Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, May 18, 2015

TERKINI ! JAWAPAN PM NAJIB RAZAK TENTANG TUN DR MAHATHIR #1MDB #GST #BR1M

PM telah menjawab beberapa isu panas tentang 1MDB, GST dan beberapa lagi isu di dalam blog beliau http://www.najibrazak.com/bm/faq-2/
Di antara laporan portal : 
Berhubung dakwaan media asing yang melabel Malaysia negara paling rasuah di dunia, Najib berkata laporan itu berdasarkan tinjauan persepsi.

Najib bagaimanapun merujuk Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang meletakkan Malaysia di kedudukan 50 dari 175 negara yang dikaji. Malaysia memperbaiki kedudukan sebanyak tiga anak tangga berbanding tahun lalu.

* Najib juga menolak kritikan Dr Mahathir yang mendakwa Bantuan Bakyat 1Malaysia (BR1M) satu bentuk rasuah mengatakan ia sebahagian subsidi bersasar yang hanya akan memberi faedah kepada keluarga berpendapatan rendah.

Najib berkata BR1M lebih efisyen berbanding subsidi petrol dan gula yang juga memberi manfaat kepada orang kaya. Ia juga diberi tanpa mengira latar belakang politik dan tidak mengira musim pilihan raya.

* Najib juga menjawab tuduhan berhubung firma pelaburan negara yang sarat dibebani hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dengan merayu pengkritiknya menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Beliau mengulangi yang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyiasat 1MDB dan berjanji mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah kerana penyalahgunaan atau penyelewengan. 
 
(Artikel MiM tentang AG dan audit : BACA SINI )
* Satu lagi kritikan Dr Mahathir ialah Najib tidak mempunyai keberanian membina jambatan bengkok antara Johor dan Singapura kerana republik itu menolak projek tersebut.
Najib menulis, persetujuan Singapura diperlukan untuk merobohkan tambak bagi membina jambatan kerana paip air di tambak itu milik Singapura.

* Najib juga menafikan tuduhan Dr Mahathir yang prestasi beliau jauh lebih buruk daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum ke-13, dengan kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen.

Najib berkata, BN mengalahkan PAS untuk mendapatkan kembali kerajaan Kedah dan mengekalkan kuasanya di Perak, yang pada pilihan raya umum ke-12 jatuh ke tangan pembangkang.

* Mengenai dakwaan beliau mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan memihak kepada Pemandu, Najib berkata Pemandu ialah badan yang menyelia program transformasi pentadbirannya.

Pemandu berurusan dengan kedua-dua dasar ekonomi dan bukan ekonomi, manakala EPU memberi tumpuan semata-mata pada ekonomi.

"Saya malah melantik salah seorang CEO yang paling berkebolehan di negara ini (Datuk Seri Abdul Wahid Omar ) mengetuai EPU," tulisnya.

* Najib turut menyangkal pandangan yang pentadbiran beliau mengetepikan penjawat awam melalui penggunaan perunding swasta.

"Perkhidmatan awam sentiasa dan selamanya berada di tengah-tengah pentadbiran dan operasi negara. Perkhidmatan awam menguruskan negara secara harian.

"Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik membantu, tidak bermakna pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Ia satu komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu, ya; mengambil alih, tidak."

* Najib menafikan dakwaan beliau tidak mempedulikan tindakan afirmatif bagi golongan bumiputera, menekankan yang beliau memperuntukkan bantuan berjumlah RM47.95 bilion bawah Program Pemerkasaan Bumiputera.

Pentadbirannya juga memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara supaya semua kaum boleh memperbaiki kedudukan sosial mereka.

* Najib mengecam beberapa pengkritik yang menuduh slogan 1Malaysia beliau sama seperti slogan "Malaysian Malaysia" DAP.

“Tidak seperti slogan DAP, 1Malaysia menerima Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan mempunyai dasar pro-bumiputera seperti Majlis Pemerkasaan Bumiputera.

"Untuk mengatakan 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia, ia satu perkata yang menyimpang dari realiti, dengan niat semata-mata mengelirukan orang Melayu."
 
(Anda baca artikel tentang kesongsangan dasar parti DAP :  BACA SINI dan BACA SINI) 
* Satu lagi dakwaan yang menurut Najib tidak benar ialah kadar jenayah meningkat sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 2013.

