Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, August 31, 2012

TERKINI! TWITTER #merdeka55 Buat Pembangkang Resah! @NajibRazak

Menggemparkan! Program twitter #merdeka55 telah mencecah lebih daripada 3 juta tweet!

Lihat di bawah :


Sungguh pun terdapat cubaan pencacai pembangkang yang memperlekeh-lekehkan program #merdeka55 tetapi majoriti daripada tweet tersebut lebih positif menyampaikan mesej-mesej yang membina dan membawa kesedaran tentang betapa pentingnya kita memelihara kemerdekaan negara kita ini.

MiM ucapkan tahniah kepada penganjur twitter #merdeka55 kerana dapat memikirkan satu kaedah yang mudah tetapi sangat efektif supaya rakyat dapat turut serta di hari Kemerdekaan ini.

MASA YANG DINANTI-NANTIKAN SUDAH TIBA!! @NajibRazak #Merdeka55 @twtUpMerdeka


Masa yang dinantikan sudah tiba. Inilah peluang untuk kita mencipta sejarah dan memecahkan rekod dunia dengan hanya menggunakan laman sosial "Twitter" sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 bersama PM DS Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Buat pengguna Twitter, jadikan "hastag" #Merdeka55 sebagai "treanding" dan jangan lupa "mention"kan nama DS @NajibRazak untuk kita, Rakyat Malaysia mencipta rekod "tweet" terbanyak di dunia di Hari Kemerdekaan Ke 55.

Selamat Hari Kemerdekaan untuk pembaca blog Dr MiM

TERKINI! Foto Palsu Perhimpunan 'Janji Demokrasi' Pembangkang Didedahkan !

Seperti yang kita tahu, perhimpunan pro-pembangkang 'janji demokrasi' tidak mencapai sasarannya. Yang mencemar serta memburukkan perhimpunan kali ini adalah sikap kurang ajar dan biadap mereka yang hadir semalam.

Isu Bendera 'Sang Saka Malaya' yang dibawa dengan gembiranya oleh mereka yang hadir malam itu telah mendatangkan resah dan kepimpinan pembangkang terpaksa mencari alasan untuk menutup malu mereka.


Yang disalahkan ialah bloggers pro-UMNO yang mendedahkan kewujudan kumpulan yang menghina bendera Jalur Gemilang.

Padahal yang bangangnya ialah penyokong pembangkang itu sendiri. Mereka itu seperti sudah hilang rasa patriotik dek politiking parti pembangkang. BACA SINI

Dan apabila MiM merujuk kepada sumber-sumber maklumat pro-pembangkang tentang perhimpunan semalam, MiM dapati ada di antara mereka yang memuatkan foto palsu dan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan semalam!

Di antaranya ialah di bawah :

Ada pagar dawai?

Tindakan terdesak pro-pembangkang untuk berbohong kepada rakyat adalah satu tindakan yang sangat jijik dan memalukan sekali.

Dan yang lebih memalukan ialah tindakan sesetengah pihak yang berkelakuan kurang bijak apabila memijak-mijak foto Perdana Menteri Malaysia.

Di bawah adalah beberapa foto manusia tersebut. Adakah anda kenal manusia-manusia ini?

Lihat di bawah :







Lihat video aksi biadap dan kurang ajar penyokong pro-pembangkang perhimpunan 'janji demokrasi' :


video : anda kenalkah mereka ini?

TERKINI! Perhimpunan 'Janji Demokrasi' Pembangkang Tercemar Teruk


Perhimpunan 'janji demokrasi' tercalar teruk apabila terdapat kumpulan yang menghina bendera negara Malaysia.


Sila baca juga di bawah :

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said dan Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih), Marina Chin Abdullah telah muncul di perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tepat jam 11 malam.

Sekarang ini, pengikut perhimpunan Janji Bersih juga telah berkumpul bersama-sama sebelum sasterawan negara itu membaca puisi sempena Hari Kemerdekaan yang ke-55.Jumlah yang pada mulanya sekitar 100 orang kini bertambah.

