FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Tuesday, March 12, 2013

TANGKAL KEBAL PENCEROBOH DIDEDAHKAN! #LahadDatu


Kerja-kerja penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanduo, dekat sini, oleh pasukan keselamatan berada di peringkat terakhir.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penduduk kampung terbabit yang kini mendiami pusat pemindahan sementara akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
"Sebaik selesai dan diyakini selamat kita akan membenarkan penduduk pulang ke kediaman mereka. 
"Kawasan operasi ini kini lebih tertumpu di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis yang kini dikepung pasukan keselamatan," katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Moktar di Felda Residence Sahabat, di sini, hari ini. 
Pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sehingga mengorbankan lapan pegawai dan anggota polis menyebabkan 2,900 penduduk dari beberapa kampung terpaksa mendiami di pusat pemindahan sementara. 
Selain itu, katanya, seorang lagi pengganas ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan yang turut mencederakan dua anggota polis gerakan am (PGA) dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 4 pagi semalam.
Hamza berkata, sejumlah 54 pengganas ditembak mati, termasuk tujuh di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna manakala baki di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo. 
"Pasukan keselamatan juga sudah mengeluarkan 22 mayat dari lokasi kejadian ke Hospital Lahad Datu," katanya. - MyMetro
Selain daripada itu, media cetak juga mendedahkan tangkal dengan tulisan bahasa Arab yang dipercayai ayat Al-Quran dan Al-Quran kecil yang dipakai oleh pengganas-pengganas yang menceroboh negeri Sabah.


Tangkal-tangkal tersebut kononnya akan menyebabkan mereka kebal dan kalis peluru. Tetapi mereka mati juga ditembak oleh pasukan keselamatan negara.



Penemuan tangkal-tangkal ini telah mengesahkan kenyataan seorang Suluk Tempatan, Lahad Datu yang mengatakan bahawa meereka belajar ilmu kebal dan memakai tangkal. BACA SINI

Dalam masa yang sama, kita sedang menantikan pendedahan kerajaan Filipina yang mendedahkan wujudnya 'ringleaders' sebagai dalang pencerobohan di Sabah. Dan pakatan pembangkang didakwa terlibat dan juga NGO pro-pembangkang yang didakwa telah 'menderma' jutaan ringgit kepada petualang-petualang yang mengganggu gugat kedaulatan negara.





4 comments:

  1. http://abastajab.multiply.com/photos/album/116/Mistikal-3-Tangkal-Azimat-Kebal.?&show_interstitial=1&u=%2Fphotos%2Falbum
    Memang mistery kenapa ada ayat Al Quran? Tangkal yang sebenar bukan sama dengan ini...adakah bomoh lebih palsu.

    ReplyDelete
  2. http://cvtampang.tripod.com/id38.html
    http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=469472
    http://empayar-pemuda.blogspot.com/2013/03/terkini-langkah-mayat-saya-dulu-waras.html
    Datu Mohd Akjan Ali Muhammad berkata,“Langkah mayat saya dulu sebelum saya membenarkan rakyat Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian dari negara mereka,"

    ReplyDelete
  3. Dont let the invader get into Malaysia-United Nation of Allies Republic

    ReplyDelete
  4. AnuWar pun pakai tangkai.. Tangkai belalai bengkok.. Keh keh keh..

    DeGaWaN...

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.