"Tahun lepas sahaja, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6%. Jenayah kekerasan juga menurun sebanyak 13.4%.

"Juga satu fakta, 8,868 orang ditahan dan 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan baru-baru ini.

"Apabila ISA pertama kali diperkenalkan, tujuannya hanya untuk memerangi pemberontakan komunis dan hari ini ia tidak lagi relevan."

Menggantikannya, kata Najib, ialah Akta Pencegahan Keganasan (Pota). Seperti ISA, Pota memperuntukkan penahanan tanpa bicara tetapi Najib berjanji ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik - sumber
Sebenarnya, jawapan DS Najib Razak mudah untuk difahami dan dipersetujui. Masaalahnya, ada yang sudah fixed ideas tentang Najib Razak terutamanya Pakatan Pembangkang dan portal-portal pro-pembangkang yang kerjanya hanya menyalahkan kerajaan BN dan memutarbelitkan isu.

Dan kita tahu modus operandi murahan itu dilakukan supaya rakyat tidak memperkatakan kesongsangan dan ketidakmampuan Pakatan Pembangkang yang dilihat seperti sarkas politik yang amat memalukan.

Begitu juga dengan skandal projek mega kerajaan Pakatan Pembangkang yang bernilai billion ringgit wang rakyat yang masih tidak terjawab sehingga ke hari : BACA SINI 

Anda baca juga artikel tentang DS Najib Razak vs Tun Dr Mahathir : BACA SINI



Dr MiM



54 comments:

  1. Syabas DS Najib.. jawapan sudah mula terjah menuju pemfitnah2 besar ini.
    Alhamdulillah.. nampaknya doa Siti Hasmah tu makhbul yer.. takpe lah doa untuk Najib.. biarkan Marina teraabai dgn LGBT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan aku terus berdoa sopaya kau kekal ber buruk sangka sepabjang hayat :)

      Delete
    2. PAS dan PKR adalah kafir.

      Delete
  2. Jawapan macam budak tadika saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuiikkkk…..cacai PR panas pungkoq laa… hahahahaha

      Delete
  3. Tun M dah banyak buat jasa pada Malaysia dan hasilnya dan nampak. Najib dah 6 tahun, buat hutang pandai, Bila nampak dah banyak hutang, minta duit rakyat melalui GST sampai RM15Billion setahun. Kalau zaman Tun M dah boleh buat KLCC, KLIA & PLUS setiap tahun. Mangkuk ni betul-betul menindas rakyat, cakap berbelit-belit macam pandai. Tapi, tanya apa pun semua tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai 12:45..

      baik ko tido aja. Tun M 22 tahun memerintah. Najib baru 6 tahun. Ko dah lupa ka dgn BR1M Klinik1Malaysia & pelbagai plan utk rakyat?

      Duit GST tu kan akan dipulangkan balik kpd rakyat.

      Jangan ko menipu di sini la..

      Delete
    2. 12.45 , yg ko plak , ape jasa ko kpd malaysia ? cuba ko huraikan jasa2 ko kpd malaysia. klu ko pun takde buat ape2 jasa , ko x payah nak tuding najib. sedar diri lah sikit woi.

      Delete
    3. alahai 12:51,

      Enam tahun mentadbir Najib buat hutang berbillion billion ringgit, siapa hendak bayar? Silap silap negara boleh jadi muflis!

      Sebelum ada BRIM adakah rakyat Malaysia yang mati kebuluran? Ada berita bahawa kerjaan pinjam banyak wang untuk memberi BRIM! Hutang lagi.
      Saya amat setuju BRIM diberi kalau wang itu datang daripada lebihan pendapatan dan bukan pinjaman!

      Iya ke duit GST akan dipulkangkan pada rakyat. Melihat keadaan hutang Negara, saya lebih yakin akan digunakan untuk membayar hutang berbillion billion ringgit!

      Harap harap TDM menjawab kenyataan Najib yang panjang lebar. Tidak sabar sabar hendak menunggunya!

      Delete
    4. Anon 928, kau cuma sebut fasal hutang, tapi kau kan tahu aset negara juga bertambah rm50 bilion sebab 1MDB ambil hutang untuk beli aset. Itulah buta hati, sengaja buat fitnah, yg baik buat2 x nampak.

