Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, August 29, 2013

SURAT TERBUKA : CALON-CALON PILIHAN UNTUK MEMEGANG JAWATAN DALAM SAYAP DAN MT UMNO

1. MiM kerap ditujukan satu soalan yang sama iaitu siapakah pilihan MiM untuk memegang jawatan dalam hieraki sayap-sayap terutamanya Pemuda UMNO Malaysia dan juga Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.


2. Sebelum MiM jawab, ada 5 tarikh yang sangat penting dalam kalendar UMNO Malaysia untuk tahun ini :
i. Tarikh akhir Mesyuarat Cawangan UMNO adalah pada 15 September 2013 
ii. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 21 September 2013 
iii. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013 
iv. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September 2013 
v. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013.
3. MiM percaya bahawa PRU14 adalah pilihanraya umum yang bakal menentukan survival dan kesinambungan parti UMNO. Ianya bakal membezakan sama ada UMNO tetap menerajui kerajaan Persekutuan atau pun menjadi Pembangkang kepada kerajaan yang baru.

4. Perbezaan itu sangat besar dan sudah pasti merisaukan setiap ahli akar umbi, jentera parti dan penyokong-penyokong UMNO/BN.

5. Tetapi dunia telah menyaksikan kejatuhan parti-parti politik yang telah lama menerajui sesetengah negara seperti Parti GOLKAR di Indonesia dan Parti Nacionalista di Filipina.Yang terbaru tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun.

6. Kesemua parti itu jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang hampir sama dan parti UMNO tidak terlepas daripada faktor-faktor negatif tersebut.

7. Cuma yang membezakan UMNO dengan parti-parti tersebut ialah faktor masa.

8. Seluruh kepimpinan tertinggi UMNO diberi masa untuk berubah secara total, jelas dan serius, bukannya retorik saranan demi saranan yang memualkan tapi tiada tindakannya. Tetapi masa tidak akan menunggu kita!

9. Yang sudah kaya raya dek politik UMNO/BN tidak ada masaalah jika UMNO/BN tumbang. Mereka ada 2 pilihan iaitu bersara daripada politik atau pun membuat pengakuan 'sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan parti UMNO'. Kedua-duanya menguntungkan mereka sebagai individu tetapi bukan bangsa Melayu secara total.

10. Yang terkapai-kapainya ialah ahli-ahli akar umbi, jentera parti, penyokong-penyokong UMNO/BN tetapi yang paling utama sekali ialah bangsa Melayu itu sendiri.

11. Hilang sudah payung yang terbukti telah memelihara hak bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan selama ini.

12. Kerana itu juga MiM percaya jika kali ini perwakilan UMNO peringkat cawangan dan bahagian tersilap pilih pemimpin-pemimpin dalam hieraki sayap-sayap dan juga Majlis Tertinggi UMNO, PRU14 adalah yang terakhir bagi UMNO/BN menerajui kerajaan Persekutuan.

13. Dan MiM bukan seorang blogger sahaja tetapi MiM sendiri boleh mengundi dan memilih kerana MiM memegang jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

14. Malah, MiM sendiri terlibat secara langsung di dalam pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2008 dan masak dengan protokol, kerenah, janji-janji manis dan pelbagai lagi strategi calon-calon yang bertanding.

15. Faktor-faktor di atas menyebabkan MiM perlu lebih adil dan saksama di dalam melaporkan calon-calon pilihan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang membaca entri ini. The bottom line is ahli-ahli UMNO sudah matang untuk menilai sendiri. MiM di sini untuk memudahkan kita membuat penilaian dan memilih yang terbaik demi survival parti UMNO.

16. Dan jika ada kesempatan masa, MiM akan berjumpa dengan kesemua calon tersebut termasuk calon-calon MT UMNO untuk mengetahui lebih lanjut tujuan dan visi mereka untuk dikongsikan di dalam blog ini untuk penilaian anda semua.

17. Seperti MiM kata, yang paling penting sekali ialah untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang terbaik untuk memastikan survival dan kesinambungan parti UMNO.

18. Pembaca blog MiM juga boleh turut serta dengan menyediakan soalan-soalan bernas kepada calon-calon pilihan anda di kolum komentar di bawah atau dalam Facebook blog ini dan MiM akan usahakan untuk dapatkan jawapannya daripada mereka. Insyaallah.












14 comments:

  1. LDP di Jepun dan Parti Kongress di India kini meraih semula kemenangan besar setelah tewas teruk ditangan pembangkang di negara masing-masing. Sebabnya mereka dahulunya mabuk dengan kuasa dan harta.

    Adakah UMNO nak jadi begitu juga kalau ada pemimpin yang lebih suka jaga perut dan tembolok masing-masing dari menghiraukan kepentingan bangsa, agama, raja dan negara?

    Cukup-cukuplah kita menjilat kaum yang terbukti tak beri keuntungan dalam PRU13 dulu.

    ReplyDelete
  2. Dr. MiM....

    Saya rasa soalan-soalan yang sejak akhir2 ini seringkali menjadi pertanyaan bagi ahli umno di peringkat akar umbi ialah kenapa masih ada pemimpin umno yang melebihkan, memanjakan, mendahulukan dan mengutamakan kaum kiasu lebih daripada bangsa sendiri. Meskipun hakikatnya, bangsa sendiri masih ada yang merempat dan memerlukan pembelaan.