Mereka turut menyanyikan lagu bertemakan ‘Duduk’ sebagai pemberi semangat kepada diri masing-masing sebelum acara perhimpunan itu diteruskan.

Bagaimanapun, kehadiran pengikut dalam perhimpunan Janji Bersih ini tidaklah seramai seperti himpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lepas.

Majoriti yang hadir ke Dataran Merdeka lebih kepada orang ramai yang hadir tanpa berbaju kuning yang ingin menyambut ambang merdeka yang akan disambut jam 12 malam nanti.- Mynewshub

Thursday, August 30, 2012

TERKINI ! Perhimpunan 'JanjiDemokrasi' Semakin Kecoh

Sungguh memalukan apabila terdapat puak-puak pro-pembangkang yang tanpa malunya mengibarkan bendera yang dikatakan menggantikan bendera Jalur Gemilang.









TERKINI ! Perhimpunan 'Janji Demokrasi' Buat Hal Di Dataran Merdeka..

Di bawah adalah suasana terkini di Dataran Merdeka malam ini. Setakat ini, perhimpunan “Janji Demokrasi” masih diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

MiM difahamkan bahawa penganjur tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka. Kita tunggu dan lihat kerana janji seperti inilah yang tidak ditepati oleh penganjur Beersih 3.0 tidak lama dulu.



Di bawah adalah surat polis yang tidak membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka. Sila baca :





ARTIKEL KONTROVERSI INI AKAN MENGGUGAT PAS & PAKATAN PEMBANGKANG!

Di bawah adalah satu artikel dalam akhbar Sin Chew Daily tentang simulasi PRU13 jika berpihak kepada Pakatan pembangkang.

Jika kita baca artikel di bawah, MiM percaya ramai pihak termasuk parti DAP berasa resah gelisah dengan kemungkinan strategi parti PAS. Dek kerana itu, artikel itu juga menulis 'masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi berharap semuanya akan menjadi baik'.

Sila baca printscreen artikel UM di bawah :



BESTNYA DI STADIUM JALIL ! @twtUpMerdeka #Merdeka55


Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ‘Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.

Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium,” katanya.

KLIK FOTO

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.

“Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal,” katanya.

Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.

“Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri,” katanya.

‘Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati’ yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib.

Wednesday, August 29, 2012

Sumbang Mahram : Pemimpin Parti KITA Saman Bloggers & Media...


Laporan terbaru tentang berita sumbang mahram di Pahang :
Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.

Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.

Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.


Bekas calon pilihanraya PKR itu yang sekarang menyertai Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim menegaskan, dia hanya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Dan sekarang dia telah dibebaskan.

Sedangkan berdasarkan maklumat pula, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan pihak berkuasa sekarang sedang melakukan ujian pateniti berdasarkan darah ketiga-tiga beranak itu.


Menurut suspek rogol sumbang mahram itu, dia telah diadili oleh blog dan keputusan bersalah, mendahului keputusan mahkamah.

Disebabkan itulah, dia mahu menyaman mana-mana blog dan media massa yang menyiarkan berita tentang anak perempuannya yang bunting dan bersalin di sebuah hospital swasta di Cheras, Selangor. seterusnya
Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang isu sumbang mahram ini. Di antaranya :
DAN biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan penjenayah itu dapat diadili serta dijatuhkan hukuman yang setimpalnya. seterusnya

DEDAH ! Wartawan Tercengang Tengok Gelagat 'Tokong' Guan Eng DAP & Mansor Othman PKR !


Sila baca printscreen artikel UM di bawah :







Sumbang Mahram : Identiti Pemimpin Pembangkang Didedahkan ??

Kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di Pahang telah menyebabkan pemimpin dan blogger pro-pembangkang resah mencari alasan untuk mempertahankan parti mereka.