      Delete
  4. BRIM sesuatu yang baik tetapi dipolitikkan. Semoga Allah melaknati manusia2 durjana ini. Lim Guan Eng beri bantuan kepada warga emas dan anak emas tidak pula dikutuk walau warga emas itu mungkin jutawan dan anak emas itu mungkin anak jutawan. Lim Guan juga beri bantuan wang kepada rakyat termiskin dan declare tiada lagi miskin tegar di Penang. Mamak tua celaka tu tak nak pula kutuk Guan Eng. Memang zalim lah mamak ni dan wajar digelar Mahazalim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju pasal LGE tu tapi jangan la ko kutuk teruk Tun M. Yg penting, soalan Tun M dijawab dgn tepat oleh Najib.

      Delete
    2. Tun M xboleh kutuk..tp Tun M kutuk Najib boleh plak?
      Soalan jawab pun Tun M tak puas hati..

      Delete
    3. Sekurang-kurangnya kritikan Tun M telah berjaya membuat Najib memberi jawapan yang lebih diingini daripada jawapan sebelum ini.

      Delete
    4. tun mamak dah bercakap rupa mcm pembangkang. itu org meluat dengar. sebagai org pencen , baik dia duduk diam2 kat rumah dan habiskan masa dgn beramal ke masjid. bukan duk sibuk menyerang najib.

      Delete
    5. Anon 1:12 am & anon 3:03 am...
      Ini bukan salh kutk mengutuk tetapi isu yg disuarkan perlu diperjelaskan kepada rakyat... duit amanah rakyat telah digunakan sewenang nya ..contohnya tabung haji... tiada ape salahnya soalan dan pertanyaan kepada najib dan rosmah...KERANA SEBAGAI PENGUNDI BN DAN UMNO AKU PERLUKAN JAWAPAN YANG SAMA..supaya mudah buat keputusann pada PRU 14..TQ

      Delete
  5. Tun M adalah kepala bapak perasuah seperti yang disebut Tunku Abdul Aziz. If you don't have proof do not mention names. Tunku Abdul Aziz berani menyebut salah guna kuasa Tun M kerana dia ada bukti. Saman lah dia kalau berani. Kot-kot boleh join Anwar kat Sungai Buloh. Aku cabar kau Mahafiraun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besok harus kau di tahan ISA... hehehehehe
      itu kalau ko duk zaman TDM lah...

      Delete
    2. Liwat Tetap Liwat.

      Delete
    3. Tun aziz tu dulu naib pres dap. Takan la dulu yg dia tu warganegara msia tak tahu dap tu lambang apa si lksial tuh. He is no better than limkomunis elok duduk jer la dlm parti mentekedarah perut baviiii tuh...backstabber


      Delete
  6. Kenapa Tun Dr.M selalu mengkritik najib akhir2 ini dengan pelbagai isu? Mesti Najib Sudah Buat salah Besar kan? Harap bagi dorongan baik kepada kami 'belia' yang masih Belum boleh mengundi..tunjuk tauladan yang baik2 untuk belia mengundi parti2 yang berjasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia mana yg sempurna ? klu manusia pun tak sempurna , samalah jugak dgn kerajaan. tapi kerajaan tak sempurna barisan nasional ini jugak lah yg menjaga malaysia .pikir kat situ .

      Delete
    2. MMG BN TIDAK SEMPURNA TAPI IALAJ YG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA. PASS PKRS DAPPIG BLM BOLIH MENJAGA NEGARA. MEREKA SESEMA MEREKA PUN SALING BERBALAH. KALAU MEMERINTAH TENTU LINGKUP. JADI JGN SOKONG SEMBARANGAN MEREKA YG TIDAK ADA RECORD BAIK NI.

      Delete
  7. Najib dah tersepit dengan kebodohan menteri-menterinya macam Ahmad Maslan. Apa jadi dengan GST kat prepaid, sampai 6 bulan untuk selesaikannya. Depa pun tak tau apa nak dibuat. Kerja nak sapu duit rakyat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ingat , yg jual topap tu , 1 kedai , 1 sykt telco saje kah ? kau ni dah terang bodoh , tak usah nk mencacai kat sini. ade beribu ejen jual topap dan ade bermacam sykt telco kat malaysia ini. itu kau tak nampak ? bodoh punya org. kau dgn maslan , kau lagi bodoh.kaki buat fitnah saje kau pandai.

