Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, January 31, 2013

SEBARKAN! MEMORANDUM KEPADA RAJA-RAJA MELAYU TENTANG PENYALAHGUNAAN NAMA ALLAH!


Di sini MiM sertakan Draf Memorandum sempena Persidangan penubuhan Sekretariat bagi menangani isu kalimah Allah

Laporan ini MiM ambil daripada rakan blogger Minaq Jinggo

Program bersejarah ini diadakan pada 30/1/2013 di! Masjid Negara. Ianya bertujuan mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan sebelum dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu.
MEMORANDUM DARIPADA SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU PENYALAHGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' UNTUK PENELITIAN DAN TITAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA RAJA MELAYU.

USTAZ DR ASRI KOMEN PEDAS LAWATAN PM @NajibRazak KE GAZA!


Di bawah adalah komen Ustaz Dr Asri tentang lawatan DS Najib Razak ke Gaza, Palestine baru-baru ini.

Dan yang terasa pedas dan malunya sudah tentu pihak pembangkang yang sebelum ini cuba memperlekehkan lawatan bantuan kemanusiaan Najib Razak ke sana.

Sila baca printscreen di bawah :



Untuk laporan seterusnya : KLIK SINI




PAS DEDAHKAN KAEDAH TEKNIKAL LUCUTKAN JAWATAN NASHARUDIN MAT ISA!


Apabila pakatan pembangkang menentang akta ISA sebelum ini, salah satu alasan mereka ialah 'ketidakadilan kerana si tuduh dikenakan hukuman tanpa perbicaraan dan pengadilan.'

Maka, rakyat pun tertipu dengan aksi wayang kulit pakatan pembangkang yang kononnya telus, demokratik dan tidak zalim.

Jika sebelum ini DAP malu besar tahap menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu dek 'kaedah teknikal' tersilap undi semasa pemilihan CEC DAP, parti PAS juga ada 'kaedah teknikal' yang lebih atau sama gemparnya.

'Kaedah teknikal' PAS ialah mereka boleh menjatuhkan hukuman kepada ahli PAS tanpa si tuduh diberi hak untuk membela diri! 

Inikah akta ISA versi PAS-style?

HOT! KENYATAAN NIK AZIZ LEGAKAN NASHARUDDIN MAT ISA.


Di bawah adalah jawapan Nasharuddin Mat Ida tentang isu pemecatan beliau :
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berasa lega dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon Pas bagi mempertahankan kawasan Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawabnya selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang.

''Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik.

KEMESRAAN 2 PEMIMPIN YANG PASTI MEMBINGUNGKAN PEMBANGKANG !


2 gambar ini dikatakan di ambil di Masjid Negara sempena Majlis "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" tersebut adalah untuk mempertahankan kesucian nama Allah.

Yang menjadi perhatian ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan juga Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.. Mereka dilihat mesra berbual pada majlis tersebut.

MELAMPAU! PEMIMPIN PAS SAMAKAN MAYAT KANAK-KANAK WILLIAM DENGAN BANGKAI??!!

Sebelum ini, MiM telah menulis satu entri tentang Lim Kit Siang DAP yang mempolitikkan kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong. KLIK SINI

Tindakan Kit Siang itu dikutuk hebat oleh rakyat. Malah, ianya dianggap kebudak-budakkan dan jelek, lebih-lebih lagi kenyataan itu daripada veteran tua seperti beliau.

Ada juga yang beranggapan bahawa kenyataan Kit Siang itu sekadar mengalih kontroversi besar yang melibatkan parti DAP dan anak beliau sendiri, Lim Guan Eng.

Kita semua tahu parti DAP sedang menanggung malu besar tahap menjatuhkan imej parti kerana mengalami krisis ketidakpercayaan oleh pemimpin-pemimpin DAP akar umbi dek 'tersilap undi' pemilihan CEC DAP.

Yang lebih besar dan berpotensi menghuru-harakan sesama rakyat ialah gesaan Lim Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.

