Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, March 26, 2013

AKHIRNYA! MEDIA PEMBANGKANG DEDAHKAN MOTIF ANWAR BERJUMPA PEMIMPIN FILIPINA! #LahadDatu SABAH

MiM musykil dengan laporan KeldaianDaily KeadilanDaily bertajuk Pertemuan Anwar dengan Misuari untuk usaha damai selatan Filipina.


Anda baca dulu laporan di bawah. Di antaranya :
“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). 
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi). 
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam. 
Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh. 
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. - KeldaianDaily
MiM musykil kerana Anwar Ibrahim merujuk kepada zaman beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri iaitu pada 1990-an apabila isu dakwaan penglibatan pakatan pembangkang dengan pencerobohan di Sabah yang berlaku sekarang ini (2013)!

Sila baca dakwaan di bawah :
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. BACA SINI
Persoalannya ialah kenapakah Anwar tidak menjawab dakwaan perjumpaan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 2012?

Kenapa? Why?

Dan jika pertemuan beliau dengan Nur Misuari pada tahun 90-an di atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri dan Nur Misuari sebagai pemimpin tertinggi MNLF, senarionya sekarang ialah ialah kedua-duanya tiada lagi kuasa eksekutif untuk menentukan sebarang keputusan sama ada di Malaysia dan juga Kepulauan Sulu. 

Apakah Anwar akan menjawab persoalan pokok yang bermain di kepala rakyat Malaysia sekarang?

Dan selagi tiada jawapan konkrit, selagi itu juga rakyat akan percaya penglibatan Pakatan Pembangkang dengan penceroboh di Sabah.


Anda baca pendedahan ini : KLIK SINI




6 comments:

  1. jubo yg busuk pon nuar sanggup balonn...

    apa la sgnt dgn berckp bohong dpn kambing....

    ReplyDelete
  2. Kiram adalah Dajjal di Filipina. antara sifat Dajjal adalah
    1. Buta mata kanannya...Kiram buta mata kanannya kerana diabetes
    2. Mengaku beriman tetapi sebenarnya kejam...pengganas Kiram bertindak kejam membunuh pasukan keselamatan kita dengan mengorek mata, melapah, menetak dan potong kepala...
    3. Menjalankan agenda proksi Yahudi dan Dajjal di negara lain (PKR - mata satu) untuk melemahkan umat Islam
    4. Menceroboh hak, wilayah dan negara Islam untuk merampas kuasa.
    5. Terus menipu dan berbohong untuk dapat simpati ramai.
    6.Mengamal ilmu hitam bersekutu dengan syaitan untuk menang perang.

    Inilah ciri-ciri Dajjal kecil yang ada pada Kiram dan para pengikutnya

    ReplyDelete
  3. Anwar Ibrahim dan Nur Misuari suka berbohong dah lama tiada orang dengar mereka. Tentang Kiram III dan lain ahli keluarga Kiram semua tiada sokongan daripada Kerajaan Malaysia. Anwar Ibrahim hanya takut kejadian ini back fire plan dia.

    ReplyDelete
  4. Tu yg aku hairan tu, masa jd TPM tu tahun berapa daa? Tolonglah perati lebeh sikit pada tahun tu, jgn main jawab je. Bosan tul dorang ni. Tak pandai ke apa tu?

    ReplyDelete
  5. Maaf, perkara tak berkaitan.

    Doc, saya minta selepas ini apabila mention DAP dalam artikel akan datang, sila sebutkan 'parti sarkas DAP' spt kenyataan Tunku Abd Aziz. Tepat sekali kerana suka pindah2 kawasan bertanding. Datang tempat baru, pasang khemah, buat show. Bila dah tak laku sebab servis tak bagus, bungkus khemah, pindah cari tempat lain pula... Thanks doc.

    ReplyDelete
  6. Kalo sarkas tentu ada pertunjukan "animal Games' nya, agak-agak ko orang apa binatang yang buat show tu ha...?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.