JOIN FACEBOOK DR MIM

Tuesday, January 01, 2013

NIK AZIZ KECEWAKAN PUAK PEMBANGKANG...


Sebelum ini ramai puak pembangkang yang mencerca, memaki hamun dan cuba memperlekehkan RTM.

Pelbagai fitnah yang jijik dan kotor telah diada-adakan oleh puak tersebut walau pun kita tahu strategi itu dilakukan supaya rakyat sangsi dan tidak lagi menonton rancangan itu.

Anda baca apa pula yang berlaku sekarang. Tentu ada puak pembangkang yang kecewa!
KOTA BHARU 1 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu.

Katanya, penjelasan menerusi saluran televisyen milik Kerajaan Persekutuan itu mampu menangkis tuduhan yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di Malaysia.

"Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahyang dua imam dan menolak sembelihan orang Umno.

Rais berkata bagaimanapun Hadi harus muncul di televisyen dalam bentuk forum yang disertai beberapa orang tokoh agama seperti Mufti dan bukan beliau seorang diri.

Hadi sebelum ini meminta untuk membuat penjelasan di televisyen setelah membisu terhadap desakan semakin hebat beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas anggota PAS dan tokoh agama supaya beliau menarik balik amanatnya kerana menurut merekaianya mencetuskan gejala seperti mengkafirkan sesama Islam dan perceraian pasangan berlainan fahaman politik di negara ini. seterusnya

3 comments:

  1. selepas ini rtm akan menjadi kambing hitam. kesalahan perpecahan umat akan diletakkan pada media2 pro kerajaan, bila hj hadi mendakwa amanatnya bukan penyebab perpecahan tapi disebabkan oleh propaganda media pro kerajaan..kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. umno x tuduh tanpa bukti..rakaman video de
    ..semua bukti lengkap..jangan kta video x leh pakai..sebab besi..apa macam bahlol.

    ReplyDelete
  3. Semoga dijauhi ALLAH janganlah orang MUNAFIK ni menjadi pemimpin kita!

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.