Di antaranya ialah kenyataan Fuziah Salleh PKR, ahli parlimen Kuantan. Jika merujuk kepada twitter di bawah, beliau begitu cepat menuduh ada pihak yang mahu memburuk-burukkan dan memfitnah parti PKR.

Lihat di bawah :

Fuziah Salleh juga bertweet mengatakan 'saya nafikan sekeras-kerasnya keterlibatan pemimpin PKR Pahang di dalam isu sumbang mahram seperti yang dilaporkan Bernama ini...'

Jika kita rujuk laporan berita, Bernama tidak pernah menyebut nama parti pembangkang PKR. Malah, yang dilaporkan ialah 'pemimpin utama sebuah parti baru'!

Lihat printscreen di bawah :


Yang pastinya, semua orang tahu PKR bukan sebuah parti baru. Maka, kenapa Fuziah Salleh dan blogger pro-pembangkang begitu cepat melenting dan melatah?

Fuziah Salleh juga bertweet, "setakat ini mereka x berani sebut nama..". Bagi MiM, kenyataan pemimpin PKR itu kurang cerdik kerana isunya bukan kerana 'tak berani' tetapi kes masih di dalam siasatan pihak polis dan juga untuk menjaga nama anak perempuan yang malang itu.

DAN biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan penjenayah itu dapat diadili serta dijatuhkan hukuman yang setimpalnya.

Inilah masaalahnya apabila ada pihak yang cakap sesuka hati tanpa menelaah lebih mendalam sesuatu isu berbangkit. Mereka juga cepat menunding jari kepada parti lawan tetapi akhirnya terkedu terkena batang hidung sendiri!


Apa pun, yang pastinya ialah pemimpin tersebut dari sebuah parti baru.

Yang menariknya ialah kenyataan blogger pembangkang yang bakal mengundang persoalan tentang identiti sebenar pemimpin parti baru yang dikaitkan dengan sumbang mahram itu!

Jangan salahkan MiM atau blogger pro-UMNO tetapi blogger pro-pembangkang yang memberi perincian tersebut.

Sila baca di bawah :


Skandal Terbaru : Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Ditahan!


Kepimpinan pakatan pembangkang tidak pernah lekang dengan skandal seks.

Daripada skandal hotel di Kelantan, kaunseling 3 pagi, aiskrim dalam jamban, amoi rainbow, rambut palsu atau pun China doll, kredibiliti pemimpin-pemimpin dan imej pakatan pembangkang terguris teruk dan sangat memalukan.

Segalanya itu sudah pasti dinilai oleh rakyat yang tidak mungkin akan memberi muka lagi kepada mereka. Yang terbaru ialah kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan pemimpin parti pembangkang.

Sila baca di bawah :
Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan pada Isnin.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.-28/8/2012

Tuesday, August 28, 2012

PEMBANGKANG TENTU TERKEDU BILA BACA KENYATAAN TUN MAHATHIR..


Tun Mahathir sekali lagi 'mengajar' kepimpinan PAS apabila menerangkan dengan jelas maksud perlaksanaan hudud ala-PAS yang tidak adil.

Sila baca di bawah :
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.

Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.

"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama
Di bawah adalah perincian tentang isu penolakan hudud ala-PAS tahun 1990'an yang tidak mungkin akan diterangkan oleh parti pembangkang :
Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1990’an itu ketika mana PAS “cuba tunjuk pandai” dengan membuat draf hukum hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.

Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil.

Dan Kerajaan PAS Kelantan kemudiaannya membuat sedikit pembetulan di dalam draf tersebut dan ia ditolak kali kedua oleh Kerajaan Pusat dengan alasan yang sama, iaitu draf undang-undang itu tidak adil perlaksanaannya kepada umat Islam.

Ketika Hadi menjadi Menteri Besar di Terengganu, dia juga cuba membuat draf hudud di negeri itu, namun draf berkenaan juga ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Saya ingin bertanya secara ikhlas kepada Hadi dan puak-puak PAS yang ada ketika itu, apakah benar UMNO menolak draf hudud tersebut kerana Kerajaan BN tidak mahukan hukum Allah itu dilaksanakan di negara ini?

