FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Thursday, April 18, 2013

BEKAS TIMBALAN MENTERI TIDAK SETIA KEPADA PARTI. #PRU13 @dzainalabidin

Portal pro-pembangkang sekali lagi memainkan peranan memberi laporan yang tidak tepat dan sangat mengelirukan. Jika kita baca laporan Malaysian Insider di bawah, kita akan menganggap DS Shariff Omar favourite di Tasek Gelugor.


Dan Shahbudin Yahya, pengganti TS Noh Yaacob di parlimen Tasek Gelugor hanya ditulis sebagai 'bekas DUN Permatang Berangan' sahaja oleh Malaysian Insider. Bagi mereka yang tidak tahu Shahbuddin Yahya, mereka akan menganggap yang macam-macam tentang beliau.

Tetapi Shahbuddin Yahya sebenarnya adalah Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang juga merupakan Pengerusi BN Tasek Gelugor. Hairan kerana kenapa Malaysian Insider tidak menyiarkan jawatan Shahbudin Yahya?

Adakah portal pro-pembangkang itu berniat jahat supaya pembaca mempersoalkan seorang 'bekas DUN Permatang Berangan' bertanding tanpa potfolio penting di dalam bahagian Tasek Gelugor?

Satu perkara yang Shariff Omar perlu fikirkan ialah kenyataan beliau semasa isu desas-desus beliau akan bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum ke-13 pada bulan Mei tahun lepas.

Selain daripada menafikan desas-desus itu, Shariff Omar berkata kesetian beliau pada parti UMNO tidak harus dipertikai malah beliau masih memegang jawatan Ketua Umno Cawangan Permatang Haji Hassan, Bahagian Tasek Gelugor.

Shariff Omar juga menyerahkan kedudukannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Tetapi, di manakah janji beliau yang mahu 'menyerahkan kedudukannya kepada DS Najib Razak'?

Sila baca laporan Malaysian Insider :
Bekas Ahli ParlimenTasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar akan dibuang daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), Umno jika dia ingkar untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei ini, kata Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman hari ini. 
"Mana-mana ahli Umno atau pemimpin yang bertanding bebas atau memilih menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya depan nanti akan dibuang daripada parti," kata beliau dalam satu sidang media di sini. 
Menjawab kenyataan Mohd Shariff semalam yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Tasek Gelugor, Zainal berkata Mohd Shariff sepatutnya memimpin calon yang diumum dan membantu mereka memenangi kempen daripada bertindak sedemikian. 
"Beliau patut beri mereka peluang seperti sebelum ini, mereka jugalah yang membantunya berkempen dan menang kerusi itu sebelum ini," kata beliau kepada Shariff. 
Pemimpin veteran Umno Umno itu secara terbuka mengkritik BN kerana memilih calon yang "rakyat tidak mahu" selepas mengumumkan rancangannya untuk bertanding di kerusi iitu. 
Datuk Zainal Abidin Osman
Beliau berkata semua empat kerusi di Tasek Gelugor, satu parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan kalah kerana BN tidak memilih calon "tepat" untuk bertanding pada Pilihan Raya 2013. 
Semalam, BN Pulau Pinang mengumumkan barisan calon yang terdiri 33 muka baru daripada keseluruhan 53 calon. 
Bekas DUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya telah dipilih untuk mempertahankan Tasek Gelugor selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuat keputusan tidak bertanding di kerusi tersebut. 
Mohd Shariff yang juga bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor pada awalnya menjangkakan untuk bertanding semula di kerusi tersebut dan tidak berpuas hati kerana tidak terpilih kali ini. 
Beliau menyandang kerusi Tasek Gelugor selama dua penggal daripada 1999 hingga 2008 sebelum memberi laluan kepada Nor Mohamed Yakcop bertanding disitu pada 2008. 
Zainal berkata Mohd Shariff perlu berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan kepada calon-calon dan bukannya mengkritik parti kerana pilihan calonnya. 
"Beliau telah memegang banyak jawatan dalam Umno selama lebih 20 tahun, sudah sampai masanya beliau memberi laluan kepada golongan muda dan menunjukkan kesetiaan kepada parti dengan membantu parti memenangi pilihan raya ini," katanya. 
Zainal juga menggesa ahli-ahli lain yang kecewa, yang mahu menjadi calon, tidak bertanding sebagai calon bebas atau di bawah mana-mana tiket parti-parti komponen PR.
Timbalan pengerusi BN itu juga berkata mereka mementingkan parti daripada mengutamakan diri sendiri. 
"Mereka perlu membantu jentera BN untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih menang dalam pilihan raya akan datang," katanya. 
Beliau mengulangi senarai calon yang diputuskan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan adalah yang terbaik dan boleh berkhidmat kepada rakyat. 
Walau bagaimanapun, Zainal berkata pemimpin parti akan bertemu dengan ahli-ahli yang tidak puas hati dalam masa terdekat untuk mendengar rungutan mereka, bercakap dengan mereka dan menasihati mereka untuk terus berkhidmat kepada BN. - Malaysian Insider
Dan memang benar, veteran tua Mohd Shariff, 65, sepatutnya menolong rakan-rakan beliau yang pernah membantu beliau selama ini.

Selain daripada bekas Timbalan Menteri, beliau pernah dilantik sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang dari tahun 1995 hingga 1999. Sebelum itu beliau memegang jawatan Exco kerajaan negeri dari tahun 1982 hingga 1990.