Sehingga ke hari ini, Setiausaha Agung DAP itu masih enggan memberi respons tentang isu besar ini walau pun beliau kelihatan begitu ligat memberi respons kepada isu-isu lain di dalam blog beliau. Bab kalimah Allah, zip mulut no respons.

TETAPI yang memalukan ialah tatkala Lim Kit Siang mempolitikkan kematian William, ada pula seorang ahli politik PAS yang meroyan kononnya parti BN 'mengambil kesempatan' ke atas kematian kanak-kanak malang itu!

Anda baca laporan di bawah :
ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempamerkan sifat kebodohan pemimpin pembangkang apabila menggunakan perkataan ‘bangkai’ bagi merujuk kes adik William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui baru-baru ini.

Nizar dalam twiternya pada 29 Januari telah menulis
@mbnizar – The CARCASS GATHERERS: BN politicians rush to cash in on William’s death (PENGUMPUL BANGKAI: Pemimpin BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William).

Wednesday, January 30, 2013

MISTERI SALIB GHAIB DI GEREJA.


Dalam seminggu ini, selain daripada krisis pemecatan Nasharuddin Mat Isa oleh kepimpinan PAS yang dilihat 'berlaku zalim' terhadap MP Bachok itu, alam maya ini panas dengan satu gambar kontroversi.

Ada yang mengatakan gambar itu palsu dan ada yang mengatakan ianya asli.


Media pro-pembangkang bermati-matian menafikan wujud gambar tersebut dengan, mengatakan gambar itu palsu. UMNO dituduh yang bukan-bukan.


Di bawah adalah analisis rakan bloggers :

KOMEN PEDAS TUN DR MAHATHIR TENTANG PEMECATAN NASHARUDDIN!


Di bawah adalah komen Tun Dr Mahathir tentang pemecatan Nasharuddin Mat Isa :
PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.

MISTERI DISEBALIK PEMECATAN NASHARUDDIN MAT ISA.


Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.

Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini

Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.

"Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, January 29, 2013

GAMBAR TS MUHYIDDIN YASSIN GIGIT PARANG DIPOLITIKKAN!!

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan pengundi Iban berpihak kepada BN kerana mereka masih memakai cawat selepas pilihanraya kecil parlimen Batang Ai pada April 2009.



Ironinya, inlah masaalahnya apabila media alternatif pro-pembangkang menulis entri menggunakan kepala lutut dan bukannya otak fikiran. Parang di katakan pedang dan sebagainya.

Gambar TS Muhyiddin Yassin menziarahi keluarga Kanang Langkau pun mahu dipolitikkan. Bukan itu sahaja, mereka tampak daif tentang kebudayaan kaum Iban di negeri Sarawak.

Anda lihat printscreen di bawah :

Ooppss... PEMIMPIN PEMBANGKANG KENA BATANG HIDUNG SENDIRI!

Sebelum ini, Lim Guan Eng DAP mendakwa BN telah 'gagal dalam 6 ujian anti-rasuah'. Di antara kenyataan beliau ialah :
Pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan..sumber
Setiausaha Agung DAP itu juga memperincikan alasan-alasan beliau sehinggakan kita terfikir, apakah rakan-rakan beliau dalam pakatan pembangkang tidak hidup mewah?

Anwar sendiri mempunyai rumah mewah bernilai jutaan ringgit dan pembangkang naik kapalterbang mewah.

Yang terbaru ialah rumah banglo mewah yang didakwa mempunyai lif dan dimiliki oleh seorang pemimpin parti PAS!

NASHARUDDIN MAT ISA DILABEL SEBAGAI MAT LAUN & KAMBIN!

Sungguh malampau ayat-ayat media alternatif pro-pembangkang mengutuk Nasharuddin Mat Isa.

Lihat printscreen di bawah :


Anda baca juga artikel ini : KLIK SINI

TAMPARAN HEBAT BUAT PAKATAN PEMBANGKANG DI PULAU PINANG!!