Dan sekira Kerajaan BN menolak draf berkenaan, apakah ia boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Allah SWT?

Sebenarnya, alasan Kerajaan Pusat menolak ketiga-tiga set draf enakmen berkenaan disebabkan oleh sifat draf itu yang tidak adil sama sekali seterusnya

MENARIK ! KELAINAN DI HARI MERDEKA KALI INI ! @NajibRazak @twtUpMerdeka #Merdeka55


Satu kelainan yang menarik sempena Hari Merdeka ke-55 kali ini.

Jika sebelum ini ramai rakyat Malaysia yang menyertai program Hari Merdeka sama ada live atau pun di kaca televisyen, kali ini rakyat Malaysia dijemput mengguna
kan twitter untuk meraikan Hari Merdeka.

Konsep ini sangat menarik kerana ianya julung-julung kali di adakan dan setiap rakyat Malaysia boleh menyertainya, hanya dengan menggunakan twitter.

Sungguh menarik dan MiM recommend anda sekalian turut serta untuk memeriahkan lagi Hari Merdeka kali ini.

Sila baca di bawah :

Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

TAMPARAN HEBAT ! PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DIMALUKAN !


Sebelum ini Nasharuddin Mat Isa telah dimaki dan dihina oleh pemimpin-pemimpin dan media pro-pembangkang. Beliau dianggap begitu jijik oleh rakan taulan pro-pembangkang.

Di antaranya :
Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti Nasharuddin Mat Isa mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Setiausaha Pemuda PAS Kelantan.
Selain daripada itu, bloggers pembangkang turut memainkan peranan besar untuk menghina dan memburuk-burukkan Nasharuddin Mat Isa.

Di antara kenyataan penghinaan tersebut:
Dengan pelbagai masalah disiplin dan berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan.
Selain daripada itu, isu Nasharuddin bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah juga telah membuka pintu seluas-luasnya untuk rakan politik PAS menghentam dan menjatuhkan maruah Nasharuddin tanpa memikirkan consequences yang berlaku dek kelatahan mereka.

Sila baca di bawah :
PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang. seterusnya
Dan kenyataan yang paling keras sekali ialah daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan di sidang media, beliau menyifatkan Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas.

Akan tetapi, segala penghinaan dan maki hamun terhadap Nasharuddin Mat Isa tertempelak kembali ke muka Hadi Awang, PAS Kelantan, Pemuda PAS Kelantan, bloggers pembangkang dan Pemimpin-pemimpin PAS yang lain apabila Ketua Dewan Ulama PAS menyokong Nasharuddin Mat Isa!

Bukan itu sahaja, Hadi Awang dimalukan apabila Ketua Dewan Ulama PAS menganggap Nasharuddin masih relevan!

Seriously, dimanakah Presiden PAS itu mahu menyorokkan muka beliau itu? Malunya!

Sila baca di bawah :
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

Sebelum itu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sidang media menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas - KLPos
Kita tunggu keputusan Majlis Syura PAS. Tetapi, walau apa pun keputusan Majlis Syura, rakyat sudah dapat menilai kerapuhan, ketidakefesienan dan pertelagahan hebat sesama kepimpinan PAS. Itu yang lebih penting dan bakal memudaratkan parti tersebut di PRU13 kelak.

Apa pun, di antara pihak yang melompat kegembiraan dek perbalahan sesama pemimpin PAS itu ialah parti DAP. Mahu tak mahu, PAS terpaksa akur kepada arahan DAP demi mendapat sokongan yang semakin merudum.

Monday, August 27, 2012

TOLONG SIASAT! FACEBOOKER PRO-PEMBANGKANG NAK SIAT-SIAT DAGING NAJIB RAZAK!!

