Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, February 02, 2015

DULU JOHOR, SEKARANG LIM GUAN ENG DAP HINA SELURUH RAKYAT NEGERI KELANTAN …… SO??

Seluruh rakyat negeri ini tidak dapat menerima tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila mengambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir besar baru-baru ini.
Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mohamood berkata, tuduhan seperti itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang bergelar Ketua Menteri malah beliau juga merupakan rakan dalam gabungan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, sepatutnya Setiausaha Agung DAP itu datang berjumpa sendiri dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berbincang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh menguris hati pemimpin serta rakyat di negeri ini.

“Tuduhan itu (Kerajaan Pas Kelantan tidak buat kerja) jelas sekali tidak betul. Kita telah bertungkus lumus bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri ini. Tidak manis kata-kata Guan Eng ini, sebagai rakyat, Dewan Ulama Pas, tidak boleh terima.

"Guan Eng juga sepatutnya datang jumpa Menteri Besar, tanya apa bantuan yang perlu diberikan, bukan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh Kerajaan Selangor, Menteri Besarnya datang sendiri memberi bantuan melalui kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan Guan Eng seperti mana dipetik dalam laporan akhbar Sin Chew Daily yang menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan termasuk menuduh kerajaan negeri tidak membuat kerja sewaktu bencana banjir.

Semalam Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut mengecam kenyataan Guan Eng sambil menegaskan tuduhan yang dilemparkan itu cukup berat dan tidak betul memandang kerajaan negeri telah memikul tanggungjawab sewajarnya ketika berdepan bencana terburuk dalam sejarah itu.

Malam tadi, DAP bersama dengan pemimpin Pas melancarkan Gabungan Impian Kelantan (GIK) untuk membantu mangsa banjir di negeri ini bagaimanapun tindakan itu tidak pernah dibincangkan secara formal dengan kerajaan negeri.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan tindakan menubuhkan pertubuhan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi.

Sementara itu, Mohd. Amar Abdullah berkata, beliau bersependapat dengan Menteri Besar bahawa tuduhan yang dilemparkan Guan Eng itu cukup berat sukar untuk diterima kepimpinan negeri ini.

Katanya, Guan Eng sepatutnya datang jumpa Menteri Besar dan mendapatkan maklumat sebenar ketika kerajaan negeri ini menjalankan kerja-kerja semasa berdepan musibah banjir baru-baru ini.

"Dia (Guan Eng) mari sini tak jumpa Menteri Besar dan tidak jumpa pimpinan kerajaan negeri. Bila datang rumah orang, tidak jumpa tuan rumah, tidak tahulah apa kita buat,” katanya.

Kita jangan lupa keceluparan Lim Guan Eng memburuk-burukkan negeri Johor sebelum ini. Lihat video di bawah :



Johor sudah, sekarang Kelantan pula. Tapi mamat DAP ini masih Setiausaha Agung DAP. Mahukah kita biarkan begitu sahaja?


10 comments:

  1. Cara tokong untuk divert isu isu bininya..........

    ReplyDelete
  2. lge mana ada idea utk jd pemimpin kalau ikut sokongan dalam parti dapat undi no 5.......tp masih dapat kedudukan sekarang.....sbb tu cina melaka buang dia dan bininya ke penang.....cat yg dilaungkan pun dah jadi cat fish!!!

    ReplyDelete
  3. Yesssss. Lim Guan Eng betul2 hebat. Lim Guan Eng memang hero. Ha ha haaa. Hidup Lim Guan Eng.

    Thanks Mat Sabu. Thanks Khalid Samad. Ini lah dua orang yang akan menerajui Pas supya tidak orthodox thinking atau backward thinking. Buka serban, buka kopiah putih, buka jubah dan buang janggut .... look at LGE's face and campare with Pas orthodox leaders' face.

    We like Mat Sabu, we like Khalid Samad ... these men are the next to lead Pas before PRU14.

    Taykar

    ReplyDelete
  4. setuju dengan anon 7:21 , memang orang kelantan ni bodoh-bodoh terutama yang duduk di luar kelantan bodoh teramat sangat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd LGE sebab berjaya memporak perandakan pas.jaga jagalah melayu.

    ReplyDelete
  6. Mmg pon....apa yg ada di negeri kelate tu...

    Rakyat hidup miskin papa kedana.....

    Dinding rumah pakai tiko mengkuang ...

    23 thn dibawah telunjuk ulamak boddo....

    Pergi la ke negeri johor masuk ke kg2 diulu... satu pon x sama dgn kg di kelate...

    Di kelate terlalu daif.... lpas tu judi berleluasa...seme benda.nak di buat judi...

    Pil kuda plak berleluasa... estesy dan syabu bermaharajalela..keruntuhan moral dan sex bebas amat teruk di kelate...

    Mcm tu laa jadinya bila agama islam yg mulia di politikkan..... hidup x berkat...

    tgk aje bila lpas banjir... berpusu2 org kelate rembat bantuan... padahal yg di kg2 x dpt bantuan... yg di kb bekalan sampai 3 thn x habis...

    perangai seko2 mmg terokk..... nak buat mcmana...

    hasad dengki cukup tebal....

    bila hidup berpecah belah ...barokah x akan turun lg langit.....

    sbb tu mudah dihina oleh guan eng kapir....

    ReplyDelete
  7. Setuju lge hebat dalam kalangan bangang, tongong & bahlul. Hero dalam kalangan penyangak & penipu.
    Dua orang yg dia suka kerana mereka jenis lembu dicucuk hidung, angguk2 sje. Lge suruh masuk  jamban main taik pun mereka patuh. Dapigs jadi dominent dlm pr mereka angguk sje.
    Jenis pandai x bolih diikut, bodoh x bolih diajar.

    ReplyDelete
  8. lek arr... lge kan khalipah yg diangkat oleh pengikut pas... kena ikut dan patuh nnt xmsk shorga

    ReplyDelete
  9. Khalipah bangang kira2 semasa pemilihan cec pun fail, bukan sekali, yg kali kedua pun fail lagi.
    Sungguh bebal...........

    ReplyDelete
  10. Ni puak aye bengong , mu nok tahu lim guan eng tu jahat ko baik , mu gi minta fatwa den petunjuk dari tokguru nik aziz , ore tuo tu ye bagi gelare khalifah pado lim guang eng.

    Lagi satu kalu mu nak tahu DAP tu jahat ko tidak pada isle , jugo mu gi minta fatwa den petunjuk dari tokguru nik aziz , ore tuo tu juga pernah sebut kalu setan boleh tolong pas tubuh negaro isle den laksana hudud , setan pun pas terima sebagai sahabat tahaluf siasi.

    Ambo faham bila tokguru kata mece tu makna nya DAP tu setan baik. Setan baik mungkin akan masuk syurga tinggal dale syurga bersama dengan puak pas sebab setan baik telah tolong pas perjuangkan negara isle den hudud.

    Mu tak cayo boleh gi tanyo tokguru sementara dia duk hidup lagi. Gi tanya sekare....

    ReplyDelete

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.