Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, September 16, 2014

SAH ! PAS TIDAK MAHU WAN AZIZAH JADI MB BARU SELANGOR …..

Sebenarnya, parti PAS memang tidak mahukan Wan Azizah menjadi calon MB Selangor.




Inilah pendedahan yang dinyatakan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Sila baca : 
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).

Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.

"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.

"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.

"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.

Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.

"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.

Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.

Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.

"Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?

"Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan. seterusnya


12 comments:

  1. Sebenarnya…. PAS ni tak de teloq. Itu yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. SUDAH2 LA PAS… LU PUNYA PARTI PUN TUNGGANG LANGGANG PASAL AL-JUBURI.. PTUIIHHH….

    ReplyDelete
  3. Penipu Rakyat dah hancur dah !!

    P enipu
    R akyat

    P enderhaka
    K epada
    R akyat

    ReplyDelete
  4. P enderhaka
    K epada
    R aja

    ReplyDelete
  5. Dalam PAS takde siapa yang layak jadi PM... yang layak hanyalah Ku Li
    -Rafizi Romli

    ReplyDelete
  6. PAS punye "agree to disagree"... nenek gagap tak layak jadi MB Selangor. Muahahahahaha

    ReplyDelete
  7. Ingatkan isu MB Selangor senyap masa PRK Pengkalan Kubur.Tahniah owner blog.

    ReplyDelete
  8. Rafizi Ramli sebenar yang paling jd mb Selangor PKR patut buat langkah Kajang baru

    ReplyDelete
  9. Pas termakan sumpahan sendiri. Tunggu masa utk reput...

    ReplyDelete
  10. ‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is what chinadoll really want --> Al-Jubori

      Delete
    2. this is what chinadoll really want --> Al-Jubori

      Delete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.