Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, September 25, 2014

MAT SABU MESTI JAWAB ISU DAP INI ! #PengkalanKubor

Parti PAS sekali lagi bakal diperkelehkan oleh rakan politik sendiri apabila pemimpin mereka mungkin akan dipecat jawatan oleh kerajaan DAP negeri.

Inilah yang dilaporkan di bawah. Jika benar, ianya jelas menunjukkan sikap Pakatan yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkannya.

Sungguh memalukan.


 AHLI MAJLIS MPPP (PAS) AKAN DIPECAT ?
Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PAS, Izuree Ibrahim menyelar kerajaan negeri PR Pulau Pinang di Muktamar PAS lalu, mengundang kemarahan rakan-rakan sejawatannya di MPPP.

Mereka telah mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadapnya seperti yang terkandung dalam kenyataan media bertarikh 23 September 2014.

Izuree yang juga Yang Dipertua PAS Bayan Baru, menuduh kerajaan negeri mengamalkan dasar pembangunan yang sama seperti BN-menindas rakyat. Izuree pernah terlibat dalam sidang media mengugut kerajaan negeri sebelum ini.

Lanjutan itu, pemimpin PAS berkenaan dianggap sebagai 'musuh dalam selimut' kerajaan PR Pulau Pinang seperti mana kenyataan media oleh Haris Zuan salah seorang Ahli Majlis daripada DAP.

Ahli Majlis MPPP menganggap Izuree gagal memahami dan menjalankan tugasnya. Beliau seolah-olah tidak mempeduli perkembangan pembangunan negeri.

Saya turut menerima salinan sms Izuree kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, YB Wong Hong Wai bagi menjelaskan tindakannya di muktamar.

Izuree mendakwa beliau hanyalah mewakili dan mengikut arahan pimpinan PAS Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, jawatan beliau yang disandang sejak tahun 2010 bakal ditamatkan atau tidak akan dilanjutkan lagi oleh kerajaan negeri. Sumber
Laporan di atas mengaku beliau mengikut arahan PAS Pulau Pinang. Bukankah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Mat Sabu?

Dan bila Guan Eng DAP mahu saman ahli politik itu seperti yang lakukan ke atas Nasarudin Tantawi?


6 comments:

  1. Isu Selangor dah selesai.Sekarang isu kat Pulau Pinang pulak.

    ReplyDelete
  2. Ahlol al-tolol PAS yang lain boleh dipecat, tak mendatangkan kemudaratan.... sesuai dengan dasar demokrasi terpimpin kerajaan komunis, siapa yang tak sebulu dengan kerajaan negeri tak boleh pegang jawatan hatta balaci pun dalam negeri pimpinan komunis tu.....

    TAPI, Mat Syabun tak boleh disentuh kerana dia merupakan AYAM DAGING TERBAIK DARI LADANG PAS untuk DAP dan PKR....

    Kita lihat sandiwara lepas ni, Mat Syabun akan menafikan memberi arahan kepada Izuree mengenai hal ni..... kena selamatkan tengok sendiri dulu, kalau orang lain pi mampus la....

    ReplyDelete
  3. Kalau MB selangor senang2 je kena pecat apa sangat la MPPP(PAS) ..

    pecat je la mamat ni untuk dijadikan contoh kepada yg lain bahawa kepimpinan PR tidak boleh dikritik dan dicabar, semua perlu angguk dan turut jer..

    ReplyDelete
  4. Izuree - cakap tu betul juga, memang DAP tak buat rumah mampu milik.

    Izuree - pun jadi penipu, bila kata dasar pembangunan BN-menindas rakyat, rumah mak dia duduk kat Jalan Batu Lanchang tu bukan BN yang buat? Izuree, jangan buat statement macam ni, cermin diri baru cakap...

    ReplyDelete
  5. DARI DULU HINGGA SEKARANG PAS TAKDE MARUAH. BILA GAGAL KALAHKAN UMNO MEREKA TOMPANG PKR DAN DAP BIAR PUN MENJADI KADAM. MAT SABU TAKAN SANGGUP MEMBELA RAKAN MEREKA BILA DIGUGURKAN OLIH DAP SEBANYA BOS MAT SABU LIM GUAT ENG.

    ReplyDelete
  6. Jangan pecat Izuree. Dia hanya tukang sampai saja. Dia budak suruhan pemimpin tertinggi Pas Pulau Pinang. Kalau LGE nak ambil tindakan Mat Sabu adalah orangnya. Dia diberi kerja oleh LGE akhirnya dia gigit tangan malaikat yang suap nasi ke mulutnya.

    Sekarang nampak DAP sudah semakin tidak senang dengan Pas. Haiyaaaa LGE lu lagi mau simpan itu Mat Sabu kah ????

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.