Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, September 19, 2014

TERKINI ! NAMA MENTERI BESAR BARU SELANGOR DIDEDAHKAN...

Jika benar laporan Bernama ini, Anwar Ibrahim adalah orang yang paling malu dalam negara ini apabila kroni tegarnya, isterinya sendiri tidak layak menjadi MB Selangor.

Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim juga telah ditegur oleh pihak istana Selangor.

Sungguh memalukan!

Anda baca laporan di bawah :
Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sibi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.
Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali adalah calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.

Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu - BERNAMA

24 comments:

  1. Padan muka aljuburi...

    ReplyDelete
  2. Kalau betul cerita Azmin bakal MB. Kenapa nak kata Anwar dapat malu pula. Pada saya " Anwar still win the game. At the same time LGE too win the game ". Yang patut malu besar ada lah Hadi Awang sebab " he is the looser in this game, he lost to Mat Sabu ".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul Azmin, Hadi is not the loser kerana dia dah buktikan yang langkah dia betul. Sultan pilih nama yang dia calonkan.

      Delete
    2. kalau betul assmin jadi MB, anwar sudah tentu dapat malu. Selama ini dia hasut rakyat supaya suruh sultan pilih adun pkr sebagai MB Selangor, tapi dalam banyak2 adun pkr tu hanya nama nenek jijah sahaja yang dikemukakan kepada baginda sultan. Nah, kini kalau assmin yang jadi MB, cakap2 belakang yang kononnya sultan tak pilih adun pkr sebagai MB dah tak laku di mata rakyat. Tapi yang paling penting, nama nenek jijag sebagai MB tak layak untuk jadi pemimpin rakyat di Selangor pun walaupun dia nak gunakan kedudukannya sebagai Presiden PKR yang kononnya terlalu wibawa dan layak.... pigi daa...!!!!!!!

      Delete
    3. Malu lah wei ketum dan puppet.
      Klu nak kata ketum happy azmin yg di pilih then kenapa bermati2an gak hantar nama nek kipas je. Klu dari awal lg tkde lah masaalah, krisis tak lah berlanjutan. kak, kan kan?

      Delete
    4. Mak datuk...masih ada lagi yang nak memenangkan bang Non tu, masyaAllah...udah la tuuuuu... terima lah hakikat...., tunggulah giliran kalau Azmin dipecat pulak kerana kesalahan disiplin menerima perlantikan oleh Sultan, secara langsung melawan kehendak Parti (PKR)..

      Delete
  3. Azmin ni political animal. Dia sanggup melakukan apa saje. Anwar bila dalam jel tak bolih control dia. Itu sebab Anwar mati mati tak mahu letak nama Azmin. DAP pun tahu, mereka tak bolik control Azmin. Kalau Jijah, tiup aje dia dah menggelabah. So Anwar and DAP both are losers here. Yang menang besar ialah Azmin. Permainan dia amat bijak. Dia tak bantah calon jijah sebab dia tahun Sultan akan tolak dan bila Sultan tolak dialah yang paling layak untuk Sultan pilih setelah dia pakat kat Hadi untuk calon nama dia juga. Azmin lepas ni akan atur langkah untuk kuburkan Anwar and istana segambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, dia akan kukuhkn pgruhnya dlm pkr, lps ni nek jijah boleh diminta bersara dan berehat bersama cucu di istana.

      Delete
    2. Kita tunggu pulak apa STRATEGI RAFIZI (Penasihat AI) untuk mengorak LANGKAH BARU untuk menjatuhkan AZMIN. Satu DUNIA tahu MUSUH KETAT AZMIN ialah Presiden PKR.....

      Delete
  4. yang patut malu adalah wakil rakyat PR selangor. janji nak berkhidmat tapi dok buang masa dengan berebut kuasa. itu baru 1 negeri.

    sepatutnya isu MB ni dari awal lagi tak berlaku pun. bermula dengan adun yang menang PRU letak jawatan tanpa alasan kukuh..sekarang dok berebut pulak nak bini dilantik jadi MB..

    memang tak boleh harap!

    ReplyDelete
  5. paling malu adalah sesiapa yg terasa apabila Tun M kata sepnjng 22 thn jd PM dia hntr 1 nama sj utk sultan lantik jd MB

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah kah kah kah kah.... itulah antara kehebatan Tun M yang tiada pada anwar mamak al-juburi....

      Delete
  6. Replies
    1. anon 10:32,
      kalau engkau muslim dan marah macam mana sekalipun, jangan memanggil orang Islam yg lain sebagai kafir takut tuduhan itu berbalik kpd diri sendiri.

      Delete
  7. Sebenarnya Pakatan Tak Sah lah yang malu. Sendiri rancang sendiri huru hara. Ahli2 mereka nak taruh muka kat mana?

    ReplyDelete
  8. Woi ... Yang malu ialah rakyat Selangor. Dapat MB yang sangup jual atau pinjamkan bini pada orang . Lepas tu lak dia bolih pergi ketandas dan face the " heaven " .
    Bayangkan MB buat deal ngan MNC dan dia cakap " ... to sweeten the deal , i will give u a go at my wife ..." .
    Naya tu...
    Anyway .. all the best to Selangor folks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu antara peluru di masa hadapan... simpan dulu baik-baik....

      Delete
  9. Anwar pun gumbira juga sbb kekasih punya laki dpt jd MB. Bila MB sibuk nnti Anwar boleh on balik dgn kekasih hati. Nek Jijah kna guna lebih kipas kasi sejuk hati. Que sera sera

    ReplyDelete
  10. Assemin tak dapat.nenek jijah pun tk dapat.dua2 nganga.

    ReplyDelete
  11. Yang heboh dan sebar konon Azmin bakal dilantik adalah balaci2 Azmin juga. Selagi Sultan belum umumkan, belum tentu dia terpilih. Biasanya akan ada kejutan. Masalah kepada PR jika Azmin terpilih akan membelah PKR, jika adun PAS terpilih akan membelah PAS. Cuma nasib baik Wan Azizah tak terpilih, jika tidak dah pasti tersungkur PR pada PRU 14.

    ReplyDelete
  12. Orang Selangor camna ni. MB baru hangpa tak kurang hebat. Bini dia Anwar boleh pinjam pakai. Gadai bini kerana mengejar jawatan. Silap haribulan negeri Selangor pun dia boleh gadai kerana mrngejar harta kekayaan. Nasib baik aku bukan anak Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIAPA JADI MB SELANGOR ANWAR AKAN MERENA.

      Delete
  13. HEBAT HEBAT....KEDUA DUANYA PERALATKN BINI...WOOOi...

    ReplyDelete
  14. ‘Royal King’ – Sedap Dapat, Duit Dapat , Kereta Pun dapat !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.