FACEBOOK DR MIM

Sunday, May 05, 2013

3 BAS BAWA PENGUNDI BANGLADESH! #PRU13

Pembangkang gigit jari lagi dengan pembohongan mereka kononnya wujud pengundi Bangladesh!

Nampaknya, pembangkang semakin tertekan dan desperado, lebih-lebih lagi laporan yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional semakin bertambah di PRU13 ini.



Sila baca :

Polis Perak menafikan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya terdapat tiga buah bas membawa pengundi warga Bangladesh untuk mengundi di Sungai Siput hari ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Supritendan Maszely Minhat berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana bas yang dimaksudkan adalah kenderaan yang membawa pulang rakyat Perak yang bekerja di Singapura dan Johor untuk mengundi.

Menurutnya, sekumpulan penyokong pembangkang menahan bas berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi ini, tetapi kenderaan itu kosong kerana sedang dalam perjalanan mengambil semula penumpang yang sudah selesai mengundi.

"Tiada pengundi hantu, itu semua dakwaan palsu. Bas berkenaan merupakan kenderaan yang membawa pulang rakyat Perak yang bekerja di Johor dan Singapura untuk pulang mengundi pada pilihan raya kali ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Katanya, tindakan kumpulan terbabit menahan bas tersebut menyebabkan pemandu bas berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

"Bas itu tidak ditahan polis sebaliknya pemandu datang untuk membuat laporan. Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan atas kesalahan halangan salah," ujarnya.

6 comments:

  1. Kalau polis masih NFA kah kes mcm ini semakin menjahanamkan Negera.. sebab Persara Polis yg masuk partinsebelah sana beri tau Polis akan NFA kes mcm ini selepas piliharaya....

    ReplyDelete
  2. What a stupid fellow!!!! To the person who post this need to be put inside a dungeon

    ReplyDelete
  3. to the person who does not believe, go to the toilet, put your head in the bowl and flush.

    ReplyDelete
  4. Alahai beruk - beruk sarkis pakatan ni...dah kalah tu dok diam-diam...mintak lah tol free, hapuskan ptptn di negeri yang dah menang dan turunkan lah harga minyak.....negeri berkebajikan...kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. pr, kena checkmate dgn rahim thamby chik kes bangla

    ReplyDelete
  6. PKR bukan ke maknanya PARTI KOMUNIS RAKYAT MALAYSIA.. Saja tanya.. Berhimpun kat kelana jaya punya ramai.. Sedih, kan baik klu mcm tu ramai solat berjemaah subuh...Kesian..

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.