      Delete
    2. Sebab pada depa buat kajian sekurang kurang 6 bulan untuk menyesuaikan diri gan caj telco baru atau GST. kan dah kata olang cepat lupa. sebagai contoh 2 - 3 bulan selepas PRU 13 ade se orang tak ade pasal pi Bangladesh cari pasal. konon nak cari 40 k pengundi hantu dari sana. sebab dia sendiri cepat lupa punya pasal terkejut pula bila ber kapal kapal datang. boleh di katakan setiap Rohingya mau datang ke M"sia

      Delete
    3. Bersyukur banyak amon kat bukan pendatang Rohingya mereka ini manusai yang teraniya tanpa kerakyatan dibunuh dan dianiya di tempat lahir sendiri dan merake dtg sebab melarikan diri drp kezaliman. Bersyukur dilahirkan di Malaysia di bawah BN/UMno walaupaun ada kurang tapi banyak kebaikan. Morsi di Mesir dijatuhkan hukuman mati tapi penyokong2 PR kat Malaysia sanggup memilih Dap yang telah jelas misi dan matlamat mereka berpaksikan PAP. Renung2 apa yang berlaku di Mesir dan Mynmar. Pemimpin Islam dibawah Umno?BN sebaik2 pemimpin untuk memerintah Maalysia bukan Pas yang bertuankan DAp. Bersyukurlah

      Delete
  8. duit 1MDB kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak melabor guna air lior ke.....

      Delete
  9. 6 tahun pertama Tun M siap lebuhraya utara-selatan, proton, penyesuaian masa semenanjung-sabah sarawak, punch card

    6 tahun pertama najib siap 1M4U, I love PM, 1MDB, Tabung Haji, GST...kira ok gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dengan kau.Orang Bugis ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.Mereka yang mengutuk Tun adalah GBS=golongan bodoh semulajadi.

      Delete
    2. Aku pun tak setuju, 6 tahun Najib dah ada hutang RM42 Billion, dah ada RM15 Billion setahun GST rakyat kena bayar.

      Delete
  10. Gua nk tnya macai2, sape yg layak mmgang jwtn no. 1 utk 1mdb??adkah

    Wan jijah
    Nuar brhim
    Rafizi
    Mat sabu
    Husam
    LGE
    LKS
    Rmjkk

    gua rse2 yilek yennadei...
    Dorg ni smue byk air lior jerr
    Hehehe

    ReplyDelete
  11. Najib lambat response....kumpul sampai jadi byk baru nak response...tu pun baca text.
    Kalau suruh debate confirm kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dia jawab. Orang seperti kau dan sewaktu dengannya kalau beri jawapan berjela3 pun tetap tak terima.

      Delete
    2. kahkahkah... tetap gak sirapussy dijunjung... sampai gitu DAp jadikan melayu skarng ni..

      Delete
  12. aku benci najib....hari2 byr gst, mengeyangkan kroni najib

    ReplyDelete
  13. aku benci najib....hari2 byr gst, mengeyangkan kroni najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau cakap x de bukti. GST mcm cukai lain juga masuk akaun kerajaan di bank negara. Nak belanja pun diluluskan oleh Dewan dulu. Dah belanja, Audit Negara pulak semak betul x betul dan disahkan. Lepas tu bentang pulak kat Dewan. Kau ingat main tibai suka2 gitu? Kau ni lulusan apa yek sampai belanjawan kerajaan pun kau x tahu?

      Delete
  14. permulaan yang baik! hope lepas ni PM jawab semua tuduhan dan bagi sekali fakta yang sekaligus mendidik masyarakat kita untuk berfikir... yang mcm ni kita nak. keep it up PM! ini masa untuk serangan balas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serang jangan tak serang.........nanti tengok siapa yang kena.

      Delete
  15. ROSMAH MANSOR JKKMay 18, 2015 at 9:51 AM

    Den ponoh yakin dan percayo apo yang dikatokan oleh haji najib... semua yang dikatokan oleh najib memang boto terutama pasal hutang negaro dah cocah 700 bilion... pasal bungo kawin anak 3 juta... pasal hajah rosmah guna pesawat kerajaan 2 minggu untuk memboli bolah... kah kah kah sambil menghirup white coffee sobolum present paper... keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dajjal dah turun......fitnah ngan dajjal tak dapat dipisahkan.

