Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, May 31, 2013

GUAN ENG & KIT SIANG MALU BESAR! BLACKOUT DAP - STYLE !!

Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

MALU! ANWAR BERBOHONG BESAR ISU PERJANJIAN DENGAN DS @NajibRazak !!

Penasihat Keadilan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin
Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata “oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai”.

ADUN & KETUA PENERANGAN PAS NEGERI DI DAPATI BERSALAH MEMFITNAH!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini.

VIDEO : DAP KANTOI BESAR ISU KUMPULAN FITNAH RED BEAN ARMY!!

Sebelum ini MiM telah menulis :
Logiknya, mana mungkin Lim Kit Siang DAP atau pun mana-mana ahli politik DAP yang mahu mengaku jika kumpulan Red Bean Army wujud sekali pun, lebih-lebih lagi setelah terbongkar segala tugas jahat fitnah kumpulan siber ini. 

TERKINI! SAFWAN ANANG KECUT & BUAT U-TURN PULA!

Akhirnya, Muhammad Safwan Anang pun sudah pandai buat U-turn tentang 'kerelaan beliau ditahan di Penjara Sungai Buloh!

MALU ATAU EGO? TIADA PENDEMO HARAM DI MERLION PARK, SINGAPURA MINTA BANTUAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN!!

Rupa-rupanya, 21 orang yang memalukan negara Malaysia kerana berdemo secara haram dan dikenakan tindakan undang-undang oleh Singapura itu tidak mendapatkan bantuan Suruhanjaya Tinggi Malaysia. 


Apakah kerana mereka malu meminta pertolongan daripada agensi kerajaan BN Persekutuan yang mereka tolak semasa demo haram di Merlion Park tempoh hari?

Thursday, May 30, 2013

TOLONG SIASAT : GURU HINA MENCARUT MELAYU B**I SIAL !

Kita tentu terkejut dengan laporan polis di bawah yang dibuat di Gelang Patah, Johor.

Isunya ialah seorang guru menengah kebangsaan bernama Poh Kim Thye yang didakwa mencarut menghina bangsa Melayu di kelas beliau! Di antara yang dilaporkan ialah "Kerajaan Babi Sebab Diketuai Oleh Orang Melayu" dan sebagainya.

Klik foto untuk lebih jelas kandungan laporan polis

SULTAN SELANGOR DIFITNAH PENYEBAB KELEWATAN PELANTIKAN EXCO SELANGOR!

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengingatkan pengamal media sosial termasuk blog agar tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor, dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dahulu, bagi mengelakkan tanggapan salah rakyat terhadap baginda.  

TERKINI! WAN AZIZAH & PEMBANGKANG TAK HORMAT PERLEMBAGAAN & YANG DI-PERTUAN AGUNG.... #blackout505

Inilah masaalahnya apabila kepimpinan pembangkang menterjemahkan sistem negara ikut suka hati mereka sahaja. Katanya ramai peguam dalam pembangkang tetapi di manakah mereka jika tidak dapat menasihati kepimpinan pembangkang tentang fundamental SPR?


Akibatnya, Presiden PKR dan Pembangkang tampak kurang bijak dan memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

FOTO : PERHIMPUNAN HARAM DI PENJARA SUNGAI BULOH MALUKAN SAFWAN ANANG

Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang Hishamuddin Aris serah diri dan Safwan Awang masuk Penjara Sungai Buloh : BACA SINI


Di antaranya :

BUANG MASA LAYAN PERTUBUHAN EKSTREMIS KAUM INI!!

Sebelum ini, pertubuhan Hua Zhong dan Dong Zong menyibuk dengan mendakwa 'kekurangan' Datuk Mary Yap yang tidak memahami bahasa Mandarin dengan baik memungkinkan pendidikan Cina di negara ini tidak dipedulikan.

' KAMI TIDAK AKAN BUAT KERJA GILA '

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim membidas tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak. 


TERKINI! LAPORAN POLIS KE ATAS NURUL IZZAH!

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara. 

Wednesday, May 29, 2013

HEBAT! KONSTABEL @PDRMsia COOL WALAU DICACI HAMUN OLEH PENYOKONG PEMBANGKANG

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh menyampaikan Surat Perhargaaan Khas Ops Aman kepada Konstabel Muhalim Osop yang sabar menghadapi caci hamun sekumpulan peserta perhimpunan bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa pembangkang di depan Balai Polis Jinjang Khamis lepas.

PENJELASAN DS @NajibRazak DI AL-JAZEERA

DS Najib Razak berjaya menjelaskan isu-isu panas yang menarik untuk pengetahuan kita semua.

Sila lihat :

TERBARU! KENYATAAN RASMI KERAJAAN SINGAPURA BALUN PEMBANGKANG ISU 21 DEMO HARAM DI MERLION PARK !!

