JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, January 18, 2013

ISU KALIMAH ALLAH : MAJLIS SYURA PAS DIBUBARKAN?


Azmin Ali telah membuat satu kenyataan kontroversi yang bakal memanaskan lagi politik negara ini. Sebagai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, 

Yang menariknya ialah kenyataan beliau tentang Majlis Syura PAS. Di antaranya :
"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu bukannya Majlis Syura Pas," katanya.

Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu, kenapa harus PKR mengikutnya. 

"Majls Syura terikat dengan ahli-ahli Pas sahaja, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.

Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura boleh bercakap seberapa banyak yang mereka mahu tetapi keputusannya akan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri," katanya. seterusnya
1. MiM tidak pasti sama ada kenyataan Azmin Ali adalah pendirian parti PKR atau sekadar pandangan peribadi beliau sahaja.

2 Kenapa bukan Anwar Ibrahim yang membuat kenyataan?

3. Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa isu yang menjadi panas dan menyusahkan parti pembangkang yang berakhir dengan 'kenyataan hanya pandangan peribadi dan tidak melambangkan pendirian parti'.

4. Azmin berkata bahawa 'pandangan Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli PAS tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR' . Bukankah lebih afdhal sesebuah organisasi politik itu 'terikat dengan ahli-ahlinya' dan tampak lebih demokratik?

5. Seperti yang kita tahu, Nik Aziz turut menandatangani keputusan Majlis Syura PAS manakala Hadi Awang dan Mat Sabu turut akur dengan keputusan Majlis tersebit. Maka, apakah Azmin Ali turut mempertikai pemimpin-pemimpin PAS itu?

6. Atau segalanya itu hanya sekadar 'diversion' ?

Kita tunggu seterusnya.

17 comments:

  1. Kaki penipu buat FITNAH lagi!!! Ingat dah rugi RM50,000. Ada Najib gantinya???

    ReplyDelete
  2. Azmin Ali nih lebih sudu dari kuah.. Sepatutnya DS Wan Azizah yg perlu bersuara utk Parti PKR.. Sekarang mmg benar DS Wan Azizah seorang Presiden boneka PKR.. Angguk, Angguk & Angguk.. Jawatan tambahan DS Wan azizah adalah sebagai penyimpan jam Omega..

    VartaLocos...

    ReplyDelete
  3. Bang Novi, pi la tulong adik abang tu, Che Pah Zebra Jebon. Kana ravage dapan, balakang, ataih, bawah. Kesian kat budak Penang tu, tak dak oghang tulong. Koyak ghabak dapan, balakang, ataih, bawah dia. Bangsat Najih (BN) la dia la ni bang oiiii.....

    ReplyDelete
  4. azmin peduli apa dengan agama Islam.. dia sendiri pun dayus.. ni nak jaga kepentingan agama.. yang penting bg azmin aiskrim $$$$

    ReplyDelete

  5. salaam

    sebagai Muslim aku TERIKAT dgn Allah, rasulullah dan alQuran

    hubungan ini menjangkaui hubungan berdasarkan ikatan darah

    Allah lebih dekat kpd aku drp urat leher aku sendri

    si azmin plak terikat kpd brader bontot dan guan eng

    ini ler tokoh yg PKR sanjung dan PAS sokong

    keh keh keh


    ReplyDelete
  6. Sapa yg menyokong kalimah Allah dlm Bible tu kufur - Dr Haron Din. Lu fikir la sendiri bai (blh ke fikir?)

    ReplyDelete
  7. Assalam Bro

    Itulah cari mereka... Bersetuju untuk tidak bersetuju... Sengal Azmin ni... dasar pembangkang buat semuanya berubah setiap hari... kerana nakan undi...

    ReplyDelete
  8. Azmin ni kan spesis P'Gay'R, penyokong kuat LGBT. Dia peduli apa kat MAjlis Syura PAS-pis-pus tu. Isteri dia sendiripun dok pi jaja kat Abg Non Aj-Juburi Wal-Liwati...

    ReplyDelete
  9. Wah, makin berkuasa YB Jamban sekarang ni eh... siap jadi jurucakap bagi pihak fuckatan pulak....

    ReplyDelete
  10. UMNO yg ku bela berlaku curang, india , paki, indon, bangla dan pilipin bakal menentukan hala tuju negara akan datang, kita mungkin dah takada tapi anak cucu kita bakal menanggubg bahana. PENGKIANAT dan PENJUAL NEGARA kau.

    ReplyDelete
  11. LOL mana oh mana melayu BANGSAT yg tergedik2 nak gadaikan kalimah maha suci ALLAH SWT pada kafir harbi ??

    ReplyDelete
  12. Mengucap dua kalimah syahadah la ko balik azmin. Ko dah dikira kufur.

    ReplyDelete
  13. Kita tengok gelagat fanatik pas, apa tindakan mereka seterusnya. Kalau masih nak berkawan dengan pkr dan dap, sahlah mereka menggadaikanagama demi taksub politik.agama hanya alat untuk politik taksub mereka.

    ReplyDelete
  14. KEPADA TUAN ULAMA DATUK HARUN DIN

    SEPATUT DIDIK LAH

    NIK AZIZ / HAJI HADI / MAT SABU

    NAMA NAMA NI YANG PUNCA ISLAM JADI SEHINA HINANYA DI BUMI MALAYSIA NI...

    JANGAN BEKAWAN DENGAN D.A.P /P,K.R
    SEJAK PAS KAWAN DGN PARTI NI PAS JADI HINA YANG AMAT DASYAT

    ReplyDelete
  15. isu kalimah Allah bukan sekadar isu politik dan sepatutnya dibincangkan Majlis Syura yang dianggotai ulama, bukannya pada peringkat Lajnah Politik Jawatankuasa PAS Pusat.

    http://ohpolitik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. wahai sedara yg masih blom insaf masih memikirkan duniawi Dok cari kemewahan tapi ukhrawi tuh tmpat yg abadi abada...jgn sampai agama Allah jgn lupa Allah Tuhan yg Esa yg menyerupai sesuatu pun nt tak bau syurga neraka pula tempatnya tinggal kamu sedarlah insaflah wahai sedaraku....azmin.....

    ReplyDelete
  17. Haron Din & Taib Azamudin - dua ulama yg lebih arif drp Nik Aziz dan Hadi .. telah bersuara.

    Org yg kurang ilmu kena ikut cakap ulama dalam bab aqidah, bukannya suroh ulama ikut permainan politik dan gadaikan maruah orang Islam.

    20 tahun lalu, kalau isu kalimah Allah ni timbul aku pasti org Melayu dari Sg Manik akan mengamok sakan.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.