FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Sunday, January 12, 2014

AMARAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN BN !! @NAJIBRAZAK

Segala kerisauan dan jangkaan MiM sebelum ini bakal menjadi nyata apabila isu kalimah Allah dan Bible bahasa Melayu yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang telah mulai dikaitkan secara langsung dengan bumiputera di Malaysia timur.

Portal pro-pembangkang telah mula melaporkan pandangan kumpulan-kumpulan bumiputera beragama kristian. Contohnya ialah kumpulan The Gempuru Besai Sarawak yang didakwa mewakili 6,000 Iban-speaking Christians di Sarawak.
 



Seperti yang kita semua tahu tugas portal pro-pembangkang, laporan mereka sudah tentu tidak adil, putar belit dan bermotifkan memburuk-burukkan Barisan Nasional. Dan laporan terbaru ini tidak terkecuali.

Di antaranya :
Speaking for the first time since the religious tussle over the word Allah started, the Gempuru Besai Sarawak, which represents about 6,000 Iban-speaking Christians in Sarawak, rapped Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for keeping a "grim silence" over the seizure of the Bibles by Selangor Islamic Religious Department (Jais). 
Expressing its disappointment, the group's chairman, Pastor Greman anak Ujang, said Jais's raid of The Bible Society of Malaysia (BSM) office in Petaling Jaya, Selangor, where more than 300 copies of the Bibles in the Malay and Iban languages, were seized, was a breach of the 10-point solution and the Federal Constitution. 
Prior to the 2011 Sarawak elections, Putrajaya had endorsed a 10-point solution to allow Christians in Sabah and Sarawak to use “Allah” in the Malay version of the Bible. more
Di dalam laporan portal pro-pembangkang itu, mereka tidak langsung menyentuh kerajaan PKR Selangor dan titah Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor.

Portal itu juga gagal melaporkan bahawa hal-ehwal agama adalah tertakluk pada negeri itu dan Sultan Selangor adalah ketua agama Islam di negeri itu.

JAIS adalah di bawah Sultan Selangor. Negeri Selangor pula ditadbir oleh kerajaan PKR bukannya BN. 

Sebaliknya, Najib Razak dan polisi kerajaan persekutuan yang diserang dan dipersalahkan. Dan MiM yakin Najib Razak dan kerajaan persekutuan BN akan berterusan dipersalahkan selepas ini dan lebih banyak lagi komentar dari organisasi-organisasi bumiputera Sarawak yang lain.

Bukan sahaja di dalam portal-portal dan media pro-pembangkang tetapi MiM percaya lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan turun ke Sarawak dan Sabah untuk menyemarakkan isu agama ini sehinggakan lebih ramai bumiputera dua negeri tersebut benci BN. 

Dahulu, pakatan pembangkang tidak berjaya untuk menembusi hati bumiputera di Sarawak dan Sabah. Apa yang berlaku di Semenanjung tidak sama di Sarawak dan Sabah. Dan bumiputera di Malaysia timur termasuk di dalam peruntukan Melayu dan bumiputera di dalam perlembagaan termasuk bumiputera beragama kristian.

Pembangkang tidak berjaya kerana mereka sekadar tin kosong dan tidak ada apa-apa sumbangan besar yang telah mereka berikan. Mereka mendabik dada kononnya Pulau Pinang berjaya dan maju di bawah Pakatan padahal negeri tersebut sudah pun maju dan berjaya sebelum kerajaan DAP, hasil daripada usaha kerja Barisan Nasional. 


Tetapi isu agama ini berkemampuan untuk memecahkan undi bumiputera yang menyokong BN sebelum ini. Kita tentu pernah dengar ayat 'fixed deposit' yang merujuk kepada negeri Sarawak dan Sabah sebagai kubu undi dan kerusi parlimen untuk Barisan Nasional. 

Sekarang, masih lagi. Tetapi jika pembangkang mengekalkan momentum dan berterusan melaga-lagakan BN dengan bumiputera di Malaysia timur, parti BN akan bakal berdepan dengan kekecewaan pada PRU14 dan juga pilihanraya Sarawak kelak!

Dan jika hari ini organisasi bumiputera di Sarawak diketengahkan oleh portal pro-pembangkang, MiM yakin selepas ini, organisasi bumiputera di Sabah akan turut di'undang' ke kancah ini. Dan begitulah seterusnya sehingga pilihanraya Sarawak dan PRU14.

Malangnya, jika BN lewa, tiada penyelesaian, tersilap strategi atau menunggu di saat-saat akhir untuk bertindak, ianya sudah terlewat.

Jangan kata MiM tidak beri amaran!

Apa pun, pakatan pembangkang sebenarnya telah berjaya mencipta modal mudah yang mereka sangat harapkan untuk politik mereka di Sarawak dan Sabah.  






  

18 comments:

Anonymous said...

Pemimpin BN tengah sibuk kumpul saving untuk pencen tak lama lagi.

Anonymous said...

Mana Najib dan para menterinya?Masih tidur lagikah?

Tan Sri Bak Kut Teh said...