    Tolong tanyakan kepada mereka yang di bawah ini, sejauh mana mereka sayangkan melayu dan suruh mereka tunjukkan bukti bahawa mereka telah menjaga melayu selama 5 tahun dan bukannya sekadar beberapa bulan menjelang PAU. Kita tak mau melayu yang hanya sebut soal survival bangsa melayu hanya dalam PAU semata-mata. Kita tak mau ucapan yang berapi-api. Kita cuma mahukan tindakan yang berani dan tegas dalam membela dan mempertahankan hak orang Melayu.

    Berikut adalah pemimpin-pemimpin umno yang selalu dikaitkan dengan liberal dan keterbukaan.

    1. Najib Tun Razak
    2. Hishammudin Husin
    3. Nazri Aziz
    4. Khairy Jamaludin
    5. Saifudin Abdullah

    ReplyDelete
  3. In sha Allah kita jumpa di PWTC esok

    ReplyDelete
  4. In sha Allah kita jumpa di PWTC esok

    ReplyDelete
  5. SOALAN SY RINGKAS AJE...bila MELAYU ISLAM nk BERSATU?

    ReplyDelete
  6. Anon 1037

    Awak bagi 5 nama pemimpin melayu Umno yang terlalu liberal dan terbuka. Kita bukan tak suka mereka nak liberal dan terbuka, cuma kita tak mahu sampai melayu tak tinggal apa2 lagi kerana Umno di pimpin oleh orang2 yang terlalu liberal dan terbuka.

    Nak liberal kah nak terbuka kah, jangan sampai melayu terhimpit di tanah air sendiri.

    Hanya Umno saja sebagai benteng terakhir mempertahankan melayu. Kita mahu Umno dipimpin oleh mereka2 yang boleh melaksanakan harapan itu, kalau yang tak boleh atau yang lembek tengkuk kepada bangsa asing, elok lah berundur sebelum melayu parah. Kalau mereka tidak mahu berundur maka para perwakilan Umno boleh mengndurkan mereka secara paksa dalam PAU 2013.

    Jika kita aga Umno dan fanatik kepada Umno... insyallah melayu selamat. Tetapi kalau kita jaga pemimpim Umno dan fanatik kepada pemimpin Umno ... entah lah.

    ReplyDelete
  7. Fuyooo...bro Lokman in the house. Caya la bro.

    ReplyDelete
  8. Fuyooo...bro Lokman in the house. Caya la bro.

    ReplyDelete
  9. Lokman aja? Yg lain tak mau undi ka?

    ReplyDelete
  10. Saudara Azahari Rahman

    Orang melayu Pas dah bersumpah akan bermusuh dengan orang melayu Umno walau pun kedua2nya berada dalam syurga yang sama atau kedua2nya berada dalam neraka yang sama.

    Itu lah ajaran Nik Aziz kepada orang melayu Pas.

    ReplyDelete
  11. Saya juga pernah terlibat dgn. pemilihan diperingkat bahagian dan pernah menjawat jawatan dlm pemuda bahagian. Bekerja tanpa mengharap imbuhan sehinggakan menggunakan tenaga dan wang poket sendiri. Tapi tidak lagi sekarang, selepas tahun 1997 segala-galanya berubah dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dengan UMNO kerana pelbagai karenah kepimpinan dlm UMNO Bahagian. UMNO membuat mereka kaya raya (Pink Form/Projek) tetapi masih menjadi ahli dibelakang tabir.

    ReplyDelete
  12. UMNO macam dulu, diperingkat bawahan masih lagi ditakok lama, kalau orang yg berpelajaran nak cakap, yg jadi ketua cawangan ka bahagian, masih takut...takut orang berpelajaran ambik tempat diaorang...sedih tengok UMNO...macam mana nak tarik minat Profesional dan Orang Berpelajran masuk UMNO, masih di takuk lama...takut dengan bayang2...akhirnya banyak yg lari pi ke PAS....UMNO kena bangun dari akar umbi, yg veteran tu tak yah lah bertanding lagi...wujudkan pasukan profesional UMNO sebagai lapisan pemimpin, buang hirarki kepimpinan yang hanya penting pada jawatan, tapi perlu lihat kepada kemampuan dan pencapaian akademik juga....

    ReplyDelete
  13. Bole berubah lg ke pemimpin umno ni?

    ReplyDelete
  14. Jerung2 umno ni bukan ape..depa takut kalo satu hari pembangkang naik..bile pembangkang naik, abis segala harta2 yg dikumpul disiasat.. so dari pembangkang yg buat, baik kita yg siasat..sekurang2nya melayu masih ada umno.. dan dari sekarang, generasi muda perlu di naikkan untuk menggantikan jerung2 tua yg dah kenyang ni.. bersihkan balik hak yg sepatutnya diberi..xkan dalam masa 20 thn akan datang umur ahli kabinet dalam lingkungan 60-70... jerung2 tua ni kebanyakan dah x produktif.. otak fikir harta je..tanggungjawab ..zero..

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.