Politik di Pulau Pinang menjadi lebih panas dan unpredictable apabila kaum Cina negeri itu bangkit menunjukkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional.

Sebagai buktinya ialah kehadiran lebih kurang 5,000 orang di majlis makan malam yang dianjurkan oleh MCA Pulau Pinang semalam.

Monday, January 28, 2013

ISU NASHARUDDIN : KENYATAAN 2 PEMIMPIN YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN DALAM LIDAH RASMI PEMBANGKANG!


Sinar Harian telah menyiarkan kenyataan DS Najib Razak tentang pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalam menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza."... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

ISU PECAT : NASHARUDDIN MAT ISA BUAT 'U-TURN' ??


Di bawah adalah kenyataan Nasharuddin Mat Isa tentang pemecatan beliau daripada Majlis Syura PAS.

Kenyataan ini MiM ambil dalam blog rakan MiM, AAKJ :
Terima kasih rakan-rakan saya.

Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Nasharuddin Mat Isa Tidak Perlu Dipecat - Dr Haron Din.


Jika sebelum ini parti PAS diselubungi krisis 'u-turn' dan 'cakap pusing' tentang nama Allah, isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari jawatan Majlis Syura PAS menimbulkan konflik terbaru di dalam parti tersebut.

Tidak diberitahu dengan jelas tentang sebab-sebab pemecatan tersebut tetapi akhbar melaporkan di antaranya ialah kerana Nasharuddin 'tidak hadir mesyuarat'.

KEK COKLAT STRAWBERI NIK AZIZ UNTUK PADERI KRISTIAN

Di bawah adalah gambar kek yang Nik Aziz berikan kepada Bishop Sebastian Francis semasa beliau berada di Pulau Pinang baru-baru ini.

It may have been Nik Aziz’s 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: 
Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

BONGKAR! ANAKANDA YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI DIPANCING PEMBANGKANG!!


Satu lagi pendedahan yang pasti akan menambah buruk imej parti DAP selepas krisis 'salah undi' CEC DAP dan ketidaksensitifan pemimpin DAP tentang nama Allah.

Kali ini ialah dakwaan Tunku Aziz tentang parti DAP yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap 'memancing' anakanda Yang Dipertuan Besar negeri!

Sunday, January 27, 2013

KIT SIANG DAP SEMAKIN TENAT....


Pertama sekali, MiM mengucapkan takziah kepada keluarga Wiliam Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak malang itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, sejak 16 Januari lalu

Bagaimana pun, mayat kanak-kanak itu diitemui di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira 30 kilometer dari lokasi awal.

Menurut Bernama, Jumaat lepas ibu bapa William Yau, mengenal pasti mayat kanak-kanak itu adalah anak mereka berdasarkan kesan parut di belakang kepala dan di dahi.

William Yau, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Yang malangnya ialah apabila Lim Kit Siang, bapa Lim Guan Eng DAP didakwa mensensasikan kematian kanak-kanak itu dan mengaitkannya dengan UMNO dan BN! Oh please!

Malah, kejadian terpencil ini digembar-gemburkan oleh Kit Siang 'kononnya negara ini sudah tidak selamat lagi'! Come on......

Anda baca twitter Kit Siang di bawah :


Di bawah pula adalah komentar twitter yang mengutuk Kit Siang DAP mempolitikkan kematian kanak-kanak malang itu.

LAWATAN BERSEJARAH PM NAJIB RAZAK KE GAZA PALESTINE DIPUJI MEDIA SELURUH DUNIA!


Historical! Hari bersejarah untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk puak-puak pembangkang sekalian. Lawatan DS Najib Razak ke Gaza, Palestine merupakan lawatan pemimpin dunia luar negara timur tengah yang pertama dalam sejarah Palestine.

