FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Thursday, February 07, 2013

KENAPA GUAN ENG MELATAH BILA ADIKNYA NAK JADI CALON PRU?


Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan konon adik perempuannya, Lim Hui Ying turut tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, adiknya tidak berminat untuk bertanding dan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow juga mengesahkan nama Hui Ying tidak tersenarai dalam senarai bakal calon DAP.

"Adik saya tak berminat bertanding dan YB Chow berkata nama adiknya tidak ada dalam senarai. Jika adik saya ingin bertanding, tentu beliau telah bertanding dalam tiga pilihan raya lepas.

"Jangan heret saya punya ahli keluarga macam ini," kata Guan Eng pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star yang menyebut adiknya adalah antara muka baru bertanding pada PRU13.

Guan Eng menyifatkan laporan itu sebagai fitnah dan berharap pembaca tidak mempercayai apa yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu.

"Saya tak tahu sama ada The Star seterusnya akan bercakap mengenai saudara lelaki saya. Jika anak lelaki saya berumur 21 tahun kamu akan juga bercakap mengenainya, saya pasti. Tetapi saya tak fikir ini baik," katanya.

Sebelum ini, adik perempuan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dikatakan akan bertanding dalam #PRU13 untuk kerusi ADUN Batu Lanchang, Pulau Pinang. Teman lelakinya, Tan Khong Chong, juga calon kepada ADUN Jawi.- BERNAMA

4 comments:

  1. lebih mulia kalau sesiapa saja yg jd suami adiknya yg dijdkan calon, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kroni...? DAP mana ada...!!!

      Delete
  2. Lim Guan Eng mana ada amal itu kroni woop tapi itu Kapal Sing sama itu Anuar dan itu Nik Aziz jugakkkk kasi dia orang punya keluarga hooo. Itu Lim Kit Siang sapa haaa Guan Eng? Lu tolong kasi tau!!

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.