Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, September 06, 2014

KRISIS MB SELANGOR : PARTI PAS BERPECAH ....

Laporan akhbar tentang pergelutan dalaman PAS dek krisis MB Selangor :


Pas dijangka berpecah dua pada bila-bila masa berikutan wujud dakwaan kumpulan yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dipercayai bakal bertindak sebagai 'Pas baharu'.

PasMa yang ketika ini telah berjaya menarik lebih 100 orang penyokong, dipercayai akan memisahkan diri dengan Pas yang dipimpin kumpulan ulama diketuai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain tidak mustahil bergerak lebih jauh iaitu bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut sumber, PasMa dijangka mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa Pas perlu kekal dalam pakatan pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO terutama selepas meletusnya krisis perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Dakwanya, sesi penerangan pertama dipercayai akan dibuat di Shah Alam pada Isnin ini dan tiga pemimpin Pas yang disebut-sebut bakal hadir ialah Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura, Ahmad Awang.

"Sebenarnya kumpulan ini sudah pun berkumpul dan bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan, pada 31 Ogos lalu diketuai salah seorang pemimpin tertinggi Pas yang dikenali cukup rapat dengan Anwar selain kerap kali berbeza pandangan dengan Abdul Hadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan PasMa sudah didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu, sebagai tindak balas terhadap penentangan Abdul Hadi berhubung cadangan Anwar untuk melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, pengendali blog MalaysiaToday.net, Raja Petra Kamaruddin turut membayangkan PasMa akan berdaftar sebagai parti selepas ini sebagaimana tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) pada 1977 berikutan krisis politik Pas Kelantan.

Katanya, semua bibit perpecahan dalaman Pas yang ibarat retak menanti belah ada kaitan dengan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu berjaya 'meletakkan' penyokongnya dalam Pas sehingga sedikit demi sedikit, puak penyokong Anwar telah menghakis penguasaan kumpulan ulama.

"Apakah pencapaian terhebat Anwar dan bagaimana beliau akan dikenang? Anwar akan dikenang sebagai tokoh yang berjaya bukan sahaja memecah dan melemahkan parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO pada 1999 tetapi juga berjaya memecah dan melemahkan parti Islam terbesar iaitu Pas.

"Hingga akhirnya, PKR yang dikuasai Anwar akan menjadi sebuah parti campuran pelbagai bangsa terkuat di negara ini sehingga soal bangsa, agama dan institusi diraja yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan politik di Malaysia tidak akan wujud lagi," dakwanya - UM
Kita tunggu dan lihat juga respons mereka yang dikaitkan dengan PasMa ini. Apakah mereka akan menafikannya dan apakah alasan mereka?

Dalam masa yang sama, apabila ditanya pihak media tentang penubuhan parti serpihan baharu PasMA itu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak tahu mengenainya.
Beliau bagaimanapun menyifatkan itu perkara biasa dan pernah berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Negara kita demokrasi dan pernah dulu ada parti Islah, parti Imam, parti Suara Islam. Ia pernah ditubuhkan dulu, itu biasalah dalam negara demokrasi," katanya.
Pelik pula kenyataan Abdul Hadi, ibarat orang yang pasrah melihat yang retak akan runtuh tidak lama lagi.

Tetapi beberapa isu panas sebelum ini mungkin faktor-faktor lain yang menyebabkan keretakan itu : Baca Sini







18 comments:

  1. Tiada perkataan Pas Baru sebenarnya!!

    Parti PLASMA TV ni sebenar adalah golongon Melayu bertopengkan Islam Musibat Haram Jadah Pembelot!!!

    PAS sebenar mesti sedar dan bekerjasama dgn UMNO/BN untuk mengajar Cina Chee Bai keling Pundek DAP dan Melayu Pembelot Anak Haram!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000%Setuju. Kalau sayangkan Islam sayangkan Melayu sayangkan Raja dan sayangkan Malaysia maka bergabunglah dgn UMNO. Sama2 kita terajui negara tercinta dgn Ikhlas.

      Delete
    2. 1000%Setuju. Kalau sayangkan Islam sayangkan Melayu sayangkan Raja dan sayangkan Malaysia maka bergabunglah dgn UMNO. Sama2 kita terajui negara tercinta dgn Ikhlas.

      Delete
    3. Bagus lah bila Anwar masuk lokap lambat laun pasma pun akan terkubur dalam lubang yang mereka sendiri gali. Baru akan negara. Baru Melayu bolih kembali kuat.

      Delete
  2. Baru ada satu krisis dah berpecah....alahaii...

    Npk sangat yg pakai kepiah dan jubah lerett dlm pas tu sebenonya ramai munafiq....

    Ada fahaman ultra sekular tp pakai kepiah... ada yg syiah x abih2 bertakiyah satu hari org tau juga...ada yg sosialis mcm kalid gereja...

    Ada mcm2 jenihh dlm pas tu.... kelompok ulama ni x ramai...sikit jaa...al maklum yg lepasan al azhar ni x ramai....

    yg ramai dlm pas ni jual berger...jual ikan mcm pesuruhjaya pas.p.pinang.... angkat beg mcm mahfuz...

    bila sampai seruan.berdamai habis bertempior lari puak2 munafik..... x dak can lg nak hasut...



    ReplyDelete
  3. PasMa...hemmm MA tu macai anwar ke

    ReplyDelete
  4. alangkan umat islam sendiri berpecah belah inikan pula PAS.....terlebih mengkafir dan mendoakan kemusnahan utk org lain....terbalik kpd diri sendiri...

    ReplyDelete
  5. Doa hancur UMENO pd pru 13 lalu kembali pd diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. ...prjuangan atas nama islam memang terbaik! nampak gah tambah guna pentas parti..anggun beb.

    pas@pecahan2 klu ada dan skiranya nak ada ke..baik x adala.semua tu auta sebab sekadar nak puaskan hati keh2.benda utama leh amalkan islam dgn baik tanpa kebimbangan dan leh brkariatif sebagai dakwahya..
    meh membena kekuatan bersama umno dan bn.ada juga faedahnya biarpun orang x kata sebagai pejuang agama. ada aq qesah!

    ReplyDelete

  7. PASMA DAN PKR IBARAT TEMAN TAPI MESRA.

    ReplyDelete
  8. Rancangan Anwar untuk menjahanam PAS dah berjaya.
    PAS sebuah Parti Islam tapi tidak menjalankan mengikut syariat Islam. Macam mana hendak dapat keredhaan Allah.
    Kepada golongan Ulama PAS , ambil ini satu iktibar. Bangun semula dengan NIAT yang betul In Shaa Allah , PAS akan kukuh semula.
    Amin

    ReplyDelete
  9. Melayu berpecah lagi.......cina akan ketawa kerana ini yang meraka inginkan....sudah terlalu banyak orang melayu berkorban......sudah sampai masanya PAS dan UMNO bersatu dan bertindak. Tunjukkan kepada 'mereka' bahawa orang Melayu jangan sesekali diperkotak katik. Kalau tidak kita akan lihat melayu akan layu di Tanah Melayu ( Nama asal Malaysia). Orang Cina ada tanah iaitu di China. Orang India ada tanah iaitu di India tapi orang Melayu...... dimana tanahnya.......MELAYU BERSATULAH

    ReplyDelete
  10. SEBENARNYA KALAU DILIHAT KPD KEANGGOTAAN PASMA ADAKAH PASMA DITUBUHKAN UNTUK MENYELAMATKAN KEDUDUKAN ANWARINAS DAN LIBRAL DLM GLC NEGERI PR SEKIRANYA BERLAKU SESUATU YG DI LUAR JANGKAAN TERHADAP PAS ?

    ReplyDelete
  11. Bukan pasma le tapi PUSMA .hai ...nk juga guna nama pas.

    ReplyDelete

  12. PASMA = Pas Macai Anwar.

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.