FACEBOOK DR MIM

Wednesday, January 02, 2013

UPDATED! RAFIZI LETAK JAWATAN SEBAB GAGAL FITNAH ISTERI DS @NajibRazak ??

MiM tertarik dengan satu lagi omongan Rafizi Ramli, pegawai Anwar Ibrahim yang pernah MiM kantoikan semasa isu China doll dan Anwar Ibrahim 'hilang 2 jam' di Twitter dan Facebook Ketua Pembangkang itu.

Rafizi Ramli 'mendedahkan' satu emel yang beliau dakwa ada kaitannya dengan DS Rosmah Mansor, barang kemas dan Deepak.

Lihat di bawah :


Yang sangat meragukan kita ialah isi kandungan emel itu yang merujuk kepada 'invoice Datin Rosmah Mansor'.

Padahal, invois yang disertakan oleh Rafizi pula tidak langsung mengandungi nama 'Rosmah Mansor'! Invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd.'

Lihat di bawah :


Jika invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd', apakah kita boleh percaya dengan isi kandungan emel tersebut?

Transaksi pembelian dan invoisnya hanyalah di antara dua pihak iaitu Dehres Limited dan Carpet Raya Sdn Bhd. Itu sahaja.

Dan sebagai syarikat besar, Dehres Limited tidak mungkin akan merujuk kepada imvois yang tidak wujud di atas nama 'Rosmah Mansor' kecuali jika ada anasir jahat yang sengaja tampered atau meletakkan nama Rosmah Mansor untuk dijadikan alasan dan kaitannya dengan Deepak.

Hujah di atas sudah cukup untuk menangkis permainan politik murahan Rafizi Ramli. Dalam masa yang sama, kita tunggu ulasan terbaru beliau. Mungkin ada lagi.

Tetapi jika beliau tidak mampu untuk mengeluarkan dokumen dan invois yang lebih masuk akal dan ada kredibiliti, MiM sarankan beliau meletakkan jawatan.. Buat malu PKR sahaja.

UPDATED :

Laporan terbaru KLPos :

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen."Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.comDitanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata

"Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

p/s : kita tunggu jawapan Fizi.

10 comments:

  1. rafizi ni dah kena sumpahan lembu...dulu dia fitnah mantan menteri pasal isu lembu...sekarang fitnah pulak isteri PM....dah kantoi....nampak bodoh mcm lembu, muka comel mcm anak lembu, bdn montel mcm lembu...pendek kata semua mcm lembu...

    ReplyDelete
  2. sempudal Fizi dah kekantoian..hik3 ;)

    ReplyDelete
  3. Ni invoice to DS Rosmah ke Deepak?
    Email diatas menyatakan ada 'lampiran invoice kepada DS Rosmah Mansor'. Tapi jelas dalam invoice dibawah terbukti tiada nama DS Rosmah seperti yg dikatakan.

    Jika benar Deepak beli/bayar barang itu guna nama syarikat, invoice ini patut diletakkan atas nama syarikat Deepak bukannya DS Rosmah.
    Jika dia mahu barang tersebut dihantar ke DS Rosmah dokumen yang patut diberikan pada DS Rosmah adalah DELIVERY ORDER! BUKAN INVOICE beb.
    Ingat, setiap invoice mesti disimpan oleh syarikat untuk di audit sebab ia menggunakan akaun syarikat.

    Email itu jelas meragukan. Dey mana invois DS Rosmah? Kantoi bodoh lagi kah kah kah.


    Marhaenisma

    ReplyDelete
  4. KALAU INILAH YANG DIKATAKAN OLEH RAFIZI SEBAGAI BUKTI..MEMANG RAFIZI BANGANG LE..

    ReplyDelete
  5. kehidupan dunia yg menipu.. semoga Allah beri hidayah kepada rafizi yg suka fitnah!

    ReplyDelete
  6. betul ker rafizi ni pakar strategis pakatan?nampak macam pakar fitnah jer?

    ReplyDelete
  7. He is the most stupid Whistleblower on earth

    ReplyDelete
  8. Stupid whistleblower,yes.stupid whistleblowjob,definitely...

    ReplyDelete
  9. dia mmg suka blowjob kot...haha

    ReplyDelete
  10. Yg tuan punya badan dok diam,tk terjawap bila Deepak bongkar mcm2 hal.Yg dok bersilat lidah cai2 UMNO.Kes Shahrizat fitnah konon ny.Yg di bicara kn di mahkamah tu kes apa Bro?Kes fitnah ke?Mentaliti tahap cipan!

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.