World Buletin : Malaysia projects launched to rebuild besiege Gaza


Biarpun ada media antarabangsa terutamanya media daripada Israel yang cuba memperlekeh-lekehkan lawatan bersejarah Perdana Menteri kita, Najib Razak telah menjelaskan salah faham tersebut.

Anda baca di bawah :


Malah sebelum ini, pemimpin Fatah itu juga pernah menjemput Najib Razak ke Palestine. Sila baca di bawah :


Yang amat membanggakan ialah banyak portal media antarabangsa telah melaporkan lawatan bersejarah Najib Razak ke Gaza, Palestine.

PEMBOHONGAN TENTANG PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU...


Dalam perutusan Thaipusam, Lim Guan Eng sekali lagi membelakangi bahasa kebangsaan kita.

Hanya bahasa Inggeris dan Cina sahaja yang digunakan. Di antara kenyataan beliau :
For this reason the Penang state government is confident that outside threats to disrupt this mutual respect and destroy racial harmony with vile and abhorrent acts like burning Bibles will certainly fail. more
MiM cuma ingin bertanya, apakah 'gesaan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu' bukan salah satu daripada punca yang boleh menyebabkan 'disrupt mutual respect' anak Kit Siang terhadap perasaan umat Islam di negara ini?

Saturday, January 26, 2013

NASHARUDDIN MAT ISA KOMEN LAWATAN DS @NajibRazak KE GAZA!

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan, beliau tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya dalam parti itu berikutan tindakan beliau menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, pada Selasa lalu.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.


"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

VIDEO YANG MESTI DIFAHAMI OLEH SELURUH UMAT ISLAM MALAYSIA!


Di bawah adalah video yang mesti kita tonton dan fahami intipatinya.

Video ini adalah semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013.



PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN KONFIUS ISU KALIMAH ALLAH!


Hari ini, Sinar Harian menyiarkan 2 laporan yang kontradik di antara satu sama lain.

Sila baca :
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai dan mengharap ia tidak diperbesarkan lagi kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.

Menurutnya apabila keputusan sudah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas, pimpinan parti mesti mendokongi keputusan yang dibuat dan tidak boleh bercanggah dengan Majlis Syura.

“Kita tidak mencampuri agama lain, bahkan kita mempertahankan prinsip beragama. Macam orang yang bernama Ali, orang Melayu akan panggil Ali, orang lain pun tetap panggil Ali. Begitu juga kalimah ALLAH.

DAKWAAN PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU TERJAWAP!!


Di dalam entri terbaru beliau, Lim Guan Eng DAP telah mengkritik 'kabinet' dan TS Abdul Gani yang kononnya 'menunggu sahaja apabila 'terdapat ancaman berlakunya pesta membakar Injil di Butterworth tidak lama lagi'.

Di antaranya : .
Why should the cabinet and Tan Sri Abdul Gani wait when there are also threats by some parties to have a Bible burning festival by distributing pamphlets to carry out such threats in Butterworth on this Sunday morning? more
Apakah benar kabinet dan AG sekadar menunggu sahaja seperti yang didakwa oleh anak Lim Kit Siang itu atau beliau yang tidak tahu proses dan prosedur sesuatu perkara yang melibatkan ketenteraman dan undang-undang?

Friday, January 25, 2013

ANWAR TERSILAP FAKTA TENTANG LAWATAN PM @NajibRazak KE GAZA, PALESTINE..


Kita tentu tersenyum sinis apabila membaca laporan portal pro-pembangkang, Malaysian Insider tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengkritik usaha murni misi kemanusiaan DS Najib Razak ke Gaza, Palestine baru-baru ini.

Anda baca laporan tersebut :
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan hari ini lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Pemimpin de facto pembangkang itu membandingkan kesilapan perdana menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir Mohammed Morsi dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah.

LIM GUAN ENG DAP JAWAB ISU INJIL VERSI BAHASA MELAYU!!


Apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapat pesta membakar injil versi Bahasa Melayu, Lim Guan Eng DAP begitu cepat memberi respons.