Sebelum ini, 21 penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis Singapura kerana bertindak bodoh mengadakan protes keputusan pilihanraya di Taman Merlion, Singapura.

Penahanan iu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana 'mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram' di Merlion Park, di mana kira-kira 100 orang berhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia 5 Mei lalu.

Kesalahan mereka melanggar undang-undang Singapura itu bagaimana pun cuba dipertahankan oleh beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Lim Kit Siang DAP.

Bagaimana pun, tindakan Kit Siang dan pemimpin Pakatan pembangkang itu telah dibidas dengan keras oleh kerajaan Singapura!

Sila baca kenyataan Kementerian Luar Negeri Singapura di bawah :


May 28, 2013 
Joint MHA-MFA statement on recent appeals for leniency for Malaysians who participated in Merlion Park protests 

TERKINI! FOTO : HISHAMUDDIN RAIS SERAH DIRI, SAFWAN ANANG MASUK PENJARA SUNGAI BULOH!!

Akhirnya, ahli Pakatan pembangkang mulut celupar, Hishamuddin Rais yang dikehandaki pihak polis atas dakwaan Akta Hasutan telah menyerah diri di hadapan Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, hari ini.


Tetapi seperti dijangka, Hishamuddin Rais mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

RED BEAN ARMY SEBAGAI KILANG FITNAH & HANTU RAYA TAK BERTUAN DIBONGKAR LAGI!!

Penasihat DAP, LimKit Siang menafikan parti itu mempunyai apa-apa kaitan dengan tentera siber, Red Bean Army.

Kata Kit Siang dalam blognya, parti itu tidak mempunyai kekuatan sebanyak 200 tentera siber Red Bean Army yang didakwa memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) sejak enam tahun lalu.

GAMBAR SAFWAN AWANG DI BALAI POLIS & 3 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIDAKWA 1 MENGHILANGKAN DIRI !

Inilah akibatnya apabila di bebaskan oleh Mahkamah tetapi selepas itu melakukan propaganda berbau hasutan sekali lagi. Chua Tian Chang, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan semula oleh polis kelmarin.

Safwan di balai polis

Bekas mahasiswa Safwan Anang turut ditahan petang kelmarin. Keempat-empat mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

LAGI PEMBOHONGAN & PUTAR BELIT ANWAR DIDEDAHKAN !!

Artikel Datuk Zulkifli Noordin. Di antaranya :
Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. 
Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

VIDEO : LAGI RANCANGAN JAHAT RED BEAN ARMY DAP DI BONGKAR!

Sekumpulan NGO Islam menjelaskan, mereka menjalankan kempen boikot ke atas produk yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat pro-Pakatan Rakyat sebagai reaksi balas ke atas kempen kumpulan penggiat media sosial digelar 'Red Bean Army'.

Setiausaha eksekutif diketuai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, yang mengetuai kumpulan NGO tersebut mendakwa, kumpulan 'Red Bean Army' memulakan kempen "fitnah" tersebut sejak tahun 2011 lagi.

'Antara fitnah-fitnah yang ditohmahkan, kata (bahawa) kia akan rosakkan ekonomi, perbuatan kita ekstrim dan macam-macam.

Video : Pendedahan Kejahatan Red Bean Army

"Tapi saya nak kongsi di sini, sebenarnya yang kita buat pada 2013. Saya rasa ini pun sebahagian daripada Red Army. Red Bean Army yang mula bergerak daripada 2011 secara terancang," katanya dalam satu sidang media.

Tuesday, May 28, 2013

FAKTA TSUNAMI KAUM CINA & UNDI POPULAR YANG ANWAR & PEMBANGKANG TIDAK DEDAHKAN!! #PRU13

Di bawah adalah satu lagi analisis PRU13 yang menunjukkan tsunami undi kaum kepada Pakatan Pembangkang :
1. Dari 19 kedudukan yang dimiliki oleh wakil PR, 15 adalah dari DAP 
2, 17 dari 20 dalam senarai ranking juga kerusi yang majoriti pengundinya adalah Cina 
3. 11 kedudukan juga majoriti pengundi cina adalah melebihi 70%

P122 Seputeh - 51,552 DAP
Jumlah Undi: 71,859
Pengundi: 85,976 Pecahan Kaum: M:5.62% C:89.69% I:4.54% L:0.15%

TIMBALAN PENGERUSI SPR SAMAN MAT SABU & HARAKAH !!

Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR ditanya jika beliau boleh bertindak menyaman Mat Sabu dan Harakahdaily atas kapasiti peribadi kerana memfitnahnya terbabit dalam isu projek kad pengenalan di Sabah, mengapa tidak boleh saman bagi pihak SPR yang dilemparkan pelbagai tuduhan?