Haiiyaaa .. sendili cucuk sindili lasa sakit maa. Sikalang cali ubat tahan sakit ka. Haiyooo apa nama?

Anonymous said...

Sebelah tangan pertahan kalimah Allah dan yg sebrlah lagi lulus lesen2 judi utk tahun 2014..

Anonymous said...

Macam pelik jer macam bangang jer..

Anonymous said...

Semenjak isu ni keluar, pernah dengar Najib komen apa apa? Menikus jer.. Kalau dia yang luliskan 10 perkara tu , dia yang patut bertanggungjawab! Jgn sampai Islam ini hancur!

Anonymous said...

Lesen judi terbanyak diluluskan di Selangor, Maksiat terbanyak... Di Selangor, Cina Doll, Vietnam dan lain2 pendatang yg buat maksiat dan GRO.. Di Selangor, bila JAIS rampas bible BM, ketua Menteri bantah dan keluar 2 surat arahan.. Eh !!! Ketua Menteri Selangor....
Kes halau peniaga Melayu ..di Penang, kes senjata api dan bunuh terbanyak di... Penang , Kerajaan kontrovesi dan perkauman.. Di Penang. KM bela samseng.. Di Penang , Kerajaan negeri yang samseng ugut ROS dan kepala Batu.. Di Penang..
Bebal betul Macai. (Macai adalah orang suruhan Cina dalam bahasa Cina....)

Alparok Minyok said...

Haiyaaa...LOKTO MIM MIMNGONG..NAJIB kasi LULUS itu BIBLE...satu Malaysia wooo..apa pasat....mahu kasi SALAH...itu SELANGOR punya KELAJAAN...??? Sendili BELAK ..sendili BAU BUSUK wooo...lagi MIMNGONG mau bising wooo

Anonymous said...

Luculah komentar ni... Kalau PM campur urusan di sana sudah tentu korang cakap BN pinggirkan org islam.

DAP ni sudah tahu saiz parti ni dah sampai tahap tepu/maksima di semenanjung. Tak boleh naik lagi dah. Hampir semua kaum cina sudah memilih DAP. Jadi Borneo adalah plan B mereka utk tingkatkan sokongan bukan islam.
Dlm hal ini orang UMNO wajib faham masalah ini. BN harus bertindak sebagai parti campuran bukan semata mata parti melayu. Hak melayu adalah UMNO, BN utk semua kaum termasuklah kaum cina walaupun tolak BN pada PRU lepas. Kuat BN kuatlah UMNO.
Saya stuju pandangan Dr.MIM, ini grand design DAP. Semua pihak BN harus bangkit menolak gerakan terancang DAP ini. Saya juga nampak potensinya.

RK

Anonymous said...

Usaha utk memancing Kristian Sabah dan Serawak sudah bermula sejak sebelum piliharaya ke 13 lagi,Lim Guan Eng yg mencadangkan nama Allah dibenarkan nutk di pakai oleh Bible,memang itu tujuannya.Nasib Pakatan kurang baik kerana tercetusnya pencerobohan Lahad Datu,yg menjadikan org Sabah khuatir,jika Pakatan berkuasa,mereka gagal melindungi Sabah dan Serawak dari pencerobohan Sulu.Orang Sabah lebih rela di bawah Malaysia berbanding dgn di kuasai oleh Sulu.

Dalam soal ini ,saya menyalahkan Najib kerana mengikut telunjuk Pakatan, puak liberal dan menyambung langkah Pak Lah dgn menghapuskan ISA.Najib tidak cermin ciri,bertindak seolah-olah Umno dan BN dalam keadaan sangat kuat dan boleh mengawal keadaan tanpa ISA.Berkaitan dgn isu nama Allah sekarang ianya memans sesuatu yg sudah tidak mampu di atasi oleh Naib lagi,nasi sudah menjadi bubur kerana ketiadaan ISA.Kita memang kena bersedia,utk berhadapan dgn suasana kita tidak lagi mendominasi di negara sendiri.Jangan hanya menharapkan kerajaan diri sendiri kena berbuat sesautu,sekurang-kurang nya membuat persediaan utk diri sendiri.Boleh ke?.

Anonymous said...

Setuju pendapat tuan, anon 9.44,
PM Najib dilihat tersepit diantara akta jais dan 10 point.. Angkara nak ambil hati dan nasihat idris jala. Kini isu tersebut memakan diri, ditelan dan diluah, kerajaan pasti terkena. Pru sarawak, berapa pulak harga yg perlu dibayar akibat tersilap percaturan ini, Najib??
Punah negara jika buat tindakan tanpa memikirkan bala yg akan menimpa.... Tak paham2 lagikah yang penasihat tu, banyak yang memberi nasihat busuk? Tapi kita tak salahkan penasihat, sebab pm kita ni boleh berfikir... Cuma kurang cerdik kot?

bat8 said...

Akta JAIS dan 10 perkara tu siapa buat?

Anonymous said...

