Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, April 02, 2013

BUKTI VIDEO TIAN CHUA PKR DI MANILA 2 HARI SEBELUM PENCEROBOHAN #LahadDatu SABAH!!

Video di bawah sangat menarik. Yang lebih menariknya ialah pengakuan bahawa Tian Chua dan Sivarasa berada di Manila, Filipina, 2 hari sebelum pencerobohan di Sabah!



Dan siapa yang tidak kenal dengan Tian Chua, pemimpin PKR. Malangnya, beliau terkenal bukan kerana sumbangan beliau untuk memakmurkan rakyat Malaysia tetapi sikap beliau yang didakwa celupar mulut dan menghina anggota keselamatan di Sabah.

Lihat video pengakuan Tian Chua dan Sivarasa di Manila :

video pendedahan Tian Chua dan Sivarasa di Manila

Jika merujuk video di atas yang bertarikh 10hb Februari 2013, Darrel Leiking berkata "baru semalam balik daripada Manila, Filipina untuk satu misi untuk parti dengan rakan kita di sana bersama YB Tian Chua dan YB Sivarasa". (0:32)

Video ini dirakam 2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu semasa Program Sambutan CNY PKR 2013.

Dalam masa yang sama, Tian Chua pernah tweet yang beliau berada di Manila, Filipina pada 31hb Januari 2013.


Apakah beliau berada di Manila daripada tarikh itu hingga 9hb Februari 2013? Jika benar, kenapakah beliau berada di sana untuk 10 hari?

Anda baca juga artikel AIDC di bawah :
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dilaporkan Antarapos berkata kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan pemergian dua orang kanannya iaitu Naib Pengerusi PKR, Tian Chua dan ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan kerana kedua-dua tokoh itu mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemisahan wilayah. 
Menurutnya, Tian Chua dan Sivarasa atas kapasiti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. 
Mereka berusaha 'membebaskan' wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan ‘Asia-Pacific Conference on East Timor’ (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996. 

"Dan apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan baru-baru ini mengiyakan bahawa orang kanannya Tian Chua dan Sivarasa pernah pergi ke Manila konon untuk urusan lain, tapi saya bila melihat penglibatan kedua-dua orang kanan Anwar Ibrahim ini, Tian Chua dan Sivarasa, saya teringat peristiwa APCET 2 (dan) APCET 1. 
"Antara tokoh (yang menjadi) dalangnya ialah  Tian Chua dan Sivarasa yang kita semua tahu mereka menuntut supaya Wilayah Timor Timur dibebaskan yang kita pun tahu walaupun Presiden Suharto berjaya bertahan, tetapi apabila kawan Anwar Ibrahim (iaitu) Gus Dur mengambil alih pimpinan Indonesia, dia telah memerdekakan Wilayah Timor Timur kepada Gusmao yang hari ini kita kenal sebagai Timor Leste." katanya. 
Situasi yang berlaku itu katanya mirip dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini apatah lagi dengan penglibatan kedua-dua tokoh tersebut. 
Ini katanya ditambah pula dengan saranan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya diadakan dialog dengan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang bertanggungjawab menghantar ‘tentera’nya menyerang Lahad Datu. 
 Anak kepala penceroboh Sabah mengikuti Anwar di twitter!
"Maknanya kita sudah ada sejarah di rantau ini, Indonesia kehilangan wilayah melalui corak yang sama..serangan, pencerobohan, selepas itu tekanan antarabangsa dan berlaku rusuhan, dan akhirnya mereka hilang wilayah.  
“Kita dengar baru-baru ini Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon sudah buat kenyataan..apa kena-mengena PBB dengan kita? Ini soal penjenayah menceroboh dan menyerang negara kita. Ini bukan soal tentera negara lain berperang dengan kita. 
“Jadi tidak ada sebab langsung untuk Ban Ki Moon membuat kenyataan bagi pihak PBB untuk kita berdialog. 
“(Jadi) Saya nampak corak yang sama bagaimana Suharto disuruh berdialog dengan Gusmao..sekarang kita disuruh berdialog dengan Kiram..saya ingat ini satu agenda yang sama, dalang yang sama, niat jahat yang sama,” tegas beliau. 
Media Filipina dan antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa penceroboh bersenjata Sulu datang ke Sabah atas jemputan pemimpin pembangkang. 
Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan bersenjata orang diketuai Raja Muda, Raja Muda Agbimuddie Kiram itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah. 
Manakala The Manila Times menerusi koresonden mereka, Al Jacinto, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan. 
Tontoni rakaman video di bawah berkaitan dengan penganjuran APCET di Kuala Lumpur oleh SUARAM pada tahun 1996 yang didalangi oleh Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. Persidangan itu diprotes oleh Saifuddin Nasution dari Pemuda UMNO. 

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TOP MINGGU INI.