TINDAKAN KE ATAS RED BEAN ARMY DAP ! - MENTERI KDN

Kecaman serta penghinaan berterusan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

TERKINI! DAKWAT KEKAL : KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAPORAN POLIS ANWAR DIDEDAHKAN!


Setelah beberapa perhimpunan haram dan ceramah yang sarat dengan keraguan dan kononnya penipuan semasa PRU13, Anwar hanya mampu membuat laporan polis tentang dakwat kekal! 
“Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi. 
 “Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal." tulis Anwar dalam laporannya. seterusnya

Monday, May 27, 2013

CERITA YANG SEBENARNYA DI SEBALIK SAMBUTAN #BLACKOUT505 YANG SEMAKIN MEROSOT !

Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.

BUKTI VIDEO ! PEMIMPIN PEMBANGKANG BERLAKON PENGSAN DIKASARI POLIS !!

Di bawah adalah video aksi bodoh S.Jayathas, ahli Biro Politik PKR, yang berlakon dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

Kejadian berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 11 pagi untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.

Polis tak buat apa-apa pun tapi Jayathas meluru kepada mereka

Tahu-tahu aja sudah tersungkur 'pengsan' walau pun hanya beberapa saat.

4 LAGI DIDAKWA DI MAHKAMAH TERLIBAT HIMPUNAN HARAM #BLACKOUT505

4 ahli politik Pakatan, dua di Perak, satu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan terlibat dalam perhimpunan haram lagi sia-sia yang dinamakan Blackout 505.

SELEPAS AZRAN OSMAN-RANI, GILIRAN AHLI LEMBAGA PENGARAH AIR ASIA @Kalimullah HASSAN PULA!!

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sehingga didesak dilucutkan jawatannya berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.

KIT SIANG DAP JAWAB ISU KUMPULAN SIBER FITNAH THE RED BEAN ARMY!

Kita didedahkan dengan wujudnya kumpulan siber propaganda tahap fitnah yang bernama The Red Bean Army milik DAP.


Dan yang peliknya ialah Lim Kit Siang DAP yang membuat kenyataan menafikan wujudnya kumpulan siber itu bukannya Lim Guan Eng DAP dan ahli-ahli politik muda DAP. Katanya, DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membiayai kumpulan tersebut dan pelbagai lagi.

BUKAN PEMBANGKANG TAPI BN YANG KEMUKA PETISYEN BANTAHAN PRU13 !!

Barisan Nasional (BN) Kelantan akan mengemukakan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang membabitkan satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dun dalam masa terdekat.

Sunday, May 26, 2013

VIDEO : SAKIT ANWAR DIDEDAHKAN !

Tindakan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan beberapa siri perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu disifatkan sebagai cubaan perikatan itu untuk meracuni pemikiran rakyat agar terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).


Malah, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus menyifatkan Anwar sebagai 'sakit' kerana tarlalu taksub untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

ANWAR TIKAM BELAKANG DAP & PAS !!

Satu demi satu sikap buruk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak hormati dan tunai apa yang beliau sendiri kata terdedah. Sebelum PRU 13, Anwar kata nak bersara dari politik kalau kalah tetapi tak juga berbuat demikian atas alasan pembangkang yang menang undi popular.

TERKINI! MENTERI KDN DEDAH KUMPULAN 'TENTERA SIBER' YANG DI SENARAI HITAM!!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.  
“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

JUMLAH PENDEMO DI #BLACKOUT505 DATARAN PJ DI KENAL PASTI!!

Entri blog Unspinners :
Dataran Petaling Jaya dikatakan boleh memuatkan 80,000.

Dengarlah kelentong pihak anarkis ini. Kalau banyak gitu, mestilah kawasan sama besar dengan Stadium Bukit Jalil. Tengok gambar waktu siang... 

DS @NajibRazak CABAR ANWAR TUNJUK BUKTI !!

Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

PENYOKONG PEMBANGKANG BERAGAMA ISLAM TANGGUNG DOSA DI #BLACKOUT505 !!

Nampaknya nyalaan rasmi syirik Candlelight Vigil oleh macai Pakatan diadakan juga di himpunan haram depan Amcorp Mall . Mereka namakan nyalaan " Demokrasi Mati " ... 
Kepada yang beragama Islam yang hadir & tumpang dosa sekali mesti cakap ini dibenarkan sebab SPR tak adil & tanda protes kerana demokrasi negara ini dah mati .

FOTO-FOTO KONTROVERSI PERHIMPUNAN HARAM #BlackOut505

VIDEO : KIT SIANG DAP MEMANG RASIS !!

Saturday, May 25, 2013

DS @NajibRazak SAHKAN ANWAR IBRAHIM MUNGKIR JANJI !!