Apa yang Dr Mim komentarkan adalah benar.Jika semua ini idak diselesaikan Maka Tidak hairan pada PRU15 nanti kita akan melihat UMNO tumbang dan digantikan dengan PR yang nampak sekarang didominasikan oleh DAP. Jika sekiranya itu semua berlaku APA YANG KITA AKAN HILANG? Apakah Islam akan lebih maju? Apakah hudud akan terlaksana? Apakah bangsa melayu akan mencapai kejayan yang lebih? Apakah barang-barang akan turun harga? Apakah minyak akan turun harga? Apakah kuata Bumiputra akan kekal? Apakah Malaysia akan menjadi Liberal toktok? Apakah!?.. PERSOALAN

Anonymous said...

Najib masih tido di belakang pemandu dan menteri2nya. Najib lemah dan lambat menangani masalah melibatkan agama islam dan ketuanan melayu. Pasal tu lah cina2 komunis dr DAP berani pijak kepala melayu. Kenapa Najib hapuskan ISA dan EO?Siapa yg untung bila ISA dan EO di hapuskan?Najib tak nampak ke lagi macamana keadaan negara sekarang? Ambik menteri dr tingkat 4 semua "half past six"....lemah,lambat,lembik dan lembab.

bat8 said...

Katakan jika UMNO bertambah teruk dan berkemungkinan tersungkur dalam PRU 14 dan PR menang. Apakah kita orang melayu perlu buat untuk mengelak DAP mendominasi kerajaan PR.

Keputusan siapa menang dalam PRU adalah permainan angka-siapa menang banyak kerusi oarti tu mendominasi pakatannya. Sekarang UMNO yang menang banyak kerusi,maka UMNO lah yang mendominasi kerajaan BN.

Jadi, untuk mengelak DAP m3ndominasi dalam PR jika akan berlaku perubahan kerajaan di dalam PRU 14, KITA SEMUA KENA BERPAKAT MENGUNDI DAN MEMASTIKAN CALON-CALON MELAYU DAN ISLAM DALAM PAS DAN PKR MENANG. ITU SAHAJA CARA YANG ADA. Kita pastikan kerusi-kerusi UMNO berpindah tangan kepada calon-calon melayu dari kedua-dua parti.

Ini alternatif yang ada kepada kita jika Najib dan UMNO terus tidak berubah dan menjadi semakin teruk sehingga nasib kita orang melayu semakin parah.

bat8 said...

Katakan jika UMNO bertambah teruk dan berkemungkinan tersungkur dalam PRU 14 dan PR menang. Apakah kita orang melayu perlu buat untuk mengelak DAP mendominasi kerajaan PR.

Keputusan siapa menang dalam PRU adalah permainan angka-siapa menang banyak kerusi oarti tu mendominasi pakatannya. Sekarang UMNO yang menang banyak kerusi,maka UMNO lah yang mendominasi kerajaan BN.

Jadi, untuk mengelak DAP m3ndominasi dalam PR jika akan berlaku perubahan kerajaan di dalam PRU 14, KITA SEMUA KENA BERPAKAT MENGUNDI DAN MEMASTIKAN CALON-CALON MELAYU DAN ISLAM DALAM PAS DAN PKR MENANG. ITU SAHAJA CARA YANG ADA. Kita pastikan kerusi-kerusi UMNO berpindah tangan kepada calon-calon melayu dari kedua-dua parti.

Ini alternatif yang ada kepada kita jika Najib dan UMNO terus tidak berubah dan menjadi semakin teruk sehingga nasib kita orang melayu semakin parah.

Anonymous said...

mim,

saya cuma seorang ibu muslim, penjawat awam, pembayar cukai, pengundi berdaftar di selangor. saya yg ada 2 orang anak kecil yang ingin dibesarkan dalam suasana yang aman dan harmoni spt zaman saya membesar dahulu sekitar era 80an dan 90an. Sejak akhir2 ini akibat kerakusan dan kegilaan seorg insan yg gila nak jadi PM negara ini mula tak aman. Banyak sgt ancaman untuk umat islam di negara tercinta ini. Pihak kiasu, kristian, syiah, tak kurang juga ancaman luar seakan menggasak habis-habisan kjaan yg sedia ada ini sehingga dilihat spt bodoh dan lemah. saya cuma ingin hak sebagai rakyat hidup aman damai.

Anonymous said...

UMNO tersungkur PRU14, dgn sekelip mata bertambah la imigran2 dari negara2 mata seperti yg dibuat oleh Spore. Maka demografi berubah melayu tidak lagi majoriti. Merapu? tidak ini bkn merapu cuma imaginasi yg logik. Lihat sekarang diSgor ribuan rumah mewah dibina yg tak mampu dimiliki oleh kebykkan rakyat biasa. sekolah vernakular pulak minta diiktiraf peperiksaannya. hanya dgn 1 penggal segala2nya boleh berubah. Mula2 dpt IC, lps tu daftar pemilih dan hasilnya lahirlah sebuah kerajaan yg sah, kerajaan demokrasi... sekian. oh ya lagi mudah jika boleh bergabung balik dgn Spore kembali Tentera mereka lebih hebat dr kita. sekian just my imaginasi

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.