JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, January 25, 2013

LIM GUAN ENG DAP JAWAB ISU INJIL VERSI BAHASA MELAYU!!


Apabila terdapat ura-ura yang mengatakan terdapat pesta membakar injil versi Bahasa Melayu, Lim Guan Eng DAP begitu cepat memberi respons.

Seperti biasa, beliau tidak melepaskan peluang mengaitkan ura-ura itu dengan UMNO dan kerajaan pusat.

Pelbagai perkataan bombastik digunakan oleh beliau di dalam blog beliau seperti inflammatory statements, extreme religious dan racial provocations. Dan seperti biasa, artikel beliau hanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina sahaja. Di mana hormat kepada bahasa rasmi negara tercinta ini?

Tan Sri Abdul Gani Patail juga dijadikan sasaran kerana didakwa tiada tindakan dikenakan kepada Dato Ibrahim Ali walau pun alasan AG adalah "the Bible had not yet been burned so where is the crime".

Kita perlu ingat, pihak manakah sebelum ini yang beria-ia mahu melupuskan ISA? Dan apabila ISA dilupuskan, baru mereka tahu kepentingan akta tersebut!

TETAPI malang seribu kali malang, Lim Guan Eng DAP hanya menjawab isu injil yang kononnya mahu dibakar. Itu sahaja.

Tetapi beliau masih tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan kontrroversi sebelum ini. Beliau berkata akan membuat kenyataan bertulis tentang isu ini kerana 'tidak mahu kenyataan diputarbelitkan'.

Fine tapi mana kenyataan bertulis itu?

Jika beliau begitu cepat memberi respons kepada isu yang bersangkutan dengan umat Kristian, kenapakah beliau tidak berbuat yang sama terhadap umat Islam?

Beliau perlu sedar bahawa untuk menjadi seseorang pemimpin negeri, semua penganut agama perlu dijaga tanpa prejudis.

Dan tidakkah terlintas dihati beliau bahawa kenyataan kontroversi beliau boleh mengguris hati umat Islam yang merupakan warga majoriti di negara ini?

Sebagai contohnya ialah laporan di bawah :
Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.


Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudian mendesak Pas keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.


"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd. Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. - BERNAMA
Berapa lama lagi Lim Guan Eng DAP mahu mendiamkan diri?

Dan jika beliau terus diam membisu, ia akan menimbulkan persepsi bahawa anak Kit Siang itu seorang yang penakut dan tidak berani berdepan dengan rakyat.

Persepsi ini sudah tentu akan mengganggu gugat kredibiliti Setiausaha Agung DAP itu dan sebarang kenyataan beliau hanya akan dibaca dengan sinis tanpa nilai.

Lebih-lebih lagi parti DAP sekarang berdepan dengan krisis ketidakpercayaan ahli-ahli sendiri dek 'tersilap undi' semasa CEC DAP baru-baru ini. Bukan itu sahaja, DAP juga dianggap sebagai chauvinis dan rasis.

Dan sekarang sudah banyak pihak yang bangkit membantah kenyataan beliau yang dikatakan tidak sensitif kepada perasaan umat Islam di negara ini.

Maka atas dasar keprihatinan, MiM sarankan kepada Lim Guan Eng DAP supaya memberanikan diri menjawab isu kalimah Allah yang sudah berpanjangan sejak kenyataan beliau sendiri.

MiM percaya anak Kit Siang itu juga sependapat dengan MiM iaitu keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat amat perlu dijaga setiap masa.

This time around, silence in not golden!














7 comments:

  1. Adalah menjadi dasar yg bukan Islam untuk anti Dan bermusuh...apa yg ahli pas harap dan jangka dari lim guan Eng????

    Langkah protes pd guan Eng tidak tepat....ahli pas perlu desak pemimpin mereka untuk keluar dari pakatan...

    Guan Eng berani kerana pemimpin Islam dayus termasuk pemimpin umno.

    ReplyDelete
  2. Lim guan engok. Itu lah khalifah yang dulu orang2 hamPAS agung2kan

    ReplyDelete
  3. Tiada tindakan dr kerajaan khasnya kementerian yg bertanggung jawab...

    Ini yg menjadi tanda tanya rakyat sekarang

    Sampai bila mahu islam dihina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak ada tindakan. Tetapi tak ada sokongan ramai terutama parti pembangkang yang mengaku Islam. Parti ini hanya membisu sahaja asalkan hasrat ke Putrajaya tercapai.

      Delete
  4. Semenjak DAP dapat memerintah Pulau Pinang semakin berani kaum kerabatnya menghina agama Islam. Itu pun puak2 PAS dan PKR yang beragama Islam tak nampak. Ini yg dikatakan politik disusukan agama dibiar keciciran. Sekarang DAP sedang menyediakan skrip baru utk Perkasa. Kenapa Perkasa? Ada bukti? Kenapa sebuah bodoh sangat Perkasa nak letak risalah tuk kat gereja. Bukan ada org Islam pun. Fikir2 kan la.

    ReplyDelete
  5. Semenjak DAP dapat memerintah Pulau Pinang semakin berani kaum kerabatnya menghina agama Islam. Itu pun puak2 PAS dan PKR yang beragama Islam tak nampak. Ini yg dikatakan politik disusukan agama dibiar keciciran. Sekarang DAP sedang menyediakan skrip baru utk Perkasa. Kenapa Perkasa? Ada bukti? Kenapa sebuah bodoh sangat Perkasa nak letak risalah tuk kat gereja. Bukan ada org Islam pun. Fikir2 kan la.

    ReplyDelete
  6. Kalau nak bertindak kenapa perlu ada sokongan ramai, tak cukup lagi dengan undang undang yang ada sekarang ? Nampaknya perkara sebegini seperti sengaja dibiarkan supaya boleh dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab, mereka mahukan supaya PAS keluar dari PR , kerana mereka tahu sejak PAS bersama PR, mereka telah terlepas 5 negeri.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.