Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, September 30, 2014

TERKINI ! SAMAN TERHADAP WAN AZIZAH DITERUSKAN !

Sungguh memalukan! Fitnah jijik lidah rasmi PKR, Suara Keadilan terhadap FELDA terjawab apabila bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana ia palsu dan tidak benar.


Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Merujuk kepada satu artikel, beliau berkata tajuk utama ‘Felda Bankrap’ sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya.

Dzulkarnain, yang tidak diwakili peguam, turut menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Felda dan anak syarikatnya mengenai artikel-artikel tersebut dalam satu majlis pelancaran buku yang diadakan di Menara Felda pada 10 April tahun lepas.

Sehubungan itu beliau menarik balik kesemua pernyataan fitnah dan memohon maaf tanpa syarat kepada Felda dan anak syarikatnya.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.
Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Sehubungan itu, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin, dan Rusnizam masih diteruskan.

Sementara itu, selepas prosiding permohonan maaf tersebut, peguam defendan-defendan, Francis Pereira membangkitkan isu awal berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman terhadap anak guamnya atas alasan Felda sebagai sebuah badan berkanun yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 tidak ada locus standi untuk memfailkan saman.

Peguam Datuk Ahmad Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Felda pula berkata berdasarkan satu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam kes saman Felda terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong, di mana mahkamah itu memutuskan Felda boleh memfailkan saman.

Oleh itu katanya, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Okt untuk membuat keputusan terhadap isu awal itu. - BERNAMA
Saman terhadap Wan Azizah akan diteruskan. Kita berharap agar pihak FELDA tidak bertolak ansur dalam isu fitnah ini kerana ianya jelas telah memburuk-burukkan nama baik FELDA.

  

25 comments:

  1. SAMAN SAMPAI BANGKRAP !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong....

      Otai
      Kg sagil

      Delete
    2. aLAAA... NANTI ADA LAH PEMIMPIN UMNO YANG APOLOGETIK SEDIA MEMAAFKAN DAN MEMBEBASKAN WAN AZIZAH TU... KALAU TAK TAK KAN MH17 DI TEMBAK, MH370 HILANG... PASAL, PEMIMPIN UMNO NI VERY APOLOGETIC KIH KIH KIH...

      Delete
    3. Memang betul...pemimpin UMNO berperangai macam tu...cakap aja saman saman, lepas orang minta maaf, kote pun terus lembek...Kalau UMNO jatuh pun kerana mereka yang tidak berpendirian masih dalam UMNO...

      Delete
    4. Aku harap FELDA saman si sepet kipas tu sampai bengkrap. Puak UMNO tolong jangan campur tangan terutama sekali Rauf Boroi tu. Cukuplah dengan kes Tian Cuak tu. Patutnya UMNO dah boleh kitai si Tian Cuak tu sampai tinggal spender dan stokin saja. Tengok apa sihaprak tu cakap lopas UMNO tarik balik kes saman. Bukan nya nak mintak maaf, dia belit lagi adalah...dasar bewak. Dalam kes Felda ni aku harap Isa Samad habak kat Rauf Boroi tu...hands off, go fly kite....

      Delete
  2. Lepas ni Nenek kipas, Syed SoSIALis dan Rusnizam Jahat mintak maaf, peguam FELDA dan pihak FELDA pun maafkan..... mengabihkan boreh ajo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa2nya mcm tu la….. abih boreh ajo !!

      Delete
    2. Felda tu kan hak kerajaan, pemimpin UMNO yang menjaga Felda pun dua kali lima aje..itu yang meluatkan nak sokong UMNO lagi...tidak berpendirian...BACUL , jantan takde telor..

      Delete
  3. Setuju !!! Saman sampai bangkrap !!!

    ReplyDelete
  4. Mohon kebenaran WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete
  5. setakat minta maaf sahaja tak berbaloi.. macam kerinchi minta maaf..pastikan dan segerakan saman keatas mereka yang terbabit yang ingin dan suka menjatuhkan kredibility ..

    ReplyDelete
  6. BEGITULAH PERMAINAN PARTI PKR SUKA PECAH BELAH tindakan menghalalkan cara......fitnahFITNAHfitnah,,,,,,apa nama DZULKARNAIN....TAK NAK KELUAR PKR KE

    ReplyDelete
  7. Itu dalam gambat paling atas aa, ada satu plumpuan duduk sebelah khalid aa, lu olang mau jaga2 sama lia punya laki tau, pasat apa? pasat lia punya laki aa kaki tipu punya olang!! sudah lamai yg kena, hati2 aa lu olang aa..

    ReplyDelete
  8. Ala setakat nak saman dswa, ptui,, kacang aje tu, cakapje lebih, huh,huh....ngok tu byk angin satu badan, huh,huh.

    ReplyDelete
  9. Saman jangan tak saman. Tuntut ganti rugi RM 100 juta. Minta maaf terima tapi saman mesti jalan.

    ReplyDelete
  10. Jgn terima permohonan maaf... Teruskan FELDA ,biar terkucil sekor2

    ReplyDelete
  11. Saman jgn x saman....

    Asik nuar aljubb jaa yg menang... boring laa...

    Dah la kaki liwat.... ada air mani dlm jubo org... video balon amoi... tp tetap menang .... meloyaa laa...

    X dak ka sapa2 kat msia ni yg bleh kalahkan nuar al jubb....

    Saman dia sampai bankrupp.... baru dia rasa...

    Dah la kaki liwat... boleh tesengih2 mcm kerang busuk lg...

    X dak sejarah dlm donia kaki liwat dan pelakon porno boleh jd pm...

    Tp dlm msia boleh kehulu kehilir lg... boleh angkat jd ketum lg....

    Parti yg ngaku lebih islam lg org lain boleh plak sokong ketum.... skrg ketum dah mau liwat parti perasan islam... baru tu nak ngelabah...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah Malaysia korup. Nak menang bayar je duit kat hakim gerenti boleh menang punya. Aljubs banyak duit jadi tak de masalah la bab ni. Sprm kena siasat semua hakim2 Malaysia ni

      Delete
    2. jangan tambah persepsi la bro.... kalau mahkamah korup, dah lama politician lepas kes mereka seperti Khir Toyo dan Al-Juburi...

      Delete
    3. boleh tahan akta hasutan ni...Mana boleh persoal langsung mahkamah..Minyak naik pun sebab Wan Azizah ngan Anwar. Kn siasat takut ad rasuah ni..haha MACAI.....

      Delete
  12. mahkamah pong dh kat dia nk awat camne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahkamah kat dia pun, kita masih ada Allah. Ni kes nak menganiaya orang.. kalau dah berusaha tapi masih gagal, senjata terakhir orang mukmin ialah berdoa dan bertawakal... selebihnya serahkan pada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Adil

      Delete
  13. dah dekat raya korban ni jangan plak ada yang terkorban nanti banyak bertawakal pada Allah

    ReplyDelete
  14. Janji allah itu benar.di dunia kita tewas,di akhirat insyaallah, siapa berani menyanggahnya.

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.