JOIN FACEBOOK DR MIM

Sunday, March 03, 2013

UPDATE - GAMBAR PENCEROBOH MATI DI SEMPORNA #LahadDatu

Gambar di bawah adalah mayat seorang penceroboh Filipina yang mati dibelasah oleh penduduk kampung Senallang Laut, Semporna.


Sebelum ini, 5 anggota polis telah terkorban di Semporna.Al-Fatihah.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal. - AGENDA DAILY

13 comments:

  1. sayang....saudara seagama kita ...tapi nak buat mcm mana jihad tak kena tempat.

    ReplyDelete
  2. ko ckp senang la sb ko bkn d tmpt kejadian..

    ReplyDelete
  3. Lanun-lanun Sulu ni agama saja yg Islam tapi perangai mengalahkan kafir harbi - tidak berperikemanusiaan. KAfir macam ni tak boleh diberi muka. HAmbat saja mereka pulang ke Sulu sebagaimana kita menghambat anjing kurap. Kalau degil lagi, tembak sampai mampos. Keselamatan saudara-saudara kita diSabah yang pelbagai kaum dan agama adalah yang paling utama.

    ReplyDelete
  4. hapuskan semua penceroboh. kita bersabar kerana sesama ISLAM. tp mereka pula telah membunuh saudara mereka sendiri. darah dibayar dgn darah!

    ReplyDelete
  5. lanun sulu ini mmg agama islam..tetapi diorg sebenarnya saki baki kaum yahudi (Bani Israel)..sama seperti selatan thailand..dahagakan darah & lebih kejam dari yahudi israel sekarang..renung kembali..nabi muhammad s.a.w pernah kena racun dengan yahudi yg masuk islam.apa lagi sahabat2 nabi yg mati & tewas di tangan mereka..

    ReplyDelete
  6. ape yang penting sekarang kita sedekahkan lah AL-FATIHAH kepada anggota keselamatan yang gugur dalam pertempuran itu. dan jangan lupa sedekahkan doa semoga anggota keselamatan kita yang sedang bertugas selamat dalam perjuangan mereka

    ReplyDelete
  7. Jgn d kc lama bah kc hantam sma d0rg,sial pnya manusia kolot x bertamadun!

    ReplyDelete
  8. Aq mau tnya siapa yng mla mamem bak aq mau tau?

    ReplyDelete
  9. semua manusia sama sahaja bila tak amal agama tamadun akan hilang,kembalilah kepangkal jalan.Dan ingatlah jika kerjaya kita lebih besar dari pada seruan ilahi maka Allah akan tamatkan kerjaya tersebut.

    ReplyDelete
  10. Semoga anggota polis, tentera dan semua yang menjaga negara akan dilindungi dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete

  11. harap2x bapa saya selamat berjihad
    di sana aminnn.

    ReplyDelete
  12. betul ke kes ni cam lakonan je nampak pertahanan kita lemah kalau kat luar negara dah lama menteri & pm letak jawatan

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.