MiM berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat facebooker pro-pembangkang yang mengeluarkan kenyataan subversif dalam fb beliau.

Lihat di bawah :


Untuk bacaan seterusnya : KLIK SINI

Sunday, August 26, 2012

TERKINI! @KhairyKj Jelaskan FB Kontroversi Pemuda UMNO!


Rupa-rupanya ada blogger pakatan pembangkang yang resah gelisah apabila MiM mengeluarkan kenyataan kemungkinan wujud black op pro-pembangkang yang mahu memburuk-burukkan Pemuda UMNO Malaysia di dalam Facebook.

Tetapi dalam masa yang sama, blogger pro-pembangkang itu tidak pula highlightkan satu perkara lain yang juga terdapat dalam entri yang sama iaitu keceluparan penyokong pembangkang. Lihat di bawah :


Tetapi biasalah standard pro-pembangkang yang tidak akan berterus-terang apabila terkena batang hidung sendiri.

Apa pun, yang pastinya FB kontroversi itu bukan milik rasmi Pemuda UMNO Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin.

Di bawah adalah kenyataan terbaru beliau tentang isu FB tersebut :
PUTRAJAYA 25 Ogos - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun Facebook bernama Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.`

"Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada polis.`

"Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Pemuda UMNO.

Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau sebaliknya,'' katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini. - UM.

Saturday, August 25, 2012

PANAS! ANWAR SEMAKIN TERDESAK...


MiM merujuk kepada kenyataan Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional di atas konflik besar yang menimpa PAS dan DAP.

Kaedah menyalahkan parti lawan itu tidak mungkin akan diterima baik oleh rakyat kerana konflik yang berlaku adalah disebabkan tikam lidah yang berlaku di antara pemimpun DAP dan PAS.

Dalam masa yang sama, tindakan Anwar itu juga didakwa untuk menutup ketidakmampuan beliau bertindak sebagai ketua pakatan pembangkang.

Sila baca cubaan Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu asas di antara PAS dan DAP
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak apabila memainkan isu Hudud dan Negara Islam dengan tujuan menyemai kesangsian kaum dan agama.

"Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar Ibrahim juga mendakwa bahawa pakatan pembangkang mencerminkan politik konsensus. Hairan kerana setahu kita, 'konsensus' membawa maksud persetujuan bersama dan tidak seperti pertengkaran hebat yang berlaku di antara PAS dan DAP.

Manakala, maksud 'bersetuju untuk tidak bersetuju' bukanlah satu konsensus yang tepat.

Malah, kenyataan Anwar mengenai pakatan pembangkang yang 'berpegang kepada perlembagaan menjamin kedudukan Islam di samping  kebebasan agama lain, memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mendaulatkan institusi Raja-raja dan keistimewaan Melayu- bumiputera' adalah sekadar ulangan kepada aspirasi UMNO dan BN yang berjuang mempertahankan nilai perlembagaan negara sejak merdeka dulu.

So, nothing special about the oppositions.

Malah, Anwar sepatutnya bersyukur kerana pemfokusan terhadap isu moral dan sokongan beliau kepada keselamatan negara Israel sebelum ini turut sejuk dan tidak lagi dibicarakan dek pertengkaran di antara DAP dan PAS.

Maka sebenarnya, pihak yang terdesak untuk mengalih perhatian rakyat ialah pakatan pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat sejarah telah membuktikan bahawa hukum 'bersetuju untuk tidak bersetuju' telah memudaratkan parti DAP dan PAS di PRU.

Dan selagi parti PAS dan DAP tidak serius menyelesaikan masaalah fundamental ini, selagi itu juga rakyat tidak akan lagi percaya kepada mereka.

PRU13 nanti adalah masanya untuk rakyat menghukum kedua-dua parti tersebut.



Tun Mahathir Buat Pemimpin Pembangkang Malu Besar!


KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang hanya mahu rakyat membenci kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) untuk berkuasa semata-mata.

