Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, September 04, 2014

BONGKAR ! KOMPLOT DALAMAN 'TIKAM' ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS DARI BELAKANG !

Dewan Ulama Pas mendedahkan wujud usaha terancang di peringkat pimpinan tertinggi parti itu untuk mencemarkan nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan cara 'menikam' Presiden Pas tersebut dari belakang.



Pendedahan pertama kali yang dibuat Dewan Ulama Pas itu hanya mengukuhkan lagi 'rahsia terbuka' bahawa parti tersebut kini mengalami perpecahan dalaman kronik melibatkan pertembungan kumpulan ulama dengan 'Anwarinas'.

Isu tersebut dipercayai sudah menjadi barah kepada Pas sehinggakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mempersoalkan apakah masih ada pemimpin kanan parti itu yang berkiblatkan al-Quran dan sunnah.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli Pas. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata Mohd. Khairuddin sebagaimana dipetik daripada laman Facebooknya.

Perpecahan dalaman Pas akibat pertembungan antara golongan ulama dan kumpulan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dikesan sejak 2008 dan polanya makin ketara selepas muktamar parti itu, yang menyaksikan ramai tokoh agama kecundang.

Meskipun cuba dinafikan pucuk pimpinan Pas sebelum ini, ramai pemerhati politik dan rakyat keseluruhan dapat menghidu krisis berkenaan terutamanya selepas Abdul Hadi hilang cengkaman ke atas parti walaupun bergelar Presiden.

Kemuncaknya apabila berlaku krisis politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar apabila beberapa pemimpin kanan yang diketahui pro-Anwar bertindak membelakangkan Abdul Hadi selain menyarankan agar ahli tertentu keluar daripada Pas.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin mempersoalkan fitnah yang cuba dimainkan kelompok berkenaan berikutan tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya ada institusi tertentu dalam parti berkenaan dikuasai UMNO.

"Tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan kononnya ada institusi tertentu telah dikuasai oleh UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini," soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus - UM
MiM mudah sahaja. Tiada guna lagi untuk kepimpinan PAS berceloteh panjang berjela-jela. Jika benar seperti yang dikatakan, parti PAS patut keluar daripada daripada 'Pakatan' PKR dan DAP yang telah menghina, mengutuk dan menjatuhkan maruah parti itu.

Jika tidak, parti PAS hanya sekadar orang suruhan DAP dan PKR. 

Malah, keputusan terbaru istana Selangor tentang perebutan MB Selangor juga perlu dijadikan panduan kepada parti PAS : Baca Sini



17 comments:

  1. PAS takkan sanggup tinggalkan PR, tak merasa kerusi empuk lagi kalau bertindak sendirian....

    Walaupun apapun terjadi, PAS lebih rela jadi ALAS KAKI dan tukang cuci PKR dan DAPig untuk kini dan selamanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU 200%…PAS NI CAKAP JE LEBIH TAPI TAK DE TELOQ SEBENARNYA...

      Delete
    2. Pas kena tegas kalau nak islam naik. Puak anwarrrias mmg tidak disukai rakyat. Mereka tak genuine dlm menegakkan syiar islam. Semoga rakyat berubah hati tinggalkan pas. Sekurang2nya sampai puak anwarrinas tewas. Jgnlah jadi dayus. Rakyat terheret sama. Sejahat2 UMNO tidaklah sampai mengadaikan hak kaum bumi dan agama. Jgn ikut arahan syaitan yg ada dlm pati sendiri.

      Delete
    3. Aku cukup tak faham dengan PAS-pisss-pusssy ni. Kalau dah tahu ada gerakan terancang nak sepak keluaq golongan ulama', tunggu apa lagi - sepak lah keluaq gang mangkok berayong tu dulu. Yang ko dok belai biawak dan ulaq anconda tu buat apa????? Tak ke bodoh nama nya. Bila aku cakap ko orang punya otak kat kepala juboq, anta marah pulak........nasib ko lah Labu....

      Delete
  2. P arti
    A ksyen
    S ahaja

    ReplyDelete
  3. Hehehe.... pas malu nak mengaku duit anwar yg sebetulnya dah kuasai parti yg kununnya lebih islam lg org lain.

    ReplyDelete
  4. PAS jgn guna nama Islam, sungguh memalukan, dah jadi kumpulan org org hina.

    ReplyDelete
  5. DAH TAU HJ ADI KENA TIKAM DARI BELAKANG KENAPA TIDAK BERTINDAK BALIK. JGN LAH TAKUT SGT DGN SI ANWARREENAS DAN DAPPIG. TAKUTKAN ALLAH. UMNO 1000% LEBIH BAIK KALAU MCM NI.

    ReplyDelete
  6. Dah berkawan dengan depa yang suka main belakang, kena pun dari belakang juga le. MO sama bro. Nak tanya siapa yang KO sekarang?

