu nampak pemfokusan generasi yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN untuk berjaya dalam PRU13.

17. Pemfokusan generasi celik internet juga memerlukan penekanan yang sangat penting kepada media alternatif seperti facebook, blogs, twitters dan cybertroopers.

18. Tiada kompromi di dalam memperkasakan jentera media alternatif yang sebelum ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jentera pro-pembangkang.

(bersambung...)


PANAS! LIM CHEE WEE, PRESIDEN BAR COUNCIL DIBERI TEMPOH 7 HARI SEBAB MUFTI & FATWA!


KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Lihat video di bawah :



Menurutnya, kenyataan itu dilihat cenderung kepada hasutan dan mereka yang bersama Chee Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

"Selaku Presiden Majlis Peguam beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mewakili keseluruhan 14,189 peguam di negara ini.

Beliau hanya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia bersifat peribadi.

"Sekiranya Chee Wee berhujah menyatakan bahawa Enakmen Mufti dan Fatwa itu sebagai tidak berperlembagaan, kenapa beliau tidak mencabar peruntukan dalam akta Majlis Peguam yang juga tidak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam menyuarakan kekesalan dan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chee Wee menyatakan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan kerana seolah-olah menyingkirkan bidang kuasa mahkamah.

Pindaan memasukkan Seksyen 22A yang berbunyi “walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.” seterusnya

BUKTI FOTO SOKONGAN PADU RAKYAT JOHOR KEPADA PARTI ANWAR IBRAHIM!


Gambar di bawah adalah ceramah Datuk Chua Jui Meng.. Ketua pkr johor.. Lokasi Dewan Serbaguna Sg.Lalang, Johor. seterusnya

Inilah bukti foto sokongan padu rakyat Johor pada Jui Meng, Anwar dan PKR :

Friday, June 08, 2012

TERBARU ! PRO-ANWAR IBRAHIM TERSUNGKUR LAGI SEBAB DS @NajibRazak !

Seriously! Sejak akhir-akhir ini, MiM perhatikan bahawa modus operandi media alternatif pro-pembangkang yang semakin bercelaru dan menyerang pihak lawan menggunakan isu-isu yang akhirnya memakan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, mereka terpaksa menjilat kembali ludah sendiri, tampak kurang cerdik dan sudah tidak ada sebarang modal digunakan untuk menyerang pihak lawan terutamanya DS Najib Razak.

Sebelum ini MiM sendiri telah mendedahkan taktik media alternatif
pro-pembangkang yang semakin mudah dibaca dan memakan diri mereka sendiri. BACA SINI

Kaedah media pro-pembangkang yang memutarbelit dan membesar-besarkan isu Kapal Selam Scorpene juga akhirnya membuat mereka terkedu malu. BACA SINI

Yang lebih memalukan ialah media alternatif pro-pembangkang termasuk bloggers otai mereka terlalu percaya kepada sumber yang sangat meragukan!

Yang kelakarnya ialah ada pemimpin PKR yang mencabar Najib Razak supaya menyaman media The Phenom Penh Post padahal pemimpin mereka sendiri, Anwar Ibrahim, tidak pula menyaman Wall Street Journal.

Seperti yang kita tahu, wawancara Anwar dan WSJ telah menyebabkan rakyat bangkit dan mempersoalkan agenda serta pendirian beliau yang menyokong keselamatan negara Israel. BACA SINI , BACA SINI


Dan untuk menambah luka bloggers pro-pembangkang yang keriangan kononnya berjaya mencipta isu Najib Razak, di sini MiM sertakan satu artikel dalam blog Suara Pakatan Rakyat !

Sila baca di bawah :

Roger Mitton Memalukan Pakatan Rakyat

USAHA yang dilakukan itu memang sudah baik, tapi hasil dan pengakhiran kepada usaha yang baik itu benar-benar mengecewakan ramai orang. Dalam hal ini penulis merujuk kepada tulisan Roger Mitton dari Phonm Penh Post mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantunya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib.

Kekecewaan penulis ini merujuk kepada banyak fakta yang mengelirukan dalam artikel tersebut, antaranya pembunuhan yang konon dilakukan anggota polis dari cawangan Khas (special branch), dakwaan Altantunya telah dirogol sebelum dibunuh dan nilai rasuah sebanyak 114 juta euro.

Sepanjang penulis mengikuti kes ini dengan dekat, inilah kali pertama penulis mendengar bahawa Altantunya dirogol sebelum dibunuh. Begitu juga anggota polis yang melakukannya yang didakwa Roger Mitton datang dari polis Cawangan Khas.

