Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, September 22, 2014

MELAMPAU ! FITNAH JAHAT TERHADAP TABUNG HAJI !!

Satu fitnah yang sangat jahat bertujuan untuk memburukkan nama baik Tabung Haji:


Dan MiM difahamkan bahawa pemfitnah tersebut akan menerima padahnya dan akan disaman.
KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.

TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.

Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya. 

Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya. 

Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

7 comments:

  1. Aikk..... macamana chedet boleh dpt wrong info pasal projek tabung haji ni....

    Pelikk.....

    Kalau tak betul ...sapa punya kerja ni...

    Redbin juga ke??

    Bahaya juga...info redbin dah boleh convince blog chedet yg mmg di ketahui high integrity...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu nya Chedet tak buat komen berdasarkan hearsay .... tapi yang dimaksudkan Outside the box la.

      Delete
    2. Fb kelab penyokong chedet ada tulis kalau tak silap.

      Delete
  2. Kah4...kak4...kah4
    Ini Shit2 umno punya kerja
    Kwrja mau tavur taik saja

    Kah4...kah4...kah4

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah kah kah... nenek kipas tak jugak jadi MB.... terlalu yakin tu...

      Delete
  3. jangan kata fitnah... cuba la tengok board meeting ada approve ke tidak... investment mcm ni punya besar mesti kena ada approval... firnah?? nasib baik laa kalau salah, tabung haji ni duit amanah rakyat yang majoritinya orang melayu Islam kita.. mereka ni penyokong UMNO.. kalau lah betul TH nak invest, memang hancur laa BN next time...

    ReplyDelete
  4. ‘Royal King’ – Sedap Dapat, Duit Dapat , Kereta Pun dapat !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.