    ReplyDelete
  7. Pas kene terima dgn hati tebuka laa...

    Ini semua balasan Allah swt pada parti pas...

    Tak dak yg lebih hina dari jadi saksi menipu....

    Pas dosa besar sbb jd saksi penipu dgn melindungi anwar seorg peliwat tegar....

    Negara ini jd kucar kacir sbb pas yg menipu umat islam di msia....sebahagian besar yg terpedaya...

    Dgn gunakan ayat al quran dan hadis pas bukan berbeza pandangan yg dibenarkan syarak tp pas menipu atas nama islam...

    Mustahil kalau hj hadi dan nik aziz serta dewan ulamak x tau yg anwar peliwat tegar....kaki zina dan talibarut zionis....

    tak ada cara lain utk pas keluar lg krisis ni dgn langgar anwar dgn isu liwat dan zina habis2an....beri sbb yg Allah swt dah beri utk pilih seorg pemimpin bukan dgn beri sbb yg lain....

    Sbb2 yg lain akan kelirukan pimpinan pas akar umbi dan penyokong2.... anwar akan pecahkan pas dan jahanamkan pas dari dalam ... dan akan rebut sebahagian besar kepimpinan pas utk terajui pkr....serta pengikut...

    anwar dan keturunan dia akan selama2nya jd pembangkang di msia... sekali mkn duit zionis akan selama2nya jd hamba zionis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul
      Kalau Nawaitu tak betul ,inilah akibatnya

      Delete

  8. ALLAH NK TUNJUK. PAS CUMALAH SEBUAH PARTY POLITIK YG TAKDA BEZA DGN UMNO PKR DAN DAP. PAS CUMA MEMPERALATKAN ISLAM DEMI MENCAPAI CITA2 POLITIK PEMIMPINNYA YG RAKUS KUASA.
    PERSEPSI YG DISEMARAKAN PAS ITU ISLAM DAN SELOGAN MENGUNDI PAS MASUK SYURGA ADALAH TINDAKAN YG MENYESATKAN UMAT. MEMBELA ORANG YG DISAHKAN DAN DISABITKAN OLEH MAHKAMAH MELAKUKAN JENAYAH SEKSUAL YG TERKUTUK DAN MEMFITNAH MANGSA MEMFITNAH POLIS YG MENYIASST MEMFITNAH DOKTOR YG MELAKUKAN PEMEREKSAAN MEMFITNAH PEG KIMIA YG MEMBUAT ANALISA MEMFITNAH PEG FORENSIK YG MELAKUKAN ANALISA TERMASUK PEGUAM NEGARA DAN PERDANA MENTERI YG TIADA KENA MENGENA DGN KES YG RAMAINYA BERUGAMA ISLAM YG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN MENYEMBAH TUHAN YG SATU TERMASUK JUGA KPN BERSEKONGKOL DLM SATU KONSPIRASI KUNON APA KAH HUKUMNYA ? MAKA AMALAN POLITIK ADU DOMBA YG MEMECAH BELAHKAN UMAT ITU KEMBALI KPD PEHAK YG BERTANGGONG JAWAB. MALAH LEBIH DAHSYAT LAGI TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI.
    TERMASUKLAH MENGADAKAN SEMBSHYANG HAJAT DGN MENDOAKAN KEHANCURAN MUSUH KERANA MERASAKAN KITA LEBIH ISLAM MAKA SEMUA ITU BERBALIK KPD KITA ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi PAS lebih teruk dari UMNO atau PKR. Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan Parti. Mereka bukan menegakkan Syiar Islam tapi mencemarkan nama baik Islam

      Delete

  9. Kpd pemimpin pas yg telah disuap duduk di kerusi glc negeri dgn elaun berbelas ribu sebulan akan tetap mempertahankan pas di dlm pakatan rakyat. Yg tepedaya adalah ahli akar umbi yg tidak mendapat apa2 kecuali penat dan lelah.

    ReplyDelete
  10. Kalau bersubahat apa hukumnya..katakanlah KETUM PKR difitnah tapi dengan segala bukti dan fakta disokong dengan penghijrahan beramai ramai sahabat KETUM dari PKR apakah itu masih dikira fitnah..sedekat kita dibola bulikan dengan politik bebudak ..kenapa masih ada yang bersubahat yang menolak kebatilan? itu yang kawe tak faham..semua cerdik pandai belaka..adakah demi kuasa atau murahnya maruah diri?

    ReplyDelete
  11. Yang benar pasti mengalahkan yang batil. Terimalah kebenaran itu walaupun daripada seorang musuh tolaklah kebatilan itu walaupun daripada seorang sahabat :::::: ingatlah wahai pemimpin politik allah maha melihat jangan permainkan kami rakyat marhaen

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.