Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, September 17, 2014

TERKINI ! PENGKHIANAT DALAM PAKATAN, ANWAR ZIP MULUT?

Nampaknya, Muktamar Pemuda PAS dijadikan pentas untuk menghentam PKR, DAP dan Anwar Ibrahim walau pun tidak secara direct.



Yang memualkan ialah riuh rendah dalam Muktamar tersebut tampak seperti wayang kulit sahaja kerana mereka masih tetap mahu bersama kumpulan yang mereka hentam itu.

MiM percaya rakyat pun sudah mual dengan bual kosong PAS yang bising sekampung tanpa melakukan perkara yang sepatutnya iaitu keluar dari Pakatan Pembangkang yang tidak lagi sepakat.

At the mean time, kita lihat sahaja sandiwara parti PAS : 
Perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 hari ini  menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai individu yang berintegriti dalam pentadbirannya.

Isu yang dibangkitkan perwakilan pemuda PAS Selangor Hanafi Zulkapli ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor itu menarik perhatian perwakilan apabila mereka menyokong keupayaan Khalid mentadbir selangor.

"Siapa yang boleh setuju Khalid hilang integriti dalam pentadbirannya. Bangun!" katanya.

Namun tiada perwakilan yang bangun menyangkal kenyataannya sebaliknya sambil menepuk meja, semua perwakilan menyatakan sokongan menteri besar Selangor itu berintegriti dalam pentadbirannya. 
Hanafi turut mengecam tindakan dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan Khalid. 
"Kami berbangga dengan 4 exco yang kekal mentadbir bersama Khalid untuk mengelak Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor.

"Itulah hero kita," katanya, dan menambah, dua Adun berkenaan - Saari Sungib dan Hasnul Baharudin - dilabel sebagai pengkhianat oleh perwakilan Pemuda PAS. 17 September, 2014
'Untuk mengelak Barisan Nasional mengambil alih Selangor'?

Come on la Pemuda PAS. Buka mata dan otak itu. Yang merancangkan dan memporak perandakan kerajaan Selangor adalah Pakatan pembangkang sendiri. 

Yang menghina dan derhaka kepada Sultan Selangor ialah Pakatan Pembangkang sendiri. Yang berebut jawatan MB Selangor ialah mereka sendiri. Jangan di putar belitkan isu yang memalukan Pakatan Pembangkang.

Dan dimanakah suara Anwar Ibrahim mahu pun Lim Guan Eng DAP? Zip mulut kerana malu besar?

Dalam masa yang sama, portal juga melaporkan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang membidas kumpulan dalam dan luar parti yang mengkritik kepimpinan ulama.
Beliau juga mempertahankan keputusan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam krisis menteri besar Selangor yang banyak dikritik ahli jawatankuasa pusat parti dan rakan mereka DAP dan PKR.

Haron dan Majlis Syura Ulama sebelum ini menyokong tindakan Hadsi yang tidak menamakan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Keputusan itu menimbulkan pertikaian dalam parti kerana jawatakuasa PAS Pusat sebelum ini memutuskan untuk mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor. – 17 September, 2014.
Walau pun tidak dinyatakan dengan jelas, kita dapat mengagak bahawa di antara pemimpin dalam parti tersebut ialah Mat Sabu.



Sebelum ini, Mat Sabu telah mengkritik keras kepimpinan Ulama di dalam PAS. KLIK SINI


5 comments:

  1. Betul tu….depa pot pet pot pet aja lebih. Lepas muktamar, jilat balik Anwarinas & Al-juburi & DAPig… Percayalah!

    ReplyDelete
  2. Eksyen aja PASpispus ni...

    ReplyDelete
  3. PASAL KEBANGANGAN MAT SAIBU & PEMUDA PAS, SI AL-JUBURI & PKR DPT NAFAS SIKIT. MEREKA KAN DAH MALU BESAQ DI SELANGOR !!!

    ReplyDelete
  4. MUKYAMAR PAS BIASALAH CAMTU. CAKAP BERDEGAR DEGAR. ESOK LUSA HASI AWE PELUL PELUK KIT SIAL SAN AL JUBURI.tak caya you tengoklah nanti MuKTAMAR HABUK PUN TARA

    ReplyDelete
  5. ANWAR TAHU KELEMAHAN PAS. WAKTU NI DIA SEDANG MEMIKIRKAN SESUATU UNTUK SAIKO ORANG PAS. TUNGGULAH TAK LAMA LAGI.

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.