JOIN FACEBOOK DR MIM

Monday, February 04, 2013

PENAJA PSY GANGNAM STYLE DI BN PULAU PINANG DIDEDAHKAN!!


Sebelum ini DAP Insider telah mengeluarkan artikel mendakwa kewujudan kronisme melampau di dalam DAP. Blog tersebut mendakwa kos bangunan baru DAP Pulau Pinang adalah sebahagian 'perjanjian sulit'.

Di antaranya :
Over the next two weeks, the Board of Directors of IJM Land Berhad met and the “request” for donation of RM3 million to DAP Penang Building Fund was discussed and a decision was made that a donation of RM1.5 million was to be made instead of RM3 million. The said sum of RM1.5 million was then subsequently paid into the DAP Penang Building Fund account and Guan Eng was informed of it by IJM seterusnya
Untuk menutup sebarang persoalan tentang kos bangunan DAP itu, maka keluarlah kenyataan seperti 'kos bangunan dibantu oleh syarikta-syarikat swasta yang menyokong kerajaan DAP' dan sebagainya.

Maka apabila BN Pulau Pinang bakal menggemparkan rakyat Pulau Pinang dengan persembahan artis antarabangsa Asia Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style, kita sudah dengar pelbagai tohmahan dan pembohongan daripada media pro-pembangkang.

Yang paling kelakar sekali ialah dakwaan kononnya BN menggunakan wang awam! Satu tohmahan yang sudah dijangka dan dimainkan oleh pembangkang tetapi tidak akan berkesan langsung.

Maka, bodohlah BN Pulau Pinang jika sengaja mencari pasal menghulurkan leher atau jadi bola tanggung terutamanya berdekatan dengan PRU13 ini. TETAPI, BN Pulau Pinang telah menjangka dan memantau segala tohmahan itu dan tiada sebabnya BN Pulau Pinang sengaja mencari pasal!

MiM sendiri telah SMS Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang dan beliau mengesahkan berita ini. Tetapi ianya masih diperingkat perundingan dan belum selesai lagi.

Nampaknya, pembangkang mati akal apabila mendapat tahu artis fenomena Psy akan hadir di Pulau Pinang.

Dan semakin panas dan meletup cerita Psy dan Rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang ini, semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang akan hadir ke majlis yang akan diadakan pada 11 Februari 2013.


Jika lebih ramai pemimpin dan media pro-pembangkang menyentuh berita ini, ianya semakin sensasi dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Free promotion for BN Penang! Congrats !

Anda baca juga kenyataan Lim Guan Eng DAP yang sungguh kelakar!

Anda baca di bawah :
Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.

Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.



Video di You Tube Sudah mencecahi : 1,254,762,844 

“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti,” kata beliau lagi.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy,” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.”

Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.


Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.

“Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini,” kata Oh.... - MI
Yang kelakarnya ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP tentang berita ini. Beliau pre-emp dengan mengatakan supaya rakyat datang dengan baju pelbagai warna.

Guan Eng berkata 'warna merah sebagai simbol kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya'!

Come on lah Guan Eng ...... cukup-cukuplah spin dan menumpang usaha orang lain! 

Lagi pun, sudah tentu kebanyakan mereka yang hadir akan pasti memakai baju berwarna merah. 

Bagi Kaum Cina, warna merah bermaksud happiness dan prosperity. 

Warna ini menjadi pilihan utama semasa menyambut Tahun Baru Cina dan ianya tiada kena mengena dengan 'simbol kerajaan negeri'.

So kepada Lim Guan Eng, janganlah pula nanti mendakwa ramai memakai baju merah kerana 'menyokong kerajaan DAP' padahal warna merah itu adalah warna utama kaum Cina semasa menyambut Tahun Baru!

19 comments:

  1. yg aku heran kenapa kerajaan bodo sangat perabih duit nak bawak psy ni

    macam takde benda lain je nak buat dari menari macam orang bodo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jgn bodoh sgt pagi2 ni.February 4, 2013 at 9:12 AM

      Eh ehhhh bodonya anon 7.34.

      Sykt swasta mega ultimate bukan
      kerajaan.

      Ayat mudah mcm tu pun kau x faham.

      Delete
  2. Bangangnya anony 7:34 ni.

    Kan dah kata bukan duit kerajaan.

    Si Anuwar mangkuk tu yg terhenjut2 nari mcm org mabuk tu tak pe plak.....ptuuiiiii....

    ReplyDelete
  3. Wah bangganya dpt bawa masuk psy kat negara kita.bergangnam lah sampai pagi yer....nanti malaikat rahmat ramai2 turun kat situ..anak2 melayu kita pasti ramai yg dtg nanti...itu yg kita nak...biar mereka berhibur bersungguh-sungguh...