Bagaimana pun, MiM tetap berharap agar DS Shariff Omar tidak meneruskan hasrat beliau untuk berpaling tadah daripada parti UMNO. Sebagai seorang lama di dalam parti dan politik, MiM percaya beliau masih rasional untuk memikirkan yang terbaik untuk parti.


14 comments:

Anonymous said...

Inilah spesis manusia yang tak sedar diri, perasan hebat, perasan perfect. Dok kira tembolok sendiri sanggup jadi pengkhianat melihat bangsa sendiri merempat ditindas oleh DAP asalkan puas membalas dendam.

Anonymous said...

Cukup2lah tu, bagi orang lain rasa pulak,udah lama tu jangan sampai nak menongkat dunia pulak.Yang patah bertumbuh dan yg hilang berganti,jangan sampai parti yg rosak akibat tamak hendak kedudukan yang bai,ingat tiada hamba yg kekal dan sempurna didunia ini.ini lah dikatakan juga berjihad untuk parti yang kita sayangi...

Pengundi Tasek Gelugor said...

masa ni lah kalau nak tahu seseorang calon tu nak kuasa untuk diri sendiri atau untuk rakyat.

Anonymous said...

INGATKAN MUDA LGI, RUPANYA DAH TUA JUGA. BERILAH ORANG LAIN, KAU DAH BANYAK KALI JADI CALUN. MALULAH SIKIT, APA KATA ANAK CUCU KAU NANTI KAU LUPA DIRI.

LAYMAN said...

Pada saya akan terdapat ramai (yang dulu, kini dan akan datang) seperti DS Sharif Omar dan lain2yang berfikiran mereka masih relevan samada kerana:

1. berfikiran masih diperlukan rakyat atau
2. untuk kepentingan diri atau
3. mereka sudah lupa yang mereka telah lama mendapat manfaat dibawah BN dan sekarang tidak lagi.

Oleh itu nasihat saya kepada mereka ini ialah banyak lagi perkara yang boleh dibuat selain dari politik dan hendak menunjuk kehebatan kita dengan cita2 akan menang bertanding.

Bersyukurlah keatas apa yang telah ada dan insyaalah tuhan akan mendatangkan ketenangan kepada kita yang lebih diperlukan, lebih2 lagi dimasa usia kita yang telah meningkat.

Hanya pandangan orang biasa...

Anonymous said...

Ini lah orangnya yang patut dihumban dalam longkang besar. Tak mengenang budi dan tak sedar diuntung. Tak guna simpan orang macam ini.

GuruBashid said...

Bekas Ahli ParlimenTasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar akan dibuang daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), Umno jika dia ingkar untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei ini, kata Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman hari ini.

"Mana-mana ahli Umno atau pemimpin yang bertanding bebas atau memilih menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya depan nanti akan dibuang daripada parti," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Maknanya bolehlah dia bertanding calon beas kerana diarahkan oleh BN. Jika dia engkar bertanding dia akan dilucutkan daripada ahli UMNO. Hi hi

Anonymous said...

Track record YB Sharif selama ini amat baik. Dan biarlah ianya baik hingga badan dikandung tanah. Apa akan kata cucu cicit YB kalau nanti mereka membaca buku sejarah menyatakan pejuang UMNO berpaling tadah kerana keciwa. Fikir2kan.

Anonymous said...

tepuk dada tanya iman la. kalo dulu kita d atas tak selama kita dok kat atas. ada ms kita akan turun juga. jgn asyik pdg ke langit sampi lupa pada rumput yg di pijak. adakah kita pk untung dr sendiri sampi lupa bangsa dan agama jauh lebih perlu dipentingkan. buanglah rajuk tu jauh2

Anonymous said...

Jangan jd kacang lupakan kulit...org muda mahu kepimpinan baru dan di sokong oleh yg lama itu baru pemimpin terhebat

Anonymous said...

Cukup2 la yb shariff ooii!! Ni la contoh spesis perasan hebat & beranggapan rakyat PP akan mundur klu dia x jadi calon....Apa yg anda dpt tu dato....bukanlah sbb kebagusan anda...ianya smata2 kr jasa Umno & BN jee....

Bagi rakyat luar dr P.Pinang...nama & rupa dato memang org x kenalpun wp dah berabad dato dlm kabinet...Nasihat saya....dato contohi la semangat patriotik Dato Seri Rais Yatim yg masih relevan & bjasa di era ini...tapi beliau sanggup berkorban utk tidak dicalonkan....krn rasa sayang beliau pd parti Umno/BN...

Jgn lah dato jadi spt kacang lupakan kulit spt pak kadiaq bow tie tu....umurpun dah senja...umah kata pergi kubur kata mariiii....dok umah perbykkn Solat & bertaubat pd ALLAH SWT....itu lebih mulia dato....

Anonymous said...

lagu ni la mind set org melayu..hurm malang sungguh..tua2 pn nk mrjuk..

Bukit Gelugor Online said...

Inilah spesis manusia yang tak sedar diri, perasan hebat, perasan perfect. Dok kira tembolok sendiri sanggup jadi pengkhianat melihat bangsa sendiri merempat ditindas oleh DAP asalkan puas membalas dendam.

CONTOHI LAH ZUL NORDIN..HEHE

Anonymous said...

kalau hang betoi2 ada pengaruh yg kuat...gunakanlah bagi memenangkan calon BN...bukannya berpaling tadah seperti seorang pengkhianat...tidak ada ruginya kalau hang bantu Shahbudin Yahya....kemenangan BN adalah kemenangan hang jugak...janganlah terhasut dgn bisikan iblis yg bertujuan menjahanamkan....kembalilah ke pangkal jalan perjuangan utk BN

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.