Datuk Seri Najib Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tidak berprinsip kerana mungkir janjinya menghormati sebarang bentuk keputusan pilihan raya, selepas bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla turut membuat tuduhan sama hari ini. 

FAKTA PENTING YANG TIDAK DIDEDAHKAN OLEH ANWAR & MEDIA PEMBANGKANG! PEMBANGKANG KALAH UNDI POPULAR !

Entri menarik Outsyed The Box tentang manipulasi Pakatan Pembangkang menipu rakyat.
1. THE BARISAN NASIONAL HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN NINE STATES PLUS THE WILAYAH PERSEKUTUAN OF LABUAN AND PUTRAJAYA. (BN - Undi popular di 9 negeri, Labuan dan Putrajaya)

2. THE PAKATAN RAKYAT HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN ONLY FOUR STATES. (PR - Undi popular di 4 negeri sahaja)

Now lets look at the numbers in detail.

PERJUMPAAN SULIT MENTERI KDN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman. 

OTAK HADI AWANG SAMA MACAM KAKI AZIZAN YANG DIPOTONG! - BLOGGER PRO-ANWAR

Di bawah adalah salah satu daripada blog pro-pembangkang yang mengutuk keras dan menghina pemimpin pembangkang dengan tajuk entri "Otak Haji Hadi Sama Macam Kaki En. Azizan"



Keceluparan bloggers pro-pembangkang dan laman sosial yang menghina dan mempersendakan keadaan kesihatan dan fizikal Azizan Abdul Razak yang selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu telah dikesali oleh keluarga bekas Menteri Besar Kedah itu.

Sila baca :

SEORANG LAGI FACEBOOKER DITAHAN MENGHINA SULTAN !

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek dipercayai menghina Sultan Terengganu setelah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya mengesan kejadian tersebut di laman sosial Facebook. 

2 LAGI AHLI POLITIK DAP & PKR DIDAKWA DI MAHKAMAH !

Nampaknya, propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.

Friday, May 24, 2013

MALU! PENJARA & DENDA KERANA MENIPU SEMASA PILIHANRAYA UMUM 13!!

Sebelum ini, sekumpulan kecil rakyat Malaysia telah diperbodohkan oleh Pakatan Pembangkang sehinggakan 1 pas bekerja dan 2 pas melawat telah ditarik balik dan 18 lagi sedang menantikan nasib mereka kerana mereka berdemo di Merlion Park, Singapura.

Sekarang mereka terpaksa menanggung kesusahan mereka dan tidak dapat kerja lagi dan melawat Singapura lagi.

Seorang lagi bakal menerima tindakan undang-undang dek kebangangan diri sendiri!

TERKINI! PAKATAN PEMBANGKANG MALU BESAR KENA PENANGAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA!!

Akhirnya ... SPR bangkit bersuara dengan lebih tegas mempertahankan diri mereka daripada tohmahan dan pembohongan Pakatan Pembangkang selama ini tentang PRU13.


Sebelum ini, SPR dilihat sebagai mangsa punching bag Pakatan Pembangkang yang bukan sahaja cuba menjatuhkan kredibiliti SPR tetapi mengambil kesempatan daripada sikap profesionaslisme SPR yang tidak melayan publisiti murahan Pakatan Pembangkang.

Tetapi laporan di bawah adalah sindiran SPR kepada Pakatan Pembangkang yang paling tajam dan pedas sekali!

Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada SPR dan padan muka kepimpinan Pakatan Pembangkang.

Sila baca :

FITNAH FOTO KIRA UNDI SEMASA BLACKOUT TERJAWAP! PEMBANGKANG MENIPU LAGI!

Kononnya berlaku blackout semasa pengiraan undi semasa PRU13 yang lepas dan foto dibawah dijadikan 'bukti' kepada fitnah pro-pembangkang untuk memburuk-burukkan SPR dan menipu rakyat Malaysia.


Jawapan SPR :

VIDEO : KURANG AJAR! MAHFUZ OMAR BERCAKAP LUCAH TENTANG DS @NajibRazak & Tun Dr Mahathir!

What else can we say? Inilah mentaliti pemimpin tertinggi parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi pemimpinnya sendiri begini buruk mulut dan tata tuturnya!

TERKINI! NURUL IZZAH DALAM SENARAI KEMUNGKINAN DITANGKAP

Blog pro-pembangkang sudah ada senarai baru ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang yang 'menarik perhatian pihak polis'!

Kita tahu, Tian Chua yang sebelum ini dikutuk hebat kerana keceluparan mulut isu Lahad Datu, Adam Adli, seorang lain budak hingusan mulut celupar dan 2 orang ahli politik yang lain telah ditahan pihak polis.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.