    ReplyDelete
  4. February 4, 2013 at 10:40 AM.... yang konsert tu untuk sape?? Orang Islam je ke??? Dah sambutan Tahun Baru Cina, mesti la banyak bangsa Cina yang datang berhibur.... jangan la buat komen bodoh tak tentu pasal k...

    Ko suruh ahli keluarga ko, pergi markas PAS dengar ceramah fitnah banyak-banyak sampai pagi, ade kitaorg kisah???.. dosa ko tanggung sendiri la..

    ReplyDelete
  5. alahai Anon 10.40 AM...
    sama lah sengal Anon 7.34 AM

    Deme nak sambut raya deme, lantak lah deme nak jemput siapa pun....

    Jangan lah nko pulak nanti bawak anak bini tergedik gedik pergi tengok.

    ReplyDelete
  6. nuwar berahi memang bodo pun.
    dan juga mamat nak pegang jawatan mb smpi mati kat kelantan tu

    yang lagi bodo kenapa pak menteri jadi bodo jugak lulus mamat bangang psy ni nak menari macam orang bodo kat malaysia ni

    apa?orang malaysia pakat takde otak ke tak reti pikir mana baik dan buruk?

    sama je dua kali lima

    ReplyDelete
  7. duit kerajaan ke duit swasta ke apsal nak bawak mamat tu menari tarian bodo dia tu?

    tu persoalan dia..
    dah elok geng umno buat majlis cinta rasul dan sebagainya tetiba boleh plak luluskan psy menari cam orang bodo kat malaysia ni.nak bwk artis international kena melalui kementerian macam la orang tatau

    jangan ingat orang yg kritik sebarang isu tu semua geng PR.sia-sia je belajar sampai universiti tapi tak reti beza mana baik dan buruk.

    lenkali kalau nak lebih berkat lagi,lepas takbir raya aidilfitri ke apa kata buat skali tarian psy bodo ni secara beramai ramai.

    ReplyDelete
  8. anon 10:40 AM, takkan syarikat gergasi cina tu nak sponsor bawak ulamak arab kot utk sambutan thn baru cina? xde kene mengena dgn melayu bangga ke apa.. agak2 la...

    ReplyDelete
  9. Bila BN anjur konsert, (bukan UMNO! tp BN ),orang PAS pasti akan guna komen standard: rosaklah budak Melayu walaupun konsert tu untuk sambut perayaan bangsa lain.

    Tapi kalau PKR dan DAP buat konsert, takpe...tahaluf siyasi.. konsert tu bukan utk orang Melayu.. kita negara majmuk... budak Melayu nak join sama, itu tak boleh dielak...takpe...dan sebagainya lah.

    Begitulah politik di Malaysia...

    ReplyDelete
  10. syarikat swasta sanggup mengeluar duit berjuta-juta ringgit tanpa mengharapkan sebarang keuntungan?
    Adakah anda risau jika adik kau yang berumur 16 mendapat sebuah iphone 5 dari orang lain secara percuma, tanpa mendapat duit dari ibu-bapa?Fikir! Jika masih ada otak.

    ReplyDelete
  11. kalau tak nak melayu pergi ckplah,for non-malays only! kalau ada org melayu nak masuk tendang dia mcm bola!

    ReplyDelete
  12. Itukan sambutan CNY .Lantaklah mereka nak buat apa! Buatlah rancangan baik untuk anak Melayu! Budak-budak Melayu fasal pesta memang lebih sudu dari kuah!

    ReplyDelete
  13. apa punya mangkuk la dok sibuk depa buat raya depa nak panggil sapa peduli apa tu pun nak kepoh, benda dok jual kalimah suci tu pi la kepoh kat tok guru hgpa yg dia sorang betoi

    ReplyDelete
  14. Bila Allah murka...bala turun x knl agama,bangsa dan parti...(parti bebas)

    ReplyDelete
  15. bn DAN umno TAK SAMA KE BANG OI, KAN umno TU PARTI DALAM GABUNGAN bn JUGA YANG JADI KEPALA KERETAPI KE NERAKA. aSYIK ANJUR MAKSIAT JE KAU ORANG. aDA KE MASUK AKAL SYARIKAT NAK BAYAR JUTA-JUTA UTK ARTIS LUAR NEGARA. SYARIKAT NAK CARI UNTUNG JE...ALA BILA DAH BERAK DALAM GEDUT MANA NAK NGAKU KAN?

    ReplyDelete
  16. kalau ada company sponsor, mesti akan disebut nama.. mana ade company rahsiakan nama kalau dah sponsor juta2.. nama pun sponsor, mesti la nak promote company gak (bangga dpt sponsor juta2).. nampak sgt bukan sponsor.. terang2 nampak desperate nak minta undi..

    ReplyDelete
  17. Peliknya.....sape penganjur ni sbenatnya....depa dok paham la

    ReplyDelete
  18. Nama company yang sponsor dah ditulis kata atas seperti berikut:Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.