JOIN FACEBOOK DR MIM

Monday, January 21, 2013

SELEPAS AZMIN ALI, PEMBANGKANG SEMAKIN CARCA MARBA!!

Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.

"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," katanya. seterusnya
Kita dapat membaca talian hayat PAS setelah ramai yang mempertikaikan pendirian Hadi Awang dan PAS sebelum ini.

Jika itulah jawapan mereka, di manakah rasionalnya Hadi Awang bersetuju di dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang pada 8hb yang lepas?

Dan sehingga kini, Hadi Awang belum memberi respons kecuali Setiausaha Politik beliau. Kenapa?

Begitu juga dengan Lim Guan Eng DAP, pencetus polemik kalimah Allah yang menggegarkan politik negara. Sehingga hari ini, anak Lim Kit Siang itu masih mendiamkan diri tanpa kenyataan rasmi daripada beliau. Kenapa?

Mungkin ada yang mengharapkan isu ini akan tenggelam dek masa dan tidak lagi dipekatakan. Tetapi jika itulah modus operandi mereka, MiM yakin mereka tersilap besar dan akan menyesal kelak.

Dalam masa yang sama, polemik kalimah Allah yang dicetuskan oleh DAP itu telah berjaya membuka pekung busuk dan sikap lalang parti rakan mereka sendiri, parti PAS.

Ironinya, jika sebelum ini parti DAP malu besar dan diketawakan dek 'tersilap undi' CEC DAP dan sikap chauvinis dan rasis mereka, kali ini giliran PAS pula. Yang menariknya ialah Timbalan Presiden PKR juga ditempelak dalam isu ini.

Dan sekarang, MiM difahamkan bahawa kepimpinan Pakatan pembangkang mengalami kesukaran untuk dipercayai oleh rakyat dek kekusutan dalaman pakatan pembangkang.

Jika sebelum Karpal Singh popular dengan 'over my dead body', mungkin sekarang PAS boleh juga 'over Pas dead body' kepada beliau?

7 comments:

  1. hanya hadi awang saja dok pening kepala macamana nak undurkan kata-kata yang dah terlajak.

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau PanjangJanuary 21, 2013 at 6:39 PM

    Amat pelik bila dalam satu pelayaran bahtera ada dua nahoda yang memutuskan haluannya....hinggakan haluannya tidak menentu dan terumbang ambing kerana ditiup kencang angin DAP ????

    Mungkinkah sudah patah tiang layarnya atau sudah hilang kemudinya???...anda lebih arif menjawabnya .....walahualam.

    ReplyDelete
  3. Waaa...terkejut betul aku. Ada teloq jugak Majlis Syura PAS-pis-pus suroh DAPpigs to bugger off. Ha.....ini yang kita nak tengok. Jangan jadi macam geng-geng anwarista yang melambak dalam PAS-pis-pus lagu ni. Tapi walau bagaimanapun imej PAS dah tercalar terok. Semua disebabkan oalh Father Nik'U-Turn'Aziz dan Father Hadi'Flip-Flop' Awang. Disebabkan oleh ketidak-pandaian kedua-dua father mangkuk berayun ni, orang dah hilang kepercayaan pada PAS-pis-pus sebab bila-bila masa saja PAS boleh tukaq pendirian...macam lalang.

    Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
    satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
    dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

    ReplyDelete
  4. alamak macam pernah dengar jer, politik suku, agama suku..tapi dimana yea

    ReplyDelete
  5. Karpal, apasai u banyak pusing, lu sendiri kain jaga. Itu cec election kasi butut dulu. Sendiri punya kain dalam kasi besih dulu sebelum mahu sebuk orang punya kain dalam. U singh sudah tarak kredibility lagi la.......

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    blog tuan telah dipaut dalam Kinta Menjerit mohon pautan kembali

    tq

    http://kinta-menjerit.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Patutnya PAS kalau nak guna khidmat syaitan pun biarlah PAS yang lead ini jadi pak turut syaitan.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.