CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, July 15, 2012

FOTO Terbaru DS @NajibRazak Jadi Topik Hangat!

Hebat sungguh satu portal pro-pembangkang yang terkenal dengan putar belit dan pembohongan mereka 'spin' iklan-iklan DS Najib Razak dan 1Malaysia.

Hanya berdasarkan kepada beberapa 'kenyataan dari hanya yang mahu dikenali sebagai Mat dan Liana', portal pro-pembangkang itu spin dengan melaporkan bahawa 'pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru' iklan-iklan di bawah.


Begitu hebat gelagat dan spin portal pro-pembangkang itu. Padahal MiM difahamkan bahawa rata-rata pengguna komuter tiada masaalah dengan iklan-iklan tersebut.

Malah mereka berkata sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menunjukkan kebaikan dan jasa yang sekian lama diperjuangkan untuk rakyat.

Ianya kerana kadang kala kita terlupa atau dikaburi dengan propaganda parti pembangkang yang selalu memburuk-burukkan kerajaan Malaysia sekarang.

Rakyat dibohongi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kononnya kerajaan Malaysia zalim dan menindas sedangkan pelbagai perancangan telah dan sedang dijalankan demi kesejahteraan kita semua.

MiM setuju dengan pandangan ikhlas rakyat tentang perkara ini.


Begitu terdesak sekali jentera pro-pembangkang mengaburi dan spin cerita tetapi rakyat tidak bodoh seperti yang mereka sangka.

Propaganda memburuk-burukkan iklan Najib Razak dan 1Malaysia tidak akan berjaya. Malah akan terpalik ke muka sendiri! Akan MiM dedahkan selepas ini.

UNCLE SEEKERS DI BEBASKAN!


Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai. 

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di Johor Bahru. Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor. 

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.- Bernama

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.