Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, March 28, 2013

CEPUMAS! SIAPAKAH BADUT SARKAS POLITIK INI?

Siapakah 'sarkas politik' yang dimaksudkan oleh Tunku Aziz itu?

Di antaranya :
"Mereka ini sarkas politik," kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya, Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti. 
"Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan," katanya. 
DAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut kerusi panas itu yang turut menjadi idaman pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng. 
Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera. 
Video : kenyataan Tunku Aziz yang perlu kita fahami.
Bercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International Malaysia, berkata, amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara. 
"Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat... ini tidak bagus. 
"Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya... ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya," katanya. 
Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal bukan ikut rasa hati. 
Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata, DAP sepatutnya menasihatkan anggota parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah. - BERNAMA
Dalam masa yang sama, MiM jangka tindakan 'sarkas politik' yang lari daripada Perak ke Gelang Patah, Johor pula adalah untuk mengimbangi atau melebihi pengaruh PKR di negeri tersebut. Kewujudan Chui Ji Ming sebagai Pengerusi PKR Johor dilihat terlalu meresahkan parti DAP.

Sebelum ini, Chua Jui Ming tidak hadir semasa Lim Kit Siang DAP diumumkan sebagai calon Gelang Patah, Johor.

Video : Kenyataan TS Muhyiddin Yassin tentang pertelagahan DAP-PKR Johor.

Dengan kehadiran Kit Siang itu, Jui Ming PKR dilihat kurang kuasanya terhadap DAP negeri Johor, tidak seperti sebelum ini di mana berlaku pertikaian secara terbuka di antara PKR dan DAP Johor berkenaan kerusi Parlimen Gelang Patah.

Ia menyebabkan perselisihan faham antara Jui Meng dengan Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor yang dikatakan berminat bertanding di kerusi tersebut.

Pada tahun 2008, parti PKR yang mewakili pakatan pembangkang di Parlimen Gelang Patah dan bukannya parti DAP! 

Walaubagaimana pun, calon BN, Tan Ah Heng berjaya mengalahkan calon PKR, Dr. Zaliha Mustafa dengan majoriti lebih 8,000 undi.

Dan MiM bersetuju dengan pandangan Tunku Aziz supaya kita membuat pilihan menggunakan akal dan bukan ikut rasa hati.

Video : Pendedahan Tunku Aziz yang membuka pekung LGE dan DAP!

MiM juga bersetuju bahawa pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat... ini tidak bagus.

Tetapi MiM percaya rakyat tidak bodoh dan nampak permainan politik pemimpin pembangkang. Sudah tiba masanya untuk merealisiasikannya dengan menolak Pakatan pembangkang di PRU13 nanti.

Anda baca juga strategi sulit Anwar menjelang pilihanraya ini : KLIK SINI

1 comment:

  1. Ramai yg x PR pd pru12 kerana ikut perasaan amarah .... Sepatutnya x calon yg boleh memperjuangkan nasib rakyat dan kemakmuran serta kemajuan negara..di dewan rakyat/parlimen sepatutnya berlangsungnya persidangan yg membawa maksud di atas bukannya persidangan utk diri sendiri/parti..yg kurang ditambah baik,yg tiada diusulkan dan lagi
    yg betul disokong ...yg bersidang dok pasal benda2 utk mendapat political milage bust ape...lepas tu kat luar dewan berceramah dgn kata2 fitnah ....yg mendengar percaya dan terpedaya..bila kat dalam dewan tak pulak membahaskannya...calon2 yg macam ni kalau x masa pru boleh masuk neraka...betul tak PAS????????pikiq sebelum x pd pru13 nanti...calon/wakil yg sekarang ni apa jasa/bakti yg tlh dibuat kat kawasan yg diwakili...APA KPI depa...jgn undi macam undi AF...kita rugi depa untung ...Melayu....makin...layu...anak kecil main api.....

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.