Berkenaan nilai rasuah pula, maklumat terbaru dari SUARAM menyatakan nilai rasuah yang terlibat adalah sebanyak USD 1 billion atau RM 3.8 billion mengikut nilai tukaran wang pada 2001. Kedua kapal selam itu pula berharga RM 3.6 billion.

Kes itu sekarang masih dalam siasatan hakim di Perancis.

Penulis perlu akui, sejak Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan bahawa soal kaitan Najib dengan pembunuhan Altantunya ini hanya melalui cerita mulut yang disampaikan kepada beliau oleh seorang pegawai risikan tentera (dinafikan kemudiannya oleh pegawai tentera terbabit), ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menjauhkan diri dari bercakap tentangnya.

Tidak terkecuali penulis.

Dakwaan terbaru oleh Roger Mitton ini juga tidak banyak membantu. Penulis boleh menerima kalau Roger Mitton tersilap dek kurang pemahaman mengenai unit sebenar 2 anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, tapi penulis tidak boleh menerima dakwaan Roger Mitton bahawa Altantunya dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya diletupkan.

Dari mana maklumat ini datang? Rekod penulis menunjukkan tidak ada rujukan dari mana-mana berita mahupun fakta mahkamah yang menunjukkan Altantunya dirogol sebelum dibunuh. Dan bagaimana pula kesimpulan itu (dirogol) boleh dibuat kalau mayat tersebut telah hancur berkecai dan tinggal cebisan?

Fakta mahkamah dan siasatan polis juga tidak menemui sebarang kesan air mani pada mana-mana bahagian badan Altantunya yang ditemui, jadi kesimpulan dirogol ini datang dari mana? Siapa yang menyampaikan kepada Roger Mitton ?

Kesilapan yang amat besar ini, menghancurkan sama sekali usaha memburuk-burukkan imej Najib yang dilakukan Pakatan Rakyat selama ini.

Justeru penulis sendiri amat hairan dengan banyaknya blog-blog pro Pakatan Rakyat yang mensensasikan isu ini sedangkan isu yang diketengahkan adalah fakta yang salah, selain kebanyakan isu berkaitan bukanlah satu perkara yang baru. Kalaupun ada pun yang baru dalam tulisan Roger Mitton tersebut ialah dakwaan bahawa dia berkawan dengan Razak Baginda.

Kalau benar Roger Mitton berkawan dengan Razak Baginda, kenapa dia menunggu sehingga sekarang untuk menulis mengenai skandal pembunuhan ini? Kenapa tidak dari dulu lagi? Penulis yakin, kalau dilakukan dari mula, ia akan banyak membantu Pakatan Rakyat.

Tidak kurang penting juga kalau Roger Mitton boleh menyertakan gambar-gambarnya bersama Razak Baginda bagi menyokong bukti bahawa kedua mereka berkawan. Penulis rasa, itu boleh membantu menutup banyak kesalahan fakta yang jelas dalam tulisannya, sekurang-kurangnya ada maklumat baru yang boleh digunakan.

Penulis rasa, lebih baik ditumpukan sepenuh perhatian kepada dakwaan rasuah ini sahaja. Itu lebih penting dari membazirkan masa dan usaha mengaitkan Najib dengan pembunuhan tersebut kerana selain pengakuan RPK bahawa maklumat itu hanyalah ‘hearsay’, rakyat dibawah ini kelihatannya kurang bernafsu untuk mendengarnya.

Penulis nak menasihatkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang menggunakan isu ini untuk menyerang Najib, sedarlah yang anda yang memalukan Pakatan Rakyat sahaja. Atau mungkin anda tidak tahu berbahasa Inggeris sehingga tidak sedar fakta salah yang dituliskan Mitton?

Begitu juga gesaan Najib untuk menyaman Roger Mitton. Apa kata anda nanti kalau blogger UMNO membangkitkan banyak tuduhan jahat oleh ramai orang dalam negara ini ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang tapi tidak diambil tindakan undang-undang oleh Ketua Umum PKR tersebut? Antaranya Eskay dan Ezam Mohd Nor (sekadar menyebut beberapa nama).

Silap-silap Roger Mitton dibayar oleh UMNO untuk menulis artikel tersebut dengan tujuan untuk memalukan Pakatan Rakyat.

Thursday, June 07, 2012

VIDEO KELAKAR : BILA ANWAR DAH HILANG MODAL POLITIK!

Sungguh kelakar ! The magic of video editing !

Lihat video Anwar Ibrahim naik syok meroyan menyanyi :


Video : No comment....anda tengok sendiri.

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.