Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, September 13, 2014

Terkini ! Pertembungan 3 Penjuru Di PRK Pengkalan Kubor ! #PengkalanKubor


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.






Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN tersebut, Mohd. Sobri Ramli selepas proses penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selesai.

Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini biarpun ribuan penyokong BN dan Pas membanjiri kawasan tersebut.



Proses mengundi untuk pilihan raya tersebut akan diadakan pada 25 September ini.

Yang turut hadir mengiringi Mat Razi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.



Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Calon Pas pula diiringi oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mat Akim.



Bagaimanapun, tidak kelihatan pemimpin tertinggi DAP di kawasan tersebut.

Mat Razi yang lebih dikenali dengan 'Ustaz Mat Razi' adalah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Pengasas Pondok Simpangan.

Wan Rosdi pula seorang kontraktor binaan dan Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.



Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Izat bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya menerima 65 undi.

DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki. - UM












13 comments:

  1. Kah4...kah4...kah4
    Ustaz celup....
    Ustaz sesumpah...
    Pakai gelaran ustaz utk cari makan

    Kah4...kah4...kah4
    Shit yg tak mahu ngaku shit
    Weaikkkkkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing pagi2 dah masuk longkang cari makan menyalak kah4. . .kah4 . .kah4.

      Delete
    2. Kesian jugak tengok Melayu yang berasa diri dia dah dimerdekakan ni. Cakap macam orang rendah ilmu. Pendidikan diberikan percuma, kenapa tak stay dalam sekolah?

      Delete
    3. BILA LAH AGAKNYA MACAI2 PEMBANGKANG NI NAK PANDAI KAN. DAH LAH TAK PANDAI BERFIKIR KUAT MEMFITNAH PULAK. SAMA MCM PAK DIA...

      Delete
  2. Ustaz ko memang hebat...
    ustaz munafik...
    ustaz ilmu sejengkal belagak je lebey...
    ustaz u turn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan U turn..
      Dah pusing2 round about...terus jadi PAS Maa..
      Memang pening maa..

      Delete
  3. Ustaz Mat Sabu pun adakah?. Ustaz bau apa pagi2ni. Bagilah tahu dengan Ustaz2 PAS yang ramai2 berlarak bawa panji2 hijau sedap tak bau yang melekat di lubang hidung Ustaz Mat.

    Ustaz Mat Sabu. Ayam Jantan PAS hilang balung kena patuk dengan Guan Eng. Kah8... kah8...

    ReplyDelete
  4. Bukan lagi munafik kalau dah buat amalan khurafat untuk laba yang haram.

    ReplyDelete
  5. MULALAH ADEGAN MEMFITNAH. INGAT SIKIT DOSA2 YG BAKAL KAU BAWA MATI NI. KALAU TAK TAU BAIK DIAM. JGN MEMFITMAH.

    ReplyDelete
  6. Ustaz amno pulak dah, nak berangan jd lebai,

    ReplyDelete
  7. Ustaz umno mmg jauh bbeza dgn ostad pas .....muahaha...ostad mat syabu, ostad 3 pg, ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur ostad tebar spender dalam bilik hotel....

      Delete
  8. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!
    ‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.