      Delete
    2. mcamane la rupe si rmjkk ni... x malu lansung menunjuk standad doh dia kat sini

      Delete
  16. gua harap Haji Najib boleh kasi jawapan sama kita pasal ape dia tak dapat menasihatkan telco supaya menyesap GST seperti Mydin buat untuk bulan april. dan juga kasi jawapan sebab dia tak dapat mengawal perniaga cina Dapigs daripada naik harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan peniaga pulak yang nak kena tanggung. Kalau rakyat tak mampu kenapa nak kenakan GST? Kenapa dulu, kerajaan tak kenakan GST, Malaysia boleh maju. Tetapi kenapa sekarang, negara penuh hutang tapi tak nampak kemajuan negara? Dah buat hutang, rakyat pula kena tanggung,

      Delete
  17. Ananda Krishnan jadi kaya adakah menguntungkan orang Melayu. Astro buat duit berjuta2 adakah menguntungkan orang Melayu. Jika buat Jambantan Bengkok adakah menguntungkan Taukeh2 Melayu Temasik atau Taukeh Lee from Singapore.

    Lebuh Raya Utara Selatan ( PLUS ) bangga sangat Tun M dengan projek ini. Persoalanya berapa peratus kenderaan dagang kontena, trailer, bas express, kereta2 mewah orang Melayu yang guna.

    Ramaikah orang Melayu yang menggunakan KLIA menaiki pesawat terbang. Putera Jaya jika Najib tak pertahan pada PRU 13 dulu dah tentu kena LELONG oleh Mat Sabu kroni Lim Guang Eng.

    Sepang Circuit gua respect Tan Sri Mokhzani anak Tun M. Tapi gua lagi tabik kepada Anak Didik Tun M. Sir Anwar Bin Sir Ibrahim.

    Nak tahu kerana apa ? Kerana sebijak-bijak Tun Dr. Mahathir, Anwar boleh main depan belakang tapi Tun tak tak boleh kesan.

    Tun ada perpatah Melayu mengatakan.

    Jika nak cari salah orang " Kuman seberang laut boleh nampak namun gajah depan mata tak nampak "

    Akhir kalam, apa khabar Marina anak perempuan Tun yang hebat tu!

    ReplyDelete
  18. Demo nak tahu kemano duit 1MDB poyi jang .Ini dia jang . Mampu ko dapet balik jang.RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.

    1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

    - Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
    - IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

    2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
    - 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
    - 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
    - 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
    - Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

    3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

    - Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

    4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

    - Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

    - Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

    - Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

    5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion

    - Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

    - Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

    6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)

    - Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

    7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

    8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq

    - Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

    9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.

    - Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.
    Posted by Azrinizam Ibrahim at 10:41 AM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau poskan komen kau ni kat blog Che Det pun baik supaya dia dapat baca dan fahami.

      Delete
  19. dr mahathir tanya ....
    sapa arah.bunuh althantuya ????
    sapa arah sirul ?
    mana wang 1mdb ?
    kenapa simpan.kat luar negara ?
    nak masuk.balik.negara ke singgah singapura ke ?
    nie cakap loghat kedah utara
    awat tak paham kah
    bila negara banyak utang awat.beli jet
    awat bagi komisen awat tak kontrol bini...
    jawapan mudah awat berpusing pusing
    awat.noh.kah kah kah
    macai sila komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai ni memang kepala hotak busuk. Jawapan dah banyak2 dikeluarkan dipelbagai blog pun asyik nak spin soalan yg sama. Punahlah lu.

      Delete
  20. Apa punya solalan bodoh , siapa arah bunuh altantuya, sendiri bunuh sendiri arah lah, apa punya bodoh manusia, kalau ada orang arah siang2 si sirul dah dedah masa pembicaraan. Orang bodoh je nak ke tali gantung percuma kenapa sekarang soalan bodoh ni timbul. Itu soalan bodoh pun pembangkang boleh nak putar belit nnak percaya si sirul pulak. Aduhai. Nak tanya mana jam omega, siapa arah China doll curi jam omega, Hanya di Malaysia ada penyokong yang mengikut membuta tuli

    ReplyDelete
  21. Auta belake pemakan dedak najib tu

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.