FACEBOOK DR MIM

Wednesday, August 21, 2013

TERKINI ! KEPUTUSAN MESYUARAT KABINET MENTERI TENTANG CCRIS & PTPTN ! @Khairykj

MiM mengalu-alukan keputusan kerajaan BN supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).


Menurut Khairy Jamaluddin, perkara itu telah diputuskan oleh kabinet kerajaan BN dalam mesyuarat sebentar tadi. Di antara kenyataan beliau :

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.


"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam tweet dan Facebook beliau pagi ini.

Keprihatinan kerajaan BN dalam hal ehwal golongan muda ini sudah dijangka setelah isu ini dibantah keras oleh beberapa pemimpin UMNO dan Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini.

Ironinya, jika pihak dalam parti UMNO dan BN sendiri mampu membawa suara rakyat dan golongan muda kepada kerajaan dan pihak kerajaan mendengar serta melakukan perubahan demi rakyat, apa gunanya kepimpinan pembagkang ?

Lebih baik jika rakyat gunakan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sebagai saluran yang terbukti mantap dan efektif.

Untuk rekod, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara Malaysia yang menyimpan data kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.



10 comments:

  1. TQ KERAJAAN BN !!

    - ANAK MUDA JOHOR -

    ReplyDelete
  2. PEMBANGKANG GULUNG TIKAR LEPAS NI !!

    ReplyDelete
  3. tapi ANAK MUDA SOKONG PEMBANGKANG WAKAKAKAKAKAKAKA HANCUR !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak muda yg kurang asam saja yg sokong pembangkang

      Delete
  4. TERBAEKKK UNTUK UMNO & BN. PEMBANGKANG ADO??? HABUK PUN TARAK....!

    ReplyDelete
  5. TERBAEKKK DARI UMNO & BN. PEMBANGKANG ADO..???? TAKDO PUN CAKAP JEA BEBUIH-BUIH.

    ReplyDelete
  6. betul tu anony 3:05 !!

    ReplyDelete
  7. Aku anak muda sokong BN,...PTPTN dah nak abis bayar....kerja sendiri...bukan kerja makan gaji.

    Pokok pangkal hutang bayar...mudah sahaja...sikit2 lama2 habis.

    Jangan jadi macam kawan-kawan aku...kerja gomen dapat jawatan...tapi bongkak hutang tak mo bayar...besar kepala claim jawatan kerajaan macam tok nenek dia punya...yang sedih sokong pembangkang...apa punya longkang punya mentaliti. spesis ni sesen tak guna hidup bermuka-muka dan berpura-pura...semasa interview JPA wah bukan main lagi manis memuji dasar kerajaan.....

    Jadi kakitangan sekalian jangan buat onar ok.

    Kerja kena ikhlas ..hati jangan dengki...kalau lambat naik pangkat pun jangan perasan diri sahaja yang layak...kerana rezeki dari Allah. kerja ikhlas insyaallah ada tempatnya.

    ReplyDelete
  8. Pada blaclisted kebih baik : -

    1. Apabila graduan di terima kerja, secara otomatik majikan mesti mempunyai cv calon untuk rekod apabila di terima sebagai pekerja.

    2. Wujudkan akta di mana majikan mesti menyediakan borang untuk isytihar calon mempunyai pinjaman pendidikan, terutama PTPTN, MARA dan badan-badan kerajaan lain. Akuan isytihar mesti mempunyai klausa di mana majikan berhak memotong gaji pekerja atas atau pada jumlah minima pada tempoh bayaran balik yang di persetujui PTPTN mengikut gred gaji pekerja. Jika calon berhenti kerja, pihak majikan lama mempunyai tanggungjawab memaklumkan kepada PTPTN. Proses berulang kembali jika calon bekerja di tempat baru.

    3. Sistem sama yang di praktis KWSP, SOCSO, Angkasa dan lain-lain agensi. Dengan itu Tabung Pendidikan sudah menerima jaminan pembayaran dari peminjam dengan potongan gaji secara otomatik.

    Selain itu, calon-calon yang masih menganggur, masih mencari pekerjaan atau sakit teru, perlukan masa untuk membayar balik hutang piutang mereka.

    Hutang tetap di bayar.

    ReplyDelete
  9. Demokrasi Greece...asyik manjakan rakyat dgn hutang..lepas tu bila negara byk sgt hutang...ekonomi akan merudum...byk industri yg akan gulung tikar..sbb hutang mana boleh roll over indefinitely.. Haa..lepas tu mengamuklah rakyat yg tak nak byr hutang ke jalan jalan raya.. Minta demokrasi utk tak nak byr hutang!.. Pilihanraya baru..tapi yg baru dipilih pun tak boleh nak buat apa..cuma janji2 manis shj utk spy dipilih...seperti contohnya menjanjikan itu dan ini percuma..kereta tak ada cukai..dsb...manusia memang kebanyakannya bodoh dan tamak..tak cukup dgn itu berlagak macam pandai..dan ahli ahli politik hanya lebih gemar berlakon politik..kalau nilai yg kita sanjung adalah nilai yg negatif..pulangannya bukan positif di masa hadapan nanti...tapi manusia yg berfikiran senteng memang tak nak tahu langsung atau fikirkan hal ini...macam org yg hisap dadah..yg penting puaskan nafsu giannya

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.