Katanya, pembangkang hanya mahu mencipta kebencian ke atas kerajaan dan mahu rakyat lupa jasa kerajaan serta menganggap “jika kamu membenci kerajaan, kamu bersama mereka.”

"Walaupun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik.

"Dan dalam masa sama kita mampu hidup harmoni dalam negara berbilang kaum, kenapa pembangkang tidak pernah sebut tentang perkara ini?” kata bekas perdana menteri itu.

Katanya, idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan semata-mata.

"Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai syaitan, tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat yang orang tidak kenal.“

Mereka kata BN sudah 55 tahun memerintah, maka perlu perubahan. Tapi kalau perubahan ke arah yang lebih buruk, apa gunanya.

“Kalau perubahan yang baik tidak mengapa. Dan mereka akan cuba menang walau apa jua caranya,” kata beliau lagi. - MI

NAMA PENGENDALI FB PALSU PEMUDA UMNO DIDEDAHKAN!!

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan provokasi dalam FB palsu yang kononnya milik Pemuda UMNO Malaysia. Baca Sini


Di bawah adalah perkembangan terbaru tentang FB palsu tersebut. Sila baca printscreen di bawah :


Friday, August 24, 2012

TERBARU! PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TAKBUR BERLAGAK SEPERTI TUHAN...

Apa sudah jadi dengan pemimpin Pakatan pembangkang sehingga takbur dan berlagak seperti tuhan?

Inilah persoalan yang timbul apabila membaca laporan di bawah. Tajuknya sahaja sudah mengundang kontroversi dan bantahan daripada rakyat.



Anda boleh baca laporan penuh di sini : Klik Sini

Di bawah ini pula adalah segmen laporan yang juga mengundang kontroversi :


Walau perancangan demi perancangan telah diatur oleh manusia, hanya Allah swt sahaja yang akan menentukan kejayaan perancangan tersebut.

Maka kenyataan pemimpin pembangkang di atas dianggap berbau takbur dan sudah lupa diri!

Satu lagi soalan, siapakah pemimpin Pakatan Rakyat itu?

HOT! SATU LAGI MUSLIHAT ANWAR DIBONGKAR!!


Seperti dijangka, segala berita di Sabah yang mendakwa BN kecoh dan bergolak, hanyalah sekadar permainan psikologi pakatan pembangkang.

Yang kelakarnya, media alternatif pro-pembangkang turut terpedaya dengan permainan tersebut. Mereka juga tentu berharap agar rakyat percaya dengan permainan tersebut tetapi MiM yakin bahawa rakyat tidak sanggup diperbodoh-bodohkan sekali lagi oleh lembangkang!

Sila baca di bawah :
KOTA BELUD 23 Ogos - Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Herbert Timbun Lagadan berkata rakyat Sabah seharusnya bijak menilai sejarah dan latar belakang ketua pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan.

Beliau yang juga ketua bahagian PBS Kadamaian berkata Anwar bukan sahaja gagal menunaikan janji 100 hari untuk memajukan Sabah dahulu, tetapi beliau juga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu mencapai agendanya untuk berkuasa.

"Inilah Anwar yang sanggup janji apa sahaja, dan kini beliau datang ke Sabah dengan pelbagai janji baharu dengan harapan rakyat Sabah akan terpikat," katanya dalam ucapan pada mesyuarat tahunan PBS bahagian itu, yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Gopog Taginambur, dekat sini hari ini.

Herbert yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kedamaian berkata semasa presiden PBS (Pairin) memperjuangkan peruntukan yang lebih besar untuk Sabah pada suatu ketika dulu, Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu "menggelar" Pairin sebagai antiKuala Lumpur dan anti persekutuan.-BERNAMA

PANAS! DAP & PKR Saling Tidak Percaya Sesama Sendiri...

Pergolakan PKR-DAP di Pulau Pinang?

Sila baca printscreen di bawah :


FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.