FACEBOOK DR MIM

Wednesday, February 20, 2013

RM22.5 BILION YANG TIDAK MUNGKIN DILAPORKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG!



MiM merujuk kepada kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Belau mengatakan sukar untuk membayangkan bagaimana rupa Pulau Pinang sekiranya kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) mengamalkan polisi politik balas dendam dan sikap tidak ambil peduli terhadap rakyat di negeri itu.

Selain daripada berharap rakyat negeri Pulau Pinang lagi dipersenda, diperkotak-katikkan oleh DAP dan Pakatan pembangkang,
Datuk Zainal yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap komitmen kerajaan pusat yang terus menerus memberikan pelbagai pembangunan untuk negeri tersebut walaupun ianya diperintah oleh pembangkang. 
“Komitmen kerajaan pusat terhadap negeri ini di luar jangka. Datuk Seri Najib buat keputusan untuk terus bantu rakyat Pulau Pinang. Tidak ada dendam politik. Kita perlu terus lihat ke depan, letakkan emosi ke sebalah dan kita perlu fikir apa yang terbaik untuk rakyat dan tidak mahu rakyat rugi lagi. 
Sepanjang lima tahun lepas sebanyak RM 22.5 bilion diberi kepada Pulau Pinang yang jauh lebih banyak jumlahnya berbanding negeri lain. Komitmen dan janji yang kita telah janji sebelum ini kita teruskan.
“Contohnya kita dapat jambatan kedua Pulau Pinang yang akan siap September ini jumlahnya RM4.5 bilion, kita dapat ‘double tracking’ keretapi menelan belanja RM2.2 bilion, kita dapat ‘Mengkuang dam’ RM1.1 bilion, kita dapat pembaikan lapangan terbang RM250 juta, pelebaran jambatan Pulau Pinang 1 RM400 juta dan sebagainya lagi dijumlahkan lima tahun sebanyak RM22.5 bilion. 
“Inilah satu yang dipanggil kebijaksanaan dan keperihatinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan BN lain untuk letakkan Pulau Pinang tidak kebelakang dan dapat terus berkembang dari segi ekonomi. 
Bayangkan kalau RM22.5 bilion ini tidak masuk Pulau Pinang lima tahun lepas, kita akan dapat ekonomi menguncup, rakyat menderita dan banyak perkara di luar dugaan kita berlaku di Pulau Pinang,” katanya. -  sumber
Dalam masa yang sama, kita tentu tertanya-tanya dengan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa oleh Setiausaha Agung DAP sendiri ke Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun ini. Seriously, kita sangat musykil dan ingin tahu.

No comments:

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.