FACEBOOK DR MIM

Tuesday, January 15, 2013

PAS U-TURN KALIMAH ALLAH - RESPONS ANWAR...

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendiriannya bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya kini adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam tadi.

Pada 4 Januari lalu, Mat Sabu seperti dilaporkan Malaysian Insider berkata pendiriannya sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan.

"Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

"PAS masih kekal dengan pendirian itu,” katanya.Kenyataan Mat Sabu itu disambut positif oleh Bishop Jesuit Gereja terlatih, Dr Paul Tan Chee Ing yang melahirkan rasa kelegaan dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS itu untuk membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan seterusnya
Mentaliti lalang dan flip-flop parti PAS sangat memalukan. Bukan sahaja tahap kepercayaan kepada kredibiliti dan kewibawaan parti itu tercemar teruk dek aksi U-turn kepimpinan mereka, rakyat turut menyaksikan wayang kulit sesetengah kepimpinan utama PAS.

Padahal, sebelum ini, mereka dan juga media pembangkang mencaci cerca dan memburuk-burukkan parti UMNO seolah-olah parti UMNO bersalah besar dalam isu ini.

Dan apabila berlakunya U-turn, mereka 'terlupa' dengan caci maki mereka sebeum ini terhadap parti UMNO yang tetap teguh dengan perjuangan menegakkan kesucian kalimah Allah. Memalukan!

Bagi MiM, U-turn yang berlaku sekarang adalah kemenangan moral kepada parti UMNO.

Ianya juga sudah pasti membuka mata rakyat tentang ketidakwibawaan Pakatan pembangkang yang tidak kompeten dan tidak boleh diharap.

Yang pastinya, imej PAS tercemar teruk dek kepimpinan mereka sendiri. Yang memalukan juga ialah imej parti DAP turut tercemar teruk dek masaalah sendiri iaitu 'tersilap undi' semasa pemilihan CEC DAP baru-baru ini. Malah, kepimpinan DAP sendiri telah bangkit mempersoalkan ketelusan pemilihan tersebut

Sebelum ini MiM telah menyarankan kepada DAP supaya mendapat bimbingan nasihat dan tunjuk ajar daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya pemilihan seterusnya benar-benar telus dan tidak membuka pekung busuk parti tersebut.

Ironinya, kedua-dua isu yang menjatuhkan kredibibiliti parti-parti pembangkang terserlah sebelum PRU13 dan ianya akan memudahkan rakyat untuk menilai sendiri dan tidak akan percaya lagi kepada parti-parti tersebut.

Persoalan besar sekarang, apakah respons Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan bapa beliau, Lim Kit Siang?

Apakah akan ada aksi U-turn daripada mereka juga atau pun aksi mengelak daripada menjawab isu kalimah suci Islam yang dipertahankan oleh parti UMNO selama ini?

Apakah gameplan Pakatan pembangkang yang seterusnya?

Zip mulut untuk sekian waktu supaya isu panas ini sejuk dek masa atau ada isu lain dicipta sebagai diversion supaya rakyat tidak lagi memperkatakan 2 isu besar yang mengaibkan Pakatan pembangkang?

Kita tunggu juga jawapan daripada Bishop Paul Tan. Anda baca juga artikel kenyataan kontroversi Bishop Paul : KLIK SINI

20 comments:

  1. Terbukti Umno dipihak yang benar.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Pi mampus la UMNOngok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu ye??? Pi lah sorok kepala dlm tandas

      Delete
    2. Pi teriak kat anwar....untung2 dpt sebalun dua....

      Delete
  3. Pas jilat ludah kahak hijau mereka sendiri akhirrrrr nya!

    ReplyDelete
  4. biarkan mat sabun dgn labunya.....