Seperti biasa, beliau tidak melepaskan peluang mengaitkan ura-ura itu dengan UMNO dan kerajaan pusat.

Pelbagai perkataan bombastik digunakan oleh beliau di dalam blog beliau seperti inflammatory statements, extreme religious dan racial provocations. Dan seperti biasa, artikel beliau hanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina sahaja. Di mana hormat kepada bahasa rasmi negara tercinta ini?

VIDEO : ANWAR BERBOHONG KENYATAAN MAJLIS SYURA PAS??


Semasa sidang akhbar yang diadakan pada 23hb Januari 2013, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan kontroversi yang pasti akan menjadi perbualan rakyat sekalian.

Anda lihat video di bawah :


Video : Sila dengar kenyataan Anwar pada minit 0:34

Anwar mendakwa bahawa di dalam kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, Majlis itu 'melarang orang-orang Islam menyokong UMNO'. (0:34)

Apakah benar Majlis Syura PAS telah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa oleh suami Wan Azizah itu?

Di sini MiM sertakan kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang disiarkan dalam Harakah Daily. Surat itu ditandatangani oleh Nik Aziz dan Dr Harun Din, Majlis Syura PAS :
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut: 
1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. 
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 
Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah. 
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS. seterusnya
Jika merujuk kepada kenyataan rasmi Majlis Syura PAS itu, tidak ada pula kenyataan 'Majlis Syura PAS melarang orang-orang Islam menyokong UMNO' seperti yang diungkitkan oleh Anwar !

Persoalannya, apakah Ketua Pembangkang itu telah berbohong kepada rakyat sekalian?




Thursday, January 24, 2013

MEMALUKAN! KETUA PEMUDA PEMBANGKANG MEROYAN TUDUH DS @NajibRazak !

Anda tentu ketawa besar dengan sikap Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang cuba memperlekeh lawatan Perdana Menteri, DS Najib Razak ke Palestin untuk menghantar bantuan kemanusian di sana.

Sila baca kenyataan beliau di bawah dan MiM akan akan terangkan siapakah yang sebenarnya 'hipokrit tahap durjana' jika tidak si Nasruddin Hassan sendiri?


 Beliau begitu keras menuduh Perdana Menteri kita 'bersikap hipokrit tahap durjana' tetapi apakah Ketua Pemuda PAS turut berkeras untuk mengutuk Anwar Ibrahim apabila Anwar mengeluarkan kenyataan kontroversi di bawah ?



Apakah Ketua Pemuda PAS melenting dan menentang  kenyataan itu?

So, sekarang ini, siapakah yang sebenarnya 'hipokrit tahap durjana'?

HOT! ANWAR TIDAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH?


MiM tertarik dengan laporan di bawah. Di antaranya :
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu. 

"Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR. 

LIVE! 15,000 UMAT ISLAM BERARAK DI PULAU PINANG!

Di dalam kekalutan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng DAP, hari ini diadakan Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut dianjurkan oleh NGO dan Aktivis Pulau Pinang.

Perarakan Majlis diketuai oleh Dato Zainal Abidin Osman, Penasihat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.


Lebih daripada 15,000 orang turut serta dalam perarakan tersebut.

DS @NajibRazak Jawab Isu Presiden Palestine, Fatah & Hamas Di GAZA!!


Sebelum ini beberapa media pro-pembangkang cuba memperlekeh-lekehkan usaha DS Najib Razak berada di Gaza, Palestine.

Malangnya, mereka hanya melaporkan sebahagian sahaja daripada laporan agensi berita antarabangsa.

Ada di antara bloggers pro-pembangkang itu turut merujuk agensi berita negara Israel!


Cuma yang tidak dilaporkan ialah laporan yang mengatakan bahawa Najib Razak telah menghubungi Mahmoud Abbas, Presiden Palestine tentang perancangan beliau ke Gaza, Palestine.
The Malaysian prime minister had reportedly telephoned Abbas and said he would ship humanitarian aid to the Gaza Strip and the West Bank, and would meet the president in Cairo, the statement added. 

