Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, September 16, 2014

SINDIR? KUTUK? UCAPAN KETUA PEMUDA PAS BAGAI 'BERCAKAP DEPAN MAYAT' - HARAKAH DAILY

Ada 2 perkara yang menarik tentang laporan Harakah Daily hari ini.



1. Artikel bertajuk Membaca 'kesunyian' perasmian muktamar pemuda menimbulkan persoalan, apakah lidah rasmi PAS itu menyindir Pemuda PAS?

Kita baca artikel tersebut :
MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia berlangsung di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat bertemakan ' Memperkukuh Muafakat' bermula agak sejuk.

Dalam suasana 'politik yang panas' hari ini berikutan isu krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda seolah-olah disambut sepi oleh perwakilan, termasuk kurangnya sahutan laungan takbir ketika bekas Ketua Pemuda PAS Johor ini meninggikan nada pada beberapa 'point' penting dalam ucapannya.

Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut.

Muktamirin bagai memerhati sahaja tingkah ketua pemuda yang 'bersemangat' membuka silat pencak bagi membungkam sepi muktamirin, hatta ketika Suhaizan bercakap mengenai jihad di Palestin dengan mengalukan kehadiran wakil Hamas ke Muktamar Pemuda PAS ke-55 ini.

Entah ke mana wajah-wajah segar para perwakilan yang sebelum ini cukup agresif dalam menatari setiap bait kata ucapan dasar ketua pemuda, kali ini bagai bermain dalam halusinasi yang tidak berkesudahan.

Mungkin leteran luar daripada pengkritik yang mendakwa bahawa bibit perpecahan semakin ketara di dalam saf kini menjadi satu lagi bayangan keabsahan yang tidak boleh tertolak. seterusnya
Ucapan dasar ketua pemuda PAS bagaikan 'bercakap depan mayat'? Bagai bermain dalam halunsinasi yang tidak berkesudahan?

Apakah maksud lidah rasmi PAS itu?

2. Harakah Daily juga menyiarkan banner Khalid Ibrahim di dalam web mereka! 



Apakah maksudnya itu? Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak marah ke?

Yang hairannya ialah di tatkala MiM menulis artikel ini, lidah rasmi PAS tidak pula melaporkan insiden sangat memalukan yang berlaku semasa Muktamar Pemuda PAS itu.







Kenapa? Malu untuk dilaporkan? 

Anda baca insiden yang memalukan itu : KLIK SINI



9 comments:

  1. Pemuda PAS bukannya ada teloq pun...

    ReplyDelete
  2. Fuh, bukan main kaya PAS sekarang ni...... kalau dorang minta derma lagi, aku sarankan bagi penampar je kat pemegang tin milo PAS tu...

    "Lokasi muktamar kali ini berlangsung di hadapan Bandar Universiti dan berdekatan dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

    Namun, untuk muktamar dewan-dewan masih tidak berubah iaitu Dewan Ulamak kekal di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort."

    Berapa jauh jarak antara muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Muktamar PAS tu... memang mereka ni banyak duit, serta banyak bunyi (kata BN zalim, rakyat miskin)... piiirah PAS pemuhung...!!!!!!!!!

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  3. Tk lesu camner ketua pemuda pun lajnah...tp jgn risau psl yg kuar tu...utusan pukiar@tmi melaporksn mereka kuar solat.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya ini satu kejayaan dari Mike Tyson

    Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

    Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina telah memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

    PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita ‘sentimen Allahu Akbar’ sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.

    “Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

    PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    ReplyDelete
  5. Bravo.. mike tyson ..
    baru belajar agama isle ke ..
    perangai dulu .. nak minta ngan sapo ekk..
    kalau dengan Allah .. memang mudah .. sbb ia pemurah dan pengasih ..
    dengan rakyat jelata .. macam mana ekk ...

    ReplyDelete
  6. Mike Tyson patutnya masuk dap atau pkr bukan pas. Cukuplah pak mike, zaman anda telah berlalu. Usah tamak haloba.

    ReplyDelete
  7. Bukan cakap depan mayat. Sebenarnya perwakilan dah muak dengan kepimpinan Pas yang menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Hebatnya pengaruh PKR dan DAP sampai Mat Sabu bust kenyataan " kejayaan Pas hari ini adalah kerana Pas bersama dengan PR ". Mat Sabu macam tak percaya tuhan jer.

    ReplyDelete
  8. X pyh nk btakbir pn xpe,pas skrg bkn mcm pas yg dlu.hukum hudud ntah ke mana,negara isle u-turn jd ngara kbajikan.pas pn dh ada pasMA plk skrg,dok clah kangkang al juburi & dap.take beer!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mike tyson lbh beriman dgn janji undi cina dpd beriman dgn Allah s.w.t dan kitab Al-Quran... Na'uzubillah..muga dberi hidayah

      Delete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.