    ReplyDelete
  5. Kalau dh terjerat sendiri, DAP terjerat dgn isu pemilihan kerusi, PAS ngan kalimah, xde ape lagi yg leh dickp....alih2 UMNOngok, tu je? Dh abis modal?....hahaha.... Nik Aziz wat kona baringggg..... best...bljr dr Valentino Rossi. Mat Sabun pn ikut kona baring gk.... hehehehee.... Dh le weihhh... PAS sebenanye ok. Tapi batch kali ni, mmg haprak, teruk sgt2. Perlu perbetulkn dulu dari dalaman parti, sblm pasang cita2 nk tadbir negara. Buat masa skrg ni, blm competent lagi

    ReplyDelete
  6. ALAMAK! PAS YANG FLIP FLOP, DEWAN PEMUDA SALAHKAN MEDIA PULA?

    http://gandasarimerdeka.blogspot.com/2013/01/alamak-pas-yang-flip-flop-dewan-pemuda.html

    ReplyDelete
  7. pemimpin pas flip flop mcm pak lah..skrg puak2 pas ko rase la mcm mne bile dpt leader yg flip flop..org2 umno dh rase dh dl zaman pak lah...

    ReplyDelete
  8. Kesian pemimpin hamPAs, mereka terjerat dalam polemik ciptaan mereka sendiri. Nak jual nama Allah hanya kerana undi, tapi akhirnya terjual maruah sendiri kerana kebodohan dan kesombongan mereka terhadap agama Islam....

    Tapi macam biasa la, siapa yang nak mengaku berak di tengah jalan kan...

    ReplyDelete
  9. PAS macam lampu Kelam-kelip...Waktu raya...
    Kejap ada...kejap tak ada....
    Tiada pendirian yang tegas...tidak layak perintah negara...

    ReplyDelete
  10. biar UMNO di panggil BONGOK...Tak mengapa ...asal akidah kepada ALLAH yang ESA tetap dipertahankan habis habisan....perasan diri tu cerdik tetapi sebenarnya bongokkkk....kalau kamu islam, tentu ada sekelumit dlm hati mu perasaan ingin mempertahankan akidah....tetapi kalau kaamu ni bukan islam....aku tak boleh la nak kata apa apa...sebab ALLAH yg ESA dah siaapkan tempat kamu di sana nanti bersesuaian dengan akidah, kepercayaan dan kecerdikkan mu.....

    ReplyDelete
  11. Hanya orang-orang pandai tapi dungu ilmu ,otak dan hati yang sokong PR.Mereka ni semua da buta.

    ReplyDelete
  12. islam berkembang di Malaysia atas perjuangan UMNO..

    ReplyDelete
  13. Tuh le penangan parti politik yg matlamatnya hanya nakkan kuasa sanggup buat apa saja waima dlm isu agama sekalipun....PAS dah terlalu tersasar jauh..bila jadi camni last2 kesilapan dan salah dilemparkan pada orang lain dalam kes nih UMNO/BN dan media...

    Malaysia yg saya ingati dan kenali (saya rakyat Malaysia yg menetap diluar negara atas sebab perkahwinan..bukan sebab xsuka dgn Malaysia :) )sebelum adanya parti2 kelentong rakyat nih xpernah menggugat apa2 tentang agama Islam tetapi sekarang seolah2 dipersendakan demi kuasa...xtaulah apa akan jadi jika mereka ini memerintah Malaysia!!! MInta Allah selamatkan bumi Malaysia yg dicintai dari dajal2 ini...

    ReplyDelete
  14. Anon 5.27pm.

    Hai....marah nampak Cik Non kita ni. Biasalah dengan spesis Cik Non kita tu. KAlau dah terserlah kebodohan mereka, mula lah dok maki orang lain. Pergi lah jumpa Father Nik Ajis atau Father Hadi kamu tu. Kalau kamu dari P'Gay'R, hati-hati kalau nak jumpa Father Anwar Al-Jubs Wal-Liwati kamu tu. (Silap hari bulan kamu pun termasuklah salah seorang dari kaum Nabi Lut pulak. Dah jadi lain pulak cerita tu) Mintak nasihat macam mana nak control marah kamu tu. Paling-paling pun mereka boleh ampun kan dosa amarah kamu tu....muahahaha...

    ReplyDelete
  15. Mat sabu kaki belit, orang punya pun dibelitnya........

    ReplyDelete
  16. anons 5:27 anginnn satu badann

    ReplyDelete
  17. Badi Awang dan Mat Sabun kemaluan besar doh!! Kena basuh muka dengan air lumpur 7 air longkang tu!! Khaaaak Tuii!

    ReplyDelete
  18. KALAU ORANG BERIMAN TAK TUNGGU DESAKAN BARU NAK PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH. PAS LEBIH MENGAGUNGKAN ANWAR DAN NAFSU UNTUK KEPUTRAJAYA.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.