Wednesday, January 23, 2013

LAWAK ! DAP SILAP KIRA LAGI!!


MiM tertarik dengan entri blogger Truth Vaccine yang mendedahkan kesilapan besar Buletin Mutiara, lidah rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Seperti yang kita semua tahu, Lim Guan Eng sedang bergelut dengan isu kalimah Allah yang menggemparkan negara ini.

Banyak pihak yang mempertikaikan kerasionalan 'permintaan' anak Lim Kit Siang itu. Beliau menerima tamparan hebat apabila rakan politik, parti PAS yang akhirnya menolak Lim Guan Eng.

Dan sekarang, berlaku aksi tepis-menepis Lim Guan Eng yang cuba menolak sebarang persoalan tentang isu kontroversi yang dicetuskan oleh beliau sendiri.

Katanya mahu menulis jawapannya kerana 'tidak mahu jawapan diputat belitkan'.

Malangnya, anak Kit Siang itu masih mendiamkan diri sehingga ke saat ini. Tiada kenyataan akhbar atau artikel mengenai kalimah Allah. Bak kata, 'habuk pun tarak...'

CINCIN RM24 JUTA : SUMPAH DS ROSMAH MANSOR TIDAK SAH??


Di bawah adalah penjelasan Ustaz Fathul Bari tentang tuduhan terhadap DS Rosmah mengenai cincin rm24 juta.

Sila lihat video di bawah. Semoga kita semua insaf dan mendapat pengajaran daripada penjelasan Ustaz Fathul Bari :

SAH! NASHARUDDIN MAT ISA DENGAN @NajibRazak DI GAZA!!

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Kehadiran Najib Razak di Gaza sudah pasti menambah baikkan lagi imej negara Malaysia yang sebelum ini telah diiktiraf oleh ketajaan Palestin.


Rakyat Malaysia bangga dengan insiatif Perdana Menteri kita ini. Usaha Najib Razak itu jauh berbeza dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang kerap memburuk-burukkan dan menghina negara ini di luar negeri.

Turut hadir ialah Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom

Dalam masa yang sama, kehadiram Nashiruddin Mat Isa bersama Najib Razak sudah pasti mendatangkan resah kepimpinan parti PAS seperti ketika Najib Razak di Mekah sebelum ini.


Menurut Perdana Menteri Palestin, Najib Razak merupakan pemimpin utama pertama daripada luar Timur Tengah yang melawat negara itu.


Tahniah Najib Razak.

Anda baca juga komentar media dunia tentang lawatan PM ke Gaza : KLIK SINI

Tuesday, January 22, 2013

2 GAMBAR DS @NajibRazak DI GAZA!

Di bawah adalah gambar-gambar lawatan DS Najib Razak dan isteri ke Palestin dan juga lawatan ke Gaza.



Ada satu lagi gambar yang pasti meresahkan parti PAS. MiM akan siarkan di entri seterusnya. Gambar ini di ambil dalam berita utama TV3.

MEMALUKAN! PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK BERHATI PERUT..


Satu lagi pengakuan yang pasti memalukan dan menambah buruk imej parti DAP.

Sebelum ini, DAP telah dimalukan dengan krisis 'silap undi' CEC DAP dan dianggap chauvinis dan rasis.

Yang terbaru ialah kenyataan Irene Chang, isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak yang mengutuk parti DAP kerana tidak berperikemanusiaan dan tidak membantu apabila Pengerusi DAP Sarawak itu jatuh sakit!

NST juga melaporkan kepimpinan DAP sebagai 'heartless'!

MESTI BACA : KENYATAAN KONTROVERSI PADERI KRISTIAN TENTANG KALIMAH 'ALLAH'!!


Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah ‘Allah’ sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.

"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.