FACEBOOK DR MIM

Thursday, April 04, 2013

MAKLUMAT PENTING TENTANG CALON-CALON BARISAN NASIONAL! #PRU13

Maklumat penting tentang calon-calon Barisan Nasional.


Beginilah cara yang terbaik untuk mencari wakil rakyat bukannya seperti Pakatan pembangkang yang tangkap muat dan selepas diumumkan mendatangkan kekecewaan dan kemarahan sesama parti di dalam pakatan.

Contoh yang paling jelas ialah di Kedah di mana berlaku ugut mengugut hinggakan DAP
mahu bertanding 3 penjuru dan sebagainya.

Amat memalukan!

Sila baca :

Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

"Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon,” katanya selepas acara ‘Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya’ di sini.

Tengku Adnan berkata, senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

"Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka
boleh hantar kepada kami, sekiranya belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Beliau berkata, Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi hari ini dan selepas itu mesyuarat  Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Kita akan melancarkan manifesto BN pada Sabtu ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya - umno online

4 comments:

  1. ADUN dan AP BN terutama dari UMNO baru sepenggal jadi wakil dah ada 3/ 4 kereta dan banglo...macam ada magik je..tak lama kemudian mula ada hubungan intim dengan artis.....nak percaya makhluk jenis UMNo BN ni..maaf la...generasi sekarang dah tak main dengan magik magik..selamat bungkus UMNO BN....

    ReplyDelete
  2. YB pakatan rakyat belumpun sampai sepenggal menjadi wakil rakyat dgn tiba-tiba harta mereka melebihi mana-mana YB BN yg telah berpenggal-berpenggal berkhidmat untuk rakyat. Malahan kuasa yg mereka ada seakan-akan mengatasi undang-undang negara. TAK HEENGEEN AKU BERI UNDI KEPADA PAKATAN HARAMJADAH.!!!

    ReplyDelete
  3. Mansor 9.32am....

    Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yg lebih. Pi lah check berapa banyak kereta Mak Lampir hang kat Ampang tu dia dah kumpul sepenggal ni. Itu yang boleh nampak. Biasalah cacai PR ni, kuman kat seberang laut nampak, Mak Lampir yg sebesar gajah kat depan mata pakai langgar saja...kahkahkah..

    Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau dah terpengaruh dengan fatwa songsang tu, kembalilah balik kepangkal jalan.jangan ego lah nak jadi samseng jalanan, muhasabah diri lah lebai2 semua.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.