Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, September 26, 2014

AGENDA TERSEMBUNYI : SULTAN SELANGOR KECEWA ...

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Pakatan Rakyat (PR) kerana mencetuskan kebuntuan menteri besar Selangor dan menegaskan tugasnya sebagai pemerintah negeri bukan sekadar satu istiadat kerasmian, mempertahankan peranannya melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.



Katanya, kebuntuan itu dimulakan oleh 'Langkah Kajang' yang diilhamkan PKR bertujuan menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini dipecat daripada parti itu kerana enggan berundur.

"Seperti yang kita sedia maklumm, pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang baru ini adalah disebabkan PKR dan DAP tiada mempunyai keyakinan kepada Khalid yang menyandang menteri besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Oleh itu, seorang menteri besar yang baharu dan exco baharu juga perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor ini," titahnya semasa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Sultan Selangor bertitah, baginda tidak gembira apabila timbul pelbagai hasutan dan tohmahan memburukkan Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatannya sehingga tidak menghormati bulan puasa.

"Hasut-menghasut dan melempar tohmahan terhadap Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat."

Titahnya, baginda sudah menyeru dan mengingatkan beberapa kali kepada rakyat Melayu beragama Islam di Selangor agar sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah di bulan Ramadan supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Sultan bertitah krisis yang berlaku membuka mata dan hati serta pandangannya terhadap politik di negeri itu dan mempertahankan peranannya dalam melantik seorang yang bukan pilihan PKR dan DAP sebagai menteri besar.

Selepas Sultan mengumumkan Azmin sebagai menteri besar minggu lepas, dan bukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beberapa peguam Perlembagaan dan pengkritik mengatakan pelantikan itu cacat dan tidak mengikut Perlembagaan negeri.

"Ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang.

"Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta."

Katanya, baginda kecewa dengan sikap segelintir ahli politik yang sengaja tidak faham peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka ada agenda tersembunyi.

Titahnya, oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu sebagai lambang sahaja tanpa ada peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihat menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titahnya.

Baginda juga berterima kasih kepada rakyat Selangor kerana menyokongnya dan percaya kemampuannya menyelesaikan kemelut menteri besar.

Titahnya, faktor ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Selangor menjadi keutamaannya mengendalikan krisis ini.


Sultan Sharafuddin turut menitahkan 10 exco baharu supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Lupakan segala sengketa lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang memberi mandat kepada tuan puan sebagai wakil rakyat mereka.

"Rakyat tidak suka melihat negeri Selangor ini di dalam kucar-kacir dan mereka tinggal di dalam ketakutan dan kesengsaraan," tegas baginda.

Baginda berharap dengan pelantikan Azmin, parti PAS, PKR, DAP yang diberi mandat memerintah Selangor akan dapat bekerjasama demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Titahnya, rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat menetap di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Pada masa sama, baginda turut menasihati orang Melayu-Islam tidak berpecah-belah dan tidak ekstremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

"Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai  demi kepentingan sendiri," katanya.

Baginda khuatir jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

"Beta sentiasa berdoa supaya negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang beta kasihi ini," titahnya. – 26 September, 2014.


18 comments:

  1. Anwar lah guru yang mengajar bukan melayu DAP derhaka kepada raja. Patut dihukum sula saja.

    ReplyDelete
  2. Masuk jel, aman negara ni...

    ReplyDelete
  3. P enderhaka
    K epada
    R aja

    ReplyDelete
  4. Langkah Kajang tak gagal kalau Pas tak belot. Pas khianat kepada PKR. Mungkin Pas rasa dia dah hebat. Mungkin Pas rasa dia dah cukup kuat. Mungkin Pas rasa dia dah tak perlu kepada PKR dan DAP lagi.

    No problem. No harm. PKR & DAP boleh perform sepuloh kali lebih baik tampa Pas. Pas nak tinggalkan PR. Sila kan. Datang Tak Di Undang & Pulang Tak Di Halang. Betul2 anak jantan kah Pas ???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu macai DAP banyak kurang ajar. Memang bangsa tak mengenang budi. Lu jangan hina orang Pas. PRU 14 lu jangan hegeh minta Pas punya orang support serupa masa PRU 13 itu hari. PRU 13 kalau orang Pas tak undi sama DAP lu ingat lu boleh menang senang kah ?

      Delete
    2. Lu masih angan2 mat jenin mau ckp langkah kajang xgagal klu pas xbelot. puihhhh......klu pas xbelot pun ttp gagal lah.mna ada satu pun yg anwar rncang berjaya??????semua separuh jln.
      Apa lu ckp??? PKR & DAP boleh perform 10 kali lbih baik tnpa PAS.kita lihatlah nti masa PRU.mau DAP n PKR xterguling. puihhhhh

      Delete
    3. Podah....Pas cakap saja besar serupa manyak kuat....kalau berani kita lawan pru 14 tengok sapa kuat...
      Pas lu jangan perasan manyak kuat...
      lu punya parti pun sudah pecah dua sama itu Pasma lagi mau cakap kuat2...bodo punya olang..

      Delete
  5. Anwar has created enough trouble for the country - Karpal DAP

    ReplyDelete
  6. Dibandingkan dgn amno, dap lagi beretika politiknya, ia menunjukkan kesungguhan dan kepercayaan rakyat kpd DAP, walaupun bangsa melayu, amno parti melayu namun menkhianati bangsa sendiri, selidikkan kenapa sebahagian bangsa melayu menjauhkan diri dari amno, tanpa amno, dap pun boleh, bukan bangsa menyukong dap namun ini hanya protes utk menyedarkan amno yg racist.fikir2kan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yg awak kata.Umno khianat kpd bangsa melayu.menang pru 13 atas sokongan melayu dan bumiputra.tapi bila ada prk bagi peruntukan lebih kepada srjkc dan srjkt.mau tarik undi punya pasal.apa Umno ingat cina dan India boleh beli dgn wang kah.

      Delete
    2. DAP ttp parti laknat n hatamjadah.cprlu babfing dgn dispa atsu mna2 parti.DAP dsjjai n mudibat.pemimpin dlm DAP semua pondan tua yg dok perintah.some of them are simply stupid n some are just shit.

      Delete
  7. Khabar angin Rafizi nak letak jawatan MP Pandan. Gila betul. Macam main2 jer diorang ni. SPR kena buat undang2 siapa yang suka2 letak jawatan sebagai wakil rakyat selepas terpilih kena bayar ganti rugi kos pilihanraya kepada kerajaan RM100,000 bagi Parlimen dan RM50,000 bagi DUN. Itu lah cara terbaik menyekat perletakan jawatan suka2. Fikir2 lah wahai SPR.

    Jika tak buat macam tu akan ada macam2 LANGKAH lagi selepas Langkah Kajang. Kalau Anwar buat Langkah Kubor, haaa yang ini SPR kena permudahkan dia.

    ReplyDelete
  8. Kan betul Anwar dah cuba nak remote control MB Azmin. Kalu nak tahu baca update dalam Sinar Harian Online. Belum apa2 lagi dia dah mula tunjuk belang. Kalau Azmin tak nak dengar cakap kau Anwar gua suggest kau buat Langkah Kubor pula lepas ni. Bukan kata bini kau malah anak beranak kau pun akan mengaminkan DOA ......

    ReplyDelete
  9. Kan betul aku curiga bila Azmin kata semua pemimpin PR setuju agihan exco 4-3-3 yang mana masa Khalid dulu 3-3-4. Nak tahu cerita baca update dalam Sinar Harian Online.

    Goncang Pas goncang. Dulu 4 kenapa sekarang 3. Tanya Azmin siapa yang tentukan semacam ini. Adakah Azmin ? Adakah Anwar ?

    ReplyDelete
  10. bubar je pkr masuk pas ...bukan kah islamic yg korang nak..'pkr' bukan platform sesuai utk 'islamic' yg korang cari2

    dap lain lah dia nak guna melayu utk capai cita2 politik.dia xkan xtahu..

    ReplyDelete
  11. MB Jamban dah tunjuk belang nak tukar exco. Ni belum lg soal 3 billion ngan soal aset air . MB Jamban layak masuk jamban layan aiskrim je

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Melaka jatuh sb satu kaum pandai menipu dan satu lagi mudah tertipu.....

    ReplyDelete
  13. Mamak lahtu, tapi amno masih mengharap empire mamak terajui amno, kata parti keramat yg jelas masih kena jajah, kah,kah, kah...

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.