FACEBOOK DR MIM

Sunday, March 03, 2013

TERKINI! VIDEO KENYATAAN TUN DR MAHATHIR TENTANG INSIDEN BERDARAH DI SABAH! #LahadDatu


Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu, dekat Sabah dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan hendap yang berterusan di masa akan datang.

“Saya berpendapat kerajaan cukup berhati-hati dalam menangani isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

“Tetapi malangnya berlaku pertumpahan darah dan usaha kerajaan kita tidak dihargai oleh penceroboh dari Sulu hingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.


Lihat video di bawah :



“Sekarang ini, tiada jalan lain di pihak kerajaan selain melancarkan serangan balas supaya penceroboh dapat dihapuskan kerana mereka yang menyerang Sabah bukan kita yang menyerang mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Rakyat anjuran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dataran Bagan Serai yang dihadiri hampir 13,000 rakyat jelata dari sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar.

Beliau berkata, isu ini tidak akan tamat begitu sahaja sebaliknya pihak penceroboh akan cuba melaksanakan serangan hendap di masa akan datang dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Tambahnya, kerajaan perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi serangan hendap yang berturut-turut selepas ini.

Katanya lagi, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dihantar untuk mengawal kemasukan sebarang bot dari selatan Filipina seperti bahagian Tawi-tawi dan Jolo kerana penceroboh mungkin cuba menyeludup bekalan senjata.

Ditanya mengapa pasukan tentera tidak dikerah untuk menangani isu itu di peringkat mula, Mahathir berkata, dalam negara ini, soal keselamatan negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dari luar dan dalam negara.

“Pada mulanya kita lihat insiden di Lahad Datu ini bukan serangan luar kerana mereka berada dalam wilayah kita tetapi kini jelas serangan ini datang dari luar. Jusuteru itu, pihak tentera sudah diarah untuk mengambil bahagian,” katanya.

Beliau menambah lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai penghasut dengan menawarkan janji kepada rakyat Sabah dan Kesultanan Sulu bahawa mereka akan mendapat 20 peratus royalti minyak serta status wilayah autonomi kepada negeri berkenaan.

“Jadi mereka (kumpulan) ini yakin dan percaya akan dapat menawan Sabah dan menubuhkan wilayah autonomi yang akhirnya bakal mencetuskan perang di negara kita,” tegas beliau lagi.

Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, pada awalnya kerajaan begitu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan kerana ramai rakan dan ahli keluarga penceroboh berada di Sabah.

“Sebab itu, kita berhati-hati pada mulanya kerana mereka juga umat Islam dan kita tidak mahu tergesa-gesa bunuh orang Islam. Apabila mereka tunjuk niat jahat dengan menembak mati dua anggota polis kita, maka kita tidak boleh anggap ia peristiwa yang boleh diselesaikan menerusi rundingan.

“Tindakan keras yang mungkin sebabkan ramai anggota penceroboh terbunuh dan rakyat kita juga menjadi mangsa akan berlaku tetapi tindakan keras harus diambil,” katanya lagi. - Perak Today

6 comments:

  1. asSALAAAMU'aleykum... semuga tuan keluarga dan keturunan bahagia duni dan akhirat..

    tolong ringankan beban iklan dan widget blog tuan...

    ReplyDelete
  2. TAK TAHU LA SAYA NAK KATA APA LAGI KALAU RAKYAT MASIH TAK NAMPAK BAHAWA MAMAK NI LA SEBENARNYA PEMBAWA BENCANA DENGAN PROJEK IC. SEKARANG SENJATA MAKAN TUAN. BANGUN DAN SEDARLAH PENGAMPU2 MAMAK KUTTY SEKALIAN, DAH BANYAK YG KITA DAPAT LIHAT KEROSAKAN YG MAMAK NI LAKUKAN.

    ReplyDelete
  3. Mana APMM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia... Kenapa dlam waktu mcm ini Polis Merin dgn Bot Buruk Injion Rosak di kerahkan mengepong laut yg luas..Kenapa Boleh Bocor sejak Apmma di perkasakan....tolong jawap..

    ReplyDelete
  4. moga TUN sentiasa dirahmati ALLAH SWT. alhamdulillah minoriti rakyat yg tertipu dgn anwar sudah semakin sedar. moga ISA dihidupkan kmbali demi MAJORITI RAKYAT!

    ReplyDelete
  5. [TAK TAHU LA SAYA NAK KATA APA LAGI KALAU RAKYAT MASIH TAK NAMPAK BAHAWA MAMAK NI LA SEBENARNYA PEMBAWA BENCANA DENGAN PROJEK IC. SEKARANG SENJATA MAKAN TUAN. BANGUN DAN SEDARLAH PENGAMPU2 MAMAK KUTTY SEKALIAN, DAH BANYAK YG KITA DAPAT LIHAT KEROSAKAN YG MAMAK NI LAKUKAN.

    March 3, 2013 at 10:55 PM]

    Ko tuju kan kepada Dr M ke ni?klu ya ko tuju kan kepada Dr M..Ko Memang Bodoh Dan Bangang Abadi.

    ReplyDelete
  6. apa kaitan dgn bg IC? sape yg bg IC? Anwar ke Tun? Yg datang serah Sabah tu bkn ada IC pun. Soalannya, siapa yg bayar org MNLF ni serang Sabah? Siapa g jumpa presiden MNLF?

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.