Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, September 25, 2014

LIVE ! YANG KELUAR MENGUNDI DI #PRKPENGKALANKUBOR #PENGKALANKUBOR

Jumlah keluar mengundi tidak rasmi setakat 9.00 pagi -10.00 pagi




DM PENGKALAN KUBOR = 235
DM KETIL = 499
DM TEBING = 235
DM GETING = 666
DM SIMPANGAN = 372
DM TUJOH = 429
DM TELAGA BATA = 406
DM BUNOHAN = 26
DM JUBAKAR = 174
DM PAK YONG = 352
DM TELOK JERING = 279
DM KEDAI GETING = 168



11 comments:

  1. Pas kan menang dgn majoriti 1000undi....hidup PAS...

    ReplyDelete
  2. pas 9+++
    Bn 8+++
    Majoriti 1+++

    ReplyDelete
  3. PRK: Pengkalan Kubur Pas hanya mampu kurangkan majoriti BN

    Seramai 24,000 pengundi akan membuat keputusan untuk memilih wakil baharu mereka. Walaupun ada tiga calon, tetapi pertandingan sebenar adalah antara calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan calon BN Mat Razi Mat Ail. Seorang lagi calon bebas, besar kemungkinan akan hilang wang pertaruhan.

    Kebiasaanya selepas menjelang tengah hari sudah dapat diramalkan siapa yang akan menang. Para pengecam pilihan raya dapat membuat telahan dan agakan berdasarkan kepada aliran keluar mengundi. Perkiraan di bangsal panas memberi indikator jelas. Bagaimana pun pihak parti yang bertanding sudah dapat merasakan kekalahan dan kemenangan masing-masing.



    Bilik gerakan parti masing-masing sudah membuat perkiraan awal. Penculaan sudah pun dibuat. Kecanggihan maklumat waktu ini dan juga sistem pemilihan dan proses pengudian memudahkan parti politik membuat perkiraan awal. Daripada percakapan umum pula rata-rata meletakkan BN mempunyai peluang untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Ada beberapa faktor kenapa BN diletakkan sebagai pemenang. Nisbahnya 53:47.

    Antaranya, berdasar kepada kelaziman, selalu pilihan raya kecil akan dimenangi oleh BN. BN sebagai kerajaan mempunyai kekuatan dari segi jentera pilihan raya dan juga kewangan. Berbanding dengan Pas walaupun ia merupakan parti pemerintah di Kelantan, tetapi kekuatan sebagai sebuah kerajaan negeri berbeza dengan sebuah kerajaan Persekutuan yang memilih semua kelengkapan. Kekuatan dan kepaduan BN tidak dapat diatasi oleh Pas.

    Keduanya, kerusi Pengkalan Kubur adalah menjadi milik BN. Daripada rekod sepanjang 13 kali pilihan raya umum diadakan, Pas menguasainya tiga kali sahaja selebihnya dimenangi oleh Umno dan BN. Dua kali ia dimenangi oleh parti lain, (Berjasa dan Hamim). Ertinya Pengkalan Kubur adalah menjadi kubu BN.

    Kali terakhir Pas menang ialah pada tahun 2004 menerusi calonnya Wan Hussein Selepas itu kerusi berkenaan tidak dimenangi Pas. Faktor lain, kenapa BN diramalkan akan menang mudah ialah kerana peranan dan tanggungjawab Adun sebelum ini agak memuaskan. Perkembangan dan situasi semasa dalam kedua-dua parti berkenaan sedikit sebanyak menyumbang kepada kalah menang.

    BN dikatakan berada dalam keadaan mantap di sepanjang pilihan raya berkenaan. Kejadian yang selalu berlaku dalam pilihan raya, yakni "cah keting", mungkin tidak berlaku kali ini. Tidak kedengaran ada protes oleh mana-mana pihak terhadap calon BN. Umno dilihat seperti bekerjasama dengan baik. Berbeza dengan Pas ada sedikit ketidaklendikan dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://msomelayu.blogspot.com/2014/09/prk-pengkalan-kubur-pas-hanya-mampu.html

      Delete
  4. PAS dan UMNO sama2 kuat...tapi kita semakin lemah...

    ReplyDelete
  5. PRU14 nanti semoga Allah membuka hati pemimpin2 Islam dalam PAS dan UMNO dapat bergabung memerintah Malaysia kearah yang lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bergabung pun umno dah perentah malaysia. Biarlah pas dgn dapnya.

      Delete
  6. Walaupun BN atau PAS yang menang, yang nyata Islam dipijak-pijak, Melayu semakin lemah ditanah air sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg melemahkan melayu islam dlm negara ni melayu dlm pas.

      Delete
    2. dalam pas ada melayu ke? Tok guru mereka pun malu nak mengaku melayu

      Delete
  7. Masalahnya Pas masih tak sedar. Masih nk kerjasama ngan cina dap. Sendiri mau ingat la

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.