FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Wednesday, January 23, 2013

LAWAK ! DAP SILAP KIRA LAGI!!


MiM tertarik dengan entri blogger Truth Vaccine yang mendedahkan kesilapan besar Buletin Mutiara, lidah rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Seperti yang kita semua tahu, Lim Guan Eng sedang bergelut dengan isu kalimah Allah yang menggemparkan negara ini.

Banyak pihak yang mempertikaikan kerasionalan 'permintaan' anak Lim Kit Siang itu. Beliau menerima tamparan hebat apabila rakan politik, parti PAS yang akhirnya menolak Lim Guan Eng.

Dan sekarang, berlaku aksi tepis-menepis Lim Guan Eng yang cuba menolak sebarang persoalan tentang isu kontroversi yang dicetuskan oleh beliau sendiri.

Katanya mahu menulis jawapannya kerana 'tidak mahu jawapan diputat belitkan'.

Malangnya, anak Kit Siang itu masih mendiamkan diri sehingga ke saat ini. Tiada kenyataan akhbar atau artikel mengenai kalimah Allah. Bak kata, 'habuk pun tarak...'


Sebelum itu pula, DAP dirundung krisis imej dan kredibiliti yang amat memalukan apabila berlaku 'silap umdi' semasa pemilihan CEC DAP. DAP menjadi bahan ketawa rakyat kerana sebelum ini mereka begitu lantang mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Rupa-rupanya DAP yang kebantut kewibawaan mereka dek 'tersilap undi'. Memalukan.

Krisis CEC DAP ini juga dianggap menyerlahkan sikap chauvinis dan rasis oleh Tunku Aziz, orang lama dalam DAP. Lebih-lebih lagi apabila tiada seorang calon Melayu pun yang menang.

Dan sekarang, DAP berdepan dengan Registra Of Society (ROS) kerana beberapa pemimpin DAP membuat laporan mempertikaikan kesahihan pemilihan tersebut. Krisis itu menjadi lebih panas.

Belum sempat selesai dengan isu 'tersilap undi' CEC DAP, lidah rasmi kerajaan Dap negeri telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan berunsur pembohongan.

Anda baca pendedahan blogger Truth Vaccine . Di antaranya :

3. Akhbar ini dinamakan Buletin Mutiara yang memaparkan propaganda DAP serta betapa bagusnya kerajaan ini berkhidmat untuk rakyat negeri Pulau Pinang.

4. Namun, telah setelah diteliti, didapati data yang disampaikan di dalam cetakan akhbar tersebut (di bawah) boleh dipertikaikan.

Versi Bahasa Inggeris

Versi Bahasa Mandarin

Versi Bahasa Tamil

5. Sekiranya anda perhatikan, terdapat kesilapan cetakan kepada versi bahasa Inggeris iaitu, sepatutnya kolumnya adalah terkehadapan; ruangan 2011 sepatutnya untuk 2010 dan seterusnya.

6. Berlainan dengan versi Mandarin dan juga Tamil pada mana kedudukan kolumnya adalah pada keadaan sepatutnya.

7. Namun, bukan salah cetakan yang menjadi persoalannya di sini. Perseoalan tersebut terletak pada jumlah bilangan orang yang menerima 'bantuan' yang diberikan oleh Kerajaan DAP tersebut.

8. Kita ambil contoh barisan pertama; sepatutnya jumlah keseluruhan orang yang menerima bantuan tersebut tidak boleh dikatakan 364,000 orang kerana yang menerima bantuan pada setiap tahun tersebut ada kemungkinan orang yang sama. Maka jumlah keseluruhan orang yang menerima bantuan tersebut adalah sekadar 132,997 warga emas sahaja seperti tahun 2012.

9. Sama juga bagi baris ke-2 sehinggalah baris ke-5, kerana ada individu yang layak menerima bantuan tersebut setiap tahun. Maka atas dasar pengiraan manakah yang DAP berani menyatakan bahawa penerima bantuan tersebut jumlahnya adalah sedemikian?

10. Sama juga seperti pemilihan CEC DAP semasa kongresnya tempoh hari. Sekiranya pengiraan sebegini pun gagal, patutlah berlaku kekecohan tersebut. - SETERUSNYA

Pendedahan di atas memerlukan jawapan segera daripada pihak editor Buletin Mutiara. Apakah mereka 'tersilap lapor' seperti 'tersilap undi CEC DAP'?

Dan jika benar, pihak editor lidah rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang dituntut memperbetulkan laporan mereka dan meminta maaf secara terbuka di dalam edisi Buletin Mutiara yang akan datang.

IRONINYA, MiM kenal editor Buletin Mutiara ini dan beliau pernah mengutuk MiM dek isu yang lepas. Sekarang, ianya tertempelak ke batang hidung beliau sendiri.

So, ada beranikah?







8 comments:

  1. Ni mesti salah Microsoft Excel jugak..

    ReplyDelete
  2. himpunan shamsidar pun depa salah kira jugak..

    mkini estimate cuma sekitar 63k monyet je yg hadir. itupun kemungkinan besar masih silap kira..

    dulu kemain lagi letak kononnya lebih 100k..

    dan ini bukti sahih itu mamat 'pakar matematik' memang tak boleh pakai..habuk pun tarak...700k konon...pakar apebodonye tu?

    hhahahaha..

    ReplyDelete
  3. lagi dua minggu ada lagi kena Resign hehehehe

    ReplyDelete
  4. INI SEMUA SALAH UMNO!!

    ReplyDelete
  5. Versi bahasa malaysia tak de pulak..Bahasa Rasmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang ikut stail Omar khattab...senang...main panchong kepala je...


      Delete
  6. Ana dah kata kapir harbi penuh dengan tipu muslihat. Ubah kerajaan dap di penang! Kick tokong out penang.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.