Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, September 19, 2014

AZMIN ALI TOLAK JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR?

Sumber PKR keberatan mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang petang ini mengatakan timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.



Ini kerana, nama beliau difahamkan tidak pernah secara rasmi dicalonkan kepada Sultan Selangor untuk mengisi jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber dalaman parti tersebut memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga mendengar perkhabaran yang pihak istana memilih Azmin, tetapi tidak berani mengesahkannya dan menyifatkannya sebagai "janggal".

Mereka berkata, sekiranya ia benar sekalipun Azmin mungkin akan mengubah fikirannya dan tidak menerima jawatan itu kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Nama Azmin rancak dihebahkan melalui laman Twitter mulai petang ini berikutan pengesahan istana yang istiadat angkat sumpah bagi menteri besar baharu akan dibuat pada 23 September ini.

Bernama juga difahamkan, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa, dan Iskandar Abdul Samad, Adun Cempaka daripada PAS adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Agensi berita itu bagaimanapun tidak memaklumkan sumber beritanya.

Berita Harian Online petang ini juga melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail besar kemungkinan tidak akan dilantik sebagai menteri besar seperti rancangan asal PKR.

Portal berita itu memetik sumber istana yang mengatakan Sultan tidak akan memilih calon menteri besar wanita.

Sumber itu juga bagaimanapun, enggan mendedahkan siapa calon sebenar yang akan dilantik dan parti politik mana terlibat.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan kad jemputan menghadiri istiadat angkat sumpah tersebut diedarkan hari ini untuk majlis yang akan dilangsungkan pada 10 pagi Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Nama menteri besar baharu itu bagaimanapun tidak dinyatakan di dalam kad jemputan itu.

DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama kepada Sultan iaitu Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan sebagai calon mengisi jawatan menteri besar itu.

Bagaimanapun, PAS mengambil langkah berbeza daripada rakannya di dalam PR apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama kepada istana.

Dipercayai mereka ialah Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yaakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Iskandar, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor PAS dan ahli exco kerajaan negeri.

Tidak diketahui sama ada PKR dan DAP kemudiannya memberi lebih daripada satu nama selepas ditegur Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini bertitah mahu lebih daripada dua nama. – TMK 19 September, 2014.
Sebelum ini, Bernama telah mendedahkan nama MB baru Selangor : KLIK SINI



21 comments:

  1. Ya ka mamat tu nak tolak ??? Tak caya lah...

    ReplyDelete
  2. Asalkan bukan puppet Al-juburi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KO INGAT MAMAT JAMBAN NI BUKAN PUPPET AL-JUBURI KA ???? SUDAH2 LA….

      Delete
  3. Azmin ali??? Erkkk.... mintak selisih malaikat 44 la kalu assmin ali nak jd mb...

    X akan dpt lindungan negeri slgor ni....

    Munafik, peliwat, pembelit dan penderhaka ibu yg akan jd mb....

    ReplyDelete
  4. Alaaa..lantiklah sape pun jd MB..selangor tetap hancur..x caya? Kita tggu

    ReplyDelete
  5. Maknanya TSKI dah hilang kuasa pada hari ini?

    ReplyDelete
  6. Selangor menuju kehancuran di tgn puak PR laknat ni.

    ReplyDelete
  7. Geli ar..."pemimpin2" haramjadah semua menjijikkan.

    ReplyDelete
  8. Good luck to Selangor. Negeri Selangor adalah jajahan CINA BUKUIT yang ke-3 selepas Singapura dan Pulau Pinang.
    Sapa2 pun MB Melayu hanyalah boneka kepada cinabeng DAP!
    Pertahankan dan majukanlah mana2 negeri2 MElayu yang masih Melayu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah sikit...

      Walaupun bakal MB adalah dari parti PAS, yang berkuasa tetap DAP. Pelacuran, perjudian, rumah urut, lumba kuda, azan terlalu bising, ladang2 babi, semuanya akan mengikut kehendak DAP. Kalau nak melawan DAP, akan menerima padah sama seperti TSKI.

      Delete
  9. Takkan dia nak tolak. Dia memang dah lama mengidamkan jawatan itu. Dengan cara itu saje dia bolih besarkan pengaruh and pengikut pengikut dia untuk lawan pengaruh istana segambut, Izzah Jijah Siputdin dan Rafizi. Lagi lagi kalau anwar masuk penjara, ini peluang keemasan untuk dia jadikan pkr dia yang punya.

    ReplyDelete
  10. bullshit la ..ini berita syok sendiri pkr

    ReplyDelete
  11. assmin nak tolak?? kah kah kah kah kah.... silakan.

    Sultan tetap akan suruh Khalid jadi MB sampai PKR, PAS terima keputusan sultan tu.

    Bukan susah sangat bagi tuanku nak buat keputusan.....

    Dan bak kata perwakilan pemuda PR selepas mereka bermesyuarat tempoh hari... semakin lama PR buat perangai, sokongan buat PR juga akan berkurangan setiap hari....

    Bagus.. bagus... doa pecah perut pork nicky semakin memakan diri......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ISNIN, 8 SEPTEMBER 2014

      Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menuntut pimpinan tertinggi mereka supaya menyelesaikan segera kemelut jawatan Menteri Besar Selangor bagi mengelak rakyat daripada terus hilang kepercayaan kepada gabungan itu.

      Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, krisis jawatan itu jika tidak diselesaikan segera diakui akan mengurangkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

      "Kita (pemuda pakatan) mintalah kepada pucuk pimpinan setiap parti supaya selesaikan segera isu ini bagi mengelakkan ia berpanjangan.

      "Setiap hari, setiap bulan...kelewatan itu akan mengurangkan sokongan (rakyat kepada pakatan), keyakinan rakyat juga semakin berkurangan," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama pemuda PKR dan DAP di sini, sebentar tadi.

      Sidang media itu turut dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong.

      Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan sayap ketiga-tiga parti itu secara bersama akan menemui kepimpinan tertinggi parti masing-masing secara berasingan dalam masa terdekat bagi menyuarakan kerisauan mereka.

      Delete
  12. omg....perasan betul PKR and sukusakat mereka.
    gila kuasa betul memasing

    ReplyDelete
  13. Sultan dah awal2 sedia maklum ADUN2 PKR semua akan tolak jika di tawar jawatan MB Selangor kecuali Wan Azizah dan kerana itu Sultan sudah pasti perkenan calun ADUN PAS jadi MB Selangor.

    ReplyDelete
  14. Aku suka sangat kalu Pas jadi MB. Memang kena sangat kalu Sultan pilih Pas. Sebab Hadi Awang taat giller titah Sultan. Anwar dan LGE pula derhaka giller kepada Sultan.

    Kasihan Mat Sabu. Perkembangan di mutamar Pas kompom Mat Sabu akan di sapu oleh perwakilan pada pemilihan sebelum PRU 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well done. Mat Sabu disapu macam sampah oleh perwakilan muktsmar.

      Delete
    2. MMG PADAN MUKA DIA.

      Delete
  15. SUDAH2 LAH TU WANN. TAK MALU BETUL RATA2 RAKYAT SELANGORR TAK SUKA AWAK SEKELUARGA. DUDUK RUMAH BUAT AMAL ATAU JAGA CUCU.

    ReplyDelete
  16. Mb pada assemin apa barang.dia idam presiden pkr.duit kt selangor klu korek lama2 abis.ini le peluang dia nk jadi pm,klu nuar masuk jel.perkiraan dia,belum masanya dia nk meledak.tunggu le nanti,dia akan balas demdam kt nuar juga.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.