FACEBOOK DR MIM

Wednesday, October 23, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : @MUKHRIZMAHATHIR TIADA NIAT LAIN !!

Kerajaan Kedah akan memastikan setiap projek yang dirancang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran terbesar dan bukan untuk segelintir kecil.



Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana setiap projek yang dirancang akan diteliti dengan mengambil kira kebajikan mereka terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika melibatkan pengambilan tanah, ia akan berbincang dengan penduduk terlibat bagi menentukan nilai pampasan yang wajar.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang diterajui BN tidak akan merampas tanah sewenang-wenang seperti yang didakwa setengah pihak sebelum ini, termasuk bagi projek Zon Industri Petroleum Yan (Zippy).

Ini kerana sesuatu projek itu tidak akan dilaksanakan jika tidak menguntungkan penduduk tempatan atau sebahagian besarnya mendapat nikmat serta merugikan mereka.

"BN tidak mahu cari pasal dengan rakyat yang boleh menyebabkannya kecundang dalam pilihan raya akan datang. Kita dah belajar dari pengalaman.

"Kalau kita terus cari pasal dengan mereka, tunggulah PRK14. Kita tidak mahu itu berlaku kerana kita tadbir Kedah bukan untuk satu penggal. Kalau boleh mahu selama-lamanya kerana negeri ini milik BN,” katanya pada majlis pengumuman nama calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, di sini, petang semalam.




Beliau, yang juga Pengerusi BN Kedah, turut membidas pembangkang yang membuat dakwaan kerajaan negeri seolah-olah memberi ugutan kepada penduduk tempatan agar menyerahkan tanah untuk membolehkan projek pembangunan dilaksanakan di kawasan Sungai Limu.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk ugutan kepada penduduk. Kita hanya mahu menawarkan perkhidmatan dan membawa pembangunan di sini. Itu sahaja, bukan ada niat lain.

Tetapi itulah masalah dengan Pas yang terlebih membaca sehingga yang tersirat pun mereka tahu.

"Tidak perlu melampaui batas jika nak berpolitik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak yang bertanding dalam PRK Sungai Limau melakukannya dalam keadaan sihat dan harmoni agar tidak menjejaskan keselamatan negara - SH

4 comments:

  1. Penjelasan yg sangat jelas & mantap!!

    ReplyDelete
  2. INILAH CONTOH SEORANG PEMIMPIN.

    ReplyDelete
  3. Umno pasti menang kali ini di Sg Limau. Lima penggal dalam kegelapan ... masih tak cukup lagi kah ?????

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.