FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Friday, February 08, 2013

PSY GANGNAM STYLE : KENAPA NIK AZIZ SIBUK SANGAT?


MiM agak keliru dengan kenyataan terbaru dari Musyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkenaan jemputan artis popular Korea, PSY ke Pulau Pinang sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini. Nik Aziz mengatakan kos yang digunakan untuk membayar artis terbabit lebih baik digunakan untuk membantu orang kurang kemampuan.

Persoalannya disini, mengapakah Nik Aziz begitu sibuk dengan kehadiran PSY yang diundang untuk menghiburkan masyarakat Cina P.Pinang? Adakah Nik Aziz takut masyarakat P.Pinang beralih sokongan kepada BN yang menjemput penyanyi tersebut?

MiM juga tertanya-tanya, mengapakah Nik Aziz beria-ia sangat dengan isu ini sedangkan ia bukan berlaku di Kelantan. Adakah Lim Guan Eng mengarahkan Nik Aziz supaya bersuara menghentam BN dan Perdana Menteri?

Memang jika dilihat sekali imbas kenyataan Nik Aziz tentang kos membawa PSY kesini, ia memang baik. Tetapi kita kena ingat bahawa kerajaan BN langsung tak terlibat didalam kos terbabit memandangkan ia ditanggung oleh Syarikat swasta.

Dan kalau nak dikira bantuan kepada orang kurang kemampuan, adakah di Kelantan itu semua orang kurang upaya telah terbela nasibnya? Bekalan air bersih pun masih belum mampu di selesaikan oleh Nik Aziz, kini beliau sibuk pula tentang nasib OKU? Memang ajaib!

Kerajaan BN melalui transformasi Perdana Menteri DS Najib Razak telah menyalurkan pelbagai bantuan seperti BR1M, KR1M, Klinik rakyat, Bantuan Persekolahan dan pelbagai lagi untuk membantu rakyat sepanjang beliau mentadbir negara. Adakah Nik Aziz berbuat seperti itu?


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan BN mengundang artis popular Korea, Psy sempena Tahun Baru Cina sebagai membazir.

Malah, beliau turut menyarankan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan untuk membayar artis tersebut seharusnya diberikan gologan kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi warga Cina sempena Tahun Baru Cina tahun ini dalam Dun Chempaka pagi semalam.

Sambungnya, Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak berhasrat untuk menghalang BN untuk membuat sebarang program sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ianya tidak perlu membazir.

“Kalau tidak boleh elak, maksudnya perlu ada juga program hiburan sempena Tahun Baru Cina, boleh jemput artis anak muda kita, jimat belanja sikit,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung BN Pulau Pinang untuk menjemput tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.- Harakah

3 comments:

  1. Samalah kita Tuan. Saya juga rasa heran.

    Yang nak beraya tu orang Cina, kenapa pulak NA nak masuk campur?

    Orang bangsa lain yang nak hadir tu sbb mereka dijemput sama.. samalah macam sambutan rumah terbuka Raya kita, kita juga jemput bangsa lain ke rumah kita.
    Kita hidang pelbagai jenis makanan dan minuman. Mereka takde pun kritik. Malah Karpal dan Kit Siang pun tak bising bila kita buat sambutan Hari Raya kita. Kita bakar satay secara terbuka (mereka takde pun kata kita merosakkan alam sekitar), pendek kata di Malaysia ni kita harus hormat menghormati la antara satu sama lain.

    Soal RM2 juta tu membazir, itu juga subjektif. Bagi syarikat korporat yg taja Psy tu, agaknya bagi mereka 2 juta tu sikit aje... ntah-ntah peruntukan CSR mereka berlipat ganda lagi banyak.

    Bukan ke NA dan Arif Fahmi belanja 10 kg kek seorang, hanya untuk sambutan hari raya dua tahun lepas? Setiap kek tu harganya amat mahal.

    Dan kek-kek itu 'ditaja', tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz sibuk pasai dia xleh nak menari Gangnam Style.. Itu pasal dia meroyan xtentu hala... Tapi hal dia suruh Psy tutup aurat.. aku cukup sokong 110%.. Bukan apa.. Nik Aziz tau yg AnuWar Belalai Bengkok kalau tgk jantan seksi.. Abis.. meleleh air liur.. keh keh keh..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  3. DAripada NA@Nik Najis 'sedekahkan' beribu hektar tanah FREE pd Cina DAP lebih baik beri utk bela anak Kelantan yng miskin usahakan..

    Daripada Pork Nick naik Mercdes, elok naik basikal je.. jual keta2 mewah dgn plet2 mahal tu utk biayai orang miskin yg berlambak2 di Kelantan..

    MELUDAH KELANGIT..JATUH TERJELEPOK AYAT IDONG NICK NAJIS..

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.