FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Monday, October 21, 2013

ISLAM TERANCAM : TUNTUTAN COMANGO - PUSAT GAY & LIWAT DIBENARKAN DI MALAYSIA ?!!!

MiM ingin menerangkan kepada pembaca tentang satu perkara yang sangat penting dan perlu diwar-warkan kepada orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini.



Isu besar ini dianggap cuba menganggu gugat kedudukan agama Islam di negara ini dan ianya dilakukan secara halus dan melibatkan 'tangan-tangan asing'. Dan ianya berselindung di belakang 'hak-hak asasi kemanusiaan'.

Tetapi malangnya, isu ini kurang mendapat publisiti yang sepatutnya padahal ianya melibatkan akidah umat Islam negara ini.

Ianya tentang Universal Periodic Review (UPR) atau pun Semakan Berkala Sejagat yang akan diadakan di Geneva, Switerland pada 24 Oktober 2014. Dan negara Malaysia tidak terlepas daripada dipersoalkan tuntutan 'hak-hak asasi kemanusian' versi NGO-NGO negara ini.
UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat. 
Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC). 

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006. 
Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini. 
Pada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakang fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak sumber
Di antara tuntutan COMANGO yang telah diserahkan kepada UNHRC:
1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”. 
2. Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu? 
3. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang! 
4. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)  
5. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi."
6. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva! 
7. Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia). sumber
Kita menuntut agar COMANGO menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini!

Dan di sini kita sepatutnya bersyukur kerana parti UMNO masih lagi menerajui negara berdaulat ini dan bukannya pakatan pembangkang kerana merujuk kepada sentimen liberalisme kepimpinan Islam pembangkang, UPR mungkin diterima oleh mereka.

Di sini MiM sertakan artikel Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Beliau telah menulis beberapa artikel tentang isu UPR. Di antaranya :

1. Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013

2. Ahli Parlimen Muslim diminta dedahkan kandungan taklimat UPR oleh COMANGO

3. Penilaian Malaysia di “Universal Periodic Review” 2013

4. UDHR and the position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution

5. Islamic NGOs To Submit Proposals Concerning Human Rights To Government

6. Why and By Whom is Marriage being Redefined?

Anda baca artikel ini tentang beberapa laporan COMANGO yang dikatakan menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia di sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland.

Di antaranya :
Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut ialah: 
i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa. 
ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara. 
iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. 
iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama. 
v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. 
vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”. 
vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. 
Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia. 
Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak 2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia. 
Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. 
Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. 
‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan secara sah - Azril Mohd Amin
 

18 comments:

  1. OK MAA.....ANWAR OK LIWAT.

    ReplyDelete
  2. Hidup Anwar !!! Lepas ni bole liwat....yahooo !!

    ReplyDelete
  3. Apa pendapat para ulamak Parti Islam?

    ReplyDelete
  4. Mana la depa tau !! Haprakdaily mana ada peduli semua ni !! ptuii....

    ReplyDelete
  5. Satu hadith nabi SAW
    "Dan barangsiapa yang mencari keredhaan Allah dgn perkara yg menyebabkan manusia marah, Allah akn mencukupkannya daripada bergantung kepada manusia. Dan barangsiapa yg mencari keredhaan manusia dengan perkara yg menyebabkan kemurkaan Allah, Allah akn menyerahkan segala urusannya kpd manusia". - Tirmizi, Abu Nuaim


    Bergantung kepada pemimpin kita. Lagi dia takutkan manusia, lagi dia akan dikenakan oleh manusia. Kalau dia ikut jalan Allah, Allah yang akan menjaganya.

    ReplyDelete
  6. PAS yang selama ini bersekongkol dengan NGO, DAP dan PKR, tak ada masalah. Setuju je. Maklumlah PAS= Parti Angguk Saja.

    ReplyDelete
  7. SETUJU ! PAS = Parti Angguk Sahaja !

    ReplyDelete
  8. NOW SIAPA MEMERINTAH? PR KA... SO KALAU BENDA TAIK NI BERLAKU KAT MALAYSIA. BN DAN ANGGOTANYA BERTANGGUNGJAWAB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bangkai...!! Kasi lu pnya emak la gua mau liwat dpn lu...!! Bodoh punya manusia...!!

      Delete
    2. Jangan main hentam.

      Kalau tak buat apa2 kajian tanpa bukti sila diam.

      Untuk anon atas sekali

      Delete
  9. BODO LA LU CARLOS !! NGO2 DLM COMANGO TU PENYOKONG PR LA !!!

    BODO LA LU !!!

    ReplyDelete
  10. Nampak sgt si Carlos Santiago ni tak baca betul2 artikel ni....kan dah kena bodoh sekali !!

    ReplyDelete
  11. Bersembunyi dibawah hak asasi manusia ia sebenarnya menyerang islam

    ReplyDelete
  12. Hak asasi manusia ditubuhkan adalah melindungi sifat2 tabii manusia daripada dilanggar todak secara membabi buta. Katakanlah lubang taik asasinya adalah untuk mengeluarkan taik@rembesan yang pejal, ini bermakna lubang taik tadi asasinya ialah mengeluarkan bahan pepejal tadi ke dalam tong yang diberi nama jamban bukan lawannya lubang taik tadi dimasuki dengan cara yang BERTENTANGAN!. Itu bukan hak asasi lagi dah..tapi hak tuihhhh..cuba kawan2 pikir sejenak kenapa perkara ini berada didalam pemikiran pembangkang?..

    ReplyDelete
  13. anwar mesti setuju sebab dia boleh liwat sesiapa jantan jambu siapa.wardina tak nak komen ke,kalau dia komen mesti dia setuju seperti MAZA sebab perkara yang diperjuangkan oleh ngo tersebut adalah urusan peribadi

    ReplyDelete
  14. Undang-undang tertinggi dalam Malaysia adalah perlembagaan persekutuan. Agama persekutuan adalah agama islam. Apa2 yang bertentangan dengan agama islam fahaman ahli sunah wal jamaah jangan buat, habis cerita. Apa negara lain nak buat usah peduli. Negara dan dunia ni milik allah, kita berserah kepadanya kerana perancanganya yang terbaik. Jangan disebabkan takut akan negara2 lain dan puak2 kufar kita nak membelakangkan agama yang allah redha untuk kita. Percayalah Allah itu maha megetahui dan maha perkasa.

    ReplyDelete
  15. Cuba lah kita buat anlisa sikit ya.

    Si COMANGO nie maksudnya apa? Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) kan.. coalition means what? A coalition is a pact or treaty among individuals or groups, during which they cooperate in joint action, each in their own self-interest, joining forces together for a common cause. Now depa nie kata depa coalition yang bergabung untuk represent NGO Malaysia..kita lihat apa kat dalam internet...PETALING JAYA - A coalition of more than 40 Malaysian NGOs submitted a report on human rights in Malaysia to the United Nations (UN) today. The report will be used in reviewing Malaysia during the Universal Periodic Review (UPR) process in October this year. The UN Human Rights Council process reviews each of the 193 UN member states’ human rights records once every four and a half years.

    Now siapa bagi depa nie kuasa nak bergabung dan mewakili semua NGO dalam Malaysia nie. Ada sapa-sapa lantik ka depa nie?? Ya kita tau semua NGO adalah self creation clubs.. yg mendapat pengiktirafan undang-undang pertubuhan...

    Kalaupun depa nie dipilih (tak taula macam mana tu) cuba pi kat portal jabatan pedaftaran pertubuhan Malaysia. kita akan nampak statistik NGO di Malaysia..tau tak berapa banyak NGO yang wujud DALAM MALAYSIA!!! JUMLAH DILULUSKAN IALAH 20730.

    Now you tell me dari 20 ribu NGO yang ada depa yg 40 nie? ada buat election ka? Dok sebut keadilan kesamarataan dan hak ..depa nie warga negara yang tak tahu apa maksud representative..bodo piang.. yang kerajaan kita lak tak buat counter measures.. biar depa nie pi sana.. baru harap sorang dua yg nak pi..last last kalah dengan inferiority complex sebab english berterabur lak tak tahu la kami...masih ingat isu Allah